https://www.civildefence.gov.my/hubungi-apm/sertai-apm/
Sukarelawan Pertahanan AwamOrang awam yang ingin mendaftar sebagai anggota Sukarelawan Pertahanan Awam, boleh berurusan di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang berdekatan. Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman. Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana, operasi menyelamat dan tugasan pejabat. Melatih seramai mungkin orang awam mengenai ilmu Pertahanan Awam. Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam:β Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas. β Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal. - Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
- Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
- Berminat menjalankan tugas secara sukarela.
Faedah Menyertai Anggota:
- Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
- Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
- Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
- Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
- Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
- Belajar tatacara berpakaian seragam
- Dapat belajar seni mempertahankan diri
- Dapat belajar membaca peta dan kompas
- Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
- Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
- Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
- Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
- Dapat belajar asas kebombaan
- Dapat belajar asas menyelamat
- Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik untuk situasi kemalangan
Macam best aje, kalau muda lagi mesti Ngah boleh join.
|