Sumber foto: Instagram Bawal Exclusive
Bersaiz 1.14m x 1.14m dan dihiasi lebih 7,500 permata swarovski, Bawal Exclusive memperkenalkan koleksi tudung termahal mereka berharga RM100,000, sekali gus mencatat nama dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal di Malaysia.
Tudung yang direalisasikan Pasukan Rekaan Swarovski ini mengambil masa 320 jam untuk disiapkan oleh 12 pekerja dan merupakan pemberian khas Swarovski kepada Bawal Exclusive kerana jenama itu antara pemborong terbesar mereka di dunia.
Kredit foto: Instagram Bawal Exclusive
Kredit foto: Berita Harian
"Kami dibawa ke sebuah majlis oleh Swarovski di Wattens, Austria pada Oktober 2018 dan terpesona dengan kemewahan kristal yang dipertontonkan. Sejak itu, saya berjanji mahu membawa memori itu pulang ke Malaysia dan dinikmati oleh kesemua penggemar Bawal Exclusive. Tudung ini akan dipamerkan di butik di Puchong yang bakal dibuka tidak lama lagi", kata pengasas jenama Bawal Exclusive, Haliza Maisuri, memetik Berita Harian.
Sebelum ini, Bawal Exclusive pernah menghasilkan tudung bertatahkan permata swarovski berharga RM50,000 yang ditempah khas oleh pelanggan mereka. - CARI
|