|
2x5 je dgn leluhur nusantara..
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
KONGSI ARTIKEL
Share
Tweet
KUANTAN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh ibu kandungnya yang lumpuh, di rumah mereka di sini Selasa lalu.
Tertuduh, Mohd Ridzuan Mustafa, 38, sekadar mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.
Mohd Ridzuan didakwa membunuh Sefiah Hamid, 62, antara jam 8.40 pagi hingga 10.30 pagi, 12 November lalu di sebuah rumah di Taman Kampung Padang di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam .
Nordiana memerintahkan supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor dan menetapkan 17 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan mental tertuduh.
Media pada Selasa lalu, melaporkan seorang lelaki yang dipercayai menghidap masalah mental, menikam leher ibunya sehingga maut, sebelum membawa jenazah wanita itu yang diletakkan di atas kerusi roda, keluar dari rumah.
Suspek dikatakan menolak kerusi roda itu sejauh 50 meter sebelum kejadian itu disedari sekumpulan penduduk yang sedang bersarapan di kedai kopi. - BERNAMA |
|