Edited by PelancongSosMed at 19-9-2020 02:54 AM
Aku mula-mula tengok Nonny berlakon kat drama Bujang Sepah Lalaitamplom musim dua (2011).
Dalam drama Lalaitamplom, aku tak suka Si Jep dan Si Mamat, dua mangkuk ayun ni asyik terjerit-jerit marah, emosi jer memanjang, lepas tu suka sebut perkataan bodoh!
Si Jep dan Si Mamat nak tiru kot perangai Haji Bakhil dalam filem P·Ramlee, asyik menyebut perkataan bodoh.
Aku masih boleh terima perangai Haji Bakhil bermulut longkang kerana, memang kena dengan watak bakhilnya tak mahu bersedekah dan, bakhil menyebut perkataan-perkataan baik tetapi, nak mengurat Cikgu Murni, RM1,000 tunai, Haji Bakhil sanggup bagi.
Sekarang 19 September 2020, nasib baiklah tauke Asstro dah tak ulang drama menambahkan stress kepala aku tengok perangai Si Jep dan Si Mamat dalam Lalaitamplom.
Selepas drama Lalaitamplom, aku tengok Nonny berlakon kat TV dalam drama Merah mawar di Kundasang, drama jiwang/cinta tangkap leleh menjejeh-jejeh ayat-ayat cinta: "Aku cinta dia tapi, cinta aku bertepuk sebelah tangan, kau buat remuk seluruh cintaku!"
Drama Merah mawar, okay boleh layan, tak stress!
Kundasang pula ambek kaw! Cantik woi! Cantik sangat-sangat.
Disebabkan drama ni, aku teringin nak pergi Kundasang, Sabah.
Tapi, sampai sekarang tak pergi-pergi lagi.
Allah! Bilalah aku nak dapat menjejakkan kaki di sana?
Selera aku nak melancong memang dalam Malaysia jer.
Nak melancong ke negara Eropah, memang aku tak mampu dan, kat Eropah pun dah tak special kerana, banyak pelarian perang ada kat sana.
|