Marhaen pulak......
Jel 14 hari, denda RM1,000 akibat ingkar kuarantin
Ayer Keroh: Seorang juruteknik syarikat kejuruteraan swasta dipenjara 14 hari dan denda RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, apabila mengaku bersalah gagal mematuhi arahan menjalani kuarantin selepas pulang dari Kota Kinabalu, Sabah pada 29 September lalu. Tertuduh, Md Syafrizan Salleh, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak berusia 11 bulan dan lima tahun itu didakwa atas kesalahan tidak mematuhi perintah sah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dengan tidak melakukan kuarantin kendiri seperti diarahkan. Berdasarkan kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau keduanya jika sabit kesalahan. Md Syafrizan dalam pengakuannya memohon maaf kerana 'terlepas pandang' mengenai peraturan baharu dikuatkuasakan itu. Bagaimanapun, Muhammad Nazrin dalam penghakimannya berkata, tertuduh tidak mempunyai alasan kukuh untuk melanggar perintah dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walaupun prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
|