Edited by Boomibulat at 19-11-2020 05:04 PM
Lima perkara yang boleh berlaku kepada negara sekiranya bank mencetak wang secara berleluasa dan diberikan kepada rakyat: Nilai mata wang ringgit akan jatuh merudum. Lihatlah dolar Zimbabwe dan Duit Penjajahan Jepun (Japanese Invasion Money) atau Duit Pisang. Kerajaan terpaksa mengapungkan mata wang baharu, bermakna ringgit tidak lagi digunakan. Tiada lagi legasi negara sendiri. Negara terdedah kepada penjajahan ekonomi apabila gagal membayar hutang akibat nilai ringgit sangat murah. Akibatnya, syarikat-syarikat asing ada hak untuk mengambil alih kawasan-kawasan perindustrian dalam negara. Peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan. Yang kaya terus kaya, yang miskin menjadi papa kedana. Jurang kemiskinan melebar dengan dahsyat. Banyak bank akan muflis dan simpanan rakyat lenyap.
|