|
[Tempatan]
UPDATE Kalau ikutkan byk jln berlubang, perlu minta maaf setiap hari #63
[Copy link]
|
|
Aku rasa (rasanya lah) KJ pun tak selesa dgn posting JKR tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kan ad motor tu jatuh penunggang dia xbergerak2 tu?xde pon pohon maap.. duniya ini kejammm!!!tu lagi terok xde bole selpie2 pon siap statik cmtu je atas jln! |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
yg menteri pun
punya la luas jalan nak jugak langgar lubang tu
ke sengaja? |
|
|
|
|
|
|
|
KJ Jatuh Basikal Langgar Lubang, Laju Je JKR Minta Maaf
Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat tampil memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang cedera selepas basikalnya melanggar lubang di atas sebatang jalan raya di daerah tersebut hari ini.
Permohonan maaf itu dilakukan di Twitter rasmi Ahli Parlimen Rembau selepas beberapa jam Khairy Jamaluddin berkongsi mengenai insiden tersebut di media sosialnya.
JKR Kuala Langat berkata, mereka akan mengambil tindakan terhadap isu tersebut dengan segera.
Selain itu, pentadbir akaun Twitter JKR Kuala Langat itu turut sempat mendoakan Khairy Jamaluddin agar sembuh dengan segera.
Kredit foto: Twitter
Khairy Jamaluddin menjadi menteri pertama yang cedera akibat terlanggar lubang di atas jalan ketika melakukan riadah berbasikal. Aktiviti berbasikal merupakan sukan riadah yang semakin popular dalam kalangan rakyat dan juga ahli politik di negara ini.
Khairy Jamaluddin berkongsi insiden malang itu di Twitternya petang tadi dengan menampilkan beberapa foto termasuk wajah beliau yang mengalami lebam dan calar akibat tercampak dari basikal yang ditunggangnya selepas melanggar lubang yang berada di atas jalan.
Basikalnya juga kelihatan rosak dan hampir memasuki parit yang berada di sebelah jalan tersebut.
Khairy Jamaluddin turut berkongsi gambarnya sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan susulan insiden yang tidak di sangka-sangka itu.
Beberapa pengguna Twitter sinis dengan permohonan maaf yang dilakukan JKR Kuala Langat yang mereka sifatkan sebagai ‘pantas’ dan ‘rajin’ bekerja pada malam Ahad.
Sumber: SM |
|
|
|
|
|
|
|
mesti jalan tu terus di tar baru..takpon terus besarkan jalan...khas utk KJ lalu aja...rakyat marhain dilarang....
hari tu yg motor langgar lubang tu...dia tampal mcm tampal tayar beskal je..setempek je... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg masa memandu tetiba kau rasa mcm memandu di south island new zealand....
mmg beza langit dgn bumi kualiti jalannya.
masa tu la.
point is: that same quality can be delivered if not for corruption.
|
|
|
|
|
|
|
|
layanan berat sebelah. undang2 pun terpakai pd yg lemah. VVIP layanan 1st class. |
|
|
|
|
|
|
|
JKR Kuala Langat tak wajar bersikap 'double standard'
ASYRAF MUHAMMAD | | 28 Disember 2020
SHAH ALAM - Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak seharusnya bersikap 'pilih bulu' susulan insiden kemalangan membabitkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Ahad.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Langat, Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman berkata, JKR Kuala Langat perlu lebih adil dengan pengguna lalu lintas lain yang sebelum ini pernah terlibat dengan kemalangan di kawasan seliaan mereka.
Shah Rezza berkata, pihaknya mempersoalkan permohonan maaf dibuat oleh JKR Kuala Langat ke atas Khairy sebelum ini memandangkan menteri sudah mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan.
"Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu ada 'double standard' kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan di jalan raya kerana mereka mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan.
"Sebaliknya rakyat marhaen ini adalah pembayar cukai setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, JKR Kuala Langat menerusi ciapan di laman Twitter memohon maaf kepada Khairy susulan kemalangan yang menimpanya dipercayai disebabkan jalan berlubang berhampiran Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting.
Khairy pada Ahad memuat naik hantaran di akaun Instagram peribadinya berhubung kecederaan dialaminya akibat kemalangan itu yang menyebabkan beliau terhumban ke dalam parit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Khairy pada Ahad memuat naik hantaran di akaun Instagram peribadinya berhubung kecederaan dialaminya akibat kemalangan itu yang menyebabkan beliau terhumban ke dalam parit.
idok le smpi terhumban ke dlm parit
tergolek doq je kt tepi parit tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Calar2 sikit je ni. Orang lain lagi teruk kena sampai cacat/hilang anggota dan nyawa terkorban gara2 lubang yang tak diselenggara ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Info Roadblock JPJ/POLIS
Yang ini tak nak mintak maaf ke? Saja tanya,jangan marah aaaa😉
|
|
|
|
|
|
|
|
KK siap dpt beskal baru lagi .. adehhh |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 28-12-2020 03:35 PM
Info Roadblock JPJ/POLIS
Yang ini tak nak mintak maaf ke? Saja tanya,jangan marah aaaa😉
KJ ada interbiu dgn Lando.. Aku baca kat ig lando.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ladies and gentlemen.
Itu lah bezanya kayangan dan daratan. Walaupun golongan daratan ni mabeles macam bangsa Navi di tanah Pandora. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 28-12-2020 11:21 AM
Kita ambik yg positif..
Sebenarnya bagus aktiviti berbasikal ni.. Sbb makin ramai menteri dan ah ...
Ni betul out of box .. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella replied at 28-12-2020 08:31 PM
Ni betul out of box .. hahaha
Hahahaa.. Kadang2 otak terlebih berjalan.. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 28-12-2020 08:34 PM
Hahahaa.. Kadang2 otak terlebih berjalan.. Hahaha.
Tp mmg betul pun selagi geng kayangan tak kena , selagi tu lah beku tahap permafrost. |
|
|
|
|
|
|
| |
|