Post time 2-1-2021 01:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
The Passage : Projek sains oleh para saintis melalui gabungan teknologi sains dgn unsur mistik (vampire) dlm mencipta rawatan yg diyakini boleh merawat pelbagai penyakit akhirnya menimbulkan ancaman terhadap manusia gara2 unsur mistik yg lebih dominan. Kasih sayang sesama manusia tetap ada tanpa perlu utamakan kisah cinta pasangan hero heroin spt drama2 tempatan. Contoh kasih syg - ejen wolgast & kanak2 bernama amy, ejen wolgast & bekas isteri, dr jonas pd isterinya yg sakit, vampire babcock yg mengingini richards.
Next : Paul LeBlanc, seorg hartawan bijak yg telah mencipta AI (artificial intelligence). Malangnya AI yg dikenali sebagai Next itu menjadi terlalu bijak sehingga mampu mengawal sekaligus memanupulasi segala benda/perkara yg berkaitan dgn teknologi masa kini. Setiap individu serta keluarga yg mengganggu urusan Next akan berdepan ancaman, kemalangan sehingga ada yg mati. Dengan bantuan Ejen Salazar, Paul cuba menghapuskan Next demi melindungi anaknya khasnya, Abby, dan menyelamatkan seluruh dunia. Tiada penekanan unsur cinta pada pasangan hero heroin seperti dalam kebanyakan drama tempatan. Unsur kasih sayang masih boleh dilihat pada watak2 - Paul pada anaknya Abby, Ejen Salazar pada anaknya Ethan, Abby pada pakciknya, sesama rakan setugas dll.
Emergence : Unsur supernatural menjadi fokus utama cerita. Kanak2 tanpa nama mahupun ingatan tiba2 muncul di lokasi sebuah kemalangan misteri kapal terbang terhempas. Jo, ketua polis, membawa kanak2 itu ke rumah. Kanak2 itu dinamakan Piper dan dilayan seperti keluarga. Siasatan demi siasatan berkaitan latar blkg Piper serta kejadian kapal terbang terhempas telah membawa kepada satu konspirasi besar membabitkan ramai pihak. Sekali lagi, tiada fokus utama tema cinta sesama hero heroin seperti kebanyakan drama tempatan tetapi masih ada unsur kasih sayang dilihat terutamanya pada watak2 seperti Jo kepada anak angkatnya Piper serta kasih sayang di antara keluarga Jo dgn Piper.
Saja kongsi beberapa tv series yg menarik ni utk tunjuk kepelbagaian tema drama tv luar negara. Harap2 penonton malaysia boleh bg sikit tekanan pada penghasil drama jgn balik2 dgn tema serupa je, kawen paksa, cinta terhalang, cinta 2 darjat, mertua jahat, menantu hantu, insan teraniaya dan yg paling top tentulah tema nak bg penonton kuat berangan iaitu kisah cinta ala cinderella.
Dah masuk tahun 2021, patut pon anak2 melayu asyik bertik tok, nak jadi artis, nak kejar dunia glamer, lebih utamakan kemewahan harta benda berbanding mengejar ilmu, hilang hormat pada org lebih tua, buat content main ko-aku je cool kononnya padahal yg menonton ada dah pangkat pak cik mak cik atok nenek yg wajar dihormati, matematik sains dianggap susah gara2 sejak kecik dihypnotize susah3 padahal subjek yg tak susah mana dan menarik sgt sebenarnya, lebih gemar berborak kosong, tak reti nak hargai budaya sendiri (nengok filem hindustan ulang2 budaya india sampai org melayu kawen pon nak bersari sbb nmpk cantik padahal busana melayu tradisional pon cantik sgt, korea ulang2 tunjuk mknn dorg sampai budak2 melayu tergila2 cari mknn korea padahal mknn melayu lagi sedap takde nak diulang2 tunjuk sampai penonton meleleh).
Tak, tak kutuk org tempatan mahupun hasil tv tempatan. Cuma berharap drama/filem akan dtg lebih pelbagai temanya dan kurangkan tema cinta pasangan kekasih/org kaya yg stereotype. Byk lagi tema yg boleh diangkat sekaligus buka minda penonton utk lebih hargai apa yg selama ini dipandang sepi.
Post time 2-1-2021 01:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alaa... mcm la korang masa kecik2 tak tgk atopon baca cinderella, snow white, sleeping beauty masa kecik2... bawak la pangai escapism ni sampai ke tua..
Citer cintan yg paling senang nak buat duit la.. kalau bkn citer cintan, citer samseng tumbuk2..
Nak wat camne? Buat citer yg perlukan ilmu pengetahuan tak senang.
Post time 2-1-2021 02:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nak buat drama cinta go ahead tapi kena la ada variety. Sekarang ni iouls layan citer cina je - my roommate is a detective, tientsin mystic, crossfire, hikaru no go. Citer jepun pon best cuma subtitles lambat & gambar x secantik drama korea/cina
Post time 2-1-2021 02:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
PocongTerbang replied at 2-1-2021 12:17 PM
Dah netizen pon tengok gak drama cliche mcm ni,memang sampai bila2 lah kita dihidangkan dgn drama ci ...
Misteri mona tu ramai jugak suka kan? Patut genre sampah (cinta, anak org kaya) ni bg 1 slot je. Pilih la kul 7,9 atau 10. Drama melayu yg best bg i budak tebing, lps tu yg aqasha berlakon pergi yg kembali tu best sgt bg i utk drama melayu. Tp org xtgk pulak. Dan i syukur wujudnya netflix. Dkt netflix pon xboleh layan sgt yg main plot dia cinta. Mcm gossip girl bertahan episode 1 je. Lps tu drama2 mcm gerak khas kurang. Dlu cinta medic tu ingatkan boleh la bg input, rupanya sampah sarap sgt. (Hensem iqram masa tu ) berbeza dgn 999, swat, criminal minds. Mmg terbukak sikit mata.
Post time 2-1-2021 03:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mzz sorang je kat ofis yg tak layan drama melayu. tau sikit2 sbb colleagues duk cerita. Sekarang layan wrestling ja..selain swat, fbi most wanted, walking dead, svu (stabler is back!!), chicago fire, chicago pd, chicago med, 911, 911 lone star..ni nak try start tengok mandalorian and the witcher tengok kena dengan jiwa ke tak
Post time 2-1-2021 03:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
merrissa replied at 2-1-2021 12:54 PM
adoi biarlah makcik2 pon yang tgk....korng takyah tgk la
cter korea pon sama juga...kaya miskin.. ...
Sis cerita korea banyak variety. Cuba tengok station tv ocn. Drama2 thriller korea. Detective. Bukan cinta je. Dah tengok drama medic korea? Di sampaing cinta dia, banyak la drama dia pasa dilema seorang doktor. Tak hanya itu, knowledge dalam drama medic pun byk ditulis di bawah.
Drama legal korea dah tengok? Pun sama jugak. Konflik and dilema as a lawyer or pp. ada yang konon jadi lawyer nak defend ayah dia.
So cerita korea tak sama dengan cerita kepam melayu pukul 7 kat tv. Jauh sekali la level plot cerita dia.