|
Analisis Rahim & Co. Tiga negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur kekal pali
[Copy link]
|
|
saiz rumah bawah 1000 kps
memang kecik kalau anak ramai
melainkan beli utk sementara sebelum mampu beli rumah lebih besar
kalau studio memang saiz kecik
sebab studio memang utk org yg duduk seorang shj |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 26-1-2021 07:16 PM
tebang pokok dan hutan,
rata kan bukit bukau, rosak kan ekosistem,
dengan buat rumah banyak2 hanya ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalah Rumah Siap Tidak Terjual Mungkin Berterusan
KUALA LUMPUR: Jumlah hartanah kediaman siap dibina tidak terjual berkemungkinan kekal tinggi pada 2021 berdasarkan kepada paras pendapatan semasa, lokasi dan harga produk, demikian menurut Rahim & Co International Sdn Bhd.
Pengarah Penyelidikannya, Sr Sulaiman Saheh, berkata setakat suku ketiga 2020, terdapat 57,390 unit kediaman siap tidak terjual membabitkan hartanah kediaman, pangsapuri khidmat dan SoHo bernilai RM42.49 bilion.
Katanya, tiga negeri iaitu Johor, Selangor dan Kuala Lumpur kekal mempunyai jumlah unit kediaman siap tidak terjual paling tinggi di Malaysia iaitu masing-masing sebanyak 33,000 unit, 87,000 unit dan 7,800 unit.
Malah, tegasnya, negeri lain seperti Perak dan Pulau Pinang juga melaporkan jumlah kediaman siap tidak terjual yang tinggi iaitu sekitar 4,000 unit di setiap negeri.
"Hartanah yang terletak di dalam kawasan bandar masih menerima permintaan kukuh dan berkemungkinan boleh mengurangkan masalah ini jika harganya diselaraskan.
"Apa yang kami lihat ketika ini pemaju sedang menawarkan lebih banyak diskaun terhadap projek mereka di samping Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2.0.
"Secara keseluruhan, kami berpandangan bahawa jumlah kediaman siap tidak terjual berkemungkinan tidak akan turun dengan ketara pada tahun ini. Ia mungkin akan stabil tetapi angkanya dijangka terus tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran laporan tahunan 'Kajian Rahim & Co - Tinjauan Pasaran Hartanah 2020/2021' secara maya, hari ini.
Ia turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman; Ahli Lembaga Pengarah, Sr Chee Kok Thim, Ketua Pegawai Eksekutif Ejen Harta Tanah, Siva Shanker dan Pengarah Cawangan Petaling Jaya, Sr Choy Yue Kwong.
Sementara itu, Siva berkata ,ketersediaan vaksin COVID-19 dan sentimen lebih baik pada tahun ini boleh membantu mengurangkan masalah kediaman siap tidak terjual.
"Saya bersetuju bahawa masalah ini tidak akan berkurangan dengan ketara kerana kita mempunyai jumlah kediaman siap tidak terjual yang cukup tinggi.
"Namun, kita boleh menjangkakan pasaran kediaman untuk kembali pulih sedikit dan barangkali meningkat sedikit didorong oleh kejayaan program vaksin dan sentimen lebih baik," katanya.
Laporan terkini Rahim & Co mendapati, keseluruhan pasaran hartanah mencatatkan 204,721 transaksi bernilai RM80.71 bilion pada sembilan bulan pertama 2020.
Ia menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak 15.8 peratus dari segi jumlah dan 21.6 peratus dari segi nilai nilai berbanding sembilan bulan pertama 2019.
Ini juga menyekat momentum pemulihan sektor hartanah yang dilihat bermula pada tahun 2018/2019.
Penularan pandemik COVID-19 membawa gangguan dan halangan ke atas pasaran hartanah negara bagi 2020 dan menyebabkan situasi menjadi lebih mencabar.
Sebagai sub-sektor pasaran hartanah yang terbesar, aktiviti transaksi hartanah kediaman menunjukkan penurunan sebanyak 14.3 peratus dari segi bilangan dan 14.8 peratus dari segi nilai berbanding sembilan bulan pertama 2019.
Bagaimanapun, suku ketiga mula mencatatkan peningkatan dari segi jumlah dan nilai transaksi berikutan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) pada ketika itu.
Aktiviti pembinaan menghadapi halangan dan kelewatan dari segi tempoh siap disebabkan oleh PKP, apabila hanya 64,080 unit jumlah kediaman siap dibina pada sembilan bulan pertama 2020, penurunan sebanyak 33.4 peratus daripada tempoh sama tahun lalu.
Sumber : Berita Harian |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peram je laaa sampai ada pembeli.. pemaju dah kaya raya pun buat keuntungan dgn harga rumah cekik darah selama ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kt spore lak, ruma yg dah siap tak bnyk. Project bnyk delay pasal covid ni. Nk beli ruma resale pun mahal giler pasal seller mintak cash puluh2 ribu. |
|
|
|
|
|
|
|
Selain dari faktor yang dikatakan di kenyataan tu, harga pun boleh tahan tinggi. Nak sewakan belum tentu tenant nak cari rumah rumah macam ni walaupun fully furnished. Baik cari kawasan mampu milik, bakal tenant nak menyewa pun tak sakit nak bayar. Faktor kawasan banyak kedai halal/nonhalal pun rasanya mainkan peranan juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Adan uke
Biar pemaju sedar takde orang gile nak beli rumah mahal padahal gaji tak naik.
Adan uke juga capitalist yg beli rumah byk2 utk sewa.
Gomen now is your time utk regulate pembinaan rumah mampu milik. Jgn kau pulak bekap syarikat hartanah ni sudahhh |
|
|
|
|
|
|
|
buat rumah tak agak2.. soho la studio la..
orang malaysia ni beranak ramai..
kalau tak beranak ramai pun dia duk ramai2 dgn keluarga ke kawan2 ke.
harap gov lebih keras la dlm menentukan hala tuju pembinaan dan pembangunan rumah kt msia ni. apa ke he rumah harga juta2 bukan main byk tapi pendapatan isi rumah negeri tu sederhana je.
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah mahal nak mampos..rasakan la..aku ni nak kumpul duit nak buat rumah kt tanah pusaka je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
harga rumah di lembah klang tak masuk akal. |
|
|
|
|
|
|
|
hasil kiraan meols (kalau betul la), purata 740k++ utk satu property..
|
|
|
|
|
|
|
|
dua2 ada.. meols pun confuse dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka..harga sembelih habis..kos buat berapa ribu je jual dekat setengah juta |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Eliadaisy83 at 27-1-2021 01:09 PM
Rumah kt selangor n kl hanya mampu tengok saja..rumah condo bodoh harga dah lebih setgh juta, cermin saja yg banyak berbanding konkrit. Pemaju semua cina, soal safety xpenting yg penting untung kaw2. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau byk cenggitu, voley paham la kenapa takde sape nak beli... takkan rega kos tinggi mcm tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
utk yg johor tu, aku rasa mmg mahal kot.. sbb jual pd swasta kan...aku rasa la..yestana pun tak dan nak membantu rakyat
|
|
|
|
|
|
|
|
gomen dpt umah lain ka? rasanya sumer umah, sapa2 voley beli...
yestana ada tolong belikan pastu bg pree ka? rasa mcm tak...
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan2.. maksud iols.. developer beli tanah pun mahal.. so kena jual rumah mahal la..
thread dulu2 u i pernah cerita ada developer request nak tambah fasa utk rumah rmmj, tp direject and kawasan tu dijual pd ecoworld..
so iols rasa dijual pd eco tu mahal la kot.. kalau murah2 baik dia jual pd developer yg request tu kan...
so eco beli tanah mahal, jual rumah pun mahal la... lepastu jadila hartanah yg tak terjual.. eco ni contoh je..
kat johor ni developer mahal2.. yg murah mahsing ngan scientex je.. dpt ke johorland atau umland.. mampu tgk je la harganye..
|
|
|
|
|
|
|
|
lambat lagi la kalu sikap2 pemaju ni xnak turunkan harga rumah...haram jadah tol..iollss da pasang niat nak beli rumah kat jb circa rm200k cm payah je even rumah kat area senai atau paling hanjeenngg skali kt pontian pun byak rumah rega rm400k utk rumah teres 2tgkat..gila babi kapitalis
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya sbb depa nak jual kat org singapura... tapi dgn wabak mcm ni, mana la org singapura nak mai sini...
patutnya depa pikiaq utk org2 johor.. bg murmur kat org2 johor.. tapi itu la, masing2 pikiaq perut sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|