Naz Carpentry memfailkan permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ahaari termasuk permohonan pembelaan terhadap tuntutan yang dibuatnya.
Menurut Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan, pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.
Kredit foto: IG Awal
"Nac Carpentry membalas pembelaan Awal dan memfailkan pembelaan tersebut melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors minggu lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Tambahnya, dalam tuntutan mereka pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry memfailkan tuntutan saman fitnah bernilai RM3 juta terhadap hos TV tersebut dan dua individu lain kerana didakwa mencemarkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.
Ia menerusi kempen media sosial oleh Awal yang telah menjatuhkan reputasi mereka berhubung kerja pengubahsuaian di kediaman baru defendan.
Naz Carpentry mendakwa Awal menyerang reputasi syarikat dan pemililknya melalui beberapa posting berita palsu dan fitnah di akaun media sosial beliau dari November 2019 hingga November 2020.
Sementara itu, peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata, anak guamnya tidak takut dengan tuduhan defendan.
Kredit foto: IG Naz Carpentry
"Dengan tuntutan anak guam kami terhadap Awal, Naz Carpentry kini berada di landasan tepat untuk memulihkan reputasi mereka. Anak guam kami tidak akan dibuli dan kami menunggu jawapan peguam defendan.
"Berkenaan tuntutan balas Awal berjumlah RM750,000, anak guam yakin dan percaya bahawa kos tersebut langsung tidak terhutang oleh anak guam," ujarnya.
Sumber: Gempak |