|
Penjara enam bulan jika ekzos kenderaan 'bising'. #13, Atau didenda RM2,000
[Copy link]
|
|
Kedai motor slalu camni.. x faham apa tujuan dia press moto kuat2 camtuh.. dah la bukak kedai kat area perumahan |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan dengan moto saja nak ambik tindakan? Mat rempang pun buleh tahan juga modi exhaust bunyi gampang..
Harap jangan dabel stendet.. |
|
|
|
|
|
|
|
damsel_fiji replied at 22-2-2021 06:18 PM
Kedai motor slalu camni.. x faham apa tujuan dia press moto kuat2 camtuh.. dah la bukak kedai kat ar ...
Yg tu untuk tuning carburetor punya nisbah "air intake" dgn bahanapi.. memang kena rem untuk capai idle setting... |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 22-2-2021 03:40 PM
motor besar memang bising ke atau dorang yang buat ekzos jadi bising?
Ikut standard, takde la bising..pasal sekarang ni, kebanyakan pengeluar superbike seboleh-bolehnya cuba nak fit california punya requirements.. sbb tu bnyk superbike sekarang, standard kilang bunyi seperti mesin tebu, walaupun enjin 4 silinder.
Bunyi superbike ni takde la annoying sgt, sbb bunyi lebih kepada bass to mid frequency, berbanding kapcai.. paling sial, bunyi moto single cylinder y150 yg dah di bikin exhaust..letup2 mcm gampang..
P/s- Sampai sekarang aku tak faham pasai pa moto yamaha y150 dipanggil Y Suku.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat kampung meols, masa raya lah biasanya bebudak muda buat ekzos bising. Bingit gila kot! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Rahah at 22-2-2021 11:37 PM
Bagus!!! Hope motor2 kete2 bising kat tempat iols ni kena saman...benci betul dengar... stress! |
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 22-2-2021 09:51 PM
Ikut standard, takde la bising..pasal sekarang ni, kebanyakan pengeluar superbike seboleh-bolehnya ...
15 tu suku jam |
|
|
|
|
|
|
|
lega dengar berita ni. pas ni dah tak sakit telinga, sakit hati |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh memang dah ada undang2 lah ye. Tapi kenapa tak ambik tindakan ...rasa dah banyak jer yang buat ubahsuai ni... polis dengar tapi buat tak tau jer ker....Sama gak dengan cermin gelap....banyak sangat double standard... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk kereta lampu silau dah high beam bila nak kuat kuasa denda |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ekzos ysuku yg sebijik mcm org ketuk pintu umah....mendapatlah kena saman..... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pelik orang suka ekzos bising ni... telinga pekak ke... baguslah dah ada undang2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Kete lampu suluh aka lampu kalimantang ...denda lah sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 22-2-2021 09:43 PM
Yg tu untuk tuning carburetor punya nisbah "air intake" dgn bahanapi.. memang kena rem untuk capai ...
Moto skrg dh pakai injection |
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik motosikal "ekzos bising" berdepan denda RM2000 atau penjara 6
Gambar sekadar hiasan
PETALING JAYA – Pemilik motosikal yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pemilik motosikal juga perlu memastikan ekzos tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising.
“Pihak polis juga boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan sama tidak berulang.
“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend bagi golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal selain mencantikkan fizikal motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, polis diberi kuasa untuk menyita motosikal di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan tujuan untuk mengelakkan kesalahan sama berulang.
“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.
“Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” jelasnya.
Katanya, JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan kerjasama jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Menerusi operasi tersebut, motosikal akan diukur paras bunyi ekzos yang dibenarkan dan sekiranya paras bunyi melebih daripada yang ditetapkan, JAS akan mengeluarkan kompaun saman ke atas pemilik motosikal.
“Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.
Sumber -K!ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah ugut pemilik moto tu eloklah cerita sekali berapa decibel yang makmimum dan ugut sama pemilik moto besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik moto besar jangan lupa pak polisi oiiiiiiii. |
|
|
|
|
|
|
|
harley davidson yang ekzos bunyi meletup2 sekuat alam tu terjadi sebab owner takde duit nak servis enjin kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|