Pelakon Janna Nick menerusi sebuah hantaran di Instagramnya tampil meluahkan rasa penat apabila dia khabarnya sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan dan berharap akan mendapat vaksin secepat mungkin.
Ini berikutan tanggungjawabnya sebagai pelakon telah memaksa dirinya untuk melakukan ujian calitan apabila ditugaskan untuk memulakan sebuah penggambaran atau rakaman program.
Menurut Janna, dia memahami bahawa perkara tersebut merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi namun dia cuma berharap bahawa vaksin yang bakal diterimanya kelak berkesan dan keadaan akan kembali normal seperti biasa.
“Saya faham keadaan sekarang hanya ini pilihan yang kita ada untuk memastikan semuanya selamat. Saya cuma berharap vaksin itu berkesan dan keadaan kembali seperti normal. Penat dah! Dah mula sakit sangat sebab banyak kali dah (swab test).”
Dalam hantaran tersebut, Janna memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang menahan kesakitan selepas menjalani ujian calitan tersebut.
Dalam pada itu, Janna sempat juga mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada kaum wanita di luar sana yang disambut pada hati ini.
“Apa-apa pun, Selamat Hari Wanita! Marilah kita bersikap baik antara satu sama lain..hentikan rasa cemburu dan hentikan kebencian. Tak perlu rasa insecure. Kita semua cantik, pintar, berjaya dengan cara kita sendiri.” – Janna Nick
SUMBER : Instagram Janna Nick