View: 13992|Reply: 87
|
Zoey Rahman Beri Amaran, Minta Netizen Jangan Masuk Campur Kemelut Siti Nordiana
[Copy link]
|
|
Susulan kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima rakannya, pelakon Zoey Rahman menasihatkan netizen agar jangan terus menjadi batu api dengan meninggalkan komen-komen yang tidak sepatutnya.
Menurut Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 36, netizen tidak seharusnya masuk campur dalam urusan perundangan melibatkan artis berkenaan.
Foto: IG
"Sebenarnya saya malas nak komen... saya memang tidak menyebelahi mana-mana pihak.
"Bagi saya netizen sepatutnya tidak masuk campur, kalau kita tidak tahu apa-apa jangan komen... takut apa yang kita komen itu akan jatuh fitnah.
"Netizen tidak lalui masalah tersebut, biar mereka selesai di mahkamah... jangan masuk campur dengan siram minyak lagi. Lebih baik netizen fokus pada diri dan keluarga sendiri lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini (pandemik Covid-19)," katanya ketika dihubungi mStar.
Ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda rakan selebritinya itu, Zoey berkata dia berharap agar mereka dapat berbincang dengan baik demi persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.
"Mungkin ada masalah dalaman sebenarnya, cuba bincang secara elok... masing-masing dah besar dan sejak remaja dah berkawan.
"Dua-dua belah pihak dah besar, nak buat sesuatu tindakan itu fikirlah apa kesan dia nanti... contohnya ketika buat live tempoh hari.
"Saya tidak memihak pada sesiapa sebab saya berkawan dengan semua orang. Berbaiklah sebab industri seni ini kecil... nanti kalau buat show jumpa juga orang yang sama," katanya lagi.
Menerusi laporan mStar pada Selasa, Siti Nordiana menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada lima individu yang didakwa memfitnahnya.
Lima individu berkenaan iaitu penyanyi Lan Solo dan isteri Sheila Hassim, Syura Badron, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G.
Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut lima individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.
Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.
Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas Lan dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.
Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.
Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.-CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Netizen pun blh beri amaran Zoey jangan masuk campur, so so so why bother |
|
|
|
|
|
|
|
Biarla netizens nak masuk campur
Ada aku kesah |
|
|
|
|
|
|
|
Ko pn sama lah...nk jd org ke-6 nk ckupkn 3 juta ke samannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa lah g tanya zoey punya komen ni pasal kes nana ni. Zoey tgh sibuk kut dgn anju.. |
|
|
|
|
|
|
|
nana saman gayah ni sekali, dia ni active balas komen kat dalam live tu… |
|
|
|
|
|
|
|
boyyyyyyy ko patut cakap tu semua kat zulian hokeh
|
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk jerla si jantan plastik 100% nih....biar ar netizen nak backup nana |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ialah sape?
And, nape kene bukak thread pasal pendapat die lak? |
|
|
|
|
|
|
|
Konon tak sebelah mana2. Masa 5 orang tu tgh live kemain galak ko komen2 kan zoey |
|
|
|
|
|
|
|
so dia pun kena diam jgk la..jgn masuk campur hal netizen..sukahati netizen la nk masuk campur..dh korang tu rentis kheun |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa lately Zoey rajin mengomen? |
|
|
|
|
|
|
|
Aik zoey ni talam dua muka ke. Bukan live hari tu dia ada join jugak siap drop komen lagi. Ni buat kenyataan neutral pulak. Takot ke kena saman. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tunggu je dia gado dgn anjubo. time tu baru dia tau erti dimalukan di media sosial |
|
|
|
|
|
|
|
Hellooo... Korang buat live tu mmg nk suruh netizen masuk campur sekali kan.. mengongggg |
|
|
|
|
|
|
|
Gayah sendu...kasehan marketing acah kapel dengan mak Jan x menjadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Zoey ni siapa dalam cerekarama ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik sgt dh muka si zoey ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua nak menyelit....kalau xde kena mengena dgn ko diam je la..biar netizen buat keja |
|
|
|
|
|
|
| |
|