View: 4659|Reply: 26
|
Hilang ibu, ayah dan adik dalam tempoh seminggu akibat Covid-19
[Copy link]
|
|
Hilang ibu, ayah dan adik dalam tempoh seminggu akibat Covid-19
https://www.utusan.com.my/luar-n ... gu-akibat-covid-19/
Oleh Adlinahani Binti Khalil
9 Ogos 2021, 7:08 pm
LONDON: Seorang lelaki tidak menyangka akan kehilangan ibu, bapa dan adiknya dalam tempoh seminggu akibat Covid-19.
Francis Goncalves yang tinggal di Cardiff memberitahu, adiknya, Shaul, 40, dan ibu mereka, Charmagne, 65, dijangkiti Covid-19 dari bapa mereka, Basil, 73, selepas menikmati makan malam bersama pada awal Julai lalu.
Keluarga Francis menetap di Portugal.
Katanya, ibu bapa dan adiknya belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 kerana mereka takut dengan propaganda yang disebarkan oleh golongan anti vaksin.
Dua minggu selepas dijangkiti virus maut itu, ibu bapa dan abang Francis menghembuskan nafas terakhir.
Bercakap kepada WalesOnline yang dipetik Mirror, Francis menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati supaya tidak kehilangan insan tersayang seperti yang dialaminya.
“Semuanya berlaku begitu pantas, siapa sangka saya akan kehilangan ibu bapa dan adik hanya dalam tempoh seminggu.
“Tidak mampu saya gambarkan dengan kata-kata tentang apa yang saya rasa ketika ini, melihat insan tersaya menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Jelas Francis, dia mendapat panggilan telefon dari hospital adik serta bapanya meninggal dunia pada hari yang sama.
“Esoknya saya terbang ke Portugal dan dimaklumkan ibu dalam keadaan kritikal sebelum meninggal dunia beberapa hari kemudian,” ujarnya.
Francis memaklumkan, ibu bapa serta adiknya dikebumikan sebaris di tanah perkuburan di Lisbon.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Simpati, tapi dah tua2 gitu, so?
Apalah sangat kalau nak dibanding bbrp kes anak2 bawah umur belasan tahun di Malaysia yg jadi yatim piatu akibat Covid-19. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesemua Tiga Antivaksin- Ibu, Bapa, Adik Maut Dalam Tempoh Seminggu
Cardiff: Gara-gara terpengaruh dengan antivaksin, seorang lelaki di Wales mendakwa kehilangan ibu, bapa dan adiknya dalam tempoh seminggu selepas mereka memilih tidak mahu divaksin.
The Guardian melaporkan seorang cef, Francis Goncalves, 43, mengatakan dia percaya bapanya, Basil, 73, dijangkiti ketika di hospital.
Ibunya, Charmagne, 65, dan adiknya, Shaul, 40, dijangkiti virus itu selepas ketiga-tiga menghadiri makan malam bersama-sama.
Dia mengatakan ketiga-tiganya yang tinggal di Portugal sebelum ini menolak peluang diberi vaksin.
Kredit foto: Agensi
Goncalves mengatakan dia berharap perkongsian pengalamannya itu dapat mendorong orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin.
"Mereka terjebak dalam banyak propaganda antivaksin.
"Mereka menjadi mangsa antivaksin yang menakutkan orang.
"Mesej yang ingin disampaikan kenapa pemerintah ingin menyakiti anda dengan memberi anda vaksin? Apakah tujuan di sebalik itu? Saya bercakap dengan ramai orang yang berasa takut dengan vaksin dan ini mengorbankan nyawa," katanya.
Cef itu berkata, ibu bapanya mempunyai sejarah masalah kesihatan, tetapi adik lelakinya orang yang amat sihat.
Dia percaya, ketiga-tiganya boleh selamat sekiranya menerima suntikan vaksin.
"Sekiranya dia tidak bersenam di gimnasium atau berlari, dia (adik) berjalan-jalan. Dia tidak mengambil minuman keras selama 15 tahun dan melakukan diet berasaskan tumbuhan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah pocit Serbia duduk dalam gua takde infra tenet 5G. |
|
|
|
|
|
|
|
Unik nama bapak dia,Basil..hehehe
Btw,apa kata antivax semua?ke diam tak berkutik jah?tak nak mati sbb vax,tp nak mati sbb covid? |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 16-8-2021 10:05 AM
Unik nama bapak dia,Basil..hehehe
Btw,apa kata antivax semua?ke diam tak berkutik jah?tak nak mat ...
Mati itu pasti...semua org akan merasai mati...klu dh sampai masanye...vaksin ke, tak vaksin ke...akan mati jgk...
Takyah la nk obses sgt dgn vaksin..
Gitewww...komen acik2 antivac |
|
|
|
|
|
|
|
ckp padan muka akibat memilih jd antivaksin kang ade plak merempan xpuas hati
so condolences jer lah.... rest in peace memang tak lah org kafir |
|
|
|
|
|
|
|
Si sohaii hantu gigi xnak bagi sepatah dua kata ke..? biasa diaa sukaaa sangat kan mencapub bila ad berita kematian orang yang dah vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu la. Survival of the fittest.
Kalau tak mati kerana vaksin, mati kerana covid. |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 16-8-2021 10:05 AM
Unik nama bapak dia,Basil..hehehe
Btw,apa kata antivax semua?ke diam tak berkutik jah?tak nak mat ...
Kawan saya (Malaysian) dulu pun nama Basil jugak. Macam not uncommon. Tapi tak lah common macam Alex, James, Steven semua tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rippp.... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam boleh ternampak2 je komen camni bila baca komen uols..
|
|
|
|
|
|
|
|
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1264324&mobile=2
Done report juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Meantime in Msia... antibaks buat2 lena. |
|
|
|
|
|
|
|
antivaks mmg teruk pun. kesian keluarga laki nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Varian baru ni sangat ganas. Kalau orang dah vaksin pun seksa teruk nak lawan apatah lagi yang belum vaksin. Kalau tak ada allergic yang teruk kepada ubat disarankan ambil lah vaksin tu. Untuk kebaikan diri juga. Tak salah berusaha sehabis baik sebelum bertawakal. Takziah kepada keluarga yang kehilangan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana seseorang tu dilabel anti when u make it optional and you don't even have enough supply for everybody
Conspiracy betul |
|
|
|
|
|
|
| |
|