|
Berbelanja Istimewa kepada Ahli Keluarga pada Hari Asyura 10 Muharam.
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 19-8-2021 01:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kupucandy replied at 18-8-2021 04:57 PM
In Shaa Allah, trima kasih mod… kiranya klau puasa 9 Muharam kena buat skali 10 Muharam kan? 11 M ...
Begini, kita nak puasa 10 Muharam yang utama, tapi disebabkan yahudi pun beraya pada tarikh tu, jadi nabi pun puasa 9Muharam juga. Jadi puasa pada 9 dan 10 Muharam. Andai kata kita terlepas yang 9 Muharam tu, kita dianjurkan puasa 10 dan 11 Muharam.
Ni yg saya faham la. Tapi kalau tak buat pun takpa, buat sangat dianjurkan. |
|
|
|
|
|
|
|
@kupucandy
Antara amalan soleh yang dianjurkan oleh Nabi SAW dalam bulan ini ialah berpuasa sunat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Sebaik-baik puasa setelah bulan Ramadan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharam dan sesungguhnya solat yang paling afdal setelah solat fardu adalah solat malam ‘qiamullail’ (Riwayat Abu Daud: no.2429)
Seterusnya, terdapat hadis khusus yang menganjurkan berpuasa pada 10 Muharam dengan menyatakan kelebihan iaitu “Berpuasa pada hari Asyura, sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Ibn Majah: no.1738).
Selain itu, Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Rasulullah SAW datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu” (Riwayat al-Bukhari: no.2004).
Hadis di atas menunjukkan bahawa puasa pada hari ‘asyura adalah sunat dari sudut hukum dan sangat dianjurkan kepada umat Nabi SAW.
Walaupun dianjurkan berpuasa pada 10 Muharam, sangat dianjurkan untuk diiringi dengan berpuasa pada hari sebelum atau selepas untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya” (Riwayat Ahmad: no.2154).
Kaedah melaksanakan puasa Asyura telah dijelaskan oleh para ulama kepada tiga iaitu pertama; berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya. Kedua; berpuasa pada 10 Muharam secara tunggal. Ketiga; berpuasa sehari dan selepasnya.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah menjelaskan dengan kaedah iaitu pertama; berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya. Kedua; berpuasa pada 9 (tasu’a) dan 10 (Asyura) Muharram sahaja. Ketiga; berpuasa pada 10 Muharram sahaja (Zaad al-Ma’ad: 2/72).
Demikianlah disunatkan berpuasa sunat pada hari ‘Asyura dengan diiringi berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.
Rebutlah peluang beramal soleh seperti solat sunat, puasa sunat, baca al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya di dalam bulan Muharram kerana dijanjikan oleh Allah SWT keampunan dan pahala yang besar.
DR. AZRI BHARI, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM, Shah Alam, Selangor
https://www.utusan.com.my/nasion ... yura-bulan-muharam/ |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 19-8-2021 01:09 AM
@kupucandy
Antara amalan soleh yang dianjurkan oleh Nabi SAW dalam bulan ini ialah berpuasa s ...
In Shaa Allah… trima kasih atas penerangan mod, semoga ALLAH permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita semua aamiin aamiin aamiin Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim… |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-8-2021 12:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kupucandy replied at 18-8-2021 05:24 PM
In Shaa Allah… trima kasih atas penerangan mod, semoga ALLAH permudahkan segala urusan dunia dan ...
Amin amin, sama2 raikan hari Asyura |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-8-2021 12:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
midori_katana replied at 19-8-2021 03:00 AM
T. kasih kongsi info ni, banyak benda lagi nak kena belajar ni hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, thanks mod for sharing. Antara amalam sunat juga d hr ini adalah membaca Quran, berselawat ke atas Rasulullah, berzikir Hasballah 70x, membaca ayatul kursi 360 kali dgn dimulakan dgn Bismillah setiap kali dan membaca surah Al Ikhlas 1,000 kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-8-2021 12:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Scheherazade replied at 19-8-2021 04:12 AM
Alhamdulillah, thanks mod for sharing. Antara amalam sunat juga d hr ini adalah membaca Quran, berse ...
Alhamdulillah, t. kasih berkongsi schehe. Banyak amalan istimewa bulan Muharam ni kan |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 19-8-2021 12:28 PM
Alhamdulillah, t. kasih berkongsi schehe. Banyak amalan istimewa bulan Muharam ni kan
Sama2 mod. Iye mod, kita buat apa yg kita mampu. Selain tu, sunat juga kita potong kuku, mandi dan memakai wangian hr ni. Semoga usaha kita dlm beribadah diterimaNya, aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur skrg ni serba mudah, wlpn duduk jauh, boleh je nak belanja family di kg. Foodpanda, grab dan sbg. |
|
|
|
|
|
|
|
makiting replied at 19-8-2021 12:52 AM
Solat Sunat Asyura
Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan dua salam.
Wow tq sharing info ni |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 19-8-2021 01:02 AM
Begini, kita nak puasa 10 Muharam yang utama, tapi disebabkan yahudi pun beraya pada tarikh tu, ja ...
Ye betul tu..nak puasa sehari je pun boleh..nak puasa 2 boleh, paling balik 9-11 Muharram..x puasa pun xde masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
bersedekah ikut kemampuan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-8-2021 06:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Scheherazade replied at 19-8-2021 05:03 AM
Sama2 mod. Iye mod, kita buat apa yg kita mampu. Selain tu, sunat juga kita potong kuku, mandi dan ...
Tq tq, amin amin yarobbalalamin |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-8-2021 06:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cucutokwan89 replied at 19-8-2021 05:55 AM
Mujur skrg ni serba mudah, wlpn duduk jauh, boleh je nak belanja family di kg. Foodpanda, grab dan s ...
Kan, sama2 niat amalkan untum redaNya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-8-2021 06:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
None68 replied at 19-8-2021 06:04 AM
Ye betul tu..nak puasa sehari je pun boleh..nak puasa 2 boleh, paling balik 9-11 Muharram..x puasa ...
Sebaiknya berpuasa bagi yang mampu, sebab fadhilatnya besar. Sama2 kita kongsi maklumat, mana tahu ada jalan kebaikan lain terbuka untuk kita semua |
|
|
|
|
|
|
|
Tq tq, bagus kongsi sama2, kita tak tahu mana yg dapat reda Dia. Buat je la apa2 kebaikan yang tiba2 terlintas di hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
None68 replied at 19-8-2021 02:04 PM
Ye betul tu..nak puasa sehari je pun boleh..nak puasa 2 boleh, paling balik 9-11 Muharram..x puasa ...
Seronok tgk ramai puasa harini. Meols xdpt puasa pula huhu tp xpelah ambil berkat sedekah je..
Terima kasih TT utk reminder ya |
|
|
|
|
|
|
|
MoneyMatters replied at 19-8-2021 06:44 PM
Seronok tgk ramai puasa harini. Meols xdpt puasa pula huhu tp xpelah ambil berkat sedekah je..
...
Alhamdulillah..buat yg kita mampu |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas perkongsian.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|