CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Susah Sangat Ke Nak Uruskan Atlet Paralimpik?

[Copy link]
Post time 2-9-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pematuhan masa sangat penting bagi Japang yer
Bas dan train pun punctual eta iyer di sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 2-9-2021 06:52 PM
ini benar
aku punya superior lagi bagus
CEO dah masuk meeting 10 minit awal

Kenape CEO syg even die x reti ape .....cantik ke

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:14 PM | Show all posts
btw pegawai yg jaga ziyad yang patut minta maaf pada malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:19 PM | Show all posts
Sekarang ni geng2 bawan tgh jejak siapa pegawai2 pengiring Ziyad agaknya

But seriously sorang pun pegawai pengiring Ziyad tak muncul....semua masuk gua kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai pengiring ni kira macam manager ke, ada gaji tak? Kalau ada gaji mohon gaji tu bg pada atlit. Buat malu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu aku la menteri KBS... Memang peg tu dah kena minta maaf terbuka dan dipecat ya.  What a shame... Ko pegi sana buat apa ngokk.

Tengokla berapa lama dia blh diam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 2-9-2021 05:35 PM
Netizen boleh serang pegawai pengiring. Takkan tak tau rules sana. Be punctual. Sebab korang malaysi ...

Tp netizen bengong serang atlet ukraine.. atlet tu tak bersalah pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 2-9-2021 06:23 PM
Paling best p serang acc budak oku Ukraine yg menang tu. Teruk sgt2 ye Malaysian skang neh. Sorry to ...

Yang serang ni bbnu.. setakat hero typing je.. kalau antar berperang, dia lari dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 08:38 PM | Show all posts
ReginaGeorge replied at 2-9-2021 08:21 PM
Pegawai pengiring ni kira macam manager ke, ada gaji tak? Kalau ada gaji mohon gaji tu bg pada atlit ...

Pingat Olympic ni lain macam "hantu"nya...hanya di kalangan athlete je yg paham, diaorg nilai pingat atau pencapaian ni jauh lebih tinggi dari duit...mcm kita waima pegawai pengiring pun tak sampai ke tahap mcm tu menilai pencapaian Olympic ni sbb itu kerjaya diaorg...kesian ooo kalau terlepas pingat yg dilihat pasti dlm genggaman atas sbb kecuaian org lain.

Menteri KBS mesti bawak pasukan pengiring ni ke depan...tak blh sorok2 lagi...nampak sgt cuai...berjimba  sakan kat Shibuya gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:40 PM | Show all posts
BUKAN SAJA PADAH TAK TEPATI MASA, INI JUGA PADAH BUDAYA DOUBLE STANDARD

Jelas sekarang, Ziyad Zulkefli bukanlah mangsa protes kotor dari Ukraine, tetapi kesilapan besar pegawai kontinjen Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan kepatuhan protokol athlet istimewa itu di Paralimpik Tokyo.

Bukan saja mereka melakukan kesilapan dengan tidak memastikan Ziyad sampai ke call room dan mendaftarkan diri untuk pertandingan mengikut masa yang ditetapkan, tapi Malaysia juga dihidangkan dengan cerita putar alam kononnya kita kehilangan emas akibat protes dari negara di mana terkuburnya pesawat MH17 itu.

Cerita protes Ukraine ini turut dimainkan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri, maka netizen pembawang negara pun pantas bertindak meranapkan kesejahteraan hidup Ukraine di alam cyber.

Cerita sebenar pantas terbongkar juga. Tiada langsung protes dari Ukraine, tetapi rupanya Ziyad bersama 2 athlet lain telahpun diklasifikasikan sebagai non-starter apabila gagal mendaftarkan diri di call room. Beliau hanya dibenarkan memasuki gelanggang sementara protes dari Malaysia dipertimbangkan oleh juri.

Tak perlulah saya ulas panjang tentang kejadian itu, kerana ia satu peraturan yang memang biasa. Malah kekhilafan warga Malaysia dari aspek itu juga adalah satu kebiasaan. Biasalah. Malaysia.

Saya teringat betapa munafiknya pentadbiran sukan di Malaysia dalam aspek menepati masa ini. Dan ini mungkin satu petunjuk dari Yang Maha Esa untuk kita sedar. Akhirnya.

Saya berikan contoh dalam perlumbaan berbasikal kategori nasional dahulu.

Banyak kali berlaku kejadian di mana pelumba didiskualifikasi atau tidak diklasifikasikan dalam result akibat gagal sign-in sebelum permulaan perlumbaan.

Ada juga berlaku insiden di mana perlumbaan dilepaskan tepat pada waktu atau ikut budaya Malaysia "give or take 15 minutes", dan ada pasukan yang tertinggal akibat lambat sampai ke garis permulaan.

Ini semua perkara biasa berlaku dalam sukan tempatan kita.

Namun, munafiknya juga ada.

Banyak juga berlaku insiden di mana perlumbaan tertangguh, kadangkala hingga berjam, kerana menunggu Menteri, Meneri Besar atau VIP yang dijemput hadir untuk flag-off perlumbaan.

Tidak pula VIP itu diperludahkan saja supaya race jalan tepat pada waktunya. Apakah dalam sukan ini VIP lebih penting dari athlet? Memang tidak penting, tapi jelas diberi keutamaan dan double standard yang condong melebihkan mereka.

Inilah budaya amalan kita yang bukan saja memudaratkan bila tidak pernah dibendung, malah membawa bala besar dengan kehilangan satu pingat emas yang sepatutnya jelas milik kita. Itulah petunjukNya.

Maka kita tidak perlu berdalih, mengkambinghitamkan negara lain yang tidak bersalah.
Malah sempat juga memfitnah Ukraine memprotes sedangkan mereka tidak melakukan perkara itu.
Ukraine cuma mendapat menfaat dari disiplin dan amalan budaya profesionalisme yang lebih tinggi dari kita. Dan menfaat itu adalah pingat emas ke-15 mereka di Paralimpik Tokyo. Mustahil mereka begitu dahagakan pingat emas sehingga mahu mengautnya ikut pintu belakang.

Kita yang harus sedar bahawa kita telah mendapat satu pengajaran yang amat perit akibat pembudayaan amalan yang salah dalam kehidupan kita sendiri.

Sekian.

Arnaz M. Khairul
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 2-9-2021 04:18 PM
perangai otw melayu ni mmg annoying. yg paling best dia ajak jumpa, kita datang awal pastu dia yg ca ...

Tapi client2 aku kicap lagi annoying..

Janji amik brg tgh hari. Call Dari pagi, tgh hari, ptg on d way..

Last2 maghrib baru dtg, itu pun org lain amik kan..

Dah beberapa kali kena..

Dasar laknat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 2-9-2021 08:38 PM
Pingat Olympic ni lain macam "hantu"nya...hanya di kalangan athlete je yg paham, diaorg nilai ping ...

Ada ganjarannya..

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut yg in charge tu awal2 dah cek keadaan trafik kawasan tu mcmana. Pastu tak salah pun kalau gerak jauh lbh awal dr waktu pertandingan spy tak kelam kabut & kalo ada apa2 bnd tak dijangka berlaku masa dlm perjalanan, still ada byk masa lg.

Kalo kuar pun cukup2 masa je, mmg ko amek risiko sendiri la kalo tetiba ada bnd tak dijangka jd kat jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi Ziyad ni dapat perak ke tak dapat pingat langsung?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 2-9-2021 05:35 PM
Netizen boleh serang pegawai pengiring. Takkan tak tau rules sana. Be punctual. Sebab korang malaysi ...

Buat malu je kan bagi alasan traffic jam. Kejohanan antarabangsa kot, bukan family day belakang umah. Apedaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:09 PM | Show all posts
getarsukma replied at 2-9-2021 09:03 PM
Jadi Ziyad ni dapat perak ke tak dapat pingat langsung?

Dia dah officially tak qualify...so consider mcm tak bertanding la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 2-9-2021 06:23 PM
Paling best p serang acc budak oku Ukraine yg menang tu. Teruk sgt2 ye Malaysian skang neh. Sorry to ...

Itulah tu, patut nya tak yah la nak jd cyberbully bagai. Apa2 isu selesaikan scr berhemah. Ada medium nak buat rayuan sume kan, wpun rayuan ditolak akhirnya tp still la kita tak blh nak bertindak ikut emosi gi serang2 org.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 2-9-2021 09:09 PM
Dia dah officially tak qualify...so consider mcm tak bertanding la

Sayang .. patut pegawai yg negligent tu kena potong gaji setara nilai pembangunan Ziyad tu.. dari kos latihan, coaching, makan/diet, elaun latihan/bertanding, flight, dll... Berjuta kot investment...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:12 PM | Show all posts
underground replied at 2-9-2021 09:01 PM
Ada ganjarannya..

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang ping ...

Itu kalau dia officially dapat pingat....cemana nak bagi ganjaran kalau tak menang pingat? unless kalau pakai budi bicara lah....tp secara teknikalnya mmg pening jugak MSN kali ni...serba salah jadnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:14 PM | Show all posts
getarsukma replied at 2-9-2021 09:03 PM
Jadi Ziyad ni dapat perak ke tak dapat pingat langsung?

Perak apanya dia disqualified terus. DNS as if dia tak hadir terus.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.874387 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list