|
[SEJARAH]
Edisi tambah tacang: Kenali Perdana Menteri Malaysia (6) - exposed
[Copy link]
|
|
Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2008, beliau bertanding di parlimen Pekan yang membawa kemenangan dan mendapat undi sebanyak 36,262.
Setelah beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009. Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional yang mana ianya telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Selaku Perdana Menteri yang prihatin dengan nasib rakyat pula, beliau telah memperkenalkan Projek BR1M untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM 500.00 telah diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 sebulan.
Pemberian BR1M kali kedua telah dilancarkan pada Februari 2013 dan lebih 2.5 Billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia.
Ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah di seluruh Negara. Tambahan daripada RM 500 yang diagihkan oleh kerajaan kepada isi rumah, rakyat Malaysia yang belum berkeluarga akan menerima 250 dari projek BR1M.
Dalam pembentangan Bajet 2015 Datuk Seri Najib telah mengumumkan pemberian BR1M buat kali ketiga. Bagi isi rumah RM3,000 sebulan, pemberian meningkat daripada RM650 kepada RM950 yang akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali.
Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 sehingga RM4,000 pula, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini juga akan dibayar sebanyak tiga kali setahun. Kerajaan juga mengumumkan peningkatan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi ilham beliau demi membela nasib rakyat adalah Perumahan Rakyat 1 Malaysia. Ianya merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah peruntukan akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus perumahan mampu milik bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan terutamanya di kawasan Bandar. Mereka yang berpendapatan pertengahan ini dikenalpasti dengan pendapatan bulanan antara RM 2,500-RM 7,500.
Selaku Perdana Menteri, beliau amat prihatin dengan tekanan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Bandar yang berpendapatan sederhana. Dengan perkembangan ekonomi Malaysia, beliau mengilhamkan untuk menstabilkan kehidupan rakyat terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar. Justeru itu, PR1MA akan memberi fokus kepada golongan pertengahan dengan harga rumah dari RM 100,000.00 ke RM 400,000.00 untuk dibina dibawah kawasan komuniti padat.
Pada 12 Mei 2018, Datuk Seri Najib meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN serta merta selepas kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 dan digantikan oleh Timbalan Presiden UMNO (yang menjalankan tugas-tugas Presiden), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya,kredibiliti dato seri najib razak sedikit tercalar sebagai bekas perdana menteri apabila umno telah jatuh dari memerintah malaysia pada tahun 2018 dan dato seri najib razak terlibat dlm beberapa skandal berprofil tinggi salah satunya 1MDB. |
|
|
|
|
|
|
|
Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Jawatan terdahulu : Perdana Menteri/Menteri Kewangan/Menteri Besar Pahang
Jawatan Terkini : Menteri Ekonomi FB
Blog : https://najibrazak.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak ke 3 arwah tun razak...laki mama ros |
|
|
|
|
|
|
|
Idea beliau memperkenalkan br1m banyak memberi manfaat kepada golongan warga emas dan yang memerlukan serta kekal relevan walau dah bertukar kerajaan. UTC pula merupakan idea beliau yang bagus kerana memberikan kemudahan kepada rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|