CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PakMalau

METHOD DAKWAH YG BERKESAN ???

[Copy link]
Post time 15-7-2005 12:14 AM | Show all posts
Bagus thread pak malau ni, ada banyak manfaatnya bila saya baca, terutamanya pengalaman usaha islah masyarakat yg pak malau buat tu.

penerangan kuman n nice ttg tabligh pun jelas, org yg baca tak keliru dgn apa org kata ttg tabligh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


niceghost99 This user has been deleted
Post time 15-7-2005 08:33 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer yg satu fikir dgn ku,

Setiap Rasul adalah Pendakwah
Setiap Nabi juga adalah Pendakwah

Dan bagaimana dgn IMAN mereka?
Tentu lah di tahap yg PALING TINGGI.

IMAN mereka di didik dgn membuat DAKWAH.
Apabila seseorg itu BERDAKWAH, pelbagai bagai DUGAAN n CUBAAN akan melanda.
Di sini lah Allah swt akan menambah ILMU kpd Pendakwah tersebut.
Ini membuat seseorg PENDAKWAH itu akan mendekati Allah swt.
Menyerah 100% kpd Allah swt di dalam hal TAUFIQ n HIDAYAH.
Seorg PENDAKWAH itu akan menjadi lebih SABAR, dan melakukan nya dgn penuh FIKIR dan senantiasa mengharapkan(zikir) bantuan dari Allah swt.

IMAN hanya akan di dapati pabila kita melakukan DAKWAH/BERJUANG.

IMAN tidak bolih di dapati dgn membaca buku.
IMAN juga tidak bolih di ajari dgn belajar di menara gading.

ILMU adalah penting TETAPI amalan mengikut Al Quran n Sunnah harus di lakukan.

BERDAKWAH ini di ibaratkan seperti membaling bola getah ke dinding.
Bola getah tersebut akan melantun balik ke si pembaling nya.

Semakin tinggi IMAN seseorg itu......semakin besar dugaan n cubaan ke atas nya.
BERDAKWAH secara perseorangan amat tinggi risiko nya.
Memerlukan kesabaran dan kesungguhan serta ketekunan yg tinggi.
Berbanding dgn BERDAKWAH secara berkumpulan/berjemaah.
Di mana DUGAAN/CUBAAN bolih di 'absorb' olih Anggota Jemaah.

Seperti kata Alim Ulamak:
Siang berbuat dakwah, malam bangun bertahajjud memohon ampun/maaf(akibat salah silap berkata di siang td) dan taufiq hidayah(kpd dirinya, keluarga dan org yg di temui nya di siang hari) dari NYA.

Seperti mana ada seorg pemerhati tentera kufur pernah mengulas:
Tentera Islam ini berjuang seperti SINGA di siang hari TETAPI menangis seperti bayi di malam hari nya.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2005 06:28 PM | Show all posts
Bila sebut iman ni, teringat lagu Raihan plak.

Raihan: Iman Mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 07:16 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost99 at 15-7-2005 08:33 AM:
Assalamualaikum semuer yg satu fikir dgn ku,

Setiap Rasul adalah Pendakwah
Setiap Nabi juga adalah Pendakwah

Dan bagaimana dgn IMAN mereka?
Tentu lah di tahap yg PALING TINGGI.

IMAN m ...



niceghost99.....thanks for the nice posting.....

I really like it....:clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2005 10:43 PM | Show all posts
Mengapa RUKUN ISLAM tidak dimasukkan DAKWAH?
Adakah ini bermaksud DAKWAH tidak penting untuk orang Islam?

Dakwah mungkin ada dalam rukun IMAN (Percayakan Kitab) tapi METHOD dakwah pula tiada. Al-Quran tidak menerangkan METHOD dakwah yg detail.
Jadi orang yg beriman boleh gunakan SEBARANG METHOD?

Rukun Kita
**********

Rukun Islam lima perkara
Rukun iman enam perkara
Mari bersama menghayatinya
Marilah kita beramal bersama

Rukun Islam lima perkara
Pertama mengucap dua kalimah syahadah
Kedua sembahyang ketiga berpuasa
Keeempat zakat kelima naik haji

Rukun Islam wajib diamalkan
Agar menjadi muslim sejati
Patuh dan taat pada yang Esa
Barulah hidup diberkatinya

Rukun Iman enam perkara
Percaya Allah percaya Malaikat
Percaya Rasul percaya kitab
Percaya kiamat, Qadha' dan Qadar

Rukun Iman wajib diyakini
Baru sempurna iman di hati
Agar menjadi mukmin sejati
Selamat sejahtera dunia akhirat

Senilagu : Ajai/ Farihin Abdul Fatah
Senikata : Ain
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 15-7-2005 06:31 PM:
Setahu PakMalau orang yg paling tinggi iman selain nabi mengikut ASWJ ialah Abu Bakar. Bagaimana pula usaha DAKWAH Abu Bakar yg terekod dalam kitab hadis dan sejarah. Apa siapa yg maklum?


Rasulullah saw tlh berjaya menunaikan 2 tugas, iaitru

pertama, sbg pesuruh Allah swt, menyampaikan undang2 & syariatNya kpd umat manusia, dan

kedua, tugas sbg pemimpin dgn memberi panduan2 ke jln yg benar & menyelesaikan masalah mengikut dasar yg tlh ditetapkan oleh Allah swt.

Setelah baginda wafat tugas yg kedua terpaksa dipikul & dipertanggungjawabkan oleh khalifah & pemimpin Islam yg lain selepasnya.

Khalifah Abu Bakar (gelaran Al Siddik) adalah org yg sentiasa percaya & membenarkan segala apa yg disampaikan oleh Rasulullah saw.  Sewaktu Rasulullah memberitahu org ramai ttg peristiwa Israk & Mikraj, Abu Bakar adalah org yg pertama melahirkan kepercayaan walau pun terpaksa menghadapi bantahan & ejekan org Quraisy

Abu Bakar dilahirkan di Kota Mekah.  Sejak kecil lagi beliau terkenal sbg seorg yg jujur, mempunyai budi pekerti yg baik dan perangai yg terpuji.  Apabila dtg shj Islam beliau segera menerima dan terus berusaha mengembangkannya.  Ramai atr sahabat yg handal2 memeluk Islam melalui usahanya.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2005 01:41 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 2005-7-15 10:43 PM:
Jadi orang yg beriman boleh gunakan SEBARANG METHOD?


saya kata ya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 01:45 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2005-7-16 12:00 AM:


Rasulullah saw tlh berjaya menunaikan 2 tugas, iaitru

pertama, sbg pesuruh Allah swt, menyampaikan undang2 & syariatNya kpd umat manusia, dan

kedua, tugas sbg pemimpin dgn memberi p ...


saya nak tambah satu lg. cuba kita bayangkan saat ni; nabi baru wafat, ramai org duk tunggu nak murtad. kalu pemimpin no wahid yg ganti nabi tu lemah maka teruklah islam masa tu. tapi S. Abu Bakar ni berjaya mengatasinya. Ini jasa terbesar beliau sebagai pemimpin. Saya katakan beliau sesungguhnya tlh berjaya dlm kepimpinannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2005 07:23 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 16-7-2005 01:41 AM:


saya kata ya.


PakMalau AMAT BERSETUJU dengan jawapan Nahzaluz.

Malah kalau keluar BERDAKWAH cara orang KRISTIAN pun (kalau tidak melanggar hukum agama), PakMalau boleh terima. Kalau cara orang KRISTIAN boleh memberi IMPACT yang LEBIH BERKESAN, PakMalau pilih cara tu.

[Ini cuma pendapat pribadi saja, bukan nak meremehkan method kumpulan2]
Reply

Use magic Report

niceghost99 This user has been deleted
Post time 18-7-2005 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 16-7-2005 19:23:


PakMalau AMAT BERSETUJU dengan jawapan Nahzaluz.

Malah kalau keluar BERDAKWAH cara orang KRISTIAN pun (kalau tidak melanggar hukum agama), PakMalau boleh terima. Kalau cara orang KRISTIAN b ...


Assalamualaikum Pak Malau dan Nahzaluz.

Mari kita melihat DAKWAH yg di lakukan olih org2 KRISTIAN barang 30-40 tahun yang lalu. :hmm:

1960an....anak anak muda KRISTIAN terlibat dgn dadah, free sex dan marijuana.(hippy gipsie)
Gereja gereja masih ada penghuni nya.

1970an dgn kemuncak hippy dan dadah, gereja gereja mulai kosong.
Hanya di penuhi dgn orang tua tua dan kanak kanak.

Awal 1980an - gereja gereja lenggang. Anak anak muda banyak memenuhi pub, bar di malam hari.

Islam semasa itu membara.
Banyak umat Islam mulai memakai tudung dan menutup aurat.
Permulaan terjadi nya Revolusi Iran(1978)
Berkembang hingga ke Afghanistan dan seluruh duniya.

1990an Jemaah Tabligh berkembang seluruh alam.
Amat mudah untuk melihat mereka di dalam negara dan juga luar negara.

Ghoper ghoper nya Pihak Kristian sedang memerhati perkembangan ini.
Mereka membuat KAJIAN akan perjalanan Jemaah Tabligh.

Kini terlah ada orang orang Kristian melakukan DAKWAH seperti Jemaah Tabligh.
Paling ketara adalah di Canada mengikut laporan sahabat2.

Mereka(org Kristian) yg secara SUKARELA akan singgah dahulu Gereja selepas waktu kerja.
Secara berkumpulan mereka akan 'keluar ziarah' orang orang tertentu.
CARA mereka berjalan pun berdua dua.
Setiap hari mereka akan melaku sedemikian.

Setakat ini, mereka telah berjaya MEMURTADKAN org Islam yg kesunyian, bermasaalah etc.

Moral of the Story:
1. Kenapa nak ikut cara org KRISTIAN padahal org KRISTIAN sendiri gagal di dlm CARA mereka yg terdahulu!
2. Ingat lah pesanan Rasulullah saw.
"Telah ku tinggalkan kpd mu 2 perkara. Yang mana kamu tidak akan sesat selama lama nya. Iaitu Al Quran n Sunnah." - hadis
CARA utk BERDAKWAH pun sudah di tunjukkan olih Rasulullah saw n para sahabat r.a. satu persatu.

"Sahabat ku bagaikan bintang2 di langit. Sesiapa yg mengikut nya nescaya dia mendapat PETUNJUK" - hadis

Di dalam perjalanan berDAKWAH, ada yg terSURAT dan ada yg terSIRAT.

IKUTI lah SUNNAH RASULULLAH saw, insyaallah komer akan mendapat apa yg terSIRAT itu. (Kefahaman ttg AGAMA)

Wsalam
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 18-7-2005 02:59 PM | Show all posts
ANTARA AHLI SENI DENGAN AHLI SUFI

Jika seseorang melihat pemandangan yang indah,
pemandangan itulah yang dirasa indah
Tuhan yang indah tidak dirasakan,
dia tertipu di dalam seninya

Pada waktu itu nafsunya yang hidup bukan rohnya yang hidup
Itulah yang dirasakan oleh ramai sasterawan dunia,
mabuk rasa kepada kebendaan

Apabila melihat gelombang laut,
menghempas, memulas, melambung, menggulung,
terasa gerunnya laut
bukan kepada Tuhan yang dirasakan gerun,

jiwanya sudah bankrap
Rohnya sudah mati sebelum kematiannya
Dia termasuk orang yang lalai,
dilalaikan oleh suasana laut

Melihat langit dan bumi setiap hari,
terlibat dengan pergantian malam dan siang,
yang dia rasa begitulah sunnah alam,
tidak terasa pentadbiran dan kuasa Tuhan,

Hatinya sudah buta
Mereka melihat alam dan keindahannya
yang dirasa kebesaran alam bukan kebesaran Tuhan,
tersesat di dalam rasa

Itulah yang dirasakan oleh kebanyakan manusia
yang tidak ada rasa bertuhan
Rasa-rasa itulah yang ditulis oleh para sasterawan,
ia termasuk hidup yang sia-sia

Orang mengkagumi apa yang
dirasakan oleh para sasterawan
di dalam buku-buku mereka
Tapi tidak mengkagumi Tuhan
yang mencipta semuanya itu
Yang merasakannya hanya ahli sufi

Ahli-ahli sufi,
melihat alam akan melihat kebesaran Tuhan
Menggeletar hati jantung mereka,
melihat kehebatan Tuhan,
berair mata mereka, jiwanya tersentuh

Begitulah orang yang melihat alam
yang tidak bertunjangkan tauhid
terus hilang di dalam rasa
Yang dirasakan adalah kehebatan alam semesta

Orang mukmin melihat alam bertambah iman,
orang Islam melihat alam bertambah lalai
Orang mukmin melihat alam dapat Tuhan,
Orang Islam melihat alam hilang Tuhan
Inilah perbezaan ahli seni atau sasterawan dengan ahli sufi
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 04:05 PM | Show all posts
apa kene mengena saterawan, ahli sufi dan method of dakwah?
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 18-7-2005 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 18-7-2005 04:05 PM:
apa kene mengena saterawan, ahli sufi dan method of dakwah?


Memetik kata2 Pak Malau..

Siapa yang makan Cili Dia ler terasa pedasnya...

Sudah gaharu cendana pulak, sudah tahu bertanya pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 05:50 PM | Show all posts
tuh la pasalnya pakmalau..kita kena sedar..kullu mikmin ad daie... dakwah bukan sahaja bersyarah pasal islam..senyum pon dakwah...buat baik pon dakwah...tuh yg sempoi2..yg arkitek boleh terapkan senibina islam..benda2 camtu lah..cara dakwah byk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalay at 17-7-2005 11:49 PM:


Memetik kata2 Pak Malau..

Siapa yang makan Cili Dia ler terasa pedasnya...

Sudah gaharu cendana pulak, sudah tahu bertanya pulak..


ai soalan senang pon tak leh jawab...jgn la cemarkan thread org ..bukan semua sini org arqam... :ah: kami lagik suka berusaha dari tongkat dagu menunggu daulah :ah:

[ Last edited by fleurzsa on 18-7-2005 at 11:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Dungeon2 This user has been deleted
Post time 18-7-2005 06:52 PM | Show all posts
dah la tu Pakmalay mcm budak-budak
kan bagus kita discuss pasal dakwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2005 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 18-7-2005 12:14 AM:


:setuju:

Betul tu, dakwah bukan menyampaikan syarahan agama atau keluar cari orang datang masjid saja.. mengajak kepada perkara yg baik adalah dakwah.

PakMalau karang ni pun tiap2 malam S ...



masa saya drive balik opis, saya pon ade terpikir...MASAKAN pon kita boleh buat dakwah.

contohya..kita masak bersih2..dan beri nama yg indah2 pada makanan2 tuh. nama islamik la..baru best..tak la ramuan pakai santan tapi mengada2 tauk nama omputeh.. nak makan pon was was :ah:
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 18-7-2005 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 18-7-2005 08:56 PM:



masa saya drive balik opis, saya pon ade terpikir...MASAKAN pon kita boleh buat dakwah.

contohya..kita masak bersih2..dan beri nama yg indah2 pada makanan2 tuh. nama islamik la..baru best. ...



Betullah tu.. nak masak apa? ...:cak:

Pi la Makan.. Jangan makan Suap atau rasuah.. Lain la kalau makan angin . Tak per jugak...




:gila:

[ Last edited by fleurzsa on 18-7-2005 at 11:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 18-7-2005 08:56 PM:



masa saya drive balik opis, saya pon ade terpikir...MASAKAN pon kita boleh buat dakwah.

contohya..kita masak bersih2..dan beri nama yg indah2 pada makanan2 tuh. nama islamik la..baru best. ...


Ko tengok tu snipers....macam manalah tak mudah kena kelentong . Lain yang ko maksudkan lain pula yang dikomen oleh budak  ni. Dah berbuih cakap.....menunjukkan  tak tahu bahasa sindiran dan kiasan.
Tapi takper juga contoh-contoh nie sebagai bukti


[ Last edited by fleurzsa on 18-7-2005 at 11:35 PM ]
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 18-7-2005 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 18-7-2005 11:15 PM:




Malam2 ni nak pekena Sup Ekoq ker?

Tak mau ler, Nak ngaji Quran lepas nie....


[ Last edited by fleurzsa on 18-7-2005 at 11:37 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.802604 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list