CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rapunzelll

Cerai/ Talak (merged: Syamin8)

[Copy link]
sauber This user has been deleted
Post time 10-8-2005 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by syamim8 at 10-8-2005 09:47 AM:

Why i need to cerai cara khulu n need 2 pay him tebus talak.  Coz last time he request RM50k from me. But if he know his responsibilities n he treat me well i dnt think i'm going to ask for d ...


Puan tak perlu sebenarnya kalau puan tak mahu cerai cara itu. Puan boleh pilih cara fasakh tetapi kes ini akan mengambil masa yang bukan pendek. Hak/pendapat kedua-dua pihak perlu diperhalusi oleh mahkamah sebelum sebarang perceraian dibenarkan apabila suami enggan melafazkan cerai. Ini masalah birokrasi dan teknikal.

Contohnya, puan menceritakan hal puan dalam forum ini. Tentulah pendapat puan itu bias kepada puan sahaja. Bagaimana pula dengan pendapat suami puan? Dia tidak hadir disini untuk menyatakan pendapatnya pula? Adakah adil jika hakim hanya mendengar pendapat sebelah pihak puan sahaja? Tentu tidak.

Kalau suami isteri benar-benar faham tujuan perkahwinan dan syariat yang Allah tetap dalam Alquran, puan tidak akan berada dalam situasi ini.

Tanggungjawab suami yang Allah telah tetapkan

4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah adalah Tinggi, Besar.

Jika melihat kepada aduan puan, ternyata puanlah yang memberikan nafkah bukannya suami puan. Suami apa ini?

Suami yang patuh kepada perintah Allah tidak akan mencari jalan menyusahkan isteri mereka yang taat. Suami yang engkar perintah Allah sahaja yang suka menyusahkan isteri mereka.

He refuse to let me go n tat's d problem n i x understand why x nak lepas cara baik.


Tanya dia kenapa tak mahu lepas? Adakah sebab kalau dah bercerai, siapa nak tanggung makan minum dia dan juga hutang dia? Atau dia masih cinta dan sayangkan puan seperti waktu bercinta dahulu?

[ Last edited by sauber on 10-8-2005 at 11:04 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tulip06 This user has been deleted
Post time 26-12-2006 04:47 PM | Show all posts
betul ke isteri2 yg minta cerai nie tidak akan masuk syurga (provided husband diorang baik n mengikut jln Allah)?

wat happen if minta cerai if husband diorang ader affairs?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by tulip06 at 26-12-2006 04:47 PM
betul ke isteri2 yg minta cerai nie tidak akan masuk syurga (provided husband diorang baik n mengikut jln Allah)?

wat happen if minta cerai if husband diorang ader affairs?


Ini saja yang boleh saya bantu.  Mudah-mudahan ia dapat menleraikan kekusutan yang dihadapi:

Walaupun penceraian ini diharuskan, tetapi sabda Rasulullah

"Allah mengutuk setiap orang yang suka bercerai"

Perceraian menuntut pemerhatian yang sewarjanya supaya perceraian yang berlaku tidak menimbulkan permasalahan atau penganiayaan kepada mana-mana pihak.  Atas alasan tersebut, suami tidak sepatutnya menceraikan isterinya tanpa terlebih dahulu berusaha untuk menyelesaikan permasalahan antara mereka secara ma'ruf.  Begitu juga para isteri dinasihatkan supaya tidak meminta-minta perceraian tanpa sebab yang munasabah.  Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"mana-mana perempuan yang meminta suaminya menceraikan dia tanpa sebab yang munasabah tidak akan mencium bau surga".

Jadi sebelum meminta cerai fikirlah sama ada reason yang puan ada untuk meminta cerai tu patut atau tidak.  Rasanya berbincang dengan Pejabat agama dulu lebih baik.  Minta nasihat mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 05:12 PM | Show all posts
nak tumpang tanya sikittt...
jika seorang suami melafazkan talak 1000 terhadap isterinya dengan niat ....
soalan
1. adakah jatuh talak terhadap isterinya   
2. berapakah jumlah talak yang dikira 1 @ 3 .
3. adakah perkahwinan ini boleh dirujuk semua.
4. jika telah habis tempoh edah bolehkah mereka bernikah semula.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by D'Salvia at 27-12-2006 05:12 PM
nak tumpang tanya sikittt...
jika seorang suami melafazkan talak 1000 terhadap isterinya dengan niat ....
soalan
1. adakah jatuh talak terhadap isterinya   
2. berapakah jumlah talak yang dik ...


jika seorang suami melafazkan talak 1000 terhadap isterinya dengan niat ....
soalan
1. adakah jatuh talak terhadap isterinya   
2. berapakah jumlah talak yang dikira 1 @ 3 .
3. adakah perkahwinan ini boleh dirujuk semua.
4. jika telah habis tempoh edah bolehkah mereka bernikah semula.

1. Pada pandangan saya jatuh talak 3.  Sebab maksimum talak bagi pasangan suami isteri adalah 3.  Kalau dah 1000, mestilah kita ambik 3.
2. Kalau talak 3 tidak boleh dirujuk semula - Ini dinamakan Talak Bain Kubra.

Saya jelaskan sedikit tentang Talak.  Talak  terbahagi kepada dua bahagian.

(1)  Talak Raji'e - talak yang suami masih boleh rujuk kepada isteri iaitu talak 1 atau talak 2 dan masih dalam eddah (3 kali suci)

(2)  Talak Bain

Talak Bain ni terbahagi pula kepada 2 bahagian:

1.  Talak Bain Kubra -  Talak Bain Kubra, ialah talak yang telah sempurna 3 kali atau talak diucapkan 3 kali secara serentak.  Meski pun Talak Bain Kubra, suami boleh lagi kembali hidup bersama isterinya tetapi dia harus melalui satu proses yang agak rumit.  Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 230:

   "Maka jika suami berkenaan menceraikan lagi isterinya itu setelah sesudah dirujuk dari talak kedua maka isterinya itu tidak halal lagi baginya sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain.  Jika suaminya yang lain itu menceraikannya maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya untuk berkahwin kembali jika kedua-duanya berpendapat mereka akan melaksanakan hukum Allah"  

Ini ibarat kata orang kita, cara cina buta.  :geram:

2.  Talak Bain Sughra ialah talak yang memutuskan perkahwinan secara serta merta dan sekiranya suami merujuk kembali isterinya, dia hendaklah dengan akad dan membayar mas kawin yang baru.  Termasuk dalam kategori Talak Bain Sughra ialah :

(1)  talak yang sudah habis tempoh iddahnya (maksudnya talak 1 atau talak 2 yang dah lepas tempoh eddah)

(2) talak sebelum berlakunya persetubuhan antara suami dan isteri itu - maksudnya mereka bercerai sebelum melakukan persetubuhan.

  (3) talak khulu'.  Itu isteri meminta cerai melalui talak khulu' ada orang kata tebus talak

Jadi berdasarkan di atas, cuba Salvia fikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 12:28 PM | Show all posts
selamat hariraya aidiladha
maaf zahir dan batin ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2007 12:28 AM | Show all posts
tentang kalau suami jatuh talak 1,000, biasanya mahkamah masih ambil kira hanya satu talak sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 12:32 AM | Show all posts
Ni nak tanya org yg ada pengalaman bercerai. Nape susah sgt bilaa isteri tuntut cerai n si suami kalau dah tak suka ngan isteri blh tak lepas cara baik.  Tgh pening kepala nak isi borang.   Nak tau tuntutan mutaah tu apa, lain-lain tuntutan tu apa? Dah search most off website pasal tuntutan tapi tak jumpa.  Tanya kat org lain semua bagi jawapan lain-lain. Tanya jabatan agama semua suruh tunggu bila proses cerai


Mutaah itu adalah macam satu consolitary gift la, atau hadiah untuk hiburkan hati kerana diceraikan suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayangku_seha This user has been deleted
Post time 29-5-2007 10:30 AM | Show all posts

bercerai fasakh

saya tak pasti saya masuk ke room yang betul, tapi, saya ingin minta bantuan,
saya ingin bercerai dengan suami saya, tapi, saya tidak tahu bagaimana,
adakah dengan cara fasakh?

bagaimanakah prosesnya? tak perlula saya ceritakan masalah saya dengan
suami, saya cuma ingin tahu bagaimana caranya...dengan siapa patut saya
hubungi, jika ada sesiapa yang memiliki bidang kerja ini, mohon jasa baik
untuk membantu saya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 12:41 PM | Show all posts
Bergatung kepada sebab musabab.  Boleh fasakh atau disabitkan taklik.

Samada hubungi bahagian pendaftar nikah cerai di mana-mana jabatan agama atau hubungi peguam shari'i.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 01:14 PM | Show all posts
Biasa kes2 cerai ni kena pergi kaunseling dipejabat agama dulu...jika rumahtangga tu dah tak boleh diselamatkan lagi, memang betul2 nak bercerai baru dirujuk kemahkamah rendah syariah. Setelah mendaftar dipejabat mahkamah barulah cari peguam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 29-5-2007 01:14 PM
Biasa kes2 cerai ni kena pergi kaunseling dipejabat agama dulu...jika rumahtangga tu dah tak boleh diselamatkan lagi, memang betul2 nak bercerai baru dirujuk kemahkamah rendah syariah. Setelah me ...



di zaman wanita-wanita berkerjaya ni, ramai yang lompat terus ke peguam syari'i.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 02:44 PM | Show all posts
dah maju.....lompat step..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 05:36 PM | Show all posts
tapi masa bicara hakim tanya...dah kaunseling ke belom
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 29-5-2007 02:33 PM



di zaman wanita-wanita berkerjaya ni, ramai yang lompat terus ke peguam syari'i.

betul...kalu ada duit cari lawyer lagi senang...cepat sikit kes settle..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 05:55 AM | Show all posts

Reply #7 iconglu's post

takde ler btahun2 duk turun naik mahkamah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 08:32 PM | Show all posts
Bagi kes yag nyata seperti ditinggalkan tanpa nafkah,dipenjara,kene pukul-gila dll yg membolehkan  tuntutan fasakh-tidak perlu perlu pada sesi kaunseling di Pej Agama,ianya melambatkan kes dan memebri ruang kezaliman makin marak.Hakim Syarie tidak bertanya lg soal dah pergi kaunseling atau tidak dalam hal begini,malah sesi tu bukanlah suatu kewajipan disii U2,melainkan dalam beberapa kes yg nampak boleh diselesaikan seperti pergeseran biasa dan kedua pihak masih sayang pada rumahtangga.


Bagi tuntutan fasakh ianya agak rumit dan benbentuk teknikal,plaintif sepenuh bertanggungjawab membuktikan bahawa beliau berhak mendapat perintah perceraian melalu hakim(fasakh),maka proses memberi keterangan(palaintif dan saksi2) dan menenderkan segala dokumen dan berhujjah setiap satu2 bukti memerlukan mereka yg mahir dari segi U2 dan juga hukum.Maka wajar melantik peguam untuk mewakili mereka.Peguam Syariah (kerajaan) boleh pergi Biro Bantuan Guaman dan bagi swasta  bolehlah tgk senarai di MS atau tanya terus ke Persatuan Peguam Syarie Muslim-di Berita Harian ada no perhubungan mereka.
Reply

Use magic Report

indahnian This user has been deleted
Post time 22-6-2007 09:05 AM | Show all posts

lafaz cerai....jatuhkan???

Assalamualaikum....

Saya di sini ingin bertanya satu soalan yang memusykilkan diriku dari semalam sampai hari ini. Saya sedang mengandung 5 bulan, hubby lak seorang yang penyayang cuma kadang2 dia nie kalau ada masalah yg agak berat, dia cepat sangat tersilap cakap...

Nak dijadikan citer, anak kami ada bermain barang kesayangan ayah dia dan telah menjirus air terhadapnya, rosak..bila dah terlampau marah,...dia ada menyebut "kalau komputer i kena air juga, i ceraikan u!"

kami sama2 tergamam dan dia pun menyesal dengan apa yang dia cakap sampai dia kata nak jual komputer tue takut apa2 hal yg terjadi..apa yang saya buat sekarang ialah mengelakkan anak dari masuk bilik komputer...

jadi bagaimana hubby nak bertaubat dalam hal ini?

apa suggestion kawan2 sekalian..

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 06:07 PM | Show all posts
bunyi lafaz tu macam taklik...elok tukar casing je...supaya tak serupa macam komputer taklik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 09:34 AM | Show all posts
yer la tu....   mungkin jual dismantle CPU komputer tu, pastu beli CPU lain.  lebih baik selamtkan perkahwinan dari selamatkan RM utk beli CPU.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.188214 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list