|
psl imam mahadi..die muncul dr negara yg terletak di pertemuan 3 lautan kan..penh terbaca dlm buku ilmiah...
raser nyer indo bule ker??malaysia pon 3 laut gak kan?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
ponder This user has been deleted
|
Originally posted by sylkronz at 3-9-2005 03:21 AM
psl imam mahadi..die muncul dr negara yg terletak di pertemuan 3 lautan kan..penh terbaca dlm buku ilmiah...
raser nyer indo bule ker??malaysia pon 3 laut gak kan??
Ini dari buku "MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM" oleh Dr Fauzi Abd Hamid.
Dia menggunakan maklumat dari Nostradamus seperti berikut:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Tapi, saya rasa bukanlah Imam Mahadi yang dimaksudkan oleh Nostradamus. Imam Mahadi tak akan membawa agama baru! Lagi pun, seorang Islam akan memilih hari Jumaat sebagai hari istimewa (Dr Fauzi menganggap Nostradamus menyebut Khamis kerana malam Jumaat bermula pada hari Khamis, tapi penjelasan ini tak boleh diterima, saya rasa). Dan mengapa kita nak percaya kepada Nostradamus yang bukan seorang nabi? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baca buku Perang Armageddon!!! ada diterangkan biler turunnya nabi Isa..... |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
tolong ceritakan serba sedikit JUSTcircle
|
|
|
|
|
|
|
|
jap aku carik buku aku tuh jap erk? |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda kedua: Turunya Isa Ibnu Maryam
Kaum muslimin percaya bahawa Isa Ibnu Maryam tidaklah dibunuh dan tidak disalib, tetapi baginda diangkat oleh Allah SWT ke langit dan bahawa baginda akan kembali ke dunia pada akhir zaman untuk membunuh dajjal dan menenangkan Islam serta menyeru manusia kepadaNya.
BILAKAH ISA AKAN TURUN?
Isa al-Masih akan turun setelah munculnya Imam Mahdi a.s. dan setelah keluarnya Dajjal dan berada di bumi selama 40 hari (Hari yg pertamanya sama dengan setahun bagi kita, hari kedua sama dengan sebulan bg kita, hari yg ketiga sama dengan seminggu bg kita,sedangkan baki dari hari2 yg 40 tersebut (37 hari) adalah sama dengan hari2 biasa kita).
Ketika masa Dajjal mula berakhir,turunlah Isa a.s., maka hal pertama yang akan dilakukan oleh Isa adalah membunuh Dajjal, sambil berkata kepadanya:
"sesungguhnya aku berhak mengajarmu dengan satu pukulan."
[ Last edited by JUSTcircle at 7-9-2005 03:58 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di manakah Isa akan turun?
Dia akan turun di Menara Putih yg terletak di timur Damsyik (Damascus), Syria, dimana tempat itu adalah pusat Al-Mahdi dan kaum Muslimin. Rasulullah SAW bersabda :
"Isa Ibnu Maryam akan turun di menara Putih (Al-Mannaratul Baidha') di timur Damsyik"
BAGAIMANA KITA BOLEH MENGENALINYA?
Nabi SAW telah menerangkan kpd kita ciri2 dan cara turunnya nabi Isa Ibnu Maryam dlm hadith berikut dgn sabda Rasulullah SAW :
"Tidak ada seorg nabi pun antara aku dgn Isa da sesungguhnya ia benar2 akan turun (dr langit). Apabila kamu melihatnya, maka ketahuilah ia adalah seorg lelaki yg bersusuk tubuh sederhana (tdk tinggi dan tidak pendek), berkulit putih kemerah0merahan, dia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yg dicelup dgn wangi-wangian,kepalanya seakan2 menitiskan air walaupun tidak basah."
[ Last edited by JUSTcircle at 7-9-2005 04:01 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda:
"Maka ketika ia (Dajjal) membuat seperti itu, tiba2 Allah mengutus Isa Ibnu Maryam, dia akan turun di menara Putih yg terletak di timur Damsyik dengan memakai pakaian (pakaian dasar dan pakaian pelapis) yg dicelup dengan wangi-wangian,sambil meletakkan dua telapak tangannya di atas sayap2 dua malaikat. apabila ia mengangguk-anggukan kepalanya,maka jatuhlah titisan air dan apabila ia mengangkat kepalanya,maka jatuhlah darinya butir2mutiara".
dengan demikian,maka Isa Ibnu Maryam adalah seorg anak muda, laki2 yg berusia 33 thn (iaiut ketika umur beliau diangkat kelangit oleh Allah swt),bertubuh sederhana(tidak tinggi dan tidak rendah), berkulit putih kemerah-merahan,bermabut halus,panjang dan lurus,rambut panjangnya terhurai di antara dua bahunya seakan-akan ia baru keluar dari tempat permanidan. Apabila is menganggukkan kepalanya maka jatuhlah titisan air dan apabila ia mengangkatnya,maka jatuhlah darinya butir2 mutiara.
Dia akan turun dengan memakai dua lapisan pakaian yg dicelup dengan wangi-wangian yg berwarna kekuning-kuningan, dan dia akan turun sambil meletakkan dua telapak tangannya di atas sayap2 dua malaikat.
[ Last edited by JUSTcircle at 7-9-2005 04:02 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
esok aku sambung plak tajuk tentang
1.Apakah yg akan dilakukannya setelah turun?
2.Apakah hikmah drpd penurunan Isa Ibnu Maryam,bukan nabi2 yg lain?
3.Mengapakah Isa tidak menjadi imam dalam solat kaum Muslimin tersebut?
ok..tunggu!!!!!!!!!!!!
[ Last edited by JUSTcircle at 7-9-2005 04:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah yg dilakukannya setelah turun?
Hal pertama yg akan dimulakannya adalah solat,yg mana ketika Muslimin sudah mara utk mengimamkan solat dan begitu Al-Mahdi melihat Isa,maka ia segera berundur ker belakang dan berkata:
"ke marilah wahai roh Allah, imamkanlah solat."
Isa enggan dan berkata:
"tidak,sesungguhnya sbhgn kamu adalah pemimpin terhadap sbhgn yg lain."
Rasulullah SAW bersabda:
"Suatu kelompok dr umatku akan tetap berperang dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat, sehingga turunlah Isa Ibnu Maryam, maka berkatalah pemimpin mereka (pemimpin umat Islam). "kemarilah dan imamkanlah solat kami". dia menjawab "Tidak,sesungguhnya sbhgn kamu adalah (ditentukan) sbg pemimpin terhadap sbhgn yg lain, sbg suatu kemuliaan yg diberikan Allah kpd Umat ini (Umat Islam)."
disinilah timbul pertanyaan:
1. Apakah hikmah drpd penurunan Isa Ibnu MAryam,bukan nabi-nabi lain?
2. Kenapa Isa tidak menjadi iman dalam solat kaum Muslimin tersebut? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apakah hikmah daripada penurunan Isa IBnu MAryam,bukan nabi-nabi lain?
Para ulama' berkata bahawa hikmah drpd penurunan Isa Ibnu Maryam adalah:
1. Untuk membatalkan dakwaan org2 Yahudi yg berkata bahawa mereka telah membunuhnya (Isa Ibnu Maryam), maka di sini Allah memperlihatkan kebohongan mereka dan bahawasanya dialah yg akan membunuh mereka (org2 Yahudi tersebut)
2. Sebagai bantahan terhadap kaum Nasrani yg mendakwa bahawa Isa adalah Tuhan. Maka ALlah SWT memperlihatkan kebohongan mereka dengan turunnya Isa dan pengisytiharan kemanusiaannya, keislamannyan, penghancuran tanda salib, membunuhbabi-babi dan menghapuskan jizyah (menolak cukai terhadap org Islam), tetapi dia hanya akan menerima "masuk Islam atau perang") |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menunggu kedatangan Nabi Isa
Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi Pengajian Islam)
SOALAN:Dikatakan Nabi Isa dinaikkan ke langit dan akan turun ke bumi pada akhir zaman ketika dunia dilitupi kezaliman, tetapi kawan saya menolak kepercayaan itu, kerana menurutnya kepercayaan itu dongeng dan tidak bersumberkan mana-mana dalil yang sahih dan layak dipercayai.
Apakah sebenarnya kedudukan Nabi Isa dalam akidah Islam? Apakah dalil-dalil yang menunjukkan baginda dinaikkan ke langit dan akan turun semula ke bumi pada akhir zaman? Bilakah baginda akan diturunkan? - BASHIR, Segambut, Kuala Lumpur.
JAWAPAN:Memang benar sebarang akidah dan kepercayaan dalam Islam perlu dirujuk kepada al-Quran dan dalil-dalil yang qat'iyy (putus). Jika isu-isu yang membabitkan akidah diterima daripada sebarang sumber, nescaya akidah akan dicemari dengan khurafat dan karut-marut, bagaikan tong sampah yang diisi penuh dengan sampah sarap dan bahan-bahan buangan.
Saya menghargai sikap saudara dan kawan saudara yang mempunyai kesedaran yang tinggi, apabila ingin bertanya orang yang lebih tahu atau merujuk kepada sumber-sumber utama yang hanya terbatas pada al-Quran dan hadis-hadis sahih. Tetapi sayang, kawan saudara itu terlalu gopoh menolak sesuatu yang ia tidak tahu dan belum lagi bertanya orang yang lebih tahu.
Perlu difahami, kepercayaan terhadap Nabi Isa dinaikkan ke langit dan akan turun semula ke dunia pada akhir zaman bukan sesuatu yang boleh disifatkan dongeng atau khurafat. Sejauh yang pernah dibincangkan ulama tentang perkara ini, adalah termasuk antara masalah khilafiah yang belum ada kata putus padanya. Ini disebabkan ayat-ayat itu kurang jelas pada fahaman pembaca. Saya kemukakan di sini pendapat-pendapat dan ulasan sekitar isu itu. Saudara harus menilai sendiri pendapat-pendapat itu jika saudara mampu mengikutinya dengan baik.
Sebilangan besar kumpulan ahli sunah wal jamaah berpendapat, Nabi Isa diselamatkan oleh Allah daripada percubaan membunuh dan menggantungnya pada kayu palang yang dirancang oleh kaumnya, iaitu dengan mengangkat roh dan badannya ke langit dalam keadaan ia ditidurkan. Tafsiran yang merujuk kepada al-Quran, surah Nisa; ayat 157 ini didukung oleh ramai ahli tafsir.
Menurut mereka, pada suatu hari nanti sebelum berlaku kejadian kiamat, Nabi Isa akan diturunkan ke bumi, beliau akan memegang teraju pemerintahan dan memerintah negara dengan adil, membunuh Dajjal dan menghidupkan semula syariat Islam dan hukum-hukumnya yang ditinggalkan.
Antara hadis sahih yang membicarakan turunnya Nabi Isa pada akhir zaman ialah yang diriwayat oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Demi Allah yang diriku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya hampir tiba waktu turunnya Isa Ibn Maryam sebagai pemerintah yang adil ke atas kamu. Ia akan mematahkan palang salib, membunuh babi dan menghapuskan cukai kepala. Waktu itu, kekayaan harta melimpah ruah, sehingga tiada seorang pun yang mahu menerima pemberian sedekah.
Daripada hadis ini dan beberapa hadis yang lain lagi mereka dengan tegas menyatakan Nabi Isa akan turun ke bumi sebelum berlakunya kiamat, ia akan membunuh Dajjal dan khinzir, akan memerintah dunia dengan menegakkan keadilan berpandukan syariat Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya meninggal dunia di bumi. Demikianlah ringkasan akidah sekumpulan ahli sunah wal jamaah tentang Nabi Isa pada akhir zaman.
Kita doakan semoga Allah segera menyempurnakan penurunan Nabi Isa untuk menegakkan keadilan dan membela umat Islam yang tertindas serta membunuh Dajjal yang lebih banyak mengganas terutama sejak akhir-akhir ini.
Sesetengah riwayat pula menyatakan Nabi Isa akan muncul di Fajj al-Rauha, iaitu suatu perkampungan yang terletak antara Mekah dan Madinah, beliau akan memakai ihram di situ untuk menunaikan umrah dan haji. Sumber-sumber lain pula menyatakan beliau muncul di Syam atau Baitulmaqdis di Palestin.
Setelah mengambil masa selama 40 tahun di dunia, beliau diwafat, disembahyang dan dikebumikan seperti kebanyakan manusia. Ini bermakna Nabi Isa tidak membawa syariat yang baru, kerana akidah Islam memutuskan tiada lagi nabi selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam al-Quran menyebut sebanyak tiga kali keterangan yang menyentuh pengangkatan Nabi Isa dan kewafatannya iaitu dalam surah Ali-Imran; ayat 55, surah al-Nisa; ayat 157-158 dan surah al-Ma'idah; ayat 117.
Ayat-ayat ini jelas menyatakan Nabi Isa tidak mati dibunuh dan tidak dipalang, tetapi diangkat dan dimatikannya. Persoalan yang berbangkit ialah, bagaimana dia diangkat ke langit dan bagaimana pula dia dimatikan dan seterusnya diturunkan ke bumi.
Berbagai-bagai ulasan dan tafsiran ulama terhadap perkataan naik dan wafat yang disebutkan dalam ayat-ayat itu. Ada yang menyatakan maksud naik ialah menaikkan jasad dan rohnya ke langit, ada juga yang menyatakan maksudnya menaikkan pangkat dan kedudukan martabatnya. Perkataan wafat juga diperselisihkan antara sama ada membawa maksud mati, tidur atau sempurna tempoh tinggalnya di bumi atau di langit. Dalam bahasa Arab, semua makna itu boleh dipakai.
Nabi Isa diturunkan semula ke bumi hanya berbangkit pada tafsiran yang menyatakan dia dinaikkan ke langit dengan roh dan jasadnya. Pada tafsiran yang menyatakan kenaikan itu hanya pangkat dan kedudukan, tidak timbul lagi isu naik dan turun semula ke bumi.
Lanjutan kepada perbezaan tafsiran itu, lahir dua pendapat yang berbeza dan sukar didamaikan. Malah lebih menyukarkan lagi apabila isu yang diperselisihkan itu menyentuh akidah yang memerlukan dalil yang qat'iyy bagi setiap ciri akidah yang perlu diputuskan.
Telah disebutkan terdahulu ahli sunah wal jamaah mempercayai Nabi Isa dinaikkan ke langit dengan roh dan badan kasarnya serta baginda akan turun ke bumi sebelum kiamat untuk menegakkan keadilan mengikut syariat Islam.
Selain al-Quran yang menyatakan, menurut tafsiran mereka, bahawa Isa dinaikkan ke langit dengan jasad dan roh, mereka memperkukuhkan lagi pendapat itu dengan beberapa hadis yang menurut Muhammad Anwar Shah al-Kashmiri dan al-Shaukani telah mencapai tahap mutawatir dan tidak perlu dipertikaikan lagi kekuatannya.
Pendapat Anwar Shah ini tentunya memenuhi keperluan hadis mutawatir atau qat'iyy sebagai dalil bagi isu-isu akidah, bahkan sekali gus memperkukuhkan lagi keyakinan penurunan Nabi Isa seperti yang dijelaskan terdahulu.
Sebahagian ulama termasuk Syeikh Mahmud Syaltut berpendapat dalil-dalil yang disebut bagi menunjukkan Nabi Isa dinaikkan ke langit belum cukup qat'iyy dan banyak sudut yang boleh dipertikaikan, sekali gus dalil-dalil itu tidak layak menjadi sandaran bagi perkara yang menyentuh akidah.
Justeru dalil-dalilnya tidak qat'iyy, tidak timbul lagi soal akidah terhadap turunnya Nabi Isa pada akhir zaman untuk membunuh Dajjal dan menegakkan keadilan mengikut syariat Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dikatakan itu. Shaltut memberi beberapa jawapan balas:
1. Riwayat yang menunjukkan Nabi Isa turun ke bumi selepas kemunculan Dajjal tidak boleh dianggap sebagai kuat, kerana versi dan kandungannya berbeza-beza. Selain itu pula, riwayat Abu Hurairah itu bersumberkan Wahb Ibn Munabbih dan Kaab al-Ahbar. Kedua-dua tokoh ini merupakan ahli kitab dan bekas penganut agama Yahudi.
2. Hadis riwayat Abu Hurairah yang menjelaskan turunnya Nabi Isa itu bertaraf Ahad (bukan mutawatir). Ulama Islam sepakat menyatakan hadis Ahad tidak layak dijadikan sandaran bagi isu-isu yang membabitkan akidah dan perkara-perkara ghaib.
3. Pertemuan Nabi Muhammad s.a.w. pada malam mikraj dan Nabi Isa dan anak saudaranya Yahya di langit kedua tidak harus dijadikan dalil, kerana riwayat itu tidak cukup kuat, manakala pertemuan itu pula mungkin pertemuan antara roh, bukan antara badan kasar. (al-Fatawa, Beirut, 1971, ms. 67).
Pendapat Syeikh Shaltut ini dapat disimpulkan sebagai berikut:
Pertama: Tiada keterangan yang memuaskan, sama ada dalam al-Quran atau hadis menunjukkan Nabi Isa diangkat ke langit dengan roh dan jasadnya, beliau masih hidup dan akan turun ke bumi pada akhir zaman.
Kedua: Ayat-ayat yang membicarakan kewafatan Nabi Isa dan kemudian turun ke bumi tidak lebih daripada hanya janji Allah yang akan menamatkan tempoh ajalnya, mengangkatkan kedudukan dan martabatnya dan menyelamatkannya daripada ancaman kaum yang merancang untuk membunuhnya.
Janji ini telah terbukti kerana musuh-musuh tidak berjaya membunuh dan memalangnya, sebaliknya Allah menyempurnakan ajalnya dan mengangkat pangkat dan kedudukannya.
Ketiga: Bagi orang yang menolak kepercayaan Nabi Isa diangkat ke langit, Nabi Isa masih hidup hingga kini dan akan turun ke bumi pada akhir zaman, ia tidak boleh dianggap sebagai menolak akidah yang sabit menerusi dalil qat'iyy. Justeru itu ia tidak boleh disifatkan kufur atau terkeluar agama Islam.
Patut juga disebutkan di sini, kumpulan antihadis berminat sekali dengan pendapat Shaltut ini. Mereka menjadikannya sebagai modal untuk menolak hadis-hadis riwayat Bukhari dan Muslim secara lebih berani apabila Shaltut juga menolak hadis yang menyentuh tentang turunnya Isa. Tetapi seperti yang dikemukakan di atas, Shaltut hanya menolak hadis Ahad sebagai dalil utama bagi isu yang menyentuh akidah.
Saya lebih cenderung kepada pendapat ahli sunah wal jamaah, kerana pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama Islam sejak zaman sahabat lagi dan kemudiannya dituruti tabi'in.
Lagipun, akidah terhadap turunnya Nabi Isa pada akhir zaman bukan isu baru. Ia diketahui sejak pembukaan kitab-kitab hadis bermula. Ulama hadis termasuk Imam Bukhari dan lain-lain menerima baik jalan-jalan riwayatnya dan menjadikannya antara tanda-tanda kiamat tanpa bantahan. Jika perakuan mutawatir yang dibuat oleh Anwar Shah al-Kashmiri itu diterima, maka tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mmg dalam Quran tak ada ayat Isa akan kembali. Pasal Isa turun semula itu purely diambil dari Hadith. Hadith ni pun tak semestinya betul . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chumpon at 27-7-2005 01:20 PM
Sebab nabi Isa tak diturunkan lagi bermakna dunia masih lagi jauh utk kiamat ..
Aku pernah terbaca yg kiamat tak akan terjadi di kala dunia kucar-kacir spt sekarang.
Kiamat berlaku ketika d ...
aku ada refer ngan mereka yg arif tentang bab ni, menurut mereka kiamat akan berlaku pada bila2 masa tidak kira dunia aman atau tidak,siang atau mlm... wallahualam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebahagian orang Islam menganggap 'SEORANG IMAM MAHDI' akan lahir.
sebagai 'Juru penyelamat'.
Jika mengambil 'JURU SELAMAT' asasnya adalah dari;
Injil yang menyebutkan " AL MESSIAH':
itulah
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW.
yang telah zahir dan telah wafat.
WA.
NOTA:
Oleh kerana masih adanya perbicaraan tentang 'AL MAHDI' yang tidak berhenti dari kalangan masyarakat Islam, maka ia telkah sudah banyak di bicarakan oleh 'ilmuan Islam' dahulu.
Yang pada ketika ada kalangan ilmuan Islam As Sunnah,
mengambil jalan tengah:
Kisah 'AL MAHDI' bukanlah satu kesalahan untuk membesarkannya.
Namun, untuk tidak menjadikan ianya satu perbalahan atau prasangka sehingga memecahbelahkan 'ummah', haruslah mengambil pengetahuan dan 'tidak taksub' tentangnya.
Sebahagian orang yang 'ahli' menjelaskan.
PENGERTIAN AL-MAHDI SYI'AH DAN AHMADIYAH
Pemakaian istilah al-Mahdi yang dimaksud dalam kajian ini, bermula dari sekte Syi'ah Kaisaniyyah yang banyak terpengaruh dan menyerap fikiran Ibn Saba'.1 Kata al-Mahdi adalah ism maf'ul dari [kata-kata Arab] seperti: [kata-kata Arab].
Kata ini dapat diertikan : Allah telah memberitahukan, menunjukkan atau menjelaskan jalan kepadanya. Dengan demikian, orang yang telah mendapat petunjuk itu disebut al-Mahdi.
Dalam hubungan ini ada pula yang berpendapat bahwa sigat kata al-Mahdi itu adalah maf'ul (dalam bentuk mabnilil-majhul dari [kata-kata Arab] dan kata al-Mahdi berarti orang yang diberi petunjuk Allah. Hanya saja kata tersebut, dalam bentuknya seperti itu, bermakna fa'il, yakni orang yang terpilih untuk memberi petunjuk kepada manusia. Memang sigat [kata-kata Arab] tidak terdapat dalam al-Quran, yang ada adalah sigat al-fa'il, sebagaimana dalam firman Allah:
Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi
orang-orang beriman ke jalan yang lurus. (S. al-Hajj: 54)
Juga dalam firman-Nya:
... Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan
Penolong. (S. al-Furqan: 31).
Ayat-ayat tersebut tidak ada hubungannya sama sekali dengan masalah al-Mahdi al-Muntazar. Akan tetapi, sementara ummat Islam, ayat-ayat di atas dijadikan sebagai dasar tema pembahasan tentang al-Mahdi yang mereka tunggu-tunggu serta menghubungkannya dengan hadis-hadis Mahdiyyah.2
seterusnya:
http://media.isnet.org/islam/Mahdi/MahdiSyiah1.html
WA. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bila tiba masa nya, turun lah nabi Isa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by biezie_slalu at 2006/07/16 01:08 PM
Dunia dah di penghujung hayat. dah berpuluh2 imam Mahadi tampil buat pengakuan. bagaimana pula dgn Nabi Isa?i Nabi Isa tak muncul2 juga.
Kedatangannya ditunggu, bukan oleh Islan shj; kristian pun ...
btol ke yg mengaku tu tulen?? yg pastinya imam Mahadi sendiri x tau yg dia akan jadi imam untk seluruh umat Islam coz dr kecil dia hidup mcm kanak2 lain... n yg pastinya nama dia Mahadi.... Nabi Isa akan turun apabila dutchlady(d****l)... (nama panggilan benda tu kat tempat blaja coz kite x digalakkan menyebut namanya)... keluar... dan Nabi Isa akan berlwan dgn benda tu...... wallahualam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by biezie_slalu at 27-7-2005 04:33 PM
kalau Nabi Isa benar2 turun, mahu kah kita percaya dgn Baginda. Aku takut Nabi Isa akan diISAkan kalau turun kat sini.:stp:
ha ha ha ...
yang ni aku setuju sangat
- dah berapa ramai yang kena akta I.S.A. ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by liyana306 at 1-9-2005 06:21 PM
Aku berharap agar Nabi Isa tidak akan turun. Kalau dia turun maka akan huru hara satu dunia. Lebih baik kalau dia tak turun.
Ajaran Muhammad dah perfect. Takda apa2 yang perlu dia ajar at ...
kesian...lemah pemikiran.
maka nabi isa itu turn dengan berpandukan quran,kerana sebelumnya dia mengakui akan kenabian muhammad s.a.w......maka dia turun sekalipun,kita akan tetap menjadi umat nabi muhammad,tapi soalannya,adakah kita sendiri mengikut ajaran nabi muhammad??maka isa a.s sendiri akan membawa kemenangan kepada orang islam dan memandu kearah jalan yang benar...di kala saat2 akhir sebelum kiamat..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|