CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: korokure

Kejutkan Umat Islam dari tidur..

[Copy link]
Post time 11-9-2005 03:00 PM | Show all posts
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SETIAP DETIK UMUR PERGI

Setiap detik umur kita pergi
Pergi tidak akan kembali lagi
Setiap nafas turun naik mengurangkan lagi
Dari detik ke minit, dari minit ke saat

Dia bertambah laju pergi
Dihakis lagi umur kita, tanpa kita sedari
Dari saat ke hari, speed kelajuannya bertambah lagi
Lagi cepat umur kita yang pergi

Dari hari ke minggu, makin jauh umur kita pergi
Yang pergi itu tidak berganti
Yang pergi tetap pergi, yang datang mengurangkan lagi
Dari minggu ke bulan, bertambah laju umur kita lari

Lari tidak akan bertemu lagi
Yang lari tetap lari, tidak kembali
Dari bulan ke tahun,
Oh makin jauh dia pergi

Dari tahun ke tahun pacuannya terlalu laju
Begitulah umur kita pergi, setiap detik dia luak
Kita merasa umur kita bertambah lagi
Luak, terus luak, kurang terus kurang
Kita merasa umur kita bertambah panjang

Kita pun berangan-angan panjang
Kerana merasakan hidup panjang lagi

Tiba-tiba MATI...

Di waktu itu terbeliak biji mata
Bekalan yang dibawa tiada
Menyesal sepanjang masa, tidak berkesudahannya.

--------------------------------------------------
Nukilan : Ustaz Haji Ashaari Muhammad
Tanggal : 01.06.1997

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2005 03:34 PM | Show all posts
Sajak lagi;)
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 11-9-2005 09:00 PM | Show all posts
Teringat aku kepada Imam Bukhari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2005 11:22 AM | Show all posts
jadi..apakah kita hanya sekadar untuk berforum atau untuk melaksanakan sesuatu?
jadi..adakah kita sekadar untuk cut and paste atau untuk melaksanakan sesuatu?

jadi dimana titik mula untuk kita bergerak? mari fikirkan bersama..
Reply

Use magic Report

ponder This user has been deleted
Post time 12-9-2005 01:13 PM | Show all posts
Sebelum memberi pandangan, saya salin semula persoalan yang dikemukakan:

Originally posted by korokure at 5-9-2005 04:49 PM
Apakah langkah-langkah yang perlu kita fikirkan bersama untuk menyedarkan kembali umat Islam di Malaysia ini betapa pentingnya memahami isi kandungan ALQuran dan Sunnah Rasulnya? Sila beri pandangan yang boleh kita sama2 laksanakan.

Saya rasa, ini satu persoalan yang cukup baik. Tahniah, korokure kerana mengajak kita semua memikirkannya.

Yang diminta ialah "apa yang boleh kita sama-sama laksanakan".

Mari kita mula dengan keadaan umat Islam di Malaysia sekarang ni. Mengenai Quran, rata-rata ibu-bapa mementingkan anak-anak mereka membaca Quran. Anak-anak disuruh "mengaji" dan dididik dengan tajwid yang betul dan diajar untuk melagukan ayat-ayat Quran. Dah habis satu Quran dibaca, mereka adakan pula "majlis khatam Quran". Dan berbanggalah anak-anak mereka yang dah khatam Quran tu.

Tapi apa yang mereka dapat? Apa yang mereka faham?

Perkataan "mengaji" datangnya dari perkataan "kaji", bukan perkataan "baca"!

Dan bila dipersoalkan tentang pentingnya memahami maksud ayat-ayat Quran, ramai diantara ibu-bapa yang berekata, "membaca dengan sebutan yang betul tu wajib, tapi memahami Quran cuma fardu kifayah. Asal ada orang yang boleh terangkan kepada kita, dah cukup". Saya sendiri dah pernah dengar jawapan begini.

Jadi, saya rasa, lebih baik kita tumpukan perhatian kita kepada pelajar2 sekolah.

Kerajaan kita pun satu hal. Dalam usaha mengejar dunia, Bahasa Inggeris dijadikan bahasa wajib bagi semua pelajar sekolah. Tapi, tak pulak diwajibkan Bahasa Arab - Bahasa Quran! Bukanlah pulak saya mengatakan kerajaan kita tak bagus. Kerajaan kita bagus, cuma boleh diperbaiki.

Kita boleh melakukan sesuatu. Kita boleh menulis kepada wakil rakyat kita atau Kementerian Pendidikan meminta Bahasa Arab diajar disemua sekolah rendah dan menengah. Usaha ini pernah dilakukan dulu, tapi belum berkesan lagi nampaknya....

Dan ada tindakan lain yang boleh kita sama-sama lakukan... dalam forum ini. Kita ketepikanlah board gossip yang sentiasa dipenuhi oleh fitnah dan umpatan tu. Kita tengok kepada board-board lain seperti Personal Problem, Family Matters dan lain-lain. Disana sering dikemukakan masalah-masalah yang boleh diselesaikan melalui nasihat agama. Marilah kita bersama-sama membantu mereka setakat kemampuan kita. Sesekali, lawatilah board-board lain dengan tujuan untuk mencari peluang untuk berdakwah.

Tatie,

Saya tertarik dengan post Tatie tentang PENGERTIAN ULAMAK YG SEBENAR.

Tatie tulis, "...mengkategorikan seseorg itu sebg ulamak, mestilah bukan dgn sijil yg mereka ada tetapi setakat mana ilmu dan pengamalan mereka..."

Saya amat bersetuju dengan apa yang Tatie tulis ni. Cuma... bagi saya yang tak cukup ilmu ni.. yang belum dapat menilai pengetahuan seseorang ulama, macam mana saya nak tahu sejauh mana ilmu ulama itu betul atau salah?

Tambahan pulak, ada hadith yang bermaksud begini:

Sahih Muslim Jilid 33 No.6408:

Dari Sahl b Saad As-Saidi r.a. katanya Nabi s.a.w.bersabda, "Sesungguhnya ada orang beramal dengan amalan ahli syurga sepanjang penglihatan orang banyak, tetapi sebenarnya dia adalah ahli neraka. Dan ada pula orang yang beramal dengan amalan ahli neraka menurut pandangan manusia, tetapi sebenarnya dia ahli syurga".

Saya nantikan pandangan Tatie....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2005 02:46 PM | Show all posts
ok... kengkawan sekalian back on track please...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2005 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by korokure at 12-9-2005 02:46 PM
ok... kengkawan sekalian back on track please...


maaf tuan rumah... cuma nak terangkan je.. maaf ye.. ok ok.. kembali kita ke topik yang asal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2005 02:52 PM | Show all posts
patut la thread jadi panjang berjela-jela tapi matlamat tak tercapai sebab ramai yang suka masuk longkang walaupun jalan dah ada..no wonder la.. Islam kat tapak kaki sekarang nih..kalo berdebat ramai yg nak jadi hero tapi bila mintak perlaksanaan tak ramai yg nak bersama2...realiti..Islam di tapak kaki..so persoalan Thread nih dah terjawab..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2005 02:59 PM | Show all posts
Al-Anaam ayat 116 :Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 03:36 PM | Show all posts
Di sebahagian kawasan di Kuala Lumpur, telah bermula satu pergerakan ummah. Pergerakan ini tidak lain bukanlah satu pergerakan yang berkait dengan POLITIK YANG ADA KINI. Pergerakan ini tidak bernama dan masih ditahap "underground". Menarik atau tidak, pergerakan ini mencari persefahaman antara pelbagai mazhab tidak termasuk golongan Pro-Quran ataupun sesetengah insan lebih gemar memanggil golongan ini Anti-Hadis. Secara tidak langsung, novel yang dikarang oleh Pak Malau dapat dijadikan sisipan terhadap pergerakan ini (bagi pipi, kerana persamaan dalam Islam yang pergerakan ini cari). Pergerakan ini tidak ada berkaitan dengan mana-mana golongan ataupun tarikat-tarikat.

Secara keseluruhannya, pipi memberikan gambaran pergerakan ini. Setiap insan yang lahir ke dunia ini, diciptakan oleh Allah s.w.t. bukanlah untuk dipersia-siakan. Tidak kira insan yang dilahirkan cacat, ataupun tidak sempurna. Tidak kira juga insan yang apabila dewasa hanya bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk ataupun hanya pengangkat sampah. Semua mereka diciptakan oleh Allah bukan untuk sia-sia.

Setiap insan saling perlu memerlukan. Sebagaimana pipi memerlukan ponder untuk "mengingat" kembali zaman persekolahan semasa di tingkatan enam dan sebagaimana pipi, ponder juga memerlukan pipi dalam menegur sekiranya ada tersalah (maap). Terima kasih juga kepada tuan rumah korokure, anda telah melakukan sumbangan yang begitu besar!, bukan hanya dalam Section M&M , bukan hanya dalam Forum Cari, bukan hanya dalam internet, bukan hanya itu! tetapi lebih besar! iaitu anda telah memberikan sumbangan yang begitu besar dalam Islam! Berbanggalah anda! Tahniah!.

Kita sering mengabaikan kasih sayang sesama insan. Seringkali sekiranya kita melihat lori pemungut sampah lalu di hadapan rumah, kita sering terdetik dalam hati, kotornya mereka ini. Ya Allah, Engkau tidak menjadikan insan berkenaan sebagai kotor, aku tahu, Engkau menjadikan sampah itu kotor! bukan PEKERJA YANG MENGANGKAT ITU!. Kasih sayang antara kita sering diabaikan. Kita sering memarahi anak-anak kita, adik-adik kita, saudara-mara kita, rakan-rakan kita, teman-teman kita agar jangan melakukan sesuatu diluar batasan. Tetapi kita lupa, kita alpa, kita cuai. Kita bukan insan pemaaf, kita sekadar insan pengingat!. Hanya sekadar mahu mengingatkan, itupun dengan teguran yang menjunamkan insan yang lain. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang membuatkan kita marah, kita sering mengabaikan pemaaf yang kita ada. Kita ego, kita terlalu mementingkan perkara yang kita mahukan sahaja, berbanding insan lain. Kita tidak memaafkan orang lain... kenapa? kerana kita kurangnya kebaikan dalam hati. Kita sering melakukan kebaikan dengan menggunakan fizikal. Tetapi kita jarang membuat kebaikan dengan hati. Kenapa dengan hati? kerana melalui hati segalanya mungkin terjadi. Tetapi, sekiranya hati sahaja, tidak mencukupi. Kita juga perlu ada akal fikiran yang dikurniakan Illahi. (lihat thread menganai akal dan hati oleh 2 cendiakawan di board M&M).

Setiap insan wajar mempercayai apa yang dimilikinya, berkeyakinan!. Namun jangan sampai melebihi dalam tiap-tiap sesuatu. Perubahan-perubahan yang wajar dilakukan agar dapat membangunkan semula umat Islam sepatutnya bermula dari bawah, iaitu dari akar umbi. Sejarah membuktikan, sebarang perubahan yang hendak dilakukan adalah dari aspek POLITIK. Bagaimana berlakunya Revolusi Iran, Runtuhnya empayar Turki Uthmaniah, dan sebagainya bermula dari politik, akhirnya mempengaruhi budaya, agama, pemikiran malah setiap pergerakan rakyatnya. Bagaimana tahap kita, sebagai insan... memahami maksud revolusi. Adakah revolusi wajar dilakukan di dalam Islam? Sebenarnya, revolusi wajar dilakukan di negara kerana melalui sebuah negara, insya'allah kita dapat merevolusikan benua, seterusnya dunia.

Besar cita-cita, besar impian, besar juga pengorbanan.
Reply

Use magic Report

ponder This user has been deleted
Post time 12-9-2005 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 12-9-2005 02:47 PM
Kaji adalah kata kerja, tidak mengalami sebarang pengguguran atau peleburan.

Ini last post saya tentang perkara ni. Kalau pipi nak sambung, hantar PM, ya!

Soalan: Bagaimana dengan perkataan "kejar"? Adakah menjadi "mengkejar"?
Bagaimana pula dengan "kaut" dan "kutip"?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2005 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 12-9-2005 03:36 PM
Di sebahagian kawasan di Kuala Lumpur, telah bermula satu pergerakan ummah. Pergerakan ini tidak lain bukanlah satu pergerakan yang berkait dengan POLITIK YANG ADA KINI. Pergerakan ini tidak bernam ...


bermakna mereka ini sudah melakukan perlaksanaan..jika pergerakan ini pergerakan yang membawa yg Haq, jadi bagaimana kita boleh bersama-sama bejuang harta dan diri bersama mereka? boleh pipi tolong jelaskan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by korokure at 12-9-2005 04:05 PM


bermakna mereka ini sudah melakukan perlaksanaan..jika pergerakan ini pergerakan yang membawa yg Haq, jadi bagaimana kita boleh bersama-sama bejuang harta dan diri bersama mereka? boleh pipi to ...


bukan perlaksanaan, hanya baru sekadar pengenalan. Perlaksanaan tidak bisa dilakukan buat masa sekarang. Terlalu bahaya. Apakah hukumannya jika kita merancang untuk merobah politik tanahair? Bukankah ISA yang dikenakan? Maka, jalan yang selamat perlu diaturkan.

Perhatian! : pergerakan yang perlu diatur, bukanlah satu pergerakan yang PENGAMPU!. Contohnya:
sekiranya kerajaan buat Islam Hadhari, kita perlu sokong kerana yakin akan membantu (walaupun sedikit) pembentukan ummah. Tidak pula kita kata mengarut. Mana yang baik, kita ambil.
sekiranya perlaksanaan Islam Hadhari tidak benar (hingga kini masih kelam), kita perbetulkan, berikan idea lagi.
sekiranya kepimpinan ulama' yang diwar-warkan oleh PAS, kita sokong, kerana kepemimpinan yang mereka miliki, insya'allah tinggi. kita yakin mereka mampu membawa kebenaran.

walau bagaimanapun, terdapat insan yang mengatakan, pergerakan seperti itu umpama LALANG. Maka, adakah mengikut kebenaran itu seperti LALANG? Tidak salah kiranya untuk mengakui kebenaran. Bukan hipokrik (seperti beberapa insan yang terlalu fanatik terhadap sesuatu pergerakan). Mana yang salah, sila perbaiki, bukannya "dibetulkan" tetapi diperbetulkan. Bukannya pak hangguk yang mengangguk segala perkataan. Akal diberi, sila pakai. Hati diberi, sila rasakan.


p/s: jangan terlalu fanatik terhadap sesuatu pergerakan. fikir2kan. gabungan adalah penting, segala perbezaan sila carik persamaan. jika ada persamaan, lupakan persengketaan lalu, jangan diungkit-ungkit. Sila lupakan PANGKAT dan HARTA. Jangan digila-gilakan kuasa. Tolonglah sama-sama. Kembalikan Islam yang telah lama dilupakan insan semua.
Reply

Use magic Report

satria_aku This user has been deleted
Post time 13-9-2005 09:23 AM | Show all posts

Beriman

Assalamualaikum sahabat sekelian...

Saya maybe ahli baru dalam forum nih, tapi saya terpanggil utk berkongsi pendapat dengan korokure tentang membangunkan Islam di atas muka bumi ini. Rata2 kita lihat sekarang Islam di mata dunia amat menyedihkan sekali. Islam di label sebagai pengganas oleh sesetengah negara. Mengapa perkara begini berlaku sedang kan suatu ketika dahulu Islam adalah di puncak dunia, semua org gerun bile mendengar Islam, bukan kerana sifat pengganasnya tapi kerana Ilmunya yg dapat mentadbir dan mensejahterakan 2/3 bumi.

Tapi sekarang....Islam itu di bawah tapak kaki je. Al-Quran yg sepatutnya menjadi petunjuk dan pegangan setiap manusia di buang di dalam tandas, di bakar....mana pergi nya Islam sekarang??? Mengapa terjadinya perkara sebegini?? Mungkin ramai yg dapat memberi pendapat masing2 tentang perkara ini sambil menuding jari kepada sesetengah golongan kerana tidak menjalankan tanggungjawab menegakkan Islam. Tapi bagaimana dengan diri kita sendiri? Org yg mengaku dirinya Islam tapi sekadar memberi pendapat sahaja tanpa bertindak melakukan sesuatu utk membantu mengakkan agama Allah...

Paling dekat kita lihat di sekeliling kita, negara kita...adakah kamu semua berasa negara kita ni aman seperti yg digemburkan sesetengah pihak??? Fikirkan...Kalo negara kita aman kenapa masih lagi berlaku jenayah...rompak, rogol, bunuh...Jika negara kita diisytihar sbg negara Islam mengapa still ada lagi pelacuran, judi, arak...Mari kita lihat kembali sejarah zaman Rasulullah...ketika itu zaman Rasulullah digelar zaman Jahiliyah. Di mana ketika itu banyak berlaku zina, judi, arak, rompak, bunuh...padahal ketika itu telah ada kitab wahyu yg dibawa Rasul terdahulu spt Taurat, Zabur & Injil, tetapi setill lagi berlaku kemungkaran...

Kita kembali balik ke zaman kita sekarang nih, negara kita, thn 2005...Berlaku tak perkara kemungkaran tadi???Zina-sekarang dah ada industri pelacuran, judi-sekarang dah ada casino di atas 'bukit' yg sejuk tu, arak-sekarang dah ada kilang memproses & membekal arak kat tepi highway tu, rompak & bunuh tak payah cerita lah...hari2 berlaku...Jadi kalo kita lihat secara logik akal, keadaan sekarang ni sama tak dengan keadaan ketika zaman Rasulullah dulu??? pastinya sama kan, malah lebih teruk lagi kerana ada industri!!! Jadi kalo dulu zaman Jahiliyah, sekarang ni kita nak gelar zaman kita zaman ape?! SUPER Jahiliyah!!! Pasal apa? Kita dah ada Al-Quran...kitab yg membenarkan kitab2 yg terdahulu...tapi takde org pun yg faham isi kandungan Al-Quran...sama je dengan keadaan zaman Rasulullah dulu...

Teruk nya keadaan zaman kita sekarang nih....tak kan kita nak tunggu bala dari Allah baru nak berubah? Tsunami dulu yg melanda Aceh, negara kita juga mendapat tempiasnya...tapi ape org kita buat? Kamu semua pasti tahu kan..Tak kan nak tunggu Tsunami melanda negara kita baru nak berubah?! Sedarlah wahai sahabat2 sekelian...

Ar Ra'd ayat 11: "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

Marilah sama2 kita berubah utk menegakkan Islam...Ingatlah di mana hala tuju kita selepas kita di matikan nanti...Jangan pandang remeh perkara ni...

Al Mu'minuun ayat 115: "Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Jangan lupa mengapa Allah ciptakan kita...

Adz-Dzaariyaat ayat 56: "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."

Kenapa kebanyakan manusia lupa? sebab mereka semua dah lari jauh dari Al-Quran...tu je sebenarnya...kenapa?

Al Furqaan ayat 30: "Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaum ku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan". "

Adakah dengan membaca Al-Quran saja sudah memadai, sudah di kira mengambil Al-Quran sebagai petunjuk & pegangan??? Jangan ambik mudah saje, Al-Quran itu sebagai manual kepada manusia utk hidup di muka bumi, kalo tak ikut...tu yg jadi macam keadaan dunia sekarang ni, kenapa? sebab tak ikut Al-Quran, tak faham isi kandungan Al-quran...macam mana dengan Iman kita???

Asy Syuura ayat 52: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. "

Allah sendiri dah endorse dalam Al-Quran bahawa barangsiapa yg tak kenal Al-Quran maka dia tidak akan kenal iman...so dah berapa % kamu semua mengenali dan memahami Al-Quran??? Ubah lah diri sendiri dulu...tgk keadaan diri sendiri dulu...cukup ke amalan kita selama ni berdasarkan Al-Quran? Bagaimna nak mengadap Allah jika tetiba Allah shut down diri kita??? Sudah bersedia kah kita utk menghadapi sakaratul maut yg datang atas perintah Allah pada bila2 masa sahaja? Mungkin sekejap lagi, mungkin esok atau lusa...tiada sapa yg tahu...sudah bersediakah kita....

Wassalam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 10:14 AM | Show all posts
rasanya membudayakan Quran adalah satu cadangan yg paling bernas dan kita kena gerak ke arah tu
tak timbul soal kaji, mengaji ke, kait mengait, hehehe, gurau2 jek jgn mare
tapi ni soal yg kena wat secara kolektif
x ramai yg reti Quran, walau ramai yg reti mengaji Quran berlagu2
yg reti Quran dn yg nak ajar isi Quran secara detail ni x dibagi peluang ngan luas dn besar
cth: kat U banyak aktiviti2 cam gini lom pepe dah kena halang dn kena ban
kat komuniti sendiri, kat masjid tu, org2 tua2 je yg conquer
berapa banyak idea org muda yg diterima dan impliment
buruk kan keadaan tgk generasi skrg, mmg hanyut jauh habis
nak mula, betul2 kena mula dari awal, target kat generasi yg rebung2 ni
but at the same time kita2 yg suka nak forum2 ni belum dpt resolusi yg terbaik utk merealisasikan agenda hebat ni

cam pipi kata, kalu yg pipi cite tu betul, sudah ada gerakan ke arah tu, mmg bagus perkembangan ni
tp mcm apa yg pipi juga kata, keterbatasan tu ttp ada
yg nak bergerak pun kena gerak senyap, sbb kalau dilihat sbgai mebahayakan ada potensi nak kena ISA
yg dilihat tidak sealiran dgn pemerintah, dilihat sbgai menentang arus

masalahnya ramai yg persoal Islam Hadhari
dn belum ada bukti lagi gagasan Islam Hadhari boleh merubah masyarakat dgn perubahan yg hendak kembali kepada Quran itu sendiri
dn setiap kelompok pun ada model ISlam dan acuan mereka sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 10:22 AM | Show all posts
katalah, hari ni kita wat resolusi
kalu nak bukak kelas dn ajak ahli2 forum semua attend kelas faham Quran
tp mesti x leh jalan sbb ruang, masa, dan kesempatan tu mungkin x de
so kita decide wat kelas Quran dlm forum ni sendiri,
kita lantik sorang ustaz ke, sapa ke yg ada tauliah

but, nanti sy rasa le, once kita wat kelas ni, utk satu2 ayat Quran je, mesti perbincangannya panjang dn berjela2 sbb soal asasnya kesepakatan dlm tafsiran itu sendiri x de

ironi, kita nak kearah pembangunan ummah, dn kecemerlangan dan kedaulatan Islam
tp soal paling basic, kesatuan ummah itu x de kat kita
mungkin pipi leh cite dikit gerakan yg dia ikut itu, model kesatuan ummmah dan kasih sayang sesama tanpa kira apa mazhab pun yg dia pegang
baru le gagasan gergasi, utk kembali kpd Islam, keagungannya, kedaulatan, kemuliaannya
boleh dimulakan

but, at the same time, if we think that the think is not possible, jgn pulak kita x cuba nak ubah bermula dr diri sendiri dn keluarga terdekat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2005 10:50 AM | Show all posts
sepertimana yg bicara pipi,sakinah,satria dan forumner lain...jadi kita didalam forum ni dah sedar realiti di luar sana tu..adakah kita hanya berbicara didalam forum sahaja? jadi kita perlu berbicara dengan masyarakat yang di luar juga..mereka masih alpa..lalai..jadi sila cadangkan perlakasanaan untuk menyedarkan mereka kembali..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2005 10:52 AM | Show all posts
setuju dgn sakinah..masa mereka untuk A/Q amat susah..tapi untuk hiburan terlalu senag..
Reply

Use magic Report

aiman_harris This user has been deleted
Post time 13-9-2005 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by korokure at 5-9-2005 04:49 PM
Apakah langkah-langkah yang perlu kita fikirkan bersama untuk menyedarkan kembali umat Islam di Malaysia ini betapa pentingnya memahami isi kandungan ALQuran dan Sunnah Rasulnya? Sila beri pandanga ...


- Kepada Ibu Bapa , Jangan malu untk hantar anak2 belajar di sekolah2 tahfiz Al-Quran ...
- Kepada Ibu Bapa , jgn malu untk mengaji bersama anak-anak dirumah sambil dibacakan sekali tafsirannya..
- Banyakkan program membaca dan memahami Al-Quran disetiap surau dan masjid di kawasan anda .
- Gunakan saluran media sebagai medium...
- Alhamdulillah sekolah agama sekarang ni tumbuh bagai cendawan di setiap kawasan...namun pengusaha sekolah2 agama perlu lebih mengutamakan ilmu untuk anak2 murid dari mementingkan keuntungan semata..
- Lebih mudah menyedarkan anak2 sejak dari  kecil tentang pentingnya memahami isi kandungan alquran dan Sunnah RasulNya . Untuk orang dewasa , hanya hidayah Allah jua yang dapat menyedarkan mereka dari terus lupa...< Kalau salah sila perbetulkan >
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:45 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam mentari pagi...

Pipi teringat persoalan yang diberikan sahabat pipi kepada seorang insan yang bercita-cita menjadi seorang ulama'. Sahabat pipi bertanyakan kepada insan tersebut :
Wahai sahabat, tahukah anda negara kita diberikan gelaran negara Islam, dibawa ke seluruh pelusuk dunia, diterangkan negara Malaysia adalah sebuah negara Islam. Diberi jolokan pelbagai dan sebagainya. Tetapi wahai sahabat, saya ingin bertanyakan kepada anda, mengapakah negara yang dijadikan contoh negara Islam di kalangan negara-negara Islam yang lain, memiliki rakyat yang hampir sebahagiannya tidak memahami dan tidak mendalami Islam yang sebenarnya. Lihatlah remaja-remaja yang berpeleseran di malam-malam minggu di mana-mana. Lihatlah, betapa meningkatnya masalah-masalah sosial, dan sebagainya.

Lalu, berkata insan tersebut kepada sahabat pipi.

Saudara, Bukanlah disebabkan tiadanya atau kurangnya fahaman terhadap Islam, tetapi kurangnya keyakinan terhadap Maha Pencipta, Allah S.W.T. Kurangnya keyakinan terhadap Tuhan mereka sendiri menyebabkan mereka berani untuk bertindak di luar batasan Agama Islam. Islam memang cukup lengkap, setiap insan yang mendalami dan memahami Islam sememangnya akan patuh. Tetapi, kepatuhan yang tidak utuh, tidak cekal menghadapi segala macam cubaan. Keyakinan terhadap Allah penting, contohnya terjadi perkara-perkara sumbang antara seorang bapa yang juga seorang yang warak dengan anaknya. Sekiranya bapa tersebut berkeyakinan terhadap Allah, yakin Allah senantiasa melihat, Allah Maha Melihat.   Insan ketika ini dibuai mimpi, dihanyutkan ke gelombang yang begitu menonjolkan KEPINTARAN manusia. Sebagai contoh, penciptaan Kapal Terbang. Terlalu mudah manusia kini untuk pergi ke mana-mana dengan begitu segera dan terlalu berbangga dengan ciptaan manusia. Mereka yakin mereka lebih mampu membuat pelbagai benda sehingga melupakan nikmat yang sebenarnya datang daripada Allah. Tetapi, tidak semua begini. Insya'allah sekiranya mereka sedar, mereka akan mengkaji dan terus mengkaji, akan menyebabkan mereka berbalik kepada diri mereka sendiri.
Al-Mulk, 3-4

[3] Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

[4] Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).


Daripada kurangnya keyakinan terhadap ALLAH, maka sia-sialah sahaja apa yang dipelajari oleh mereka melainkan sekiranya mereka kembali ke jalanNYA.




sekian...

p/s: sebenarnya ada ayat-ayat al-Quran lagi yang diberi oleh insan tersebut, tetapi disebabkan oleh kecuaian dan kealpaan serta sifat pelupa pipi, maka pipi mohon maaf.
,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 1.495491 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list