|
ok.
tadi aku dah called bro roslen
minta dia pertimbangkan dua perkara
moga2 cadangan/permintaan aku tadik
diperkenankan
1. Artikel 1
2. Profile lengkap Ramli MS
harap2 benda di-online kan lah nanti
tak sabar nak tunggu ahad ini..dan jugak ahad2 seterusnya.
InsyaALLAH.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah...aku baru perasan rupanya cari.com lagi awal dah letak artikel2 ramli ms ini di online. good job !
aku suka baca artikel ramli ms ni. kekadang kena kat batang hidung artis sendiri. so harap artis pun baca jugak. aku suka sgt kecuali yang tak suka sgt ialah bila pi post sekali gambar aku tuh. isk isk isk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 Syd's post
Syd
haah.
aku rasa patut letak Profile Ramli Ms
at least ade la info2 dia kan..
aku tau dia ni pun sebab dia pengetua AF jer..
hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
best nyer aku baca...tenkiuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sultanmuzaffar at 12-10-2005 02:13 AM
wah...aku baru perasan rupanya cari.com lagi awal dah letak artikel2 ramli ms ini di online. good job !
aku suka baca artikel ramli ms ni. kekadang kena kat batang hidung artis sendiri. so harap ...
SM,
awak tak suka ek? nak saya delete ek?
actually....kat cari saya buat thread pasal bang ramli..lewat sekali....:cry:
kat forum2 lain..saya dah lama buat..
tapi tak per kan? tak terlalu lewat kan?
yup..aku harap sangat permohonan aku...ttg profile bang ramli tuh
sdr roslen sudi pertimbangkan dan tunaikan.
psstttt...SM
gambar hang..sebelum taruk kat sini...
dah ada orang taruk...kat bod gosip lerrrr :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 11-10-2005 10:59 AM
Selingan 2
Bintang Popular : SuratPembaca
Siarkan artikel Ramli MS secara online
HAI, Saya ingin mencadangkan supaya koleksi artikel Ramli MS menerusi ruangan Aspirasi Ramli MS dalam sis ...
terlupa, ni blog SM
http://sultanmuzaffar.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Hi!!!!
Ramli MS nih mmg sesangatlah berpengalaman dlm bidang muzik...
bernas kata2x nya
hehehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi Ramli MS - 16.10.05
Memandangkan lagu Negaraku dah jelas memang lagu saduran, Ramli mencadangkan agar kita mendapatkan lagu kebangsaan yang baru, yang dicipta oleh
rakyat Malaysia sendiri, Beliau mencadangkan agar khidmat daripada komposer-komposer terkenal tanah air diambil untuk tujuan tersebut. Aku setuju amat-amat
sangat dengan cadangan ni. Pada aku, melodi Negaraku tu amatlah BORINGnya, aku lebih suka sekiranya lagu SEJAHTERA MALAYSIA diambil sebagai lagu kebangsaan,
melodinya syahdu sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 13
Aspirasi: Kisah Negaraku & Mamula Moon!
Oleh Ramli MS
ASSALAMUALAIKUM... Bertemu kita lagi dan minggu ini saya ingin bersuara secara peribadi dan pendapat ini harus disuarakan secara terbuka. Ia memang sensitif tapi kita tak perlu menunggu 30 tahun lagi untuk bertindak.
Topiknya ialah lagu Negaraku - sebuah lagu yang termaktub, tidak boleh 'disentuh' atau diperkotak-katikkan.
Negaraku adalah maruah kita, baik di dalam mahupun luar negara.
Baru-baru ini, kecoh apabila Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz dalam Dewan Rakyat, mendakwa penyanyi rock, Hattan menyanyikan lagu Negaraku tidak mengikut versi sebenar atau menghina lagu berkenaan ketika menyanyikannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Kita lupakan cara Hattan menyanyi, kita lupakan teguran Ahli Parlimen tu. Sebaliknya kita lihat kepada akar lagu Negaraku. Tak perlulah kita cakap perkara remeh-temeh. Tapi, adakah selama ini kita sedar, lagu Negaraku sebenarnya lagu saduran?
Saya sebagai karyawan muzik sedar kebolehan anak-anak Malaysia mencipta lagu. Kita sepatutnya menghasilkan sesuatu yang original ciptaan anak tempatan, lebih-lebih lagi yang membabitkan lagu patriotik.
Asalnya lagu Negaraku ialah Terang Bulan, berasal dari Mahe, Kepulauan Seychelles. Adalah dipercayai melodinya digubah seorang pemuzik berbangsa Perancis, Pierre Jean de Beranger. Negaraku juga dipercayai berasal dari lagu Hawaii, Mamula Moon. Lagu itu juga pernah menghiasi sebuah filem dari Australia, lama sebelum kita Merdeka.
Saya sendiri sudah mendengar, Terang Bulan mahupun Mamula Moon, memang 100 peratus melodinya adalah lagu Negaraku. Saya juga bertanya kepada seorang rakan karib, seorang pemuzik yang sudah berpuluh tahun berada dalam dunia seni, dia juga mendakwa, Negaraku lagu saduran. Saya tanya siapa pencipta Negaraku, dia kata tak ada, kita hanya menyadur lagu berkenaan.
Sebab itu, kita perlu menghasilkan sesuatu yang original. Kenapa saya kata begini? Lagu Negaraku adalah maruah kita. Pernah terjadi, ada pembesar negara yang menari apabila mendengar lagu ini. Bayangkan kalau Yang di-Pertuan Agong berada di situ, berdiri megah tetapi pembesar berkenaan menari. Jadi, di manakah daulat kita?
Di manakah maruah kita? Maruah kita berada di hujung jari mereka!
Maruah kita tidak seharusnya diperlakukan begitu. Baru-baru ini juga dalam satu festival jazz, ada satu kumpulan muzik 'menjazzkan' Negaraku. Tapi, di depan mereka, ada pemuzik Malaysia dan pemuzik kita tak boleh buat apa-apa. Kita tiada hak mempertahankan lagu kebangsaan kita!
Cuba kalau pemuzik kita 'menjazzkan' lagu God Save The Queen di hadapan rakyat Britain, pastinya mereka akan marah! Dan kita juga akan marah kalau Negaraku 'dijazzkan'!
Namun kenapa kita tidak berani 'menjazzkan' God Save The Queen?
Sebabnya lagu itu berdaulat. Lagu itu adalah ciptaan original. Penciptanya adalah rakyat Britain. Jadi, orang lain yang berdansa, orang yang 'menjazzkan' lagu Terang Bulan mahupun Negaraku, mereka boleh cakap, this is Mamula Moon! I played Mamula Moon, I didn't play Negaraku!
Buatlah lagu Negaraku yang baru
Tujuan saya menampilkan isu ini supaya kesedaran kita harus diperbaiki.
Kita ada kemudahan. Bayangkan, lagu Negaraku yang dimainkan tidak sampai seminit ini, dicipta oleh karyawan kita sendiri. Kumpulkan semua komposer terhebat untuk mencipta melodi Negaraku.
Bayangkan apabila Datuk Ahmad Nawab, Datuk Johari Salleh, Datuk Mokhzani, Datuk Wah Idris, M Nasir, Roslan Imam, Manan Ngah, Omar Taib dan Pak Ngah, berkumpul lalu menyajikan karya terbaik mereka bersama untuk menghasilkan melodi Negaraku yang tidak sampai seminit itu.
Tukar melodinya saja, tapi lirik Negaraku dikekalkan. Tambahan pula, kita mempunyai orkestra terunggul di Asia dan antara yang terbaik di dunia, Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang bermain di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), kenapa tidak pakai kemudahan dan kepakaran ini?
Negaraku perlu menaikkan semangat dan saya pernah cakap sebelum ini, Negaraku dimainkan bukan untuk sedap didengar, sebaliknya menyemarakkan semangat kita demi negara.
Negaraku yang dicipta beberapa komposer tersohor lalu dimainkan MPO seterusnya dinyanyikan kesemua penyanyi terhebat yang kita ada di Malaysia secara koir, bayangkanlah bagaimana hasilnya nanti.
Adakah kita harus berdiam diri lagi apabila seorang lagi pembesar atau pemuzik negara luar, meletakkan maruah Negaraku di hujung jari mereka? Tidak sama sekali! Negaraku, maruah kita, lagu yang tak boleh disentuh langsung.
Ada berjuta lagi lagu lain, buatlah pelbagai versi yang mereka suka, tapi tidak dengan Negaraku. Lagu kita, maruah kita, bangsa kita, daulat kita.
Buatlah lagu Negaraku yang baru. Saya percaya, semua komposer, anggota MPO dan rakan artis yang bergabung tenaga menghasilkan Negaraku, akan memberikan khidmat mereka secara percuma, demi negara! Mungkin nama mereka akan terpahat untuk 30 tahun yang akan datang!
Jadi, bertindaklah sekarang, jangan menunggu lagi. Secara peribadi, saya melihat Negaraku tidak seharusnya kembali ke versi asal, sebaliknya melodi Negaraku harus ditukar baru supaya orang lain tidak boleh meletakkan maruah kita di hujung jari mereka! Itu maksud saya.
Apabila isu Negaraku jadi panas, lebih baik kita tukar saja melodinya.
Mungkin esok atau lusa, ada orang yang masih memperkotak-katikkan lagu Negaraku. Maka, kita harus memerdekakan lagu Negaraku. Kita memerlukan pembaharuan untuk maruah. Sesiapa pun tak boleh menyentuh maruah kita! |
|
|
|
|
|
|
|
aku taruk infor tambahan, yang relate pasal lagu Negaraku nih...
Sejarah ringkas lagu Negaraku
LAGU NegaraKu buat pertama kalinya diperdengarkan kepada umum pada tahun 1957. Lagu ini seterusnya dipilih menjadi lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu dan ternyata ia telah mencetuskan semangat cintakan negara yang tinggi di kalangan rakyat setelah dibelenggu penjajahan buat sekelian lamanya.
Ia berasal daripada sebuah lagu yang terkenal di kalangan khalayak bangsawan yang berjudul Terang Bulan. Mulanya ia merupakan lagu negeri Perak dan dipilih oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk dijadikan lagu Kebangsaan.
NegaraKu
NegaraKu
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta
Pemilihan lagu Terang Bulan merupakan idea Bapa Kemerdekaan kita iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Walaupun pada mulanya pemilihan lagu ini mendapat tentangan kerana ia mirip sebuah lagu cinta, Tunku tetap dengan pendiriannya untuk memilih lagu tersebut. Beberapa pegawai dari Radio Malaya iaitu Dol Ramli Ahmad dan Alfonso Soliano telah dipanggil untuk menyesuaikan lagu ini menjadi sebuah lagu kebangsaan yang setanding dengan lagu kebangsaan British iaitu 揋od Save the Queen |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Kenapa lagu raya dulu-dulu lebih syahdu?
Bersama Ramli MS
揂SSALAMUALAIKUM... Dah masuk tiga minggu kita berpuasa. Kini, saban hari saya asyik mendengar lagu raya berkumandang di corong radio. Minggu ini saya ingin berbicara mengenai lagu hari raya pula. Wah! Terkedu juga saya mendengar lagu raya yang ke udara setahun sekali itu ketika memandu.
揘ostalgia yang tak akan dilupakan oleh sesiapa saja, teringat zaman kanak-kanak, lagu raya, lagu raya, dapat duit raya! Ada teman seperjuangan bertanya, kenapa lagu raya dulu lebih menusuk jiwa berbanding lagu raya ciptaan baru?
Tanyalah diri anda? Boleh ke anda membayangkan visual raya selepas anda mendengar audio raya? Suara penyanyi itu, melodi lagu, liriknya, muzik iringan dan yang paling meresap ke jiwa anda ialah penyampaian penyanyi itu sendiri. Ada yang meresap dan sebaliknya.
Di sinilah kekuatan lagu raya. Saya menyatakan budaya lagu raya harus ke arah budaya jiwa Melayu kita yang dah beribu tahun sebati bersama agama kita. Ia harus mencerminkan budaya kehidupan Melayu yang tebal. Sebenarnya hari raya mengingatkan kita ke arah kehidupan, keinsafan, bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Mengikut pengertian agama kita, Aidilfitri bermaksud kemenangan umat Islam selepas menjalani ibadat sebulan berpuasa. Di sini saya menyatakan topik lagu hari raya saja. Berbalik kepada hari raya, kita harus pulang ke asas kehidupan yang menjurus ke arah kebaikan.
Contoh lagu raya yang saya suka ialah Satu Hari Di Hari Raya ciptaan dan lirik daripada M Nasir, selain Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone) dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Sudirman). Manakala lagu raya moden yang saya suka ialah ciptaan Pak Ngah.
Anda boleh mendengar nyanyian M Nasir yang saya sifatkan, jiwa, lirik, muzik dan keseluruhannya, bersatu walaupun tempo muziknya rancak, namun kita masih boleh merasai keinsafannya. Inti pati yang seumpama ini yang 'mentuakan' lagu berkenaan sehingga hari ini.
Ada banyak lagi lagu raya yang setaraf hebatnya dengan lagu ciptaan M Nasir itu. Lagu raya moden pula ialah Nazam Lebaran ciptaan Pak Ngah. Kalau kita mendengar lagu itu, memang kita dapat membayangkan kita sudah beralih dari zaman kampung ke rumah batu.
Selain itu lagu raya nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Saloma, S Jibeng, Fazidah Joned, Ahmad Jais dan Sanisah Huri turut mencerminkan kemeriahan hari raya. Dari situ kita dapat membayangkan kenapa lagu raya baru susah nak diterima.
Hari raya untuk orang Melayu, bukan Deepavali atau Hari Krismas. Jadi, inti pati Melayu itu amat penting dalam penghasilan lagu raya.
Lagu raya yang dibuat dalam bentuk rock, jazz sama seperti kalau kita pakai baju Melayu dengan bow-tie ! Atau kita pakai baju Melayu dengan jeans koyak!
Kita boleh memodenkan lagu raya, tapi keseluruhannya harus mencerminkan budaya Melayu kita yang tebal . Pada hari raya, semua orang akan ke arah yang satu. Balik ke asal.
Balik ke budaya Melayu kita. Hari raya kita tak meraikannya di pusat hiburan. Pagi-pagi raya, lepas sunat Aidilfitri, pergi kubur dan ziarah menziarahi. Jadi suasana yang begitu perlu dalam lagu raya.
Lagu raya harus memiliki inti pati yang ada kena mengena dengan hari raya. Inti pati yang padat dengan jiwa Melayu. Apa itu hari raya, kena faham. Tidak semestinya lagu raya berjiwa Melayu ia mesti kampung. Contohnya Pak Ngah, lagu Nazam Lebaran dibuat dalam bentuk semi tradisional, tapi masih nampak moden.
Lagu raya asli, tetap asli. Kita tak boleh lawan kehebatannya dengan menyadur lagu berkenaan. Rakaman lagu raya asli yang dibuat 30 atau 40 tahun lepas, tidak mampu ditandingi jika lagu berkenaan disadur walaupun ada ketikanya ia sedap didengar.
Siapa boleh menyanyi lagu raya sebaik Fazidah Joned, Ahmad Jais atau sehebat Datuk Sharifah Aini? Percayalah, tak akan ada! Hari raya ini, bermaaf-maafanlah sesama kita dan buatlah apa yang patut untuk masa depan yang lebih bermakna buat kita semua. Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Saya makan biskut China di pagi Syawal
Oleh Ramli MS
[email protected]
揂SSALAMUALAIKUM... Kita ada beberapa hari saja lagi sebelum menyambut hari raya Aidilfitri, se sudah hampir sebulan berpuasa. Saya te ringat zaman kanak-kanak, seminggu sebelum raya. Ibu bapa kita sibuk shopping sakan persiapan untuk kita. Bankrap! Bankrap! Bankrap! Dulu ibu bapa kita merasa, sekarang ni saya pula... Kalau mampu tak apa. Kalau tak, buat saja yang termampu asal tidak menyusahkan kita.
Minggu ini saya ingin berkongsi perasaan semasa saya beraya di perantauan. Apa yang pernah saya rasakan, keasingan diri sangat tersendiri.
Hari raya tidak sama dengan hari-hari biasa. Bayangkan di pagi raya, kalau kita dapat berkumpul bersama orang tua kita. Pagi-pagi lagi kita bersembahyang raya, pulang bermaaf-maafan. Kanak-kanak meminta 'habuan' mereka. Keluarga yang setahun tak berjumpa, apabila tiba Syawal, dapat bersua. Sedih dan gembira, dapat kita rasakan, hanya setahun sekali saja.
Keadaan ini tidak dapat kita rasakan apabila beraya di perantauan. Contohnya pelajar yang menuntut di luar negara, perajurit yang bertugas di sempadan dan profesional yang bertugas di luar negara. Mereka tak dapat pulang ke tanah air, beraya. Mereka tentu sunyi dan hiba.
Nasib baiklah kita ada pejabat kedutaan yang kebanyakannya di tempatkan di serata dunia. Di kedutaan itulah mereka berkumpul. Sekurangkurangnya tidaklah bersendirian di pagi Syawal.
Tambahan pula kita sudah ada IT (teknologi maklumat) yang canggih-canggih. Ia mampu menemukan kita menerusi video call dan lainlain. Tetapi ia tetap tidak sama dengan beraya di sisi keluarga.
Teringat saya pada 1979 dan 1980, saya beraya di Taiwan. Dua tahun saya beraya sendirian.
Bayangkan di China, di mana hendak saya cari ketupat, rendang dan kuih-kuih raya, tak ada... Saya makan biskut China buat pengganti di pagi Syawal. Masjid berdekatan pun tidak ada nak sembahyang raya.
Ketika di Taiwan juga, saya hanya menerima kad raya daripada teman-teman. Tiada e-mel, apatah lagi. telefon. Tapi, tak pernah saya berasa kesal dengan keadaan masa tu, demi tugas yang harus saya buat.
Jadi, kita di sini beruntung, dapat beraya bersama keluarga. Tapi, janganlah dilupakan kepada mereka yang beraya di perantauan.
Artis lain yang saya tahu pernah menyambut raya di perantauan ialah Jay Jay dan Black Dog Bone (BDB) kerana mereka mengikat kontrak menyanyi di luar negara. Masa tu sekitar 1970-an. Jadi, kita jangan sesekali melupakan saudara mara kita yang masih beraya di perantauan. Hubungilah mereka sebelum hari raya. Perasaan hiba sekurang-kurangnya berkurangan.
Pernah tiga tahun lepas saya terbang ke London di hari raya pertama untuk menemani seorang teman yang bersendirian di sana. Kenapa saya sanggup ke sana bersama dia? Okey, dia seorang yang jujur berkawan, sewaktu dia senang, dia tak pernah melupakan saya. Apabila dia susah, semua kawan-kawan dia lari! Tapi, tidak dengan saya.
Berkawan harus susah dan senang bersama. Kejujuran harus ada. Apatah lagi saya pernah berasa sendirian, beraya di perantauan, inikan dia yang tak pernah berasakan keadaan itu. Dia ke London kerana terpaksa. Kepada umat Islam seluruh Malaysia, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Kalau sudah jadi artis, pandai-pandailah tangani gosip
Oleh Ramli MS
[email protected]
Ada juga keadaan artis suka memancing gosip untuk kepentingan diri sendiri. Gosip digunakannya untuk mempopularkan dirinya sendiri. Gosip macam ni jangan dilayan!
ASSALAMUALAIKUM... Wah, Wah, Wah... Raya sakan ya... Saya tumpang gembira bersama kegembiraan anda dalam berhari raya ketika ini. Kepada yang bercadang memandu pulang ke ibu kota, pandulah dengan cermat, sabar... Orang lain pun bayar cukai jalan juga, jadi ikutlah giliran...
Minggu ini saya ingin bercerita mengenai gosip artis. Amboi! Sukanya... Siapa yang tak suka, gosip. Yang suka adalah tukang gosip, yang tak suka adalah yang kena gosip. Memang lumrah dunia artis, gosip adalah sebahagian dari perjalanan hidup kesenian seorang artis.
Baik gosip jenis apa sekalipun, terpulang macam mana artis berkenaan berdepan dengan gosip itu. Ada juga keadaan artis suka memancing gosip untuk kepentingan diri sendiri. Gosip digunakannya untuk mempopularkan dirinya sendiri. Gosip macam ni jangan dilayan!
Ingatan kepada wartawan juga.
Apabila anda didatangi gosip yang diperlukan artis untuk kepentingan peribadi, janganlah tulis. Buat habis dakwat pen saja! Kalau ditulis juga, wartawan seolah-olah menggalakkan penyiaran gosip yang tidak berfaedah ini.
Wartawan dan artis berkenaan, menulis gosip murah. Yang paling tak sedap nanti, orang yang membaca gosip itu, akan menyumpah anda atau melabel anda dengan ayat-ayat yang mengutuk.
Memang artis adalah idola atau hak masyarakat. Penampilan artis, tatasusila haruslah mencerminkan kehendak diri masing-masing. Biarlah artis itu menjadi teladan yang elok dan sederhana di mata peminat. Diri artis itu sendiri akan menjadi tumpuan dan ikutan.
Tukang gosip memang mencari ruang untuk menggosip walaupun sebesar jarum. Yang kena gosip pula janganlah melenting tak semena-mena.
Kawal diri anda. Kalau boleh anda lucukan lagi gosip itu. Tapi, kalau gosip itu mencecah ke peringkat maruah anda, saya faham, buatlah apa yang anda fikirkan elok...
Sepanjang kerjaya saya sebagai pengarah muzik, saya sendiri banyak kali dikaitkan dengan gosip. Gosip yang paling saya marah apabila saya dikaitkan dengan pelajar saya sendiri, Linda Akademi Fantasia 2 (AF2) ketika saya menjadi pengetua mereka.
Adakah kerana dia sering diberi keutamaan di dalam kelas? Dia diundi masuk semula ke AF2 apabila anda sendiri yang memilih. Atau anda rasa saya yang memasukkan dia semula? Semuanya tidak betul. Cuba faham, kenapa saya marah?
Kita harus berpegang kepada budaya sihat. Apa maknanya cikgu? Cikgu tidak boleh diusik kehormatannya.
Kita semua menghormati cikgu kita. Bukan pasal dia yang mengajar kita, kerana mengajar adalah tugas cikgu. Penghormatan yang kita berikan pada cikgu setinggi maruah kita. Masakan haruan makan anak?
Tukang gosip seperti ini, pada saya, tak ada sivik! Memang wartawan, kerja mereka menulis. Lebih-lebih lagi artikel yang panas-panas. Dahlah mendidih, dia orang tuang lagi minyak tanah, terbakarlah!
Kena gosip dengan Misha Omar
Selain Linda AF2, Misha (Omar) juga tak semena-mena pernah digosipkan dengan saya! Asalnya cerita apabila saya hendak menjual kereta kepadanya. Jadi, perbincangan harus dilakukan bersama ibu bapa Misha. Nak dijadikan cerita, ada beberapa wartawan dah nampak, beberapa kali saya keluar makan bersama ibu bapanya.
Perbincangan harus dilakukan dua, tiga kali. Masa kerja saya memang ter had. Masa makan saja yang saya ada masa untuk perbincangan berkenaan. Di meja makanlah masa saya terluang sedikit untuk berbincang. Jadi, apa bi la orang nampak, mereka ada satu per sepsi yang lain. Apabila gosip timbul, saya tak melenting, ketawa lagi adalah!
Saya cakap pada orang yang berta nya gosip tu, untungnya kalau saya dapat Misha! Saya beritahu keadaan sebenar. Setakat ini, saya hanya marah terhadap satu saja gosip iaitu dengan Linda AF2. Saya perlu menghormati gelaran cikgu.
Saya tidak boleh mengkhianati diri saya sendiri dengan istilah haruan makan anak.
Jadi, orang yang membaca gosip, juga harus menghormati keadaan itu. Kita tidak boleh jadi pengkhianat pada diri kita sendiri!
Manalah tak marah yang kena gosip... Anda sendiri pernah dengar, berapa banyak gosip saya dengan penyanyi sedia ada. Bagi saya, semua itu cerita dongeng. Kalau nak jawap gosip seumpama itu, janganlah diikutkan hati yang sedang marah. Lagi kita marah, lagi suka wartawan atau tukang gosip itu.
Adakah anda perlu mendedahkan hal-hal peribadi anda kepada umum? Tidak! Lainlah kalau anda sendiri yang suka sangat mendedahkan cerita anda, itu terpulang.
Kita harus faham, kalau tak mahu digosip, anda janganlah menghambakan diri kepada dunia hiburan.
Dah namanya artis, gosip akan bersama kita sepanjang kita bergelar artis. Tenang adalah ubat minda dewasa yang mencerminkan kita mengawal kemarahan cerita dongeng. Hiburan adalah tumpuan setiap orang, jadi gosip di kalangan selebriti adalah yang paling mendapat tumpuan.
Wartawan memang dah kerja mereka, apa-apa pun yang paling saya kasihan adalah orang-orang yang ter pengaruh dengan cerita dongeng berkenaan. Ada gosip yang betul dan tak kurang juga direka.
Bagi saya, kepada yang digosip haruslah tenang mengawal diri anda.
Jawablah gosip berkenaan bersama jawapan yang tidak memakan diri anda balik. Membohongi sesuatu cerita, ia akan menelan anda nanti. Bersikap jujur terhadap gosip, adakah ia akan memusnahkan diri anda? Diri anda saja yang tahu, terpulang...
Maksud saya, anda harus tenang menga wal minda anda itu. Saya dah berumur 45 tahun, jadi minda saya harus seusia dengan umur saya, bukan 15 tahun!
Me nangani gosip, kita tidak harus melenting. Kita harus memahami keadaan di luar dunia seni yang banyak cabaran. Lebih banyak orang mengkritik, menggosip kita, lebih dewasalah kita.
Kerja wartawan, tulis gosip. Apabila mereka dapat cerita dari sumber, ada pokok bergoyang ditiup angin, pastinya mereka akan tulis. Mereka akan siarkan cerita berkenaan, jadi kita harus memahami tugas wartawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Dulu kalau silap, alamat kena baling kasut!
Bersama Ramli MS
ASSALAMUALAIKUM, salam buat semua pembaca.
Terima kasih kerana terus mengikuti catatan aspirasi saya. Kalau ada salah dan silap pada tulisan saya selama ini, tutup sajalah se be lah mata, tiada sebarang niat negatif kepada sesiapa pun atau ada tujuan lain, tapi kalau ada yang terasa hati, maafkanlah saya.
Minggu ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai dunia ra kaman dulu dan kini. Tahukah anda apa itu rakaman analog dan digital? Dunia rakaman sekarang, kita menggunakan era digital. Pengalaman saya dalam dunia rakaman analog bermula sejak berumur 17 tahun lagi.
Masih saya ingat lagi, mula-mula saya menceburi dunia rakaman pada era 1970-an apabila rakaman bermula dengan analog dua track saja. Sebelum itu saya sempat merakamkan banyak program radio menggunakan dua track bersama pita rakaman suku inci, maknanya rakaman berjalan serentak, tiada sesiapa dibolehkan membuat kesilapan termasuklah penyanyi.
Juga tidak ada istilah over dubbing. Kalau salah, kita terpaksa ulangi dari awal sampailah sempurna. Orang dulu memang sungguh komited terhadap kerjaya mereka. Denda terhadap mereka yang membuat silap akan melekatkan sampai bila-bila.
Saya nak ceritakan sedikit dari banyak-banyak cerita lucu pada era itu. Kami seramai 11 pemuzik berkerja untuk satu satu projek album Melayu Deli. Antara pemuzik itu termasuklah Haji Ahmad Jaffar (pencipta lagu Ibu, Selamat Hari Raya nyanyian Saloma dan banyak lagi). Beliau seorang yang tinggi ilmu muziknya dan seorang legenda pemuzik era Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Mereka yang lain ialah S Atan, Wan Ibrahim (pencipta lagu Senandung Semalam nyanyian Alleycats).
Antara semua pemuzik itu, ada dua pemain percussions iaitu Abang Sudin dan Abang Naseer.
Lucu sungguh kerana mereka tidak boleh membaca nota muzik, sebaliknya hanya main agak-agak mengikut setiap lagu yang dipersembahkan.
Ketika itu saya bermain bass dan mereka berdua asyik membuat silap. Dendanya? Kami kena membaling kasut kepada sesiapa saja yang membuat silap. Hasilnya, sembilan pasang kasut hinggap ke arah Abang Sudin dan Abang Naseer untuk sebuah lagu saja.
Jadi, kalau kami memperuntukkan masa enam lagu sehari, bayangkanlah sembilan kali enam, berapa kali kasut hinggap ke arah mereka! Sampai sekarang, nama Abang Sudin terus dikenali sebagai Sudin Kasut!
Tapi tidak pada Abang Naseer kerana bermain percussions adalah kerja sambilannya. Kerja tetapnya adalah seorang penggali kubur!
Pernah Abang Naseer menyumpah kita dalam gurauan selepas beberapa kali dia dibaling dengan kasut! 揂nte semua tau kan anna kerja apa? Nanti ante-ante mati, anna kencing kubur ante semua! |
|
|
|
|
|
|
ailah This user has been deleted
|
Reply #25 Syd's post
saya sebenarnya suka baca forum aspirasi ni..
hari2 saya tengok kalau2 ada message baru
tapi hari ni tergerak pulak nak join
saya mula kenal ramli ms pun masa tengok af1 dulu seterusnya af2..terus minat
setiap minggu memang saya cari aspirasi dia...tapi memang artikel 1 tak dapat baca
saya rasa ramli ms mesti baca forum ni....apa kata sekali-sekala join lah kat sini
ceritalah perkembangan terkini ya |
|
|
|
|
|
|
|
arrrr
dia mmg baca forum cari nih
dan saya dah informed dia pasal thread nih...dan jugak thread2 yang berkenaan dia bod2 yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Formula jadi penyanyi sempurna
Oleh Ramli MS
[email protected]
ASSALAMUALAIKUM... Salam untuk semua. Mulai minggu ini saya akan memulakan satu catatan bersiri, apa itu kelayakan ilmu nyanyian yang diharuskan untuk menjadi penyanyi profesional. Kedengaran seorang penyanyi itu menyanyi seharusnya didampingi dengan skil tersendiri.
Ketahuilah asas nyanyian adalah sama, melainkan penyanyi itu menyanyi, kedengaran lain dari yang lain adalah disebabkan kreativitinya yang bijak menyusun intelek. Suara adalah pemberian Tuhan. Anda harus pasrah, range nada juga adalah dari Yang Maha Esa.
Ada yang boleh mencecah ke paras paling tinggi dalam nada, baritone, tenor dan alto. Ada juga penyanyi yang bertuah mempunyai range soprano (seperti Ning Baizura). Ada bakat kurniaan Tuhan dan ada yang tidak. Sebab itu kadang-kadang kita terdengar nyanyian menusuk kalbu dan sebaliknya. Puncanya, kurang ilmu dan bakat.
Ketahuilah walaupun anda tidak ada bakat, tapi jika adanya ilmu muzik yang tinggi atau konservatori (institut muzik), anda sedikit sebanyak akan dapat menyaingi penyanyi yang berbakat. Tapi perlu diingat, jalan untuk anda sampai ke taraf konservatori, adalah sukar, ibarat nak dapat PhD!
Semua orang suka menyanyi bukan? Untuk menjadi seorang penyanyi yang sempurna, anda seharusnya tahu sekurang-kurangnya bermain alat muzik seperti piano atau gitar atau sebarang alatan muzik in pitch. Dari situlah anda tidak akan ada masalah pitching. Perbezaan aras nada akan dapat anda kawal setiap masa dan semestinya sumbang adalah diharamkan untuk seorang penyanyi! Penyanyi solo dikategworikan dengan istilah mono tone manakala duet adalah gandingan dua suara.
Penyanyi akademik mempunyai jurang yang luas inteleknya, lebih-lebih lagi berkaitan kreativiti. Dia sungguh cergas menghasilkan karya terbaru dan tersendiri, tiada ciplak ilusi atau pun menyanyi berpandukan orang. Nasihat saya, penyanyi perlu ada akademik sebelum menceburi bidang nyanyian, anda tidak sesekali akan menyesal.
Itupun jika tujuan anda untuk menjadikan bidang nyanyian sebahagian dari mata pencarian, lainlah anda datang daripada keluarga Forbes! Kebanyakan penyanyi di negara kita yang pernah saya berkerja dengan mereka, saya dapati kebanyakannya menceburi nyanyian kerana suka-suka. Praktikal memang ada, tapi mana teorinya? Realitinya, teori dan praktikal harus setara. Maknanya kita tahu apa yang nak kita buat. Apa yang di luar batas kemampuan, kita tak dapat buat.
Di sinilah pengetahuan teori yang kita pelajari dapat menolong kita dari membuat kesilapan. Kelemahan kita hanya diri sendiri yang tahu. Anda tidak boleh menipu diri sendiri, kemusnahan akan menimpa kepada diri sendiri, bukan orang lain. Inilah seni, kejujuran menampakkan kreativiti yang sebenar kepada penyanyi itu.
Bab kecantikan, pasrah sajalah kepada pemberian Tuhan, baik cantik mahu pun kacak ataupun tiada kedua-duanya. Selama empat dekad saya menjelajahi masa yang penuh dengan wajah cantik, saya lihat, tiada notanya.
Memang ada juga yang tidak bersyukur dengan mengubah `peta' wajah masing-masing. Paling tinggi komen yang akan kedengaran ada dua saja, memuji atau mengeji! Terpulang pada empunya diri. Orang nak dengar anda menyanyi, lainlah kerjaya anda sebagai penyeri muka depan majalah atau akhbar hiburan.
Setahu saya, orang macam ini suka diri dijaja atau pun sememang selalu `mengehsankan' diri sendiri menjadi tumpuan. Dia macam sunyi kalau tiada berita mengenai dirinya di dalam media.
Jangan bersikap hipokrit
Imej anda penting. Ia melambangkan diri anda sebagai penyanyi. Justeru, jangan bersifat hipokrit. Sebaliknya, anda harus bersikap profesional. Jangan mencampuradukkan kerjaya dengan urusan peribadi lain, contohnya, dadah, alkohol, berjudi dan sebagainya, jangan disentuh!
Gejala berkenaan banyak menjahanamkan kerjaya anda dari menonjolkan kerja seni anda. Dah banyak contoh terjadi. Diri kita lazimnya menjadi tumpuan umum, jadi berhati-hatilah memilih kehendak hati, maklumlah, apabila anda sudah berada di aras glamor, semuanya ada di depan mata anda. Tahan atau tidak iman anda, itu adalah kekuatan diri. Sebenarnya dari pengalaman saya, ujian intelek lebih mencabar dari ujian glamor. Maknanya kedudukan anda menjadi tumpuan ramai yang berkehendakkan sesuatu yang lebih positif dari apa yang anda ada sekarang.
Kerjaya harus diberi keutamaan kerana itu `nyawa' anda. Kerjasama antara anda, penerbit album, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik, penyanyi latar, tenaga kerja di TV, radio, media, wartawan dan PRO syarikat rakaman, harus berjalan secara profesional, tiada conflict of interest!
Banyak teladan buruk terjadi, kita harus dulu bersikap neutral. Dengan sikap begini, orang lain akan hormat tata susila kerjaya kita dan secara automatik kerja kita berjalan lancar. Nobody is a star! Semua arah memerlukan kekuatan bersepadu, bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee, irama dan lagu tak dapat dipisahkan, kalau terpisah juga, pincanglah lagu, rosaklah irama.
Jangan sesekali memilih bulu untuk berkerja. Dunia seni di sini terlalu kecil, nanti bersua juga suatu hari nanti.
Baiklah, sampai di sini saja dulu. Saya akan bercakap lebih banyak lagi mengenai ilmu nyanyian dalam siri seterusnya.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd, boleh tak kau requestkan Ramli MS buat penilaian kualiti vokal penyanyi sediaada (range, pengetahuan muzik etc). Dengan membaca artikel2 spt ni, dapat
juga educatekan peminat-peminat muzik kat Malaysia ni. Dah sedia maklum, kita disini a little (atau banyak kot) daif tentang muzik, itupasal banyak sangat terbolos
penyanyi-penyanyi yg most of the time hanya menyemakkan industri ni. At the moment, aku hanya boleh percaya dengan Ramli punya penilaian aje, yg lain2 tu aku
rasa ada personal interest, jadi komen dorang aku tak boleh terima. |
|
|
|
|
|
|
|
ramli m.s ni ada cipta lagu tak? kut kut siapa yang tahu lagu ciptaan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Formula jadi penyanyi sempurna
Oleh Ramli MS
[email protected]
ASSALAMUALAIKUM... Salam untuk semua. Mulai minggu ini saya akan memulakan satu catatan bersiri, apa itu kelayakan ilmu nyanyian yang diharuskan untuk menjadi penyanyi profesional. Kedengaran seorang penyanyi itu menyanyi seharusnya didampingi dengan skil tersendiri.
Ketahuilah asas nyanyian adalah sama, melainkan penyanyi itu menyanyi, kedengaran lain dari yang lain adalah disebabkan kreativitinya yang bijak menyusun intelek. Suara adalah pemberian Tuhan. Anda harus pasrah, range nada juga adalah dari Yang Maha Esa.
Ada yang boleh mencecah ke paras paling tinggi dalam nada, baritone, tenor dan alto. Ada juga penyanyi yang bertuah mempunyai range soprano (seperti Ning Baizura). Ada bakat kurniaan Tuhan dan ada yang tidak. Sebab itu kadang-kadang kita terdengar nyanyian menusuk kalbu dan sebaliknya. Puncanya, kurang ilmu dan bakat.
Ketahuilah walaupun anda tidak ada bakat, tapi jika adanya ilmu muzik yang tinggi atau konservatori (institut muzik), anda sedikit sebanyak akan dapat menyaingi penyanyi yang berbakat. Tapi perlu diingat, jalan untuk anda sampai ke taraf konservatori, adalah sukar, ibarat nak dapat PhD!
Semua orang suka menyanyi bukan? Untuk menjadi seorang penyanyi yang sempurna, anda seharusnya tahu sekurang-kurangnya bermain alat muzik seperti piano atau gitar atau sebarang alatan muzik in pitch. Dari situlah anda tidak akan ada masalah pitching. Perbezaan aras nada akan dapat anda kawal setiap masa dan semestinya sumbang adalah diharamkan untuk seorang penyanyi! Penyanyi solo dikategworikan dengan istilah mono tone manakala duet adalah gandingan dua suara.
Penyanyi akademik mempunyai jurang yang luas inteleknya, lebih-lebih lagi berkaitan kreativiti. Dia sungguh cergas menghasilkan karya terbaru dan tersendiri, tiada ciplak ilusi atau pun menyanyi berpandukan orang. Nasihat saya, penyanyi perlu ada akademik sebelum menceburi bidang nyanyian, anda tidak sesekali akan menyesal.
Itupun jika tujuan anda untuk menjadikan bidang nyanyian sebahagian dari mata pencarian, lainlah anda datang daripada keluarga Forbes! Kebanyakan penyanyi di negara kita yang pernah saya berkerja dengan mereka, saya dapati kebanyakannya menceburi nyanyian kerana suka-suka. Praktikal memang ada, tapi mana teorinya? Realitinya, teori dan praktikal harus setara. Maknanya kita tahu apa yang nak kita buat. Apa yang di luar batas kemampuan, kita tak dapat buat.
Di sinilah pengetahuan teori yang kita pelajari dapat menolong kita dari membuat kesilapan. Kelemahan kita hanya diri sendiri yang tahu. Anda tidak boleh menipu diri sendiri, kemusnahan akan menimpa kepada diri sendiri, bukan orang lain. Inilah seni, kejujuran menampakkan kreativiti yang sebenar kepada penyanyi itu.
Bab kecantikan, pasrah sajalah kepada pemberian Tuhan, baik cantik mahu pun kacak ataupun tiada kedua-duanya. Selama empat dekad saya menjelajahi masa yang penuh dengan wajah cantik, saya lihat, tiada notanya.
Memang ada juga yang tidak bersyukur dengan mengubah `peta' wajah masing-masing. Paling tinggi komen yang akan kedengaran ada dua saja, memuji atau mengeji! Terpulang pada empunya diri. Orang nak dengar anda menyanyi, lainlah kerjaya anda sebagai penyeri muka depan majalah atau akhbar hiburan.
Setahu saya, orang macam ini suka diri dijaja atau pun sememang selalu `mengehsankan' diri sendiri menjadi tumpuan. Dia macam sunyi kalau tiada berita mengenai dirinya di dalam media.
Jangan bersikap hipokrit
Imej anda penting. Ia melambangkan diri anda sebagai penyanyi. Justeru, jangan bersifat hipokrit. Sebaliknya, anda harus bersikap profesional. Jangan mencampuradukkan kerjaya dengan urusan peribadi lain, contohnya, dadah, alkohol, berjudi dan sebagainya, jangan disentuh!
Gejala berkenaan banyak menjahanamkan kerjaya anda dari menonjolkan kerja seni anda. Dah banyak contoh terjadi. Diri kita lazimnya menjadi tumpuan umum, jadi berhati-hatilah memilih kehendak hati, maklumlah, apabila anda sudah berada di aras glamor, semuanya ada di depan mata anda. Tahan atau tidak iman anda, itu adalah kekuatan diri. Sebenarnya dari pengalaman saya, ujian intelek lebih mencabar dari ujian glamor. Maknanya kedudukan anda menjadi tumpuan ramai yang berkehendakkan sesuatu yang lebih positif dari apa yang anda ada sekarang.
Kerjaya harus diberi keutamaan kerana itu `nyawa' anda. Kerjasama antara anda, penerbit album, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik, penyanyi latar, tenaga kerja di TV, radio, media, wartawan dan PRO syarikat rakaman, harus berjalan secara profesional, tiada conflict of interest!
Banyak teladan buruk terjadi, kita harus dulu bersikap neutral. Dengan sikap begini, orang lain akan hormat tata susila kerjaya kita dan secara automatik kerja kita berjalan lancar. Nobody is a star! Semua arah memerlukan kekuatan bersepadu, bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee, irama dan lagu tak dapat dipisahkan, kalau terpisah juga, pincanglah lagu, rosaklah irama.
Jangan sesekali memilih bulu untuk berkerja. Dunia seni di sini terlalu kecil, nanti bersua juga suatu hari nanti.
Baiklah, sampai di sini saja dulu. Saya akan bercakap lebih banyak lagi mengenai ilmu nyanyian dalam siri seterusnya.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|