CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whale

Maulid Nabi S.A.W (merge semua topik)

[Copy link]
Post time 10-4-2006 12:35 PM | Show all posts
fatwa Syeikh 'Atiyyah Saqr dan Syeikh Qaradhawi ttg sambutan maulid:

http://www.islamonline.net/servl ... FatwaEAskTheScholar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2006 12:43 PM | Show all posts
Assalamualaikum..

Sempena dengan kedatangan maulidarasul 1427 Hijrah ini saya berazam untuk mencontohi sifat-sifat Rasululah yang terpuji iaitu :  
Shiddiq (benar),
Amanah (dapat dipercayai)
Tabliqh (Menyampaikan wahyu kepada umatnya)
Fathonah (Pandai/cerdas)
Juga saya berazam untuk membersihkan penyakit2 HATI ( MAZMUMAH ) yang selalu bersarang dalam diri saya seperti berikut...

1. EGO
2. RIAK
3. SOMBONG
4. TAKBUR
5. BAKHIL
6. BERDENDAM
7. SUKA MENGUMPAT
8. PANAS BARAN
9.  SUKA MERENDAH PADA INSAN YANG LAIN
10. BERKAWAN HANYA DENGAN INSAN YANG SAMA TARAF
11. SUKA MENGADU DOMBAKAN SESAMA RAKAN
12. TERASA DIRI SAHAJA YANG BETUL
13. SUKAR MENERIMA PENDAPAT ORANG LAIN.
14. SUKA MENGARAH INSAN YANG LAIN
15. SUKAR UNTUK MENGHADIAHKAN SENYUMAN

Dan lain-lain lagi yang tidak sempat di masukkan dalam ruangan ini

Dan saya akan berasa bahawa...

1. Diri saya adalah hamba yang seburuk-buruknya
2. Diri saya adalah hamba yang selemah-lemahnya
3. Diri saya adalah hamba yang sehina-hinanya
4. Diri saya adalah hamba yang sebodoh-bodohnya
5. Diri saya adalah hamba yang sukar untuk menghadiahkan senyuman.

Kesimpulannya sempena AZAM MAULIDARASUL 1427 Hijrah ini saya merasakan bahawa diri saya adalah hamba Allah yang lemah dan yang banyak berdosa samada dosa-dosa zahir dan dosa-dosa batin!!!

Ampunilah DOSA-DOSA ku Ya TUHAN ku !!!

Inilah azam ku sempena Maulidarasul!! Rasululah adalah IDOLA ku!!



:pray::pray::pray::pray:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 03:54 PM | Show all posts
saya nak tanya di sini, harap ada yg bole tolong jawab:

Adakah hadis2 tentang maulid ini PALSU belaka?


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."


spt hujah whale di atas, bhw nabi x pernah sambut birthday beliau, begitu juga dgn sahabat2 dan tabi'in..
so, apa hal dgn hadis2 ni??? means, ianya palsu??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 10-4-2006 12:35 PM
fatwa Syeikh 'Atiyyah Saqr dan Syeikh Qaradhawi ttg sambutan maulid:

http://www.islamonline.net/servl ... r%2FFatwaE%2FFatwaE ...


Terima kasih atas maklumat yang diberikan.....:tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 10-4-2006 03:54 PM
saya nak tanya di sini, harap ada yg bole tolong jawab:

Adakah hadis2 tentang maulid ini PALSU belaka?




spt hujah whale di atas, bhw nabi x pernah sambut birthday beliau, begitu juga dgn ...


Setahu saya hadis2 sebegini tiada dalam  kitab2 hadis "mu'tabar"...mungkin orang yang lebih mengetahui dapat memberi penjelasan.....saya juga merasa hairan,kenapa hadis yang dibawakan itu tidak disertakan dengan rujukannya sekali????....:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 04:36 PM | Show all posts
Cuba teliti quote kata S. Abubakar ni:

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga."


Persoalan: bila pulak S.AbuBakar boleh menjamin seseorang masuk syurga??

Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."


.... begitu senang dpt kebun syurga.. ???

:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2006 04:42 PM | Show all posts
:setuju:

Hadis macam macam ada...bak kata pak cik astro.
Sahih,hasas, maudhuk, daif... so kalau tak reti pegi la belajor...
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 10-4-2006 04:47 PM | Show all posts
tapi kalau kita adakan bacaan yasin boleh tak?

atau kalau cam kat porem ni..boleh ke kita buat thread sempena maulidul rasul..cam selamat menyambut maulidul rasul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2006 12:18 AM | Show all posts
Sebelum tu nak tanya para forumers sekelian, bab menyambut birthday ni asal daripada siapa??siapakah yang mempopularkannya?? -info tambahan-",tahun lepas kawan saya ada menghadiri majlis sambutan maulidur rasul...dia story la,time tu depa dok berselawat dan sebagainya..tiba2 mereka bangun beramai2 kononya Rasulullah hadir ke dalam majlis mereka....so...beliau tanyalah dekat beberapa hadirin kat situ..kenapa mereka bangun,ada yang jawab "aku ikut2 je..""aku tengok ustaz2 buat so,aku bukannya tahu hal2 ni"dan bermacam2 lagi jawapan"..Hal sebeginilah yang akan mem"pelbagai"kan lagi BID"AH itu........

[ Last edited by  whale at 11-4-2006 12:20 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2006 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by whale at 9-4-2006 09:28 PM


Kita disuruh mengingati rasulullah setiap MASA. Bukannya hanya ketika tiba hari maulud, maka mulalah nak berselawat,ber"marhaban" berarak dan sebagainya...APA INI SEMUA????Adakah kita ...



Ya saya memang mengakui apa yang Whale katakan... tapi cuba fikirkan mungkin kita boleh melakukannya, tapi bagaimana sebahagian besar saudara kita yang lain, yang tak tahu pun bahkan tak kenalpun siapa Junjungan tertinggi... Apa yang dilakukan ini sebenarnya adalah satu dakwah atau peringatan kepada yang teralpa dan kepada yang tidak alpa, biar le ia dapat meningkatkan pemahamanan diri dan kecintaan kepada Rasulullah saw... teringat pada suatu waktu yang lepas... bila maulidul rasul tidak disambut... orang ramai semakin melupai Rasul.... dan cuti hari ini hanya seperti cuti hari Ahad sahaja.  Apabila kita melangkah ke dunia berdakwah... baru kita tahu apakah permasalah sebenar manusia ini.... bukan hanya kata-kata... tetapi perlaksanaan... Hanya Allah yang Maha Mengetahui....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2006 06:31 PM | Show all posts
sbb tu aku tak berani nak berlebih2 celebrate perayaan Islam nie. cukup sekadar kita bersyukur dan bersalawat ke atas Nabi junjungan kita. itu lebih afdhal daripada kita terpekik terlolong tengah panas sambil cuci mata berarak kat jalan2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2006 08:19 PM | Show all posts
patutnye topik ni kena stick utk bulan rabiulawal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by whale at 10-4-2006 12:46 AM
saya rasa eloklah kita sama2 meneliti fatwa yang dikeluarkan oleh syeikh Abd Aziz bin Baz(mufti Kingdom of Saudi Arabia)ketika  ditanyakan kepada beliau berkenaan menyambut maulidur rasul....di sin ...


Macam mana ni adik whale?? Ajaran wahabi mana satu yang nak kena ikut ni??

Ikut Sheikhul Wahabi dari Arab Saudi mengatakan haram mutlak menyambutnya biar apa cara sekali pun...hatta baca-baca Quran pun kalau dikaitkan dengan Maulidur Rasul maka jatuh hukumnya haram sebab semua tu bidaah dan semua orang yang buat bidaah masuk neraka belaka.

Tapi kalau ikut fatwa Sheikh Qardhawi pulak lain jadinya. Sheikh Qardhawi ni pun sama aliran gak kan??


http://www.islamonline.net/servl ... FatwaEAskTheScholar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2006 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-4-2006 10:41 AM


Macam mana ni adik whale?? Ajaran wahabi mana satu yang nak kena ikut ni??

Ikut Sheikhul Wahabi dari Arab Saudi mengatakan haram mutlak menyambutnya biar apa cara sekali pun...hatta baca-bac ...


Rilek Pakcik....jangan terburu-buru mengatakan orang masuk neraka.....Pakcik tak bacakah kategori yang macammana tu.....:no:

macamnilah...kita sama2 pakat cari dalil...saya sedang cuba mencari fatwa asal syeikh Yusuf Qardawi dalam bahasa arab..mungkin kita perlu tengok kepada asal ambilan fatwa tersebut...mungkin saudara2 disini dapat membantu...ok  :pray:

ANDAIKAN fatwa ini betul,kita fikir adakah syeikh Qardawi menerima sambutan maulidur rasul seperti yang kita rakyat malaysia lakukan?? dengan beraraknya,bertahlilnya,tambahan lagi bangun untuk menghormati Rasulullah kononya Beliau "hadir" ke majlis itu???itu belum dikira dengan wirid2 yang pelbagai lagi...............:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2006 09:08 PM | Show all posts
Lagi satu.....saya nak tanya, sejauh manakah KESAN sambutan Maulidur Rasul dalam diri kita????:hmm:

oh ya pak grave....Syiah "sambut" maulud hari apa ye???  :kerek:
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2006 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by whale at 12-4-2006 09:08 PM
Lagi satu.....saya nak tanya, sejauh manakah KESAN sambutan Maulidur Rasul dalam diri kita????:hmm:

oh ya pak grave....Syiah "sambut" maulud hari apa ye???  :kerek:


Alhamdulillah semalam berkesempatan menyambut Maulud bersama-sama orang syiah. Orang Syiah menyambut maulud pada 17 rabiulawal mengikut fakta yang diberikan dari ahli keluarga nabi Muhammad saaw sendiri.(Antara 12 Rabiulawal sehingga 17 Rabiulawal adalah minggu perpaduan Sunnah-Syiah yang di pelopori oleh Imam Khomeini.)
Seronok pula sambut bersama orang syiah ni sebab mereka lebih bergembira lagi dengan berzanji, nasyid-nasyid dan syarahan selain bacaan-bacaan suci al-Quran. Rasa seolah-olah macam bithday party pula dimana orang yang kita raikan itu terasa ada bersama kita.
Lepas tu makan kari kambing...dek terlampau berselera sangat sampai pening pala pulak la ni.

Labbaika ya Rasulullah!
Labbaika Ya Habibullah!
Labbaika Ya Abal Qossim!
Labbaika Ya Abas Soleh!


[ Last edited by  Gravedigger at 18-4-2006 05:08 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2006 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by whale at 12-4-2006 09:06 PM

macamnilah...kita sama2 pakat cari dalil...saya sedang cuba mencari fatwa asal syeikh Yusuf Qardawi dalam bahasa arab..mungkin kita perlu tengok kepada asal ambilan fatwa tersebut...mungkin saudara2 disini dapat membantu...ok  



Dah jumpa ker fatwa tu?? Fatwa Sheikhul wahabi Ben Baz tu tak mau pakai ker?? Kesian noo...ramai orang kita ni nanti masuk neraka semata-mata bidaah bergembira sambut maulud nabi termasuklah yang baca tahlil-tahlil lepas sembahyang tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2006 07:16 PM | Show all posts
so...beginilah, Kita harus bersangka baik terhadap kedua-dua ULAMA ini..syeikh Qardawi merupakan seorang MUJTAHID dan MUFTI,begitu juga dengan syeikh Ibn Baz....masing2 memainkan peranan dalam menjaga kesucian ISLAM...
Soalnya...seperti yang telah saya tanyakan sebelum ini, adakah "kaifiat" maulid yang dilakukan oleh kita ini bertepatan dengan hukum SYARAK???:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by Malfator at 31-3-2007 01:54 PM
Assalaamualaikum w.b.t.
terima kasih kepada semua forumers yg memberi info dalam thread ni...

sekadar tambahan..

sepanjang pembacaan saya dalam topik ini.. didapati ada yg menerima perayaa ...



saya rasa tak kisahlah kalau kita lebih untuk muhasabah diri, wafat atau lahir tak menjadi bab....

saya rasa cara terbaik ialah muhasabah diri,   dan sibuk2kkanlah melihat adakah kita dengan Rasulullah ni dari segi iman bezanya langit dengan bumi ke, gunung dengan bumi ke, atau masih sangat2 jauh lagi....

kalau jauh , kita dekat2 kanlah....

dapat dekat walau sejengkal pun jadilah....

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by Malfator at 31-3-2007 01:54 PM
seperti yg diketahui umum iaitu hari kelahiran baginda s.a.w. adalah pada 12hb. Rabiul Awwal... manakala hari kewafatan baginda s.a.w. juga pada 12hb. Rabiul Awwal.. iaitu pada tarikh yg sama!!


Versi mana yang ko ambil ni? Banyak versi yang terdapat tentang kelahiran dan kewafatan rasulullah saaw ni malah terdapat juga dikalangan ASWJ yang menolak kelahiran rasulullah saaw pada tarikh 12hb.Rabiulawal sebab dikatakan bersumberkan dari syiah. Mereka mengatakan bahawa rasulullah saaw lahir pada 9hb.Rabiulawal tahun gajah sedangkan orang2 syiah pula menetapkan tarikh 17 hb.Rabiulawal sebagai tarikh kelahiran nabi berdasarkan dari ahli-keluiarga Rasulullah sendiri.
http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/nabidob.htm

Tentang kewafatannya pula tidak ada sumber pun yang tetap dari ASWJ melainkan syiah dari ahlul-baitnya menetapkan 28 safar sebagai kewafatan rasulullah saaw.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.080074 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list