CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gam_gajah

ALL ABOUT : to spank or not to spank by gam_hajah & sha_n

[Copy link]
Post time 11-4-2006 06:01 PM | Show all posts
Akak puji sikap gam sebab jujur dan berani mengaku "kesilapan" dan kelemahan  untuk diperbaiki.  Biasalah  kan...setiap manusia ada kelemahannya.  Dari apa yang akak faham, gam bukanlah bangga dengan apa yang berlaku tetapi dia inginkan bantuan dan nasihat dari kita.  Jadi akak rasa patut sangat kita buang "holier than thou" attitude.  Kita bantu gam dengan cara dan nasihat yang  lebih positif dan membina.  Kita sama-sama boleh belajar dan dapat iktibar dari masalah gam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2006 06:18 PM | Show all posts
saya kalau dah geram sgt anak tu saya letakkan dia dlm bilik yg memang kita jarang masuk..sambil letak dia kat dlm bilik dia tu saya bagitau reason why she's in the room and she will have to stay there for 1/2 an hour..nangis gila dia dlm bilik tu sampai dia senyap..dah senyap saya akan masuk dlm bilik tu sambil ckp 'do you want to do it again' dia akan cakap 'No' sambil nangis sket..masa tu memang saya akan peluk dia sambil cakap saya sayangkan dia dan dia kena masuk bilik tu sebab nakal sgt...so sekarang everytime dia buat salah saya cuma cakap 'do you want to go to the room? dia cakap 'No No NO..pas tu dia tak buat perangai la...penangan siri Supernanny la ni...tapi kekadang tu ada jugak terpukul dia..tapi kat tangan takdelah kuat sgt..dah nama budak kan, dia tak tau apa yg dia buat tu salah ke tidak..kita sebagai org tua kenalah kuat bersabar...memang tension gila bila dia buat perangai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 06:02 AM | Show all posts
saya ni dilanda kemalasan nak menaip hari ni, tapi sebab dah janjikan.sebagai mukadimah, berdasarkan kes yg diberikan tuan rumah, terdapat beberapa permasalaahn yg dikenalpasti:

1. ibu sakit
2. anak bermain di luar rumah
3. anak kencing
4. anak tak kemas mainan
5. ayah tak membantu


1. ibu sakit

merujuk kepada cerita tuan rumah, si ibu sakit. dia perlukan rehat secukupnya. saranan saya, selepas ini, kalau terjadi lagi keadaan mcm ni, minta pertolongan ayah untuk membantu buat kerja rumah dan tengokkan anak. kekadang, kita tak boleh expect asben kita nak tolong unless kalau kita sendiri yg mintak. dan kalau boleh, tak payahlah memasak. beli jer kat kedai. ataupun call delivery ker. atau suruh jer si ayah masak. sekali sekala, nak rasa jugak masakan ayah. kalau rumah bersepah tu, tutup mata jerlah. sometime, tak semua benda boleh perfect. nanti dah sihat, boleh kembali pada rutin biasa.

2. anak bermain diluar rumah

lepas ni, untuk elakkan kejadian berulang,sila pasangkan kunci penyelak kat pintu dibahagian atas yg tak boleh dicapai oleh anak. majoriti rumah kat sini yg ada anak kecik memang pasang kunci tambahan. rumah kat sini lagilah tak ada pagar, kalau budak terlepas dari rumah tanpa pengawasan, memang cari nahas la. kekadang, kita terlepas pandang anak kita especially toddler. diaorg time ni tgh membesar, suka mengexplore. jadi sebagai langkah keselamatan, sila pasangkan kunci tambahan di pintu rumah.

3. anak kencing

saya difahamkan anak tuan rumah still dlm potty training kan. saya malas ler nak sentuh sebab tak ada experience lagi. rasanya ada topik fasal ni kan. biarlah yg pakar menjelaskan. cuma saya nak beritahu satu cerita. masa saya pregnant, saya selalu 'axcident' dlm rumah. memang kritikal gila la.. everytime terbesin, batuk dan tak tahu nak cakap apa lagi la, memang asyik terlepas jer. kekadang kesian tgk asben kena cuci karpet. kat shopping complex dah banyak kali terkena, siap kena pi beli seluar baru tu. so, pengajaran yg saya dapat dari peristiwa ni, bila ada anak, saya tak boleh marah/melenting kalau anak saya pun mcm ni. axcident can happen sometime. bukan disengajakan. kena banyak bersabar...( masa tgh menulis ni, si shukri tgh pancut kat ayah dia masa tuko lampin, sabar jer la...  :bgrin..
utk tuan rumah, pekata lainkali minta si ayah tolong bersihkan.

4. anak tak kemas mainan

saya ingin perkenalkan konsep time out. dlm kes tuan rumah ni, si anak tak kemas mainan. well,sebab ibu tgh sakit, why don't suruh ayah tg laksanakan konsep time out ni. ayah pergi pada anak, suruh kemaskan mainan.anak tak mau buat.then, ayah duduk supaya sama level dgn anak, tgk tepat mata dia dan  bagi first warning, kalau tak buat, dia akan kena time out. ( sebelum tu explainlah time out tu apa, mcm kena letak kat satu sudut atau org panggil 'naughty corner'. kalau si anak tak buat jugak, heret jer pi ke naughty corner. tak kisahlah kat mana-mana. masa letak kat naughty corner tu, ulang step sama, ayah berada di paras level anak, cakap  yg dia buat salah, dia kena denda. kemudian ayah tinggalkan si anak disitu. berapa lama? bergantung kepada umur . kalau 3 tahun, 3 minit. lepas 3 minit, ayah datang balik dan ulangi step yang sama, duduk sama level dgn anak, tgk mata dia dan explain apa yg dia buat tu salah. kalau dia faham, angguk suruh dia minta maaf. lepas tu boleh la nak hug n kisses. lepas tu, suruh ler pi kemas mainan.

tapi katakan, masa nak letak kat naughty corner tu, si anak tam mau duduk, dia lari. si ayah letak balik, tanpa cakap apa-apa. sampailah si anak naik boring, dia akan stay kat situ. cara time out ni perlukan kesabaran, tapi hasilnya memang baguslah. ini yg dipraktik oleh kebanyakan ibu di sini ( dan kenkawan saya kat malaysia pun sama praktik jugak). so, tak adalah nak pukul ker, cubit ker, sepak.

konsep time out ni boleh dilaksanakan pasa masa-masa lain kalau anak dah besar mcm umur 8 tahun ker, biasanya kalau time out, suruh diaorg masuk dlm bilik. bukan bilik sendiri tapi boleh jadi guest room ker, jgn bilik air dah la.

5. ayah tak membantu

dalam kes ini, mcm saya dah terangkan, ibu mestilah meminta bantuan ayah. kekadang org lelaki ni, kalau kita tak cakap, dia tak buat. minta tolong, jgn malu dan segan. cheh wah...


well, sekian sahaja tips yg saya boleh beri dan kongsi bersama. sekian terima kasut.

[ Last edited by  eyzlyn at 12-4-2006 06:07 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 09:33 AM | Show all posts
Saya tak tahulah orang (tapi rata2 saya baca kat sini nampak cam normal utk kita berasa marah dan terkeluar dari kelakuan biasa)..anak saya baru 8 bulan..masa 4 bulan pertama mmg saya akui saya cepat baran bila dia menagnis jenis yg teruk2..ish rasa gerammm jek nak pekup mulut (only in minds lah) bukan saya tak sayang anak, (ada ke org tak sayang anak?) tapi makin lama makin reti saya nak kawal kemarahan..tapi still loooooonnnggggggg way to go! dan harap masa tu saya dah cukup ilmu menangani isu ini..yelah balik keje penat2, masak etc. sometimes mmg anger out of control gak..saya rasa melalui perbincangan begini turut membantu kita membuka minda ke perspektif yg berbeza..

Saya pun banyak membaca kat nett tentang parenting advise ni, tapi sesungguhnya membaca dan melalui dahulu perkara tersebut adalah dua perkara berbeza..


[ Last edited by  bLUe_jaMBu at 12-4-2006 09:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 10-4-2006 11:54 PM
Akak tak pandai  nak  nasihat tentang "anger management" sebab profession keibu-bapaan ni sememangnya menguji kesabaran.

Tapi for a stress free parenting, banyak ketikanya kita  kena control keadaan daripada kita membiarkan keadaan control kita.  Kadang2 memang susah kita nak control budak yang berumur 3 tahun ni sebab waktu tu orang tua2 cakap "otak diorang ada di lutut".  Jadi kita yang otak ada ditempat yang betul ni, kita kenalah pandai manipulate keadaan untuk mengelakkan sebarang confrontation dengan anak.


well kak fie..... i agree with your approach.......well said......
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 10:05 AM | Show all posts
Aku memang takut tengok org pukul anak sampai tinggalkan kesan. Cam mlm tadi, asben aku pukul kat montot anak sampai merah semata2 budak tu takmo keluar dr bilik air lagi. Sedihnya aku tengok montot yg merah2 tu. Tapi aku tak kata apa, sbb anak aku memang dah buat perangai dr petang lagi.

Yg geramnya lepas tu, anak aku protes sepanjang mlm, sebelum dia tertidur. Saja jer dia buat perangai yg boleh buat aku naik darah, cthnya titiskan susu dia kat atas toto. Basah jugaklah toto tu dibuatnya. Aku diam jer, dlm hati biarlah dia puaskan hati dia. Sbb dia ni selagi tak puashati, selagi tu dia akan terus buat. Tapi bila dia sampai titis2kan susu tu atas selimut aku, bantal aku. Aku dah naik angin, tapi setakat pukul tangan dia jer.

Lepas tu dia tak puas hati lagi, dia kata nak kencing. Aku pun ajaklah pegi toilet, tanak, katanya nak kencingkan atas tilam (tilam dialah). Beria2 aku ajak ke toilet, beria2 jugak dia takmo. Akhirnya kencinglah dia atas tilam tu, tapi taklah byk sgt. Sbb dia dah kencing sebelum tu, yg dia nak kencing ni pun saja nak carik pasal ngan aku. Aku memang tak tau nak marah camner lagi, takkan nak pukul sbb aku memang tak suka pukul anak. Last2, akulah yg nangis kat situ. Sambil bukak sarung tilam tu, aku dah meleleh2 air mata cakap kat dia, "Aliff tak sayang mama ye..sampai hati buat mcm ni. Penat2 mama mengandungkan Aliff dulu, dah besar Aliff takmo dengar cakap mama...nakal..." tapi aku memang tak boleh nak pukul dia w/pun marah sgt. Dlm hati sedih sgt dia buat camni.

Selalunya pun, kalau aku marah sgt kat anak, asben akulah yg kena bebel. Kalau marah kat asben, lagi teruklah dia kena bebel, tapi nak marah / pukul anak, memang takde. Paling tidak kalau dah tak tahan sgt, aku nangis jerr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2006 10:09 AM | Show all posts
well, epal pun kadang2 terpukul anak especially kalau masa tu kita tgh stress & penat..mudah sgt nak meletup....anak2 yg jadi mangsa..lebih2 lagi kalau buat perangai tak tentu pasal....aduhhh..kasihan sungguh pd anak....bila tgh marah tu mmg syaitan dah bertanduk2 menguasai fikiran...tiap kali lepas pukul mesti nyesal...kadang2 epal terfikir balik macam mana epal boleh pukul anak sampai macam tu....budak2 apalah yg dia tahu sgt....takut kesannya akan mempengaruhi psikologi anak2......syukurlah sekarang dah kurang sikit sebab anak pun dah jarang buat perangai......:pray:
moga nasihat dan panduan kat sini dpt membantu ibu bapa menangani masalah macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 11:22 AM | Show all posts
nak pukul tuh tak salah.. sepcially kalau tang dorang buat perangai tuh.. tapi kalau boleh, jangan ler selalu.. tak baik untuk kesehatan hehe..

dan kalau boleh, pukul tang kaki or tangan jerk ler.. part2 lain jangan sentuh..kang ada internal bleeding kang susah lagik kita tak tau boleh menyebabkan kecacatan kekal ker, kita gak yang menyesal seumur idup..

erk.. tak boleh ker kalau kita marah kat hb, then kita burst jerk kat hb tuh?.. hehehe.. aku bukan mengajar.. tapi, ini adalah cara paling bagus untuk aku lepaskan amarah aku kalau betul2 hb aku yang buat hal.. tak der nyer aku nak bantai anak2 aku kalau aku nak marah2 ngan hb ker.. aku kerap gak pukul anak2 aku, pernah sekali tuh, aku rotan dorang coz gaduh dua beradik tuh tak hengat!!, punya lah aku hangin coz tak dengar cakap bila aku bagi tau stop gaduh.. kalau gaduh2 cakap jerk tuh tak per ler.. nih bergelut!! mak ai.. sorang lelaki sorang pompuan, boleh patah anak pompuan aku kalau anak lelaki aku tuh sepak sekali.. dah ler yang pompuan nih akak, tak nak mengalah, si adik pulak, lasak boleh tahan, so, aku pening nak menangkan yang mana, aku bantai jerk dua2 ngan rotan, berbirat merah gak ler.. kalau nenek dorang tengok, mau meraung nenek dorang tuh..

so far, aku tak der nak tahan2 dorang nak selerakkan rumah ker apa ka.. kalau mengikut pakar saikologi anak2, tahap umur dorang 3-6 tahun nih ler perkembangan kreativiti tuh naik mencanak, so, tak bagus kalau kita terlampau kongkong, kang terbantut susah nak naik.. so, aku biarkan.. aku suruh kemas jerk time nak tido ker atau time2 tertentu tempat tuh kena kemas, dua tiga kali sound tak jalan, aku bercekak ngan rotan jerk, laju mcm movie di fwd jerk dorang buat ekekeke.. banyak betul jasa rotan bereben merah aku tuh..

aku jarang pukul anak2.. tapi kalau aku pukul, memang kaw2 ler.. so, next time, dorang tak berani lagik kena pukul. hehe.. itu jerk ler maksud aku... tapi tak boleh selalu lah kan.. kang dorang imune, kita lagik sengsara..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2006 11:33 AM | Show all posts
gam_gajah

siannn kat anak u......tapi bila kita marah, mana kita ingat dah  semua tuuuuu....
nak2 kalau die sepahkan semua toys......ada air tumpah sana sini...mandi tak ambik towel....air meleleh sana sini
memang blh naik hangin.....cuma me suka ugut die.....
kalau tak kemas, next time tak bwk dah pergi  disney on ice or tpt2 yg die suka...cthnyaa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 12-4-2006 11:22 AM
nak pukul tuh tak salah.. sepcially kalau tang dorang buat perangai tuh.. tapi kalau boleh, jangan ler selalu.. tak baik untuk kesehatan hehe..

dan kalau boleh, pukul tang kaki or tangan jerk le ...


betullah mimie....hati nenek agaknya lebih sayu kalau nengok cucu die kena marah ngan anak2nya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 11:50 AM | Show all posts
membaca citer2 kalin disini..izinkanlah akak(dah terbiasa pnggl gini) bercerita sedikit k...bertapa bertuahnya seandainya pasangan itu mempunyai cahayamata yg sihat,normal...ginilah, bagi akak keizinan utk memberitahusesuatu...klu blh jgnlah diherdik atau dipukul anak2 tu sampai berbirat ataupun berbekas...kesian budak2 tu...anggaplah mereka sbgi ujian utk kita...

bertapa jeoulesnya akak krn tidak berpeluang memiliki anak2 yg sihat wpun akak ada seorg anak yg sihat...bkn akak nak memuji diri sendiri..tetapi ingin berkongsi pengalaman dgn kalian..akak tidak bekerja..sedang menjaga seorg anak yg yg terlantar sakit,yg menggunakan mesin utk bernafas...tido pun kdng2 tak cukup...klu sakit pun terpaksa juga uruskan..wpun tak larat...kdng2 aje juge mengeluh tetpi bila melihat wajah anak yg sakit tu..hilang segala2nya.alhamdulillah anak kedua akak seorg yg begitu memahami..dia tahu adiknya sakit..perlukan lebih perhatian...jadi dia pandai main sendiri...buat hal sendiri...umurnya pun baru 6 thn...mmg kdng2 akak da juge marah atau menegur klu dia bersepah2 brg mainan dia..tp akak cuba tolong2 dia kemas..agar dia tahu ibunya memberi perhatian kepadanya....hanya dgn cara gini saja yg dpt akak tumpukan kpd dia....lagi satu klu akak marahkan dia...timbul pula rasa kasihan padanya...sudahlah dia kurang mendpt perhatian ..lepas tu kene main sorang2..

memberi muka atau peluang bkn bermakna kita manjakan dia...tetapi biarlah lembut tp tegas!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 12:09 PM | Show all posts
la nie dah cool down sikit tahap amarah tue..
memang betul kekadang tue geram ngan hubby tapi anak jadi mangsa
selalunye melati marah jek pukul tak de
ada pun pukul ngan dua jari kat tangan ataupun tapak kaki itu jek....
tapi lepas tue memang nyesal giler-giler..
bila dia tido tue siap peluk lagi say sorry aper seme
kekadang tue dalam esak tangis dia pun
bila bagi susu dia tengah susu tue... pun usap kepala dia say sorry lagi
tapi at the same time advise kat dia, cakap jugak kenapa kita marah dia
dai pun cam la paham terhangguk2 la dia... pastue peluk memeluk la antara satu sama lain.

memang sekarang nie tengah cuba control marah.
bukan tak marah langsung, kalau boleh tak nak marah sampai tahap naga...
kesian esp. budak umur dua tahun aperlah yang dai tahu...

yang penting kita la kene kontrol diri
me pun still dalam proses belajar lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 12:11 PM | Show all posts
wat kak naomee....harap sabar bebyk ye....sedih bc cite akak........

memang itu ujian utk kesabaran d kerasionalan kita....

AJ d hubby pun x penah pukul anak teruk2...marah biasa d jentik je.....

hubby lg le x penah pun jentik anak die....AJ je yg slalu jentik my doter....

nasib baik le anak x nakal sgt ...biasa je.....

tp memang ade gantung rotan kecik kt rumah....slalu klu die degil AJ tunjukkn d tanya nk

x rotan kt dinding tu....die geleng le...pastu baik le .....wat hiasan je le.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 12:26 PM | Show all posts
aku rasa ank baru 3 tahun dah reti bhasa kira orait la tue...sian budak tue...hanya kerana tak kemas toys dia, kene blasah tahap gaban...:no: :no: ... tak baik di amalkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 12:28 PM | Show all posts
agree melati_putih..

belajar ilmu keibubapaan ni memang sampai bebila tak habis.  Setiap  anak lain-lain..percayalah..Walaupun jadi ibubapa ni banyak guna instinct/naluri tapi banyak jugak benda kena belajar dari pengalaman orang lain.  Bila anak kita cuma sorang kita kata kita tak marah anak dan dia jadi ok je...tapi untuk anak seterusnya tak semestinya cara yang sama berkesan.  Mungkin ya, mungkin tidak.

Same jugak bila ada anak sorang kita selalu stress sebab dia banyak songel, difficult, susah nak control, kita selalu naik angin tapi anak seterusnya tak semestinya macam tu....kita doa ajalah semoga Allah permudahkan segala urusan kita dengan semua anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 01:34 PM | Show all posts
pernah..

aku ni jarang merotan anak2..

selalunya aku akan tegur dgn mulut dulu..

tapi biasa la budak2..bukan nak dengar pun..lagi derang ligat..

bila aku dah pegang rotan baru tahu nak stop..

aku tak ada cara lain selain bertegas dgn anak2..

mertua aku selalu tegur cara aku kasar dgn anak2..derang pun kurang setuju aku rotan anak2 aku..

tapi bagi aku, aku tak mahu menangis kemudian hari kenangkan betapa aku terlebih lembut dgn anak2 sampai mereka pijak kepala aku..

walaupun aku garang, tapi aku tak pernah abaikan derang..

hari2 aku peluk anak2 aku, cium, bergurau..

semlm, aku gi rumah mak aku..bawak anak2 aku sekali..

dia mengamuk tak nak tido, nak usik barang2 dlm rumah tu..puas dah mak aku, ayah aku adik2 aku pujuk lagi dia melawan..

aku ni bila anak dah macam tu aku mudah kurang sabar..terus aku ambil rotan, kena la dua tiga kali kat kaki..terus dia peluk kaki aku..

aku peluk dia, dukung dia and 5 minit lepas tu..zzzzzzzzz

kalau aku tak buat macam ni, aku takkan boleh bawak anak2 aku ke mana2 majlis..malu kat org kalau anak tak disiplin..

bak kata pepatah, nak melentur buluh biar dari rebung..kalau dah jadi buluh keras tak guna dah..

cuma perangai aku, lepas aku rotan anak mesti aku peluk anak..lepas tu aku cakap dgn dia apa sebab aku rotan dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2006 02:53 PM | Show all posts
Bagi aku tak salah kalau nak merotan/memukul anak as long as it does not become a habit. Kalau selalu sangat nanti anak kita jadi immune pulak. Lama-lama, dia pun tak heran. Kalau rasa kita ni selalu pukul anak maybe it抯 time to muhasabah diri kejap and asks ourselves, aku ni memukul anak sebab apa? Nak lepas temper ke, atau nak kasi anak peringatan supaya tak buat lagi ke, atau nak kasi hint kat laki aku, etc. ? Aku ni mengingatkan diri sendiri jugak sebab I抳e been through that phase

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 03:05 PM | Show all posts
dulu dewi rajin beli rotan tapi selalu hilang rotan tu tah gi mana tah... pas tu rajin gertak anak mengalah kan mak rimau tapi jarang sgt anak2 dewi kena pukul yg rajin kena pukul keja , kerusi,  almari dan lantai. Anak2 dewi berjiwa lembut kot perempuan lah katakan. belum pukul pun baru gertak dah nangis sakan. tapi kalau melampau nakal tu kena gak. tapi mas tu dah besar dah la dah lebih 8 tahun. masa kecik2 ni mmg tak pernah kena.

mak dewi kata dewi ni kadang garang sgt macam mak tiri .. tapi bunyi jer kuat tu. pastu bila nampak anak2 dah paham dewi sendiri yg gi pujuk balik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 09:47 AM | Show all posts

pesan hb

mcm za kalu marahkn suara jer tinggikn.. anak za yg sulung tu 3 thn, kalu dah tahap melampau sgt2 tak tahan terus jer babab kaki atau tangannya atau pun kat punggungnya... biar dia menangis dan sekrg ni dia dah jadik kakak kalu dia menangis za dah tak pedulikan dah.. biar dier menangis sengsorang dan kalu lama sgt dia nangis dan dia meratap dan sembamkn muka dia kat bdn kita.. especially pujuk jgak ler... lps dia diam bg tau jgn buat mcm tu lg mama tak suka.. kekdg tu kalu dia dengki kat adik dia, dia menangis za soh diam.. soh diam sampai dia diam bebetul baru amik dia dn pujuk dia... geram tu mmg geram..

kalu za marah paling kuat pun bunyi mcm leter jgak la.. mcm za kecik2 dulu, time mak marah, mak mmg leter dan pukul pun sesekali bila dah tahap maksima.. tp za takler selalu kener pukul... coz sekali kener pukul mmg sampi birat.. alhamdulilah smpi sekrg nipun za tak pernah pukul anak sampai tinggalkan kesan.... za marahkn anak pun stail tegas... dan berdisplin..bg dia sedar.. nak bg muka sgt pun takleh jgak..anak sekrg ni maner leh cmtu.. silap2 kita dipijaknyer.. at least.. ingatkn diri sendiri samada mak atau bapak yg kita ni cuba buat kawan pd anak2 kita... jdik kwn rapat... insyaAllahh.. anak akan enjoy .. mudah2an....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 09:59 AM | Show all posts
Selalunya kes-kes anak yang trauma sampai dewasa sebab kena marah pukul ni adalah dari ibu bapak yang marah/pukul with no mercy.  Segala benda main balun je...tak de kompromi langsung.  Pas tu tak de langsung tunjuk kasih-sayang (walaupun sebenarnya sayang...mak bapak mana yang tak sayang anak) dan affection thru kissing, hugging dan gurau senda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063535 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list