CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pee3

Batu Belah Batu Bertangkup

[Copy link]
Post time 2-6-2006 02:42 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 11-5-2006 14:34
batu belah kat klang tu takde kaitan pape la...ape yg ada kat batu belah tu, sungai putus jek...stesen minyak,masjid,kedai tomyam ada la...

bab TOM YAM yg mahal tuh..:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2006 11:46 AM | Show all posts
hmmm.. citer batu belah batu bertangkup ni byk versinya. ada yg kata ada kat langkawi. kalau tak silap dulu penah masuk lam majalah mastika n siap ada pic batu belah tu.

hari tu ayu gi pahang, org2 tua kat pahang pun ckp kat sana ada gak satu batu belah tu!
ayu pun tak tau versi mana yg btol.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 04:56 PM | Show all posts
err....ada ke ikan tembakul nie? tak penah nampak pun kat pasar2.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 11:00 PM | Show all posts
Originally posted by azie_fariza at 3-6-2006 04:56 PM
err....ada ke ikan tembakul nie? tak penah nampak pun kat pasar2.....


maybe skrang ni kiter panggil ikan tu ngan nama lain kot. takpun ikan tu dah pupus!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 05:16 PM | Show all posts


Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua ajaib. Gua ini digelar batu belah batu bertangkup dan amat ditakuti oleh ramai penduduk kampung. Pintu gua ini boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi.

       Suatu masa dahulu di sebuah kampung yang berdekatan dengan gua ajaib ini, tinggal Mak Tanjung bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung asyik bersedih kerana baru kehilangan suami dan terpaksa menjaga kedua-dua anaknya dalam keadaan yang miskin dan daif.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk menangkapnya. Bukan main suka hatinya apabila dapat seekor ikan tembakul.

"Wah, besarnya ikan yang mak dapat !" teriak Pekan kegembiraan.

" Ya, ini ikan tembakul namanya. Mak rasa ikan ini ada telurnya. Sudah lama mak teringin untuk memakan telur ikan tembakul ini," kata Mak Tanjung.

      Mak Tanjung terus menyiang ikan tembakul itu. Dia pun memberikan kepada Melur untuk dimasak gulai.

" Masaklah gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ini. Mak hendak ke hutan mencari kayu. Jika mak lambat pulang, Melur makanlah dahulu bersama Pekan. Tapi, jangan lupa untuk tinggalkan telur ikan tembakul untuk mak," pesan Mak Tanjung kepada Melur.

      Setelah selesai memasak gulai ikan tembakul, Melur menggoreng telur ikan tembakul pula. Dia terus menyimpan sedikit telur ikan itu di dalam bakul untuk ibunya. Melur dan Pekan tunggu hingga tengah hari tetapi ibu mereka tidak pulang juga. Pekan mula menangis kerana lapar. Melur terus menyajikan nasi, telur ikan dan gulai ikan tembakul untuk dimakan bersama Pekan.

" Hmmm..sedap betul telur ikan ini," kata Pekan sambil menikmati telur ikan goreng.

" Eh Pekan, janganlah asyik makan telur ikan sahaja. Makanlah nasi dan gulai juga," pesan Melur kepada Pekan.

" Kakak, telur ikan sudah habis. Berilah Pekan lagi. Belum puas rasanya makan telur ikan tembakul ini ," minta Pekan.

" Eh, telur ikan ini memang tidak banyak. Nah, ambil bahagian kakak ini," jawab Melur.

      Pekan terus memakan telur ikan kepunyaan kakaknya itu tanpa berfikir lagi. Enak betul rasa telur ikan tembakul itu! Setelah habis telur ikan dimakannya, Pekan meminta lagi.

" Kak, Pekan hendak lagi telur ikan," minta Pekan kepada Melur.

" Eh , mana ada lagi ! Pekan makan sahaja nasi dan gulai ikan. Lagipun, telur ikan yang tinggal itu untuk mak. Mak sudah pesan dengan kakak supaya menyimpankan sedikit telur ikan untuknya ," kata Melur.

      Namun, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Puas Melur memujuknya tetapi Pekan tetap berdegil. Tiba-tiba, Pekan berlari dan mencapai telur ikan yang disimpan oleh Melur untuk ibunya.

" Hah, rupa-rupanya ada lagi telur ikan! " teriak Pekan dengan gembiranya.

" Pekan! Jangan makan telur itu! Kakak simpankan untuk mak," teriak Melur.

      Malangnya, Pekan tidak mempedulikan teriakan kakaknya, Melur dan terus memakan telur ikan itu sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pun pulang. Melur terus menyajikan makanan untuk ibunya.

" Mana telur ikan tembakul, Melur? " tanya Mak Tanjung.

" Err... Melur ada simpankan untuk mak, tetapi Pekan telah menghabiskannya. Melur cuba melarangnya tetapi...."

" Jadi, tiada sedikit pun lagi untuk mak? " tanya Mak Tanjung.

      Melur tidak menjawab kerana berasa serba salah. Dia sedih melihat ibunya yang begitu hampa kerana tidak dapat makan telur ikan tembakul.

" Mak sebenarnya tersangat ingin memakan telur ikan tembakul itu. Tetapi...." sebak rasanya hati Mak Tanjung kerana terlau sedih dengan perbuatan anaknya, Pekan itu.

      Mak Tanjung memandang Melur dan Pekan dengan penuh kesedihan lalu berjalan menuju ke hutan. Hatinya bertambah pilu apabila mengenangkan arwah suaminya dan merasakan dirinya tidak dikasihi lagi. Mak Tanjung pasti anak-anaknya tidak menyanyanginya lagi kerana sanggup melukakan hatinya sebegitu rupa.

      Melur dan Pekan terus mengejar ibu mereka dari belakang. Mereka berteriak sambil menangis memujuk ibu mereka supaya pulang.

" Mak, jangan tinggalkkan Pekan! Pekan minta maaf ! Mak...." jerit Pekan sekuat hatinya.

Melur turut menangis dan berteriak, " Mak, Kasihanilah kami! Mak!"

      Melur dan Pekan bimbang kalau-kalau ibu mereka merajuk dan akan pergi ke gua batu belah batu bertangkup. Mereka terus berlari untuk mendapatkan Mak Tanjung.

      Malangnya, Melur dan Pekan sudah terlambat. Mak Tanjung tidak mempedulikan rayuan Melur dan Pekan lalu terus menyeru gua batu belah batu bertangkup agar membuka pintu. Sebaik sahaja Mak Tanjung melangkah masuk, pintu gua ajaib itu pun tertutup.

      Melur dan Pekan menangis sekuat hati mereka di hadapan gua batu belah batu bertangkup. Namun ibu mereka tidak kelihatan juga.


link: http://www1.moe.edu.sg/nadi/arki ... /dongengwarisan.htm
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by azie_fariza at 3-6-2006 04:56 PM
err....ada ke ikan tembakul nie? tak penah nampak pun kat pasar2.....



ikan tembakul ni rasanyer ikan belacak
ikan yg leh jln atas darat gune sirip kiri kanan nyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2006 08:17 PM | Show all posts
iscol ko org klang ke?
duduk kat batu belah ek...?

betul gak tu kat batu belah cuma perkampungan melayu dekat dengan laut paya....tempat laluan lori2 kontena ke port klang........ikan tembakul tu ikan belacak ek.....ada ke batu yg digelar batu belah kat situ? nanti wa siasat

memang sedih cerita tu-harap2 itu cuma la cerita dongeng utk pengajaran budak2 utk menghormati/menyanyagi org tua........

errmmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2006 08:57 AM | Show all posts
Kalau ikan tembakul tu adalah ikan belcak yng boleh berjalan di daratan so ikan tu jenis dua alam lah ya! Setahu aku kalau dua alam ni kita tak boleh makan kan? If I'm wrong please correct me. Hehehehe:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2006 11:13 AM | Show all posts
zaman tuu zaman sebelum kedatangan islam ke tanah melayu kot....

itu pasal zaman tu nama melur, si tanggang, pekan......he...he...

lagipun dlm islam kan melarang kita memuja batu2 puaka/ajaib nie dan membunuh diri..jadi wa rasa zaman batu belah nie zamman sebelum islam ke tanah melayu

[ Last edited by  salimrock at 10-6-2006 11:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 12:47 PM | Show all posts
pekan tu dah besar sekrg. Pekan dan kakaknyer berhijrah ke brazil, ronaldo tu pekanlah tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by salimrock at 10-6-2006 11:13 AM
zaman tuu zaman sebelum kedatangan islam ke tanah melayu kot....

itu pasal zaman tu nama melur, si tanggang, pekan......he...he...

lagipun dlm islam kan melarang kita memuja batu2 puaka/ajaib ...

ikan belacak bukan hidup dua alam... dia still bernafas guna insang di air, cuma dia ada kebolehan berjalan atas air,, kalau camtu sepatutnya ketam pun kita takleh makan...kan?!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 29-8-2006 12:47 PM
pekan tu dah besar sekrg. Pekan dan kakaknyer berhijrah ke brazil, ronaldo tu pekanlah tu.......


aha tgk rambut diorg kalau tak cya...gigi pun sama gak...
kakanyer dah kahwin org lebanon...dpt anak jadik shakira....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 03:00 PM | Show all posts
shakira tu lebanon ker? Apasal seksi semacam ajer? Muslim ker dia tu?Aku dengar cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 03:01 PM | Show all posts
kikikikikikiki kihkhi kih
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 05:23 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 30-8-2006 03:00 PM
shakira tu lebanon ker? Apasal seksi semacam ajer? Muslim ker dia tu?Aku dengar cerita..

dia ada keturunan lebanon... siap bleh cakap arab lagi. dia akan nyanyi lagu arab nanti..alah bukan semua lebanese (bread heheh) tu islam and bukan semua arab tu islam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2006 08:56 PM | Show all posts

salammmm...menyelit pulak...

Kat Perlis pung ada nama tempat Batu Belah Batu Bertangkup.

Sapa org Perlis, tolong bagi taw ada kaitan kah nama tersebut dgn citer
Batu Belah yg telan org, telan haiwan ni...

TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 11-5-2006 02:34 PM
batu belah kat klang tu takde kaitan pape la...ape yg ada kat batu belah tu, sungai putus jek...stesen minyak,masjid,kedai tomyam ada la...


kedai tomyam kat situ (sebelah used car) x sedap aku dah test... kalau nak sedap ko gi kat sebelah masjid tu (tepi jln) :bgrin:

kakak ipar aku ckp kedudukan batu belah tu dalam sekolah agama integrasi belakang masjid. Sampai skang ada, tapi tak besar la kecek je. Mungkin sbb kena tarah ngan pemaju atau hakisan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 04:23 PM | Show all posts
aku tengok dalam tv jerrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 05:19 PM | Show all posts
Aku sampai la ni dok musykil samada kisah ni sekadar Mitos @ memang kisah benar. Pernah aku baca dalam majalah pasal Batu Belah yang terletak kat Klang. Menurut majalah tu (aku lupa nama majalah tu coz aku baca a few years ago) Batu Belah Batu Bertangkup di Klang adalah batu asal kejadian tu menurut penduduk tempatan. Wallahualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058816 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list