CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Icahn

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

[Copy link]
Post time 9-8-2006 02:42 PM | Show all posts
Yayasan Albukhary bimbing 15,000 pelajar

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Yayasan Albukhary membuktikan keprihatinan dan keupayaannya membantu pelajar bumiputera aliran Sains yang miskin apabila membimbing lebih 15,000 daripada mereka menerusi Pusat Tuisyen Albukhary sejak 2002.

Penasihat Pendidikan Yayasan Albukhary, Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah berkata, usaha itu ternyata membuahkan hasil apabila para pelajar yang diberi peluang menyertai tuisyen berkenaan memperoleh kelulusan cemerlang dari setahun ke setahun.

``Para pelajar yang berpotensi itu diambil dari 501 buah sekolah-sekolah biasa termasuk sekolah luar bandar meliputi dari Labuan, Sabah dan Sarawak untuk diberikan tui-syen bagi lima mata pelajaran kritikal Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

``Pada mulanya mereka memang agak lemah, namun dengan peluang yang diberikan menerusi tuisyen ini ternyata ia telah berjaya meningkatkan pencapaian akademik sehingga lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ini menyedarkan kita atas dasar kemanusiaan bahawa potensi pelajar miskin perlu diselamatkan,'' katanya di sini hari ini.

Abdul Shukor yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu menambah, tanggungjawab sosial atau fardu kifayah Yayasan Albukhary bukan sahaja berupaya melahirkan masyarakat penyayang yang terkandung di dalam cabaran Wawasan 2020, malah berupaya menyediakan tenaga-tenaga pakar dari aliran sains bagi mengisi keperluan masa depan negara.

Justeru kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk hadir melancarkan Pusat Tuisyen Albukhary 2005 pada petang esok membuktikan keprihatinannya untuk menyuntik semangat bagi melahirkan lebih ramai para pelajar bumiputera miskin aliran Sains agar lulus cemerlang di dalam peperiksaan SPM.

Upacara pelancaran pusat tuisyen anjuran Yayasan Albukhary itu juga diadakan sempena majlis berbuka puasa di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur yang akan turut dihadiri oleh Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Apa yang menarik mengenai program ini ialah kehadiran kali kedua Abdullah ke majlis berkenaan kerana ketika masih sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau telah melancarkan program Pusat Tuisyen Albukhary pada 12 Disember 2001.

Abdul Shukor berkata, peningkatan peratus kelulusan SPM para pelajar aliran sains pusat tuisyen itu dapat dilihat menerusi perbandingan yang dibuat dengan keputusan keseluruhan SPM pada tahun 2002 dan 2003 dalam lima mata pelajaran utama.

Selain itu, beritahu beliau, keputusan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah meningkat 5.1 peratus dari 73.9 peratus kepada 79 peratus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 02:52 PM | Show all posts
beliau ni kira hulubalang melayu modem...berjuang untuk ank bangsa sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 02:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 12:03 AM | Show all posts
......pejuang muslim sejati dlm ekonomi&perniagaan.....benar2 sunnah nabi.....atas nama agama,bukan bangsa...bukan melayu.....muslim sejagat,x de 'gap' antara etnik.  Kalu jutawan2 'melayu' yg lain tu.....errmmmm....faham2 jer ler.... Tan sri ni jutawan muslim. Maaf....sy bukan emosi@brlandaskan sebarang fahaman politik....tidak....jelas&nyata kesederhanaan beliau adalah bertunjangkan 'muslim' bukan bangsa/ras.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by kuda-liar at 10-8-2006 12:03 AM
......pejuang muslim sejati dlm ekonomi&perniagaan.....benar2 sunnah nabi.....atas nama agama,bukan bangsa...bukan melayu.....muslim sejagat,x de 'gap' antara etnik.  Kalu jutawan2 'melayu' yg  ...



:setuju:Aku amat kagumi  Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di atas kesederhanaan beliau dalam segala aspek. Beliau patut di contohi orang2 Melayu yang kaya raya & di jadikan idola!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 02:02 PM | Show all posts
ya betul!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2006 06:57 PM | Show all posts
dulu aku ade gak nampak beliau ni lepak pekene teh tarik kat  tmn dato senu , sentul, pakai kete proton perdana lama kaler ungu silver tak silap aku, skang ni entah la, tak nampak pun, mungkin beliau ni bz kot. aku kengkadang gi pekene teh tarik gak kat kedai tu. mesti femes gile mak cik kedai tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 11:05 AM | Show all posts
Saya pun amat meminati beliau... seorang budak Melayu yang bermula dari bawah... berjuang hingga mencapai kedudukannya kini... ramai yang begini namun tak ada yang menonjol dari segi personaliti yang baik seperti beliau.  Yang ramai, bila dah kaya sikit... dah mula ubah gaya hidup... konon nak jaga class...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2006 12:13 AM | Show all posts
sherrina penah pi beraya di umah mak beliau di Alor Setar. Sungguhpun dia mampu hadiahkan rumah sebesar mahligai, maknya tak minta2 itu semua. sekadar rumah sederhana mewah selesa untuk beliau dan anak-anaknya berteduh. sempat gak sembang ngan abang Tan Sri yg merupakan classmate ayah sherrina. Mak Tan Sri pun very humble dan dia cerita bagaimana susahnya depa masa dulu-dulu. Saya lihat perkarangan rumahnya, saya kagum. Bukan mahligai dunia yang dicari-cari, tetapi sedikit rezeki drpd Allah untuk dikongsi bersama manusia lain....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 12:04 AM | Show all posts
Siapa tahu berapa peratus pegangan saham Syed Mokhtar dalam MARDEC ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 10:57 AM | Show all posts
Contohi Syed Mokhtar masih pakai Proton Perdana

TAHNIAH kepada Proton atas kejayaan pada Rally Merdeka dan mengungguli beberapa acara. Saya juga sangat teruja menyaksikan iklan Proton yang menyentuh jiwa sempena bulan kemerdekaan.

Penyiaran komen pengguna Proton juga menunjukkan keikhlasan dan keyakinan pengguna terhadap kereta nasional tersebut.

Namun masih mengecewakan kerana ramai lagi rakyat Malaysia berminat kepada kereta dari luar atau yang ditukar logonya. Saya pernah mendengar kritikan pedas oleh pengguna kereta terhadap enjin Proton.

Hakikatnya, kereta berjenama dan paling mahal pun turut mengalami masalah mekanikal. Isu ini sengaja diperbesar oleh golongan yang tidak mahu melihat kebangkitan kereta nasional.

Tidak keterlaluan untuk menyatakan seandainya Proton 慓en 2
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 12:39 PM | Show all posts
aku pernah pakai proton saga keluaran 1988.. tapi dah trade in la tahun lepas tukar kereta proton edisi latest sket... tapi betullah syd cakap, proton saga ni mmg power dari segi body dan low maintan. Kalau stakat tercium bumper kereta org, masih bleh sengeh lagilah (sbb x kemek) paling kuat pun tertanggal je getah tu... kalau getah tu ilang pun baru RM10 kalau beli baru...

p/s : ko jaga elok2 saga ko tu syd, ada sentimental value tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 12:43 PM | Show all posts
aku mmg respek tgk keter proton saga tuh, respek pada sape yang gunakan.
bangga tgk dia atas jalan raya (pada sesape yang jaga dgn baik.
salah sorang nya pakcik aku

aku rasa keter tuh esok2 jadik keter antik kot
berkilat pakcik aku dok jaga
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 8-9-2006 12:39 PM
aku pernah pakai proton saga keluaran 1988.. tapi dah trade in la tahun lepas tukar kereta proton edisi latest sket... tapi betullah syd cakap, proton saga ni mmg power dari segi body dan low maint ...



:setuju:Kereta Iswara aku tahun 1997 (sekarang dah jual di ganti kan dengan Waja Campro)  masa kena langgar dari belakang dengan lori 1 tan, kereta aku tak rosak teruk coz bumper Iswara kuat tapi lori tu rosak teruk kat bahagian enjin sampaikan enjin lori tu tak boleh di hidupkan & bahagian depan lori rosak teruk. Kalau nak compare dengan bumper kereta lagi satu iaitu Honda Stream memang tak sekuat Iswara.ff:

Aku memang kagum dengan kesederhanaan hidup Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Dari seorang anak yang berasal dari keluarga yang susah sehingga boleh jadi jutawan berkat usaha ggih beliau. Dan paling aku kagum ngan dia ialah dia begitu prihatin atas nasin anak2 yatim
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 04:17 PM | Show all posts
terbaca tulisan someone

dia nih kalau p kedai, jalan kaki pakai selipar jepun (situasi skrg)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by rasyid at 11-12-2004 11:57 PM:
ermm
kalau aku tak silap la kan
si syed mukhtar tu seblom dia kaya kerja dia seludup beras
ermm
dasyat gak kan

rasyid ni sama ada dia membuka aib orang ataupun membuat fitnah.........

[ Last edited by  DanIno at 8-9-2006 05:25 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 05:25 PM | Show all posts
Cuba korang baca posting rasyid kat sini

http://forum.cari.com.my/viewthr ... ght=kaya&page=3
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by DanIno at 8-9-2006 05:25 PM
Cuba korang baca posting rasyid kat sini

http://forum.cari.com.my/viewthr ... ght=kaya&page=3


Entah lah macam susah gak aku nak percaya:hmm:
Reply

Use magic Report

hantu1 This user has been deleted
Post time 19-9-2006 12:06 PM | Show all posts
Adatlah...tiap yg buruk ada yg baik...
itu antara dia dgn Allah la...(bagi kerja jahat)..
Tapi..sekurang2nya dia masih lagi beramal jariah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:12 PM | Show all posts
Sekurang2nya dia tak kaya dengan menipu dan mencuri.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 2.921287 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list