Menarik sungguh thread ni, kalau tak ada thread ni tak tahu pun yg live dorang tu sampai macam tu sekali. Tapi mungkin mereka tak tahu dunia luar, so dorang maybe tak tahu akan nikmatnya berinternet, berhenpon and so on. Tapi for sure gejala sosiol takde laa kot..
tp aku takut gak takleh masuk korea ke aper nnti. yela, mcm susah sgt je deal ngan drg tuh. ntah2 tgk muker aku tak lawa depa perambat balik sat2 tu gak
DASAR pintu tertutup sejak sekian lama menyaksikan rakyat Korea Utara terpaksa berbaris panjang hanya untuk mendapatkan makanan import yang terhad.
SEOUL - Jalinan antara kerajaan mungkin sesuatu yang mustahil namun usahawan Korea Selatan menemui cara terbaik memenangi hati warga Korea Utara - melalui perut mereka.
Pemilik rangkaian restoran ayam goreng, Choi Won-ho pernah dikatakan akan mengalami kegagalan apabila beliau mula membuka cawangan pertamanya di negara tentera itu pada tahun lalu.
Namun dengan keberanian dan kesungguhan, kini dia bersedia untuk membuka kedai keduanya dengan pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada elit Korea Utara di Pyongyang.
Dengan 70 buah cawangan di Korea Selatan, dia melebarkan empayar bisnes francais di salah sebuah kawasan 'tidak mesra' dan penuh kerahsiaan di ibu kota negara jiran komunis itu.
Kedai yang dibuka sejak tahun lalu itu kini menjadi kegilaan sembilan juta penduduk Pyongyang malah diletakkan dalam Program Makanan Dunia ekoran isu kebuluran musim sejuk.
"Walaupun polisi negara itu cukup ketat, penduduk ibu kota ini sanggup berbaris panjang di depan kedai saya dan keuntungan diperoleh setiap hari boleh mencecah AS$1,000," katanya.
PENDUDUK negara komunis Korea Utara diasuh untuk banyak bergantung kepada pemerintah dalam setiap perkara harian dan tidak melawan pihak berkuasa.
Malah di sebalik rejim Korea Utara mengehadkan zon industri menggunakan aliran wang modal dari Korea Selatan, Won-ho pula berhasrat membuka cawangan kedua juga di Pyongyang.
Hubungan dua seteru Korea berjiran itu mulai renggang ekoran kemenangan kerajaan konservatif pimpinan Presiden Lee Myung-bak dalam pilihan raya umum pada Februari lalu.
Kerajaan komunis itu bertindak memutuskan semua hubungan rasmi antara pegawai pihak berkuasa bahkan membekukan pelancongan merentasi sempadan negara.
fuyooh...military dowang berkawad cam zmn hitler dolu2...
seben prnh nengok dokumentari psl rakyat n.kor nih...sian ader gak yg tak sanggup tinggal kt saner then menyeledup masuk ke s.kor...maser lelaki nih citer psl dia lari mengalir air mata dia sbb takmo kenang psl family yg dia tinggalkn kt n.kor...katernyer family dia for sure kena tangkap dan ditorture oleh krjn sbb angkara dia...pastu psl satu doktor mat salleh yg dibwk masuk ke n.kor utk rawat pesakit yg ader masalah penglihatan...maser tuh ader satu makcik dirawat dan penglihatan dia berjaya dipulihkn then dia pny taksub siap sujud2 tengkiu kt dpn gmbor president kim il sung...cam president tuh tuhan penyelamat...taksub tul dgn bekas president dowang...
camtu sekali taksub..giler..mcm kamal attartuk la ni kekdahnye..
lari dr negara pun kene torture ke? abistu dah kuno cara hidup pastu nyusahkan diri sendiri mestila lari..
ape2 pun aku rasa bersyukur lahir sbg rakyat mesia..
closed economy... because of closed minds.. they feel they are special.. I like them because of their willingness to oppose the US..tapi of course I don't like them because of their narrow mindedness.. my opinion la..
- tak pernah minum air coca cola, dan dorang tak tahu apa tu coca cola
- dorang tak pernah dengar lagu Beatles pun
- kat pyongpang takde orang tua uzur atau orang cacat, smua kena angkut keluar, jadi bandar tu semua orang cantik2 dan sihat jek.
- dorang takde internet langsung, sekolah dorang yang paling best untuk pelajar2 terbaik pun cuma ada intranet jek
kira negara ni dahsyat giler la
dahsyt gilos dorang.memang x terime unsur2 luar masok kt negara dorang kekdahnye.
fuyooh...military dowang berkawad cam zmn hitler dolu2...
seben prnh nengok dokumentari psl rakyat n.kor nih...sian ader gak yg tak sanggup tinggal kt saner then menyeledup masuk ke s.kor...mase ...
se7enstarz Post at 21-3-2009 15:02