CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Mat Kilau

[Copy link]
Post time 7-6-2006 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by nal at 7-6-2006 10:55
Bukan tak nak buat, tapi payah nak dapat keris Mat Kilau dan To' Bahaman. Kalo pakai keris lain karang, tak real pulak.

Itu la sbabnya anak Melayu sekarang ni korang semangat patriotik. Bayangka ...


btol tuh ..aku setuju..
muda mudi melayu skang nih lebih terpengaruh dengan
crita2 propaganda mat salleh...
dengan melalui film la byk muda mudi kita hanyut ( perang saraf )

:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2006 09:24 PM | Show all posts

Reply #20 nal's post

aku setuju ngn ko ler.
  perjuangan kemerdekaan start frm sgt melaka di jajah hingga 1957 ler.
keris yg original mmg ler tk dpt tapi buat ler replika keris pahang yg lamer tuh.
  keris tuh tk bermakne tanpa si empunyer nyer.
kisah perjuangan tuh lebih penting dr keris tuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 09:45 AM | Show all posts
apa lagi meh ler reramai kita gi cadang @ desak FINAS..

Banyak filem yg berfaedah yg FINAS blh keluarkan selain citer embun, paloh...

Buat ler sekualiti mcm Puteri GUnung Ledang, Tiara Jequelina tu ha.. baru ler ngam & terkesan....

Baru ler dinamakan penegak bangsa, perakam perjuangan pahlawan kita....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 10:10 AM | Show all posts
kita kurang drama yang mendidik seperti
bumi semantan, anjung batu, tuk janggut dan lain-lain lagi

[ Last edited by  jerai at 9-6-2006 09:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by jerai at 9-6-2006 10:10 AM
kita kurang drama yang mendidik seperti
bumi semantan, anjung batu, tuk janggut dan lain-lain lagi


dulu masa kecik-kecik aku ingat.., drama pasal tok janggut, mat kilau, dato' maharajalela, pasir putih tu semua ada.. kalau tak silap zaman akhir 70an-80'an...

biasanya bentuk drama zaman & persembahannya lebih dlm studio aje..tak berapa menarik sangat.. mungkin teknik penggambaran kurang sikit kot berbanding hari nie yg penuh kecanggihan...

Mungkin filem yg betul2 dicanai & penuh dgn fakta dpt diketengahkan utk menyemarakkan semangat patrotik dan industri perfileman negara...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by maza at 9-6-2006 09:36 AM


dulu masa kecik-kecik aku ingat.., drama pasal tok janggut, mat kilau, dato' maharajalela, pasir putih tu semua ada.. kalau tak silap zaman akhir 70an-80'an...

biasanya bentuk drama zaman &a ...



itulah teknologi pengambaran yang ada pada masa tu,
tapi dia boleh memberi kesan dihati kita sampai kita ada rasa tak suka pada penjajah,
tapi malangnya dengan teknologi kita yang semakin canggih kita dilenakan dengan hiburan
ringan yang menyebabkan penonton kita lebih suka berfantasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2006 04:19 PM | Show all posts
Barangan lama rumah bagaikan muzium


MERIAM katak, kecilnya seperti cili api.
--------------------------------------------------------------------------------

KUANTAN - Peralatan lama berusia ratusan tahun walaupun tidak lagi berfungsi atau digunakan namun tetap menarik perhatian dan disimpan sebagai kenangan sejarah.

Antara barangan antik tersebut ialah seterika, gong serta gendang dan meriam yang digunakan dalam peperangan pada zaman silam.

Tinjauan Utusan ke rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Besar, Datuk Wan Abdullah Wan Osman, baru-baru ini mendapati peralatan tersebut masih disimpan dengan baik di sudut khas di rumahnya di Kuala Kerau.

Beliau begitu prihatin terhadap barang-barang seumpama itu yang diperolehi sama ada daripada milik keluarganya mahupun dibeli daripada orang lain.

Berada di rumah Wan Abdullah seolah-olah berada di sebuah muzium mini kerana pelbagai barang antik diabadikan di rumahnya yang tersergam besar itu.

Seterika yang menggunakan arang merupakan alat yang tidak kurang pentingnya untuk berpakaian kemas ketika bertugas atau ke majlis dan bersiar-siar.

Sebelum menggosok seterika dipanaskan dengan memasukkan bara api ke dalamnya. Jangan terlalu banyak bara kerana kain yang digosok akan hangus akibat kepanasannya.

Bagaimanapun seterika yang baru dimasukkan bara itu mestilah digosokkan ke atas daun pisang sebelum menggosok kain.Cara ini dilakukan bagi mengelakkan kain daripada hangus dan melicinkan pergerakan seterika.

Sekitar tahun 80-an, seterika antik yang menggunakan lambang ayam jantan sebagai alat pengunci penutupnya itu ditawarkan dengan harga yang tinggi.

Kononnya, bomoh menggunakan seterika yang berharga RM15 sebuah itu untuk menyempurnakan hajat tertentu.

Manakala gong dan gendang pula bukan sahaja untuk bermain muzik tradisional atau persilatan, malah berfungsi menghebahkan maklumat penting.

Misalnya, pada zaman pemerintahan beraja, alat itu mencanangkan keberangkatan baginda ke satu-satu kawasan untuk persediaan rakyat menyambutnya dan dipalu apabila berlaku kematian penduduk setempat.

Selain itu, gong meningkah pukulan gendang untuk melahirkan irama tarian, nyanyian dan dalam muzik moden tingkahannya begitu unik didengar.

Begitu juga dengan gendang yang berbentuk bulat memanjang itu. Pertaliannya begitu erat dengan gong untuk melahirkan irama Melayu lama seperti joget, zapin, inang dan dangdut.

Meriam memainkan peranan penting dalam menegakkan kekuatan sesebuah pasukan dalam peperangan dan menjadi penentu kemenangan dan kekalahan.

Meriam katak yang diperbuat daripada besi padu yang disimpan di rumah Wan Abdullah ini mempunyai sejarah kegemilangannya tersendiri.

Ia dikatakan dirampas oleh Allahyarham Mat Kilau daripada pihak musuh untuk menguatkan serangan terhadap penjajah Inggeris di satu kawasan di Sungai Lembing.

Meriam tersebut sekalipun agak kecil, pendek tetapi ledakannya kuat dan jika tepat sasarannya pastinya menyekat kemaraan pihak lawan.

Meriam ini menggunakan peluru besi berbentuk bulat berat yang dimasukkan menerusi muncungnya. Api dicucuh pada lubang kecil di bahagian buntutnya untuk melepaskan bedilan.

Itulah meriam katak, kecilnya diibaratkan seperti cili api pedas dan berbisa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 27-11-2006 04:19 PM



MERIAM katak, kecilnya seperti cili api.
------------------------------------- ...


tapi saiz meriam tu jauh lebih besar kalau nak bandingkan ngan saiz cili api
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2006 02:12 PM | Show all posts
banyak informasi yang aku dapat bila baca thraed ni...
selama ni aku tau lah dia pahlawan pahang,tapi, tak sedalam ni...
yang paling aku tau dewan mat kilau kat simpang nak masuk kolej aku kat kuantan dulu...
huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2006 09:08 PM | Show all posts
Jejak: Mat Kilau isytihar diri di masjid
Oleh Shaarani Ismail


Pejuang Melayu Pahang didakwa meninggal dunia pada 22 Oktober 1895 dedah diri sebenar di Pulau Tawar pada 1969



PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.

Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.

Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.

Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.



Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.

Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.

Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2006 09:09 PM | Show all posts
Jejak: Pendikir terkenal di Pulau Tawar


MAT Kilau (1866-1970) adalah seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.

Ketika zaman kanak-kanak Mat Kilau diajar mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain. Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu. Apabila tamat mengaji Quran, Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud. Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud, barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.

Oleh kerana suaranya merdu, maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

Ketika kecil Mat Kilau suka bermain gasing. Oleh kerana Mat Kilau pandai main gasing, dialah yang dijadikan jurumudi, iaitu orang yang memangkah terakhir. Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua Pasukan Kampung Masjid.

Setelah remaja, Mat Kilau mengambil bahagian dalam permainan orang dewasa iaitu berlaga buah keras. Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat, Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

Mat Kilau juga gemar berburu. Apabila 'peran tua' (ketua berburu) tidak berburu. Mat Kilau dijadikan peran. Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran. Sebagai pemburu Mat Kilau memperoleh banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

Ketika berusia kira-kira 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis bernama Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau dikurniakan tiga orang anak.

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.

Mat Kilau bukan saja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, malah beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mengenai ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.

Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat pemimpin, beliau menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada Oktober 1888 ketika Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea Mat Kilau. Dia menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat.

Mat Kilau juga adalah seorang yang amat disegani. Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang kenamaan tetapi kerana kejujurannya. Mat Kilau adalah seorang yang tegas. Dia bukan saja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong, The Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


INFO

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau

Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau.

Mat Kilau dipercayai lahir pada 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar.

Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 02:11 PM | Show all posts
aku dengar cite kalau dia naik bas ke satu2 kawasan, dia biase x duduk.. kalau perjalanan tu 2 jam, 2 jamlah dia berdiri.. biasenye dia berdiri kat ngan driver.. benda ni terjadi thn 60an

dia byk mengamalkan ayat tertentu antaranya "ya-latiff" (di dengar orang semasa kat kg masjid)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 03:34 PM | Show all posts
ye ke...
tgk muka dia dah tau pun cam garang lagi ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2007 10:33 AM | Show all posts
Mat Kilau sempat laung 'Merdeka!'
10-01-2007 12:03:54 AM
Oleh Tuan Sharifah Shahaini & Mohd Shukri Ishak

KUANTAN: Daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara.

Dia ialah Mat Kilau, anak kepada pembesar Imam Perang Rasu (Tok Gajah), yang bangkit menentang kedatangan Inggeris ke Pahang pada sekitar 1880-an dan 1890-an.

Lebih daripada itu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh rakan-rakan perjuangan seangkatan dengannya seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut atau yang lebih awal seperti Datuk Maharaja Lela dan Dol Said.

Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.

Ini kerana pahlawan Melayu yang digeruni pada satu ketika dahulu menghilangkan diri selama lebih separuh abad selepas pihak British memburunya dan mendakwa beliau menderhaka terhadap sultan.

Nama Mat Kilau dan Datuk Bahaman terukir dalam sejarah negara kerana mereka mengetuai Perang Lubuk Terua di mana mereka menyerang sebuah pos polis menyebabkan dua anggota polis British terbunuh.

Pada peringkat awal, Mat kilau dan rakan seperjuangannya seperti Datuk Bahaman, Mat Kelubi, Awang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela berjaya mencabar British sehinggakan mereka berjaya menguasai Temerloh.

Bagaimanapun, dengan kekuatan tentera dan polis tambahan serta tipu helah kononnya pejuang-pejuang itu sebenarnya menderhaka sultan, British berjaya memperdaya rakyat supaya tidak lagi menyertai kumpulan itu.

Ini sekali gus menghakis kekuatan kumpulan itu yang pada satu ketika meningkat sehingga ke 600 orang.

Lari ke Terengganu
Mat Kilau dan kumpulannya terpaksa melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan dan akhirnya menjadi orang buruan Inggeris secara berterusan.

Tok Gajah yang juga menentang penjajah meninggal dunia di Hulu Terengganu, manakala Datuk Bahaman dan beberapa pengikutnya menyerah diri kepada kerajaan Siam.

Apa terjadi kepada Mat Kilau ketika itu terus menjadi misteri tetapi yang pastinya sepanjang hidup sebagai pelarian beliau terpaksa menempuhi seribu satu macam penderitaan, berpindah-randah dan hidup menggunakan nama samaran seperti Mat Dahan, Mat Dadu dan Mat Siam.

Akhirnya beliau kembali ke Pahang dan menetap di Kampung Batu 5, Gambang, Kuantan, dengan nama Mohamed bin Ibrahim @ Mat Siam.

Identiti sebenar Mat Kilau hanya diketahui umum apabila beliau sendiri membuat pengakuan terbuka selepas sembahayang Jumaat di masjid Pulau Tawar, Jerantut pada 26 Dis 1969.

Selepas siasatan dan penyelidikan berbulan-bulan, kerajaan negeri Pahang akhirnya mengesahkan identiti itu.

Malangnya 10 hari selepas pengesahan itu, Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 di kediamannya di Kampung Batu 5. Beliau dikatakan meninggal dunia pada usia hampir 122 tahun berdasarkan maklumat bahawa beliau dilahirkan pada 1847.

Jenazahnya dikebumikan dengan penuh penghormatan seorang pahlawan di bumi kelahirannya di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut.

Anak angkat beliau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata sebelum mengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali ditanya tentang asal-usul dirinya -- mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan oleh sultan.

Semasa kebangkitan itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah.

Ambil masa lebih 12 tahun
"Beliau juga mengambil masa hampir 12 tahun selepas merdeka sebelum tampil mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum mengampunkan dirinya yang dianggap sebagai penderhaka," katanya.

Salah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5, mengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya, beliau dan anak-anak lain tidak pernah menyangka bahawa manusia yang bergelar Mat Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris.

Aminah adalah antara empat daripada lima orang anak Mat Kilau yang masih hidup dan tinggal di sekitar Kuantan. Yang lain ialah Sabariah, Abdul Rahman, Salamah dan Razali, manakala anak bongsunya, Zaleha, yang berkahwin dengan Abu Bakar meninggal dunia pada 1978.

Meneruskan ceritanya, Abu Bakar berkata beliau adalah antara orang yang paling gembira apabila mengingat kembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat perisytiharan kemerdekaan.

"Hari itu (31 Ogos 1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

"Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut menyambut hari bersejarah itu," katanya.

Guru seni silat
Abu Bakar yang kini menjadi guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci, seni yang diwarisi daripada bapa mertuanya itu, berkata beliau masih ingat pada hari berkenaan Mat Kilau memakai kemeja-T leher bulat warna putih, kot warna kelabu, berseluar panjang dan bersamping serta lengkap berkasut, manakala kepalanya pula berlilit kain cindai.

"Saya sendiri tidak tahu di mana beliau perolehi semua itu dan apakah maksud tersirat di sebalik melilit kain cindai di kepala," katanya.

Menurut tradisi, kain cindai iaitu sejenis kain sutera nipis untuk lilitan kepala atau bengkung yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika turun ke gelanggang untuk berhadapan dengan musuh.

Meneruskan ceritanya tentang detik-detik pagi keramat itu, Abu Bakar berkata gelagat bapa mertuanya yang ternyata amat bersemangat itu menyebabkan isteri Mat Kilau, Ajrah Bakar menganggapnya sebagai "buang tabiat".

Selesai bersiap-siap, Abu Bakar dan Mat Kilau keluar rumah dan sama-sama menunggu bas percuma yang disediakan pihak berkuasa sempena sambutan itu.

Walaupun bas berkenaan penuh sesak hingga memaksa ramai yang berdiri dan berhimpit-himpit, Mat Kilau tetap nekad dan seolah-olah tidak sabar untuk ke padang berkenaan.

"Bila sampai di padang kami sama-sama menunggu detik laungan Merdeka. Sempat juga tengok orang berarak... kereta berhias pun ada dan dia (Mat Kilau) hari itu kelihatan cukup seronok," katanya.

Apabila laungan merdeka kedengaran, Mat Kilau turut serta melaungkan merdeka.

Cuba beri bayangan
Malah ketika berada di padang itu, Mat Kilau ada cuba memberi bayangan kepada Abu Bakar tentang siapa dirinya sebenar dengan berkata: "Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara) merdeka".

Abu Bakar yang tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun berkata walaupun tidak berupaya untuk pergi ke Stadium Merdeka di mana perisytiharan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan, bapa mertuanya tetap berpuas hati kerana dapat turut melaungkan "Merdeka!" di padang Kuantan itu.

Bagi Abu Bakar, laungan itu adalah manifestasi sebenar kegembiraan seorang pahlawan yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan penuh keperitan semata-mata kerana bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama serta kedaulatan tanahairnya.

Beliau juga berharap agar sesetengah teks sejarah disemak atau ditulis semula kerana masih ada kalangan yang terus menganggap Mat Kilau sebagai seorang penderhaka raja.

"Pihak Inggeris yang melabelkan Mat Kilau serta rakan-rakannya termasuk Datuk Bahaman sebagai pemberontak dan penderhaka, semata-mata untuk mengabui mata rakyat agar perjuangan mereka ketika itu tidak mendapat sokongan," kata Abu Bakar yang juga Ketua Kampung Batu 5.

Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40, berkata datuknya tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian untuk diwarisi generasi sekarang dan akan datang agar negara tidak kembali dijajah. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 04:04 PM | Show all posts

Reply #34 Syd's post

Thanks for the info..Very educational..Saya nih anak pahang so berbangga le dengan Mat Kilau nih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 02:49 PM | Show all posts
Kebanyakan pejuang kita dulu di lebel sebagai penderhaka oleh British, tapi yg sedihnya label itu tak di perbetulkan dgn serious oleh kerajaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2007 01:07 PM | Show all posts
Kerajaan lebih meluaskan cite pasal hero2 die jer walaupun sebenarnye banyak lagi pejuang bangsa yg patut diketengahkan. Kalo nak harap buku sejarah mase sekolah, org die jela yg kite nampak, yg lain2 dihilang pekakkan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 12:48 PM | Show all posts
Simpan keris Mat Kilau


KUANTAN: 揝aya bertuah terpilih di kalangan lebih 70 cucu yang layak dan mampu menyimpan keris rasmi pahlawan Pahang, Mat Kilau yang kini berusia lebih 300 tahun.

揔etika penjajahan Inggeris, keris rasmi Mat Kilau ini digunakan sebagai bukti arahan atau pesanan pahlawan itu kepada pembesar daerah selain membunuh pihak lawan apabila keadaan terdesak,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2007 11:08 AM | Show all posts
Jejak Mat Kilau
Oleh Shaarani Ismail


Laluan pahlawan Melayu kini destinasi unik buat pencinta keindahan flora dan fauna

JEJAK Mat Kilau, laluan yang digunakan pahlawan Melayu terbilang, Mat Kilau ketika menentang penjajah kini dijadikan laluan untuk peminat aktiviti lasak dan pencinta alam bagi melihat keindahan flora dan fauna sepanjang jejak yang ditinggalkan.


Dipercayai ada tiga laluan utama digunakan Mat Kilau yang setiap satu menghubungkan Pahang dengan Terengganu, Kelantan dan Perak bagi mendapat dan meraih sokongan penduduk di kawasan berkenaan untuk menentang penjajah Inggeris.

Bagaimanapun, daripada tiga laluan itu hanya dua laluan sering digunakan pencinta alam dan penggemar aktiviti sukan lasak ketika ini iaitu laluan Pahang ke Perak dan laluan Pahang ke Terengganu.

Mat Kilau bersama-sama tokoh pejuang seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Tok Gajah yang juga ayahnya memiliki kelebihan menguasai ilmu hutan dan ia menjadi kekuatan mereka untuk mengelak daripada ditangkap pemerintah British.

Di Terengganu, Mat Kilau turut meninggalkan kubu yang digunakan menentang penjajah yang diketuai Residen Inggeris, Hugh Clifford di Padang Jerangau Jerangau, Kampung Pasir Raja, Dungun.

Laluan antara Pahang dan Terengganu agak berbukit bukau serta laluan sungai yang perlu diharungi hampir 60 peratus daripada keseluruhan perjalanan melalui laluan itu. Antaranya, mengharungi Bukit Lata ****** dan Bukit Gelugor ke puncak Gunung Main Angin (1,460 meter) yang agak memenatkan sebelum menyusur turun dan melalui semula laluan sungai untuk ke Kampung Bantal menggunakan rakit.

Laluan ketiga membabitkan laluan dari Ulu Tembeling di Pahang ke Hulu Terengganu (kini sebahagiannya sudah menjadi Tasik Kenyir) dan ke Hulu Kelantan (Gua Musang). Bagaimanapun, laluan ini kurang dikenali kerana hampir sebahagian daripada laluan utama sudah ditenggelami air Tasik Kenyir berikutan kerja membina empangan yang jalankan.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusoff Abdullah, berkata laluan yang digunakan Mat Kilau sebenarnya laluan biasa penduduk pedalaman ketiga-tiga negeri terbabit yang digunakan untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.

Katanya, daripada tiga laluan yang ada, laluan Pahang (Kampung Bantal) ke Terengganu (Kampung Pasir Raja) adalah yang paling popular kerana ia menghubungkan persaudaraan antara dua negeri yang masih kekal dan terus digunakan hingga ke hari ini.

FAKTA
Sejarah Mat Kilau


Mat Kilau atau nama penuhnya Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah ialah anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut.


Beliau dipercayai lahir pada 1865 atau 1866 dan berkahwin dengan Yang Chik Iman Daud ketika berusia 20 tahun dan dikenali sebagai seorang yang mempunyai bakat kepemimpinan tinggi, matang, patriotik dan sangat disegani.


Didakwa sebagai penderhaka kerana banyak menentang perkara yang dilaksanakan Residen British ketika itu, Hugh Clifford hingga menyebabkan dia dicop sebagai `penderhaka Inggeris' sehingga terpaksa melarikan diri ke Hulu Terengganu, Hulu Kelantan dan ke Ulu Slim, Perak bagi mendapatkan bantuan dan sokongan daripada penduduk setempat.


Ketiga-tiga laluan yang digunakan mempunyai kaitan antara satu sama lain dan kerap digunakan Mat Kilau dan pengikut setianya seperti Awang Nong yang juga adiknya, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali, Awang dan Mat Tahir.


Laluan ini satu kelebihan kerana ia sukar dijejaki penjajah Inggeris.

INFO
Latar belakang Jejak Mat Kilau


Ada tiga laluan digunakan, bagaimanapun hanya dua masih digunakan dengan meluas baik oleh peminat sukan lasak, pencinta alam dan ahli sejarah.

1. Laluan Pahang ke Perak bermula di Lata Lembik, Kampung Ulu Sungai, Raub hingga ke Batu Hidang, Pos Bersih, Ulu Slim, Perak.

Laluan ini sejauh 34 kilometer dan mengambil masa antara dua ke tiga hari untuk dihabiskan (jika bermalam)

2. Laluan Pahang ke Terengganu bermula di Kampung Pasir Raja, Dungun ke Kampung Bantal, Hulu Tembeling yang lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk dihabiskan.

Antara laluan paling sukar kerana terpaksa mudik ke hulu dan melalui laluan sungai.

Laluan ini sering digunakan penduduk antara kedua-dua negeri kerana mereka mempunyai talian persaudaraan dan menjadi antara laluan yang paling popular di kalangan pelancong atau peminat aktiviti lasak.

Laluan ini sebenarnya digunakan penduduk setempat untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.

3. Laluan Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula dari Sungai Tembeling (Taman Negara Pahang) hingga ke Sungai Pertang (Hulu Kelantan/Hulu Terengganu) yang sebahagiannya kini sudah tenggelam kerana pembinaan empangan di Tasik Kenyir.

FAKTA
Kronologi Pemberontakan Mat Kilau di Pahang


Mac 1892 - Tok Gajah bertemu dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub untuk menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis.


9 April 1892 - Mat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji Muhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai


Mei 1892 - Inggeris mara ke Kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung dan selepas mengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di Kampung Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang Inggeris


13 Julai 1892 - Pasukan Pengakap daripada pasukan Walker dan Clifford berkhemah di Lechau dekat Kampung Budu diserang kumpulan Mat Kilau dan Datuk Bahaman berhampiran Batu Berapit. Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu. Mat Kilau dan pengikutnya bersatu dengan Tok Gajah di Pasir Atas (tepi Sungai Tembeling)


22 Ogos 1892 - Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang Inggeris di Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling) yang diketuai R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling.


Oktober 1892 - Keadaan Pahang agak tenang, Sultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu Bakar (Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai rakyat Pahang yang dicop penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah.


Tok Gajah bersama anaknya Mat Kilau dan Awang Nong membawa pengikutnya berundur ke hulu Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan Pahang dan Kelantan hingga sampai di Kuala Tenggeling di Hulu Lebir, Hulu Kelantan


Akhir 1892 - Orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menentang Inggeris di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan


Mei 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung Seberang Engku Ngah, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat


Pertengahan 1894 - mereka kembali ke Hulu Kelantan


Jun 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan membawa 100 pengikut pergi ke Hulu Pahang menghilir Sungai Tembeling


14 Jun 1894 - mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai.

Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran Kuala Tembeling)

Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir Sungai Kelantan sampai ke Kemuning (berhampiran Tanah Merah)


6 Jun 1895 - Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau bersembunyi di sana


Oktober 1895 - Mat Kilau ditangkap askar Siam dan membawanya ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan ke sana Mat Kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati.


慚ayat' Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang

[ Last edited by  Syd at 4-3-2007 11:10 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2007 02:05 PM | Show all posts
Perjuangan Mat Kilau difilemkan

KUANTAN 5 Dis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.114248 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list