CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Permainan pengikat kasih anak-anak

[Copy link]
Post time 10-8-2007 05:16 PM | Show all posts
anak june suka main bola.. dan suka baling bola kat dapo.. kengkonon g dapo nak amik bola..tapi bola tinggal bola.. dia merayap tempat pinggan mangkuk dan floor trap.. alahai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 05:20 PM | Show all posts
Dulu ada main congkak dengan ayah.
Ayah main tipu. Then menang.
Menangis-nangis Shin tak puas hati.
Sehari tak tegur ayah.

Tu kira tak ikat la pula
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 11-8-2007 11:52 AM | Show all posts
i memang suka main....

ntah apasal.... there is a part in me that never actually grew up.

i like playing..... ! my mum kekadang selalu cakap i ni mcm budak2......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 09:18 AM | Show all posts
Produk mainan perlu ada tanda selamat


PENGELUAR barangan mainan, Mattel Inc. telah mengeluarkan arahan penarikan balik lebih daripada 18 juta barangan mainan yang dikeluarkan di China. Ini merupakan penarikan balik kedua barangan mainan buatan China kebelakangan ini.

Barangan mainan yang terjejas itu didapati mengandungi logam berat, plumbum atau bahagian kecil yang boleh tercabut dan ditelan oleh kanak-kanak.

Penarikan balik produk bukanlah perkara baru. Insiden terbaru ini menunjukkan kanak-kanak terdedah kepada bahaya barangan mainan komersial.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan dengan segera kepada orang ramai sama ada barangan mainan yang sedang ditarik balik itu juga turut dijual di Malaysia. Jika ada, tindakan perlu diambil supaya produk ini dikeluarkan dari pasaran dan juga dari rumah dan adakah pembeli akan dibayar pampasan?

Pada keseluruhannya, pasaran barangan mainan kita dipenuhi dengan barangan mainan dari semua tempat tanpa standard keselamatan atau keperluan keselamatan dan sebagainya. Sesetengah barangan mainan ini mendedahkan bahaya kepada kanak-kanak seperti:

* Mempunyai tali panjang yang boleh menyebabkan kanak-kanak terjerut.

* Mempunyai hujung yang tajam dan boleh menyebabkan luka atau tertikam.

* Dipasarkan bersama dengan produk lain seperti makanan atau buku. Mainan ini sering tidak mempunyai sebarang amaran keselamatan, arahan penggunaan atau saranan usia.

* Mudah ditelan, menyebabkan tercekik.

* Mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat, plumbum yang terdapat dalam cat.

* Alat mainan yang berbunyi bising juga dianggap berbahaya.

Beberapa kajian melaporkan kes hilang pendengaran kekal di kalangan kanak-kanak berhubung kait dengan alat mainan yang berbunyi bising, permainan serta mercun.

Beberapa alat mainan yang dijual di luar negara didapati melebihi had bising yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 75dBA dan ia dianggap berbahaya kepada pendengaran kanak-kanak.

Di Amerika Syarikat, terdapat Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna (CPSC) yang berfungsi bagi memastikan keselamatan produk pengguna seperti alat mainan, katil bayi, peralatan tenaga, pemetik api dan bahan kimia kegunaan di rumah. Sesetengah negara menggunakan tanda keselamatan bagi memastikan alat mainan itu selamat untuk kegunaan kanak-kanak.

CAP sebelum ini telah menggesa KPDNHEP supaya membentuk Suruhanjaya Keselamatan Produk untuk meneliti keselamatan barangan mainan dan menyimpan pangkalan data kemalangan dan insiden yang tidak dijangka melibatkan barangan mainan.

Barangan mainan yang tidak selamat perlu dikeluarkan dari pasaran dengan segera dan produk mainan baru perlu diteliti dengan lebih ketat sebelum dibenarkan untuk dijual.

Kami juga menggesa supaya diperkenalkan sistem penanda yang boleh menunjukkan produk mainan itu selamat untuk digunakan dan undang-undang untuk mengawal bidang kritikal yang berkaitan dengan keselamatan produk, mengambil contoh dari negara lain yang sudah mempunyai undang-undang perlindungan.

Dalam banyak kes, tindakan hanya diambil selepas berlaku kemalangan yang benar-benar serius. Berdasarkan kepada perkembangan penarikan balik barangan mainan yang terbaru ini, CAP mengesa tindakan segera yang proaktif diambil oleh pihak kementerian untuk mengambil langkah ini bagi melindungi kanak-kanak. Orang ramai perlu diberitahu berhubung tindakan yang telah diambil dan perkembangannya.

Pada keseluruhannya, inilah masa terbaik untuk menilai kebergantungan kepada barangan mainan yang dikeluarkan secara komersial. Kanak-kanak perlu diberikan panduan ke arah menghasilkan permainan dan mainan mereka sendiri daripada barangan di rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 04:16 PM | Show all posts
dulu selalu kumpul satu family main scrabble/monopoli..
teringat zaman kecit2..
now,dah ada ank'boleh praktikkn jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 08:12 PM | Show all posts
I play whatever my kids play...termasuk main toys...
be part of their game partners...

kalau depa main khemah2, I join...hehehe..memang nampak macam budak2 tapi i believe it's good for parents & kids relationship...

Hari tu main ultraman toys...perang2..of course selalu kena kalah...kalau tak, takde sapa nak ajak I main lagi...

other than game, kita buat arts activities..painting and drawing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2007 03:07 PM | Show all posts
masa zamam kanak2 n remaja dulu mum,dad and aduk2 lelaki poison rajin main games togete........boogle,scrable,saidina,magic.....kalau out door activity kami main badminton.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 08:14 PM | Show all posts
bagus topik nie... rasanya kementerian pelajaran dah sedar benda ni.. thats why, now ni depa dah buat banyak pra sekolah di sekolah rendah... di mana depa punya silibus is belajar melalui bermain.

so budak2 yg pi sini takde la di sogokkan ngan baca dan nulis dan ngira hingga budak rasa terbeban...
semua proses pembelajaran berlaku sambil bermain...

sebab ada kajian mengatakan, budak2 yg bersekolah di tadika yang bagus dalam memastikan budak2 ni pandai membaca dan mengira, bila sampai disekolah kebangsaan (tahun 1), mereka akan jadi bosan. kerana semua benda yg di ajar sudah mereka pandai. penurunan pencapaian mereka akan dapat dilihat pada tahun ke tiga dan ke atas kerana pada awalnya mereka merasa sudah pandai berbanding murid lain. menyebabkan mereka kurang memberi perhatian di dalam kelas. ini apa yg umi dengar ye... takdelah pulak fakta kat mana2 nak qoute.

dan pengalaman kawan umi anak sedaranya belajar  di tadika smart reader... mmg pandai semua.. baca, nulis, ngira.. english jgn cakap la.... bila gi sekolah kebangsaan.... tak leh ikut.. cakap kat ayah dia.. tak mo gi sekolah.. kawan2 semua stupid... they cannot read and write... so ayah dia tak de pilihan... hantar dia gi international school... so belanja sekolah makin tinggi...  eh ni mcm dah lari topik.. mintak maaf tuan rumah... nanti umi citer bab2 ni kat rumah lain kalu ada.. hehehe merapu sudah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 02:00 PM | Show all posts
yes main2 congkak, batu seremban (btui ke eja nih?), monopoli, sahiba, snake & ladders, ketingting, puzzle ... semua nih games yg bagus & we grew up playing them. tp anak2 sekarang lebih prone utk main online games ... anak i, i dah sekat2 main2 game online ni. i limit kpd yg educational aje mcm www.starfall.com & www.iknowthat.com ... sekali depa dah main games online, makan, tidor, shee2, beyak semua bleh terlupa! BTW, nak carik toddler games ada kat sini: http://www.my1stop.com.my/lot/79 ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 02:10 PM | Show all posts

Reply #29 cwynire's post

cakap pasal puzzle...susah btol nak carik puzzle utk anak2 kecik kat melaya nie...

2 kali me beli kat mothercare, mahallah sket tapi memang utk anak2 usia 1thn...2thn..3thn...my doter memang hantu puzzle, itupun sebab me carikkan educational dr ELC...yg lebih tu drp abg dia punya...

cute tgk anak2 kecik tonggek2 main puzzle....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053911 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list