CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sLapshock

Sumpah, dengan nama Allah ( MariaClara, rebas, AniS_aYuNi, hazel, durability)

[Copy link]
Post time 17-11-2005 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by rebas at 16-11-2005 06:10 PM
Macamana nak bayah kafarah untuk sumpah yg dibuat dgn nama Allah yg.. telah dilanggar demi nak menyelamatkan diri dari dicerai oleh suami/isteri...? Kene derma dkt  ...


Salam,

Boleh jelaskan sumpah tersebut?

Dlm kategori li'an, zihar, ila' atau lain2 yg tak perlu kifarat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2005 07:03 PM | Show all posts
Contohnya seorang suami telah bersumpah dengan namaAllah bahawa dia tidak bohong..
tetapi..hakikatnya dia sebenarnya telah berbohong ...
so bila dia telah mengaku berbohong... adakah dia kena bayah kifarah...sbb dia dah langgar sumpah?


.....
Reply

Use magic Report

Manis7474 This user has been deleted
Post time 17-11-2005 07:24 PM | Show all posts
Erm...dia berdosalah..sendiri mahu hengatlahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 10:45 PM | Show all posts
Lebih baik u bertanya pd pejabat kadi utk lebih mengetahui.

Apa yg I tahu sumpah sebegitu tidak ada kifarah.

Firman Allah swt,

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar.
Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta.
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta.
Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.
(An Nur: 6-9)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Manis7474 This user has been deleted
Post time 18-11-2005 07:28 AM | Show all posts
aah yelah..tp tgk kenapa dia bersumpah juga dia bersumpah tu...tpkan apa2 yelah tanya org yg lebih arif n bertaubah lah kan..Inshaallah..bukan senang2 nak sumpah2 ni..kat dunia ni bolehlah lepas nnti akhirah nnti..merengek2 nak memikul itu semua..ingatlah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2005 03:17 PM | Show all posts
langgar sumpah yg macam mana kene bayar kifarah?

so sumpah yg bukan dengan nama Allah tu kira tak valid lah ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2005 03:27 PM | Show all posts
nazar lak ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2005 03:35 PM | Show all posts
sumpah boleh langgar..
nazar kene bayar.... tak boleh langgar....kalau dah teringat tu kene bayar la kut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2005 03:45 PM | Show all posts
hmm biasa.... kalo org nak nazar tu cam na? niat lam hati jek?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2005 11:07 PM | Show all posts
salam

Firman Allah.

5:89. Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusannya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu memberikan keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itulah penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 12:41 AM | Show all posts
Jika suami bersumpah (melakukan ila') tidak akan bercampur dgn isterinya hanya 4 bulan atau kurang dr itu, kemudian dia bercampur sebelum sampai waktu tersebut, wajiblah ia membayar kafarat sumpah, iaitu memerdekakan hamba atau memberi makan 10 org miskin, setiap org satu mud atau memberi pakaian mereka.  Kalau tidak sanggup, maka dia wajib berpuasa 3 hari.

[ Last edited by fleurzsa at 21-11-2005 12:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 12:46 AM | Show all posts
Org yg mengucap zihar, wajib bgnya menarik kembali dan wajib membayar kafarat dgn memerdekakan seorg hamba sebelum bercampur.  Jika tidak mampu harus berpuasa 2 bulan berturut2.  Kalau tidak mampu , harus memberi makan enam puluh org miskin, setiap org dr mereka satu mud.

Firman Allah swt,

Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliah) dan itulah batas-batas hukum Allah dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Al Mujadillah: 2-4)
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 12:49 AM | Show all posts
Originally posted by rebas at 17-11-2005 07:03 PM
Contohnya seorang suami telah bersumpah dengan namaAllah bahawa dia tidak bohong..
tetapi..hakikatnya dia sebenarnya telah berbohong ...
so bila dia telah mengak ...

rasanya ini bukan melanggar sumpah...ini tipu yg dia tidak berbohong...dan mempermainkan sumpah...

sbb kalau sumpah,selalu kita sumpah dulu sblm buat..baru namanya langgar sumpah
contoh:suami bersumpah tidak akan berbohong lagi...tp lepas tu suami tu berbohong jugak...tu baru langgar sumpah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 12:54 AM | Show all posts
Nazar ialah janji utk melakukan sesuatu kebaikan utk mendekatkan diri kpd Allah swt, baik dgn syarat atau tidak.  Org yg bernazar yg baik, wajib melaksanakan nazarnya.  Kalau tidak dpt melaksanakan nazarnya, ia wajib membayar kafarat.  Memberi makan 10 org miskin, atau memberi pakaian kpd mereka atau memerdekakan seorg hamba.  Kalau semua itu tidak sanggup, maka ia wajib berpuasa 3 hari.

Jika bernazar utk menderhakai Allah atau bernazar utk menyusahkan diri sendiri, maka dia tidak boleh melaksanakannya.  Utk itu dia mesti membayar kafarat.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by mrs_livingstone at 21-11-2005 12:49 AM

rasanya ini bukan melanggar sumpah...ini tipu yg dia tidak berbohong...dan mempermainkan sumpah...

sbb kalau sumpah,selalu kita sumpah dulu sblm buat..baru namanya langgar sumpah
contoh:suami ...


i think he did both.. lying and langgar sumpah......

sumpah yg bukan atas nama Allah kira sumpah juga ke? pls anybody any knowledge??

betulkah sumpah yg dilanggar akan datang bala..kalau tak bayar?

....
man ana..
Reply

Use magic Report

Manis7474 This user has been deleted
Post time 22-11-2005 07:11 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 21-11-2005 12:41 AM
Jika suami bersumpah (melakukan ila') tidak akan bercampur dgn isterinya hanya 4 bulan atau kurang dr itu, kemudian dia bercampur sebelum sampai waktu tersebut, wajiblah ia membayar kafarat sumpah, ...



Tp tgklah sumpah mcmmana..ini bersumpah taknak bersama isteri selama 4bulan ke..bukankah itu wajib/halal bagi dia..sumpah watpe....lagi satu kalau nak bernazar ke apa..tgklah juga..contoh lelaki tu berambut panjang pastu dia bernazar..kalau lulus exam ke apa..dia bernazar nak potong rambut..padahal potong rambut tu dah wajib bagi dia.....ermmm..aku main sampuk jek ni..kot2 dah ada yg jawap ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2006 12:19 PM | Show all posts

Nak batalkan sumpah... boleh ke?

A'kum...

Nak tanya...
Macam ni...
Ari tu saya ada gaduh dgn sorg kawan ni...
saya ckp kat dia.. kalau dia sms saya lagi...
saya bersumpah takkan kontek atau hubungi dia lagi...

tp selepas tu dia tetap sms saya jugak...
kiranya.. jatuh ke sumpah saya tu?
kiranya mmg saya tak bleh kontek dia la kan?

erm... boleh tak kalau kita nak 'batalkan' sumpah?

sbb masa saya ckp tu.. saya tgk marah yg teramat...
smpi tercakap sumpah...
skrg nyesal la pulak... tp takut nak kontek dia...
takut kira langgar sumpah...

sapa2 yang dapat tolong... plzzz....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 05:39 PM | Show all posts
sumpah kau ni kira sumpah yang maksiat... mana boleh sumpah utk putuskan silaturrahim... haram kalau kau tak kontek dia.. tapi kau still kena bayar kafarah sumpah.

Dalilnya:

مَنِ اشْتَرَطَ شَرْطًا لَيْسَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَهُوَ بَاطِلٌ وَإِنِ اشْتَرَطَ مِائَةَ شَرْطٍ شَرْطُ اللَّهِ أَحَقُّ وَأَوْثَقُ *

Ertinya:Barang siapa membuat persyaratan(perjanjian) yang tidak sesuai dengan kitab Allah, maka syarat tersebut batal walaupun mengajukan 100 persyaratan, karena syarat Allah lebih benar dan lebih kuat (HR Bukhari)

وإذا حلفت على يمين فرأيت غيرها خيراً منها فأت الذي هو خير وكفر عن يمينك { مُتَّفَقٌ عَلَيه

Ertinya:Jika engkau bersumpah kemudian engkau melihat yang lain lebih baik, maka lakukanlah yang lebih baik dan bayarlah kafarat sumpahmu (Muttafaqun alaihi)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 05:47 PM | Show all posts
kafarah sumpah (surah al maidah ayat 89):
- Memberikan makan 10 orang miskin seukuran makan untuk diri sendiri dan keluarga atau
- Memberi pakaian pada 10 orang miskin atau
- Merdekakan hamba sahaya.
- Puasa 3 hari - kalau tak mampu tunaikan salah satu atr 3 denda di atas

[ Last edited by palong at 7-2-2006 05:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 02:22 PM | Show all posts
Oh.. camtu ye... trima kasih palong...

tp... si kawan ni.. sbnrya... my ex...
so... still berdosa ke kalau tak kontek?
or... i mean.. putuskan sillaturrahin dgn dia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.461748 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list