Originally posted by ibnur at 22-7-2006 01:10 AM
aku paling minat pakai kain pelikat dengan t-shirt pagoda. tambah tambah masa hari panas. huh... bagus punya air con ke.
tshirt pagoda tu ape? tshirt gambo pagoda siam ke? :stp:
Dressing lelaki? Lain orang lain selera. Takda sapa yang betul dan takda sapa yang salah. Ini kerana setiap manusia adalah unik.
Aku memang minat sukan permotoran, so agak mempengaruhi dressing aku. Most of the time masa santai aku dress up stail peminat F1. Pakai seluar pendek, t-shirt polo berkolar dan boot paras buku lali dengan stokin pendek. Tak dilupakan sun glass sebab Malaysia panas dan silau. Aku ada sunglass brand Onkley stail The Matrix yang harga RM1k tapi jarang pakai, sebaliknya aku suka pakai yang harga RM10 yang aku beli kat petaling street. Ini kerana kalau rosak pon tak rugi, boleh terus campak.
Untuk kerja, aku pakai suit lengkap sepasang dengan jacket. Aku suka brand G2000 sebab sesuai dengan potongan badan lelaki Asia dan potongannya agak terkini. Lagipon body aku maintain dan fit, so tidaklah seperti kebanyakan ahli korporat yang perut boroi sehinggakan takda saiz seluar yang padan. Suit aku jugak tak mahal, aku beli yang average RM600-800 sepasang sebab kalau dah lusuh, tak lah rugi sangat.
Originally posted by WonBin at 22-7-2006 06:15 PM
Dressing lelaki? Lain orang lain selera. Takda sapa yang betul dan takda sapa yang salah. Ini kerana setiap manusia adalah unik.
Aku memang minat sukan permotoran, so agak mempengaruhi dressing ...
Originally posted by minidictionary at 22-7-2006 07:28 PM
ye baru tau nie. org laki dlm umah ni x pakai baju camtu. so x penah plak tahu.=P
orang panggil t-shirt pagoda sebab dia punya logo gambar pagoda. cuba check kat tengkok baju tu, kan ada gambar pagoda. kalau tak der gambar.... sah sah bukan ori. singlet pagoda pun ada juga. underwear pagoda saja yang tak ada lagi.
orang panggil t-shirt pagoda sebab dia punya logo gambar pagoda. cuba check kat tengkok baju tu, kan ada gambar pagoda. kalau tak der gambar.... sah sah bukan ori. singlet pagoda pun ada ...
oooo logo. thanks for clarification! =) igt ape yg pagoda nye.
Aku suke tengok laki yang pakai jeans ngan baju yang berkolar tak kire la t-shirt or kemeja lengan pendek..nampak kemas.lak tu aku suke tengok lelaki speaky.macam educated lak.huhu