|
DIARI
Kursus Perubatan Kecemasan dan Trauma
Persatuan Juruteknik Perubatan Kecemasan dan Trauma Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menganjurkan kursus percuma untuk Sijil Juruteknik Perubatan Kecemasan dan Trauma.
Kursus ini diadakan selama enam bulan dalam peringkat pertama atau secara separuh masa pada hari sabtu dan ahad, pukul 3 hingga 6.30 petang.
Penyertaan terbuka kepada semua golongan masyarakat yang berminat antara umur 15 hingga 45 tahun sahaja.
Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila hubungi Penyelaras Bahagian Pengambilan Pelajar di talian 014-2659550.
Seminar kesihatan viral hepatitis
Hospital Pakar KPJ Kajang akan mengadakan ceramah kesihatan umum mengenai viral hepatitis pada 23 Februari 2008 (Sabtu), pukul 12 tengah hari.
Selain gejala, pencegahan dan rawatan untuk hepatitis, orang ramai juga berpeluang bertanyakan maklumat mengenai virus hepatitis (A, B dan C) daripada pakar runding perubatan hospital.
Penceramah terdiri daripada pakar runding perubatan, gastroenterologi (salur penghadaman) dan hepatologi (hati) hospital KPJ Kajang.
Ceramah ini adalah percuma dan terbuka kepada semua tetapi anda diminta mendaftarkan diri sebelum 20 Februari ini untuk memastikan bilangan penyertaan.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi Paramjeet atau Haslinda di talian 03-8769-2999.
Penjagaan kesihatan pada usia emas
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan mengadakan ceramah kesihatan bulanan bertajuk 慞enjagaan Kesihatan dan Kecantikan di Usia Emas |
|