CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dexa

Winds bring back haze...

[Copy link]
 Author| Post time 16-8-2006 06:56 AM | Show all posts
Jerebu di Sarawak bertambah serius

MIRI 15 Ogos ? Keadaan jerebu di Sarawak kini semakin serius dengan tiga kawasan di selatan negeri ini dikesan berada di bawah paras tidak sihat hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan berkata, tiga kawasan tersebut ialah Sri Aman dengan bacaan IPU tertinggi 116, diikuti Samarahan (115) dan Kuching (107).

Pada masa yang sama, katanya, tujuh lagi kawasan masih berada ditahap sederhana iaitu Bintulu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Sibu dan Petra Jaya.

?Oleh itu, kita telah mengaktifkan serta-merta semua bilik gerakan bencana alam di seluruh negeri terutama di kawasan yang mempunyai kualiti udara tidak sihat hari ini,? katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, semua agensi kerajaan berkaitan turut diarah turun padang bagi memantau semua kegiatan pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada keadaan berjerebu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2006 05:01 PM | Show all posts
Jerebu di 4 bandar serius
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar


Kualiti udara di Kuching, Sri aman, Samarahan dan Bintulu tidak sihat

KUALA LUMPUR: Masalah jerebu yang melanda negara semakin serius terutama di Sarawak apabila empat kawasan di negeri itu iaitu Kuching, Bintulu, Samarahan dan Sri Aman mencatat indeks pencemar udara (API) tidak sihat, semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan berkata, sejak awal pagi sehingga petang semalam, kedudukan API di Samarahan merosot dengan catatan 148, diikuti Kuching (120), Sri Aman (114) dan Bintulu (110).

Kemerosotan API di kawasan itu dipercayai berikutan kesan kebakaran hutan di beberapa kawasan sekitar Borneo dan Sumatera, Indonesia yang dibawa melalui peralihan angin tenggara ke barat daya.

Bagaimanapun, beberapa negeri di Semenanjung yang sebelum ini mengalami masalah sama kini dilaporkan semakin pulih dengan kebanyakan kawasan mencatatkan kualiti udara baik dan sederhana.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca berkata, laporan menunjukkan 202 hingga 265 titik panas dikesan di sekitar Sumatera, manakala Borneo 117 hingga 485 dan semenanjung dua.

Sehingga jam 5 petang semalam, jarak penglihatan lima kawasan di Sarawak merosot dengan catatan kurang dari lima kilometer (km) iaitu Kuching (1.5 km), Sri Aman (2.5 km), Bintulu (tiga km) Miri dan Labuan (empat km) serta Sibu (lima km).

Keadaan itu juga dijangka berterusan selama tiga hari, akan turut membahayakan kapal yang tidak mempunyai alat bantuan navigasi, khususnya yang melalui Perairan Pantai Sarawak.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun kebanyakan kawasan di Semenanjung dilaporkan tidak terjejas apabila jarak penglihatan melebihi lima km.

?uaca di kebanyakan kawasan di Semenanjung hari ini dilaporkan lembap, berikutan hujan di Utara, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, manakala Johor dan Pahang dijangka menerima hujan sepanjang hari.

?alaupun penerimaan hujan tidak banyak tetapi ia mampu mengembalikan kualiti udara sihat di Semenanjung, manakala tahap kualiti udara di Sabah dan Sarawak mampu pulih sekiranya kebakaran kawasan hutan di Sumatera dapat diatasi. Kita menjangkakan monsun peralihan awal September ini akan dapat mengurangkan masalah jerebu di Sarawak,? katanya.

Di KOTA KINABALU, jarak penglihatan di empat bandar utama di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sejak Isnin lalu kekal di antara empat hingga 10 kilometer.

Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata, Wilayah Persekutuan Labuan mencatat jarak penglihatan paling rendah iaitu empat kilometer (km).

Katanya, Kota Kinabalu dan Kudat di Pantai Barat Utara mencatat jarak penglihatan sekitar lapan km manakala Tawau di Pantai Timur sejauh 10 km.

"Jerebu dikesan berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia," katanya ketika dihubungi, semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 09:13 PM | Show all posts
Air quality worsens in Sarawak
17 Aug 2006
Desmond Davidson


--------------------------------------------------------------------------------
KUCHING: The air quality in four towns, including the State capital, deteriorated further into the "unhealthy" zone yesterday.





The other towns with an "unhealthy" air pollutant index as at 5pm yesterday were Bintulu (111), Samarahan (117) and Petra Jaya (107). The API at Sri Aman improved from 114 at 11am to 80 at 5pm, while Sibu deteriorated from 90 at 11am to 97 at 5pm.

As at 5pm yesterday, the Department of Environment had also listed the air quality in four areas nationwide as "unhealthy", 42 as "moderate" and four as "good".

An API of between 0 and 50 indicates that the air quality is "good"; between 51 and 100 is considered "moderate"; between 101 and 200 is "unhealthy"; between 201 and 300 is "very unhealthy"; while 301 onwards is "hazardous to health".

Meanwhile, the Meteorological Services Department recorded a total of 535 hot spots in Kalimantan as at 5.29pm yesterday.

The Sarawak Rivers Board has also issued safety guidelines to operators and masters of more than 3,000 river boats in view of the reduced visibility. The board is especially concerned with the operations of 399 express boats that ply the Rejang River in Sibu and the Baram River in Miri.

At a news conference, board chairman Dr Stephen Rundi Utom warned that stern action would be taken against any boat master or operator who flouted safety rules.

But he said there would be no ban on river navigation even though visibility may be poor.

Among others, the guidelines state that there must be a reduction of speed especially when rounding sharp bends and navigational lights and fog horns must be used
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 17-8-2006 09:13 PM
Air quality worsens in Sarawak
17 Aug 2006
Desmond Davidson


--------------------------------------------------------------------------------
KUCHING: The air quality in four towns, includi ...


semalam (26/08/2006) hujan lebat sepanjang western of Sarawak... so kurang la aktiviti jerebu di sana... emmm.. agak2 parade still going on kan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 10:32 AM | Show all posts
Dah berapa banyak kes kemalangan jalanraya yg disebabkan oleh pembakaran oleh rakyat Malaysia tu sendiri. Itu yg dekat ngan highway... yg jauh dengan highway sebenarnya lagi hebat (itupun org still salahkan 100% kat member di seberang)...

KEMALANGAN di Kilometer 7.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim berhampiran Ibupejabat BKE pada 27 Ogos 2006 sekitar jam 3.15 petang. Saya salah seorang daripada anggota keluarga yang terlibat dalam kemalangan asap jerami di KM 7.2 Lebuh Raya Butterwoth-Kulim pada 27 Ogos sekitar 3.15 petang.

Saya sangat tidak berpuas hati dengan pihak pengendali lebuh raya, iaitu BKE. Kenderaan kami yang datang daripada arah Butterworth mengalami kerosakan 60 peratus dan menyebabkan kecederaan.

Jarak tempat kemalangan dari Tol Kubang Semang lebih kurang 300 meter. Sepatutnya pihak BKE segera menutup palang tol atau tidak melepaskan lagi kenderaan sedangkan dengan jelas sudah nampak pembakaran serta asap tebal melintasi lebuh raya tersebut.

Difahamkan bahawa pembakaran ini sudah pun berlaku 1 jam lebih awal sebelum kemalangan besar itu berlaku.

Persoalannya:

Pihak pengendali tidak bersedia dan bertindak dengan segera memantau keadaan.

Juru tol sepatutnya tidak membuka palang dan melepaskan sebarang kenderaan lagi sehingga dipastikan keadaan sudah reda.

Dengan jarak pembakaran/kemalangan berlaku terlalu hampir dengan Pejabat BKE, mustahil pihak BKE tidak menyedarinya.

Sebenarnya lebih banyak kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu, tidak seperti dilaporkan dalam akhbar hanya 10 kenderaan sahaja. Kebanyakan kenderaan yang mengalami kerosakan kecil meneruskan segera perjalanan bagi mengelak daripada dirempuh oleh kenderaan yang lain.

Saya berharap pihak BKE memastikan kejadian sedemikian tidak berulang dengan memastikan para petugas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kemalangan dan cepat bertindak untuk mengelakkan sebarang kejadian yang lebih buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 07:56 PM | Show all posts
bapa aku pun bakar jeramai macam tu tiap tiap tahun....cuma depa bakar dalam satu kwsan besar sekaligus...tu yg sampai eksiden....
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.563806 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list