CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ami_kidz125

Kucing Ada 9 Nyawa?

[Copy link]
Post time 14-8-2006 03:36 PM | Show all posts
Seperti kata fly, kucing mempunyai teknik untuk mendarat jika jatuh/terjun  atau perkara yang seumpamanya. kalau kita lambung pun boleh nampak gaya akrobatik kucing ni. jadi untuk mengatakan kucinga da 9 nyawa adalah mustahil. dan sudah tentu akan menyebabkan sanak saudaranya seperti rimau, kucing hutan, malah thundercats sekalipun jeles sebab depa takda kredit nyawa extra lagi lapan tu.

lagi satu kalau bagi mereka yang biasa ada bela kucing. kucing yang sakit atau dah tua biasanya ia akan meninggalkan rumah tuannya. mean kalau dah sakit sebab dah tua, jangan mimpi nak tgk bangkainya. selama aku bela kucing. semua sakit tua dan memang tak da sekor pun yang mati dalam rumah. semua hilang/kapish/vanish etc...mungkin ia nak menghargai tuannya supaya tak susah payah nak buat upacara pengebumian buatnya...

tapi mungkinkah mat rempit kita juga dari baka kucing sebab depa macam ada 9 nyawa jer bila merempit ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 09:45 PM | Show all posts
Betultu...Aku setuju...Dulu Asia pun pernah bela kucing tapi lepas accident (kena langgar kereta!), mata dia cedera teruk sampai "popping out" dari soket....kesian....bila letak ubat, meronta-ronta kucing tu....kesian...suatu hari, kucing tu dah hilang...sampai sekarang tak balik-balik dah...Rasanya dah mati kot.....

yg abang kawan tu menakutkan lah...macam mana sanggup bakar kucing tu...? Kejam gila....iskh...berdosa la bunuh binatang yang tak berdosa tu... Kucing tu dah bunuh keluarganya ke? Kenapa sampai begitu kejam terhadap seekor kucing?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 11:00 PM | Show all posts
kalau campak kucing dalam air kolah dia boleh berenang ke haa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 14-8-2006 03:36 PM
Seperti kata fly, kucing mempunyai teknik untuk mendarat jika jatuh/terjun  atau perkara yang seumpamanya. kalau kita lambung pun boleh nampak gaya akrobatik kucing ni. jadi untuk mengatakan kucing ...


mungkin taknak kasi tuan sedih...

bagus juga kucing blah sebelum mati.... kalau mati depan mata pasti tuan mengalirkan air mata...

pernah jadi kat aku dulu, aku nampak kucing tu tengah nazak perut dia berdarah.... kejap je jadi keras bangkai dia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 12:09 AM | Show all posts
kucing bleh berenang kan? yg aku tau anjing mmg leh berenang. kucing ni ko jirus air, lintang pukang dia lari. takut air. kepada org2 yg suka menganiaya kucing, tunggulah di 'sana' kelak...ada pembalasan menunggu mu.....nf:
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 12:33 AM | Show all posts
ni mana kucing yang boleh berenang? kalau pak sedara di si belang tu boleh la. tapi kalau bab mandi ni kalau diajar dari keci boleh la kucing tu tak takut air sangat tapi tak bermakna ia boleh berenang! takat boleh dimandikan jer la.

ish! aku kucing kurap pun tak sampai hati nak sepak nikan pula nak buat eksperimen pelik camtu. israel pun kalah...l
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2006 08:45 PM | Show all posts
ada x kucing yg leh surfing board ...?
kalau ada sure besh .....
rasanyer mcm ada jer ........
ada ker??

kemungkinan ada kucing leh berenang
tp x sumenyer la ......
maybe dlm 1% jer
tgk la kelebihan kucing tu sendiri
sama ada mmg tetiba dia reti berenang
xpun tuan dia yg ajar cam ner nak berenang ......
setiap binatang kan ada keistimewaan nyer .......
Reply

Use magic Report

de4n This user has been deleted
Post time 17-8-2006 01:23 PM | Show all posts
betul kucin kalo nak mati dia akan pegi jauh or tempat yg tuan dia tak nampak.. :ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


de4n This user has been deleted
Post time 17-8-2006 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 15-8-2006 08:45 PM
ada x kucing yg leh surfing board ...?
kalau ada sure besh .....
rasanyer mcm ada jer ........
ada ker??

kemungkinan ada kucing leh berenang
tp x sumenyer la ......
maybe dlm 1% jer
tgk l ...

bukan setakat surfing board.. surfing net pong kucin dah pandai sekarang ni.. try test tengok ni...



:cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by de4n at 17-8-2006 01:23 PM
betul kucin kalo nak mati dia akan pegi jauh or tempat yg tuan dia tak nampak.. :ah:



Sama mcm pengalaman aku. :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 02:32 PM | Show all posts
Ada juga kes lain di mana orang tua saya tak suka ngan kucing sekor ni maka kucing ni dihukum perintah buang daerah. kira kalau jalan kaki boleh tahan juga la. tak sampai seminggu kucing ni ada balik kat rumah. ayah cakap kalau dia buat indah water lagi dia akan dihukum lagi jauh. nasib kucing ni tau akan kesalahannya. maka hukuman tertangguh sampailah kucing ni sendiri memindahkan dirinya kerana sakit tua.

kes-kes haiwan peliharaan balik semula ke rumah walaupun setelah dipindahkan atau tertinggal oleh tuannya selalu juga berlaku terutama kucing dan anjing seperti yang dilaporkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 17-8-2006 02:32 PM
Ada juga kes lain di mana orang tua saya tak suka ngan kucing sekor ni maka kucing ni dihukum perintah buang daerah. kira kalau jalan kaki boleh tahan juga la. tak sampai seminggu kucing ni ada bal ...



Cerita Charlie lebih kurang sama macam yang aku alami. 5 tahun lepas jiran sebelah rumah aku telah pindah ke tempat lain yang boleh di katakan jauh juga lah. Kalau naik kereta lebih kurang 1 jam jarak dari tempat aku ke tempat baru jiran aku tu. Dia ada bela seekor kucing. Masa dia pindah dia bawa sekali kucing tu. Nak tahu apa jadi. Selang 2 hari lepas tu kucing tu muncul balik kat depan rumah aku. Aku call jiran aku suruh ambil balik kucing & dia datang ambil kucing tu bawa balik. tak di sangka sebelah malam hari yang sama kucing tu muncul balik & dok mengiau depan rumah aku. Hubby aku tak sampai hati bawa masuk ke dalam rumah & terus bagi makan. Aku call jiran aku dia suruh kami saja yang bela kucing tu & kucing tu tak nak makan masa dalam jagaan jiran aku masa di rumah baru dia. So sampai sekarang aku masih bela kucing tu. Dengan kuasa Allah kucing tu nampak jalan balik ke tempat asal dia mula di bela.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2006 01:08 AM | Show all posts
Originally posted by azie_fariza at 13-8-2006 10:44 PM
9 nyawa? aku rasa tak lah...coz abang kawan aku penah rendam kucing dalam minyak tanah, then nyalakan api.....kucing tu lari lintang pukang dalam kegelapan malam kat padang bola.....jadi macam bola ...



ader gak org jahil cam nih..kat akhirat sok tgkle kucen tue wat mende yg same kat mamat tue..nak gak aku nengok mamat tue plak lari lintang pukang cam bola api pastu kiok rentung..isk marah betul aku nih
Reply

Use magic Report

liasamora This user has been deleted
Post time 16-9-2006 10:08 AM | Show all posts
kalau aku lah jadi kucing tu...takyah lah nak lari dari anjing ...biar anjing tu bunuh...lepas tu hidup balik...hahahaha semua tu karut la...dulu seekor kuching di tempat saya mati dlanggar kereta, tak hidup balik pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2006 11:25 PM | Show all posts
teringat pesan org tua2  bela lah kucing jantan.. tapi yang badannya tiga warna sebab kucing nie akan bawak kebaikan kat tuan nya...
kata org tua2 lagi bela kucing nie murah rezeki.. sebab kucing akan selalu mendoakan untuk tuannya...
pada zaman tamadun mesir lagi kucing merupakan binatang yang berdarjat tinggi...
Abu Hurairah sahabat nabi juga menyukai kucing...

lagi satu cerita tok guru silat aku dulu... kucing nie tok guru harimau, harimau akan kalah kalau lawan ngan kucing... bukan semua harimau boleh panjat pokok...
huhuhu.... betul ker x wallahhuallam...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 10:39 PM | Show all posts
Originally posted by ami_kidz125 at 12-8-2006 03:00 PM


nanti aku nak buat experiment... baling kucing dari tingkat atas (tgk tingkat mana dia buleh hidup lagi):bgrin::devil::devil::devil:



:siok:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2006 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by azie_fariza at 13-8-2006 10:44 PM
9 nyawa? aku rasa tak lah...coz abang kawan aku penah rendam kucing dalam minyak tanah, then nyalakan api.....kucing tu lari lintang pukang dalam kegelapan malam kat padang bola.....jadi macam bola ...




Astagafirullahalazim! Seriously aku nangis bila aku baca cerita ni. Memang kejam & hati kering betul manusia tu. Akhirat nanti dia terimalah  balasan macam mana dia buat kucing tu kalau dia tak insaf. Pernah aku dengar cerita dari my parents ada sorang jemaah haji wanita ada kesan cakar & calar kat seluruh badan macam kena cakar kucing & dia sering meraung sakit masa kat Tanah Suci & bila dia di bawa berjumpa dgn ustaz barulah tahu kisah dia yang sering mendera kucing sampai ada 1 hari dia tergamak pukul kucing dgn kayu sampai separuh mati coz semata-mata kucing tu curi ikan yang baru dia beli dari pasar bukan itu saja di curahnya kucing tu dgn air panas. Tak dapat aku bayangkan betapa azabnya kucing tu.
Aku pernah dengar dalam Radio Selangor FM ,pada zaman Rasulullah SAW ada sorang wanita tua yang kuat beramal ibadat telah di senaraikan sebagai ahli neraka kerana dia telah mendera & menganiaya kucing ketika hidup dia walaupun dia kuat beramal ibadat. Rasullullah sendiri sanggup beralih tempat untuk sembahyang semata-mata kerana tidak mahu mengganggu seekor kucing yang sedang tidur.
Reply

Use magic Report

PuteraSantubong This user has been deleted
Post time 26-9-2006 09:01 AM | Show all posts
1980's di sebuah kg di Batu Pahat, seorang bapa kerana terlalu marahkan kuching dan anaknya 3 ekor berak bersepah dlm rumah termasuk insiden ibu kuching cakar anak kecik dia..dia telah memasukkan dlm guni dan buang..3 hari lepas tu dtg balik 4 beranak kuching...ulang tabiat berak merata..buang lagi dan dtg balik....kali ke 3 dia masukkan dalam guni dan kesemua kucing 4 ekor tu dibakar hidup2...tak lama selepas itu anak lelaki itu seorang demi seorang mati seramai 3 rog kerana sakit misteri.Badi kucing??kebetulan??? or balasan dari Allah azza wajalla? semestinya balasan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by PuteraSantubong at 26-9-2006 09:01 AM
1980's di sebuah kg di Batu Pahat, seorang bapa kerana terlalu marahkan kuching dan anaknya 3 ekor berak bersepah dlm rumah termasuk insiden ibu kuching cakar anak kecik dia..dia telah memasukkan d ...



Sudah semestinya balasan dari Allah SWT. Betapa kejamnya manusia tu.

P/s Batu Pahat kat kampung mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 03:04 PM | Show all posts
i duk bujang.....kami ber4...memang suka kucing.....kami ada banyak kucing....dah x terkira.....cuma kucing kami semua dok luar rumah...x der makne nak kasik duk dlm rumah....asalnya...kami bela seekor kucing betina ...kami beri nama dia "FIONA"...dia nie memang berjasa sangat2....masa kami tinggal menyewa kat rumah lama tue......rumah kami diserang tikus....jadik salah sorang bekas housemate...bawak balik FIONA...sian sbb asik dok lepak kat kedai makan.....so bila dah bawa balik umah...trus kitaorang cakap kat kucing kami FIONA tue...nak duduk sini dapat makan sedap2...nko kena tangkap n bunuh tikus...memang dia paham sgt2 apa yg kami suruh dia buat...dlm masa seminggu....tikus semua larik tah kemana.....tapi yg x best kan bela kucing betina nie...asik nak beranak jer...sampai kitaorang pun dah x sanggup dah...nak simpan kucing dlm ghumah sbb depa berak lar..merata2....itu yg kitaorang terpaksa letakkan dorang semua kat luar rumah janji setiap hari jgn lupa bagi dorang makan.Skrg nie dah pindah umah sewa baru....kami tetap x lupa bawak FIONA dan suku sakat dia.....antaranya Tompok(dia nie unik sebelah mata kaler biru sebelah lagi kuning)...lanun(dia nie jantan...suara dia nie bising lar)..yg lain ada dlm 3 ekor tue...semua cucu n cicit FIONA.....nie pun haku tengok FIONA tue...dah ngadung lagik...aduh...pening kepala lar.....banyak lak nak kena beli makanan dorang nie.........dulu2 slalu beli makanan dlm TIN....skrg nie dah x sanggup mahal...beli yg dalam paket jer....ada masa bagi nasik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.265079 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list