CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sauber

Meminta Dalil - Ia Bukti Kejahilan Anda!

 Close [Copy link]
Post time 30-10-2006 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by sauber at 30-10-2006 01:02 PM
Salam semua,
  Berat ker topik ni untuk diperbincangkan? Atau mungkin tiada skop yang menjurus maka mudah untuk kita lari dari topik yang diperbincangkan. Anyway, thanks kepada penyumbang pendapat ...


Salam to sauber dan semua..............
Baiklah, kita kembali kepada topik yang sauber bawakan.  Jadi kalau sesuatu bentangan untk diperbincangkan oleh sesiapapun adakah pada anda wajar pihak yang memberi respon meminta dalil? Dan harap sauber tidak berkecil hati jika saya sekadar hendak bertanya tentang firman tu dari suroh mana dan ayat yang keberapa?  


Allah berfirman antara maksudnya, para sahabat nabi berkasih sayang antara satu sama lain. Adakah kita ini termasuk dalam golongan yang berkasih sayang antara satu sama lain atau benci membenci. Mana mungkin mereka yang benci membenci ini berpegang pada tali Allah.



Saya sendiripun kurang faham apa yang sauber mahu pada finishing line topik ini kalau di lihat dari quote anda dibawah....

Mengapa perlu kita war-warkan syariat dari itjihad kita sendiri berdasarkan Alquran dan/atau Alhadith sedang kita sedia maklum bahawa masyarakat/pemerintah muslim sudah didominasi dengan pendapat mazhab yang berkenaan? Walhal hidayah, hikmah, idea, rasa hati itu datang terus dari Allah untuk mereka yang mahu mencari dan menerimanya. Mengapa perlu diiklankan disana sini agar ada yang bertaklik dengan kita? Bukankah ini mengajak kepada debat/sengketa pendapat yang sia-sia?



mohon dima'af sempena Syawal ini...........:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
 Author| Post time 2-11-2006 08:31 AM | Show all posts
Assalamualaikum ,
Bertambah lagi umur kita, begitu cepat masa berlalu. Saya cuba jawab setakat mana yang mampu.

Dan harap sauber tidak berkecil hati jika saya sekadar hendak bertanya tentang firman tu dari suroh mana dan ayat yang keberapa?


Sila rujuk ayat 8:74,3:103,9:100,19:96. Juga rujuk kod etika hubungan kita dengan saudara kita dalam
ayat ini 49:10,49:11,49:12,49:13.

Sdr. tanpa merujuk kepada ayat-ayat tersebut pun, kita tahu yang ciri-ciri orang yang beriman dan bertaqwa mestilah positif dalam segala hal (berkasih sayang,hormat,amanah,taat dll) dan ini termasuklah sahabat-sahabat yang rapat dan yang mula-mula berhijrah dengan nabi. Jika terdapat laporan-laporan yang menjatuhkan kredibiliti mereka, wajibkah kita beriman kepada laporan-laporan itu? Adakah dengan
mengimani laporan-laporan seperti itu akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita? Terserah pada diri masing-masing.

Jadi kalau sesuatu bentangan untk diperbincangkan oleh sesiapapun adakah pada anda wajar pihak yang memberi respon meminta dalil?
.....
Saya sendiripun kurang faham apa yang sauber mahu pada finishing line topik ini kalau di lihat dari quote anda dibawah....


Apa yang saya cuba sampaikan tersurat dalam ayat 3:103 (nikmat Islam menjadikan kita bersatu hati dan bersaudara dan janganlah berpecah belah) dan kaitannya dengan tajuk serta sedikit dari pengalaman saya sendiri.

Saya melihat tindakan meminta dalil untuk tujuan debat/bertukar pendapat/ijtihad didalam forum terbuka ini
lebih kepada buruk dari baiknya. Ia bukan sahaja jelas menampakkan kejahilan pada penanya tetapi juga
kesilapan penanya kerana bertanya/berdebat kepada mutjahid yang belum tentu kearifannya serta tidak dikenali dan boleh diyakini ilmunya dan boleh dipertanggungjawabkan fatwanya. Pengambilan hukum-hakam, metodologi ibadat serta syariat bukan boleh diwar-warkan seperti melepas batuk ditangga tanpa pengkajian yang serius kerana ia melibatkan cara hidup addin saudara seagama dengan kita.

Namun ini tidak bermakna belajar agama Islam ini amat payah dan membebankan. Bergantung kepada tujuan kita nak belajar agama Islam samada hendak mencipta syariat/ijtihad sendiri terus dari sumbernya (informal/non-standard metod) atau mengikuti syariat yang digunapakai oleh majoriti muslim yang juga diambil terus dari sumbernya setelah di QA/QC oleh ulama-ulama mazhab (formal/standard metod). Masing-masing ada pro dan kontranya.

Berbalik kepada hal mewar-warkan syariat yang asing(informal/non-standard metod) kepada orang awam.
Apa tujuan kita berbuat demikian?

Apakah kebaikannya menyatakan bahawa cara solat majoriti umat islam hari ini sesat/salah/tak betul kerana jika merujuk Alquran hanya 3 waktu dan minima 2 rakaat sahaja atau lebih atau kurang lagi? Bagi menegakkan ijtihad baru ini maka didatangkannya nas-nas Alquran siap dengan terjemahannya.
Untuk apa sebenarnya? Untuk menjadikan kita bersatu hati dan bersaudara dan tidak berpecah belah? Rasanya tidak dalam forum ini. Adakah kita, orang yang dipertanggungjawabkan dalam hal-hal melibatkan syariat Islam dalam negara ini? Kalau tidak, mengapa menghabiskan masa dalam hal yang bukan bidang kepakaran kita? dan tanpa tujuan yang berfaedah kepada orang awam dan manusia sejagat bahkan mengundang kebencian.

Namun begitu, dalam keadaan tertentu, kita boleh meminta dalil kiranya
- ada sebab yang kukuh. Contohnya, pendapat/ijtihad/fatwa seseorang itu dirasakan bercanggah dengan Alquran
- dan untuk menambah ilmu dengan mengajukan pertanyaan kepada mereka yang arif dalam bidangnya serta adil dan boleh dipercayai.

Meminta dalil kepada orang awam yang bertaklik akan menjatuhkan air muka saudara kita itu serta mencipta ruang buruk sangkaan. Kalau dah tahu mereka itu begitu, janganlah sengaja menguji dan memperli ibadat yang mereka lakukan itu. Lebih baik galakkan mereka mencari dalil-dalil amalan ibadat yang mereka amalkan supaya lebih kukuh lagi keimanan mereka.

Kesimpulannya, bergantung kepada sebab dan pada siapa kita mintakan dalil itu menentukan kewajaran tindakan tersebut. Itulah pendapat saya.

[ Last edited by  sauber at 2-11-2006 08:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 11:04 PM | Show all posts
Salam sauber dan semua,

Membaca tulisan saudara mengingatkan saya tentang permarkahan yang diberikan oleh guru sains anak saya keatas jawapan kepada soalan berikut ini;

Soalannya.........
Jawap betul atau salah;
Batu dan kayu adalah bahan-bahan yang tidak menyerap air.


Jawapan anak saya = betul

Gurunya memberikan 0 markah untuk jawapan tersebut.

Jawapan apakah yang saudara rasakan tepat?

Berbalik kepada permasalahan yang saudara timbulkan tentang kredibiliti seseorang untuk beragama tanpa merujuk kepada ulama-ulama agama terkenal, saya berkeyakinan yang petunjuk menuju jalan Allah hanya datang dari Allah semata-mata. Setinggi manapun ilmu seseorang itu tentang agamanya, tidak menjamin yang dia berada pada jalan Allah dan mendapat petunjuk.

Menurut saudara sauber;
Cukup ganjil apabila ada orang yang menganggap dirinya sudah layak untuk mengeluarkan hukum setelah dia membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran dan juga versi rumusan kitab Sahih Bukhari! Ini semua sebenarnya adalah refleksi kepada kejahilan kita yang teramat sangat. Kamu tidak pernah masuk sekolah Undang-undang dan kamu pula begitu teringin untuk mengeluarkan hukum??

Bagi Allah tiada apa yang ganjil atau mustahil. Jika Dia mahukan sesuatu terjadi, Dia hanya berkata "Jadilah". Sebagai orang yang beriman dengan Al-Quran, kita tidak sepatutnya memperkecilkan kemampuan Al-Quran untuk mengubah keadaan seseorang itu. Jika kebenaran datang dari sepotong ayat, maka wajib bagi mereka lain yang mengaku beriman kepada Allah untuk tunduk kepada ayatNya.

Menurut saudara lagi;
Kamu adalah pelajar sains GCSE dan kamu pula ingin masuk bersama dalam perbincangan sesama profesor??

Mengapakah perlu berkasta-kasta atau menentukan darjat seseorang sedangkan ini adalah hak Allah? Merendah diri memanglah tuntutan Al-Quran tetapi tidak sampai menghilangkan hak untuk beramal dengan apa yang diyakininya. Jika ajaran 'professor' didapati tidak bersesuaian dengan rujukan utama iaitu Al-Quran, ajaran 'professor' itu wajib ditolak. Tokoh mazhab yang empat juga menyarankan agar ajaran mereka ditolak jika didapati ianya bercanggah dengan ajaran Al-Quran.

Saya adalah dari golongan yang tidak mengorbankan masa muda dan bertahun-tahun untuk mendalami ilmu 'deen' yang saudara maksudkan, tetapi tidak mahu mengambil risiko untuk beramal dengan amalan yang salah yang dibuat oleh manusia lain. Al-Quran yang diterjemahkan kebahasa yang saya fahami menjadi sandaran untuk saya beramal dan sandaran untuk saya mengadap Allah di akhirat kelak. Saya mengimani hanya Al-Quran sahaja yang 100% tepat untuk menunjuki jalan Allah.

Persoalannya, mengapakah sesetengah manusia menganggap beriman dengan Al-Quran satu-satunya sebagai tidak sah atau sesat?

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by sauber at 2-11-2006 08:31 AM
Assalamualaikum ,
Bertambah lagi umur kita, begitu cepat masa berlalu. Saya cuba jawab setakat mana yang mampu.



Sila rujuk ayat 8:74,3:103,9:100,19:96. Juga rujuk kod etika hubungan kita d ...


Salamun Alaikum sdrku sauber dan juga semua........

Saya faham ayat- ayat 8:74(hijrah dan jihad) dan 3:103(hablullah) dan 19:96(rahmat berkasih-sayang)secara ringkas

Tertarik dengan ayat 9: 100,
Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.

Sementara 49:10(Org Beriman-bersaudara-berdamai), 49:11(inilah tindakbalas paling tidak sihat, kebanyakan mereka lupa ayat ini kot?)49:12(kerana mereka bersangka-sangka,lihat hubungkait 11 dan 12 ini) manakala 49:13, berapa rami yang ambil faham? berapa ramai pula yang ragu? kenapa setuju dengan ayat ini tetapi bertindak bertentangan?

Pada saya sebelum orang meminta dalil, biarlah pendekatan yang sauber gunapakai ini diteruskan.  Sebelum mereka bertanya kita dah bentangkan.  Kalau dah bentangkanpun masih nak ragu-ragu lagi, nak mengelak-elak lagi baik kita berlepas diri dari mereka yang bersikap begini.  Tidur kitapun lena..........

Berbalik kepada 9:100
Inilah penyakit yang sebenarnya menular pada umat akhir zaman dengan amat-amat halus sehingga diluar kesedaran dan pengetahuan awam ,kecuali sedikit pada mereka yang mahu berfikir.  Dan awam pula sebaliknya bermati-matian mempetahan apa yang telah mereka anggap sebagai established secara buta.  Namun apakah yang selama ini dianggap established benar begitu?  Pernahkah anggapan itu diuji?  Tiada keberaniankah awam sendiri untuk menguji apa yang dianggap established itu?  Apaka aqal awam langsung tidak mempunyai wibawa untuk cuba menguji?  Tidak perlu mewar-warkan apa yang diuji kalau itu yang dimahukan, itu pilihan sendiri, namun bila ada pihak yang telah menguji, dan mendapati apa yang sesetengahnya yang apa dianggap established itu sebenarnya adalah sebaliknya dan telahpun dibentang bersama-sama bukti yang Tiada Keraguan Padanya pada saya pertimbangan mesti diberi demi melihat kewajarannya. Dan jika kita benar-benar yakin dengan apa yang dianggap established itu maka kita sendiri sepatutnya tidak takut untuk mengujinya supaya tidaklah jadi seperti firman ALLAH ini:

2:165,166 dan 167

165
Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah sebagai sekutu-sekutu, mereka mencintainya,sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,

166.         
Ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan terputusnya segala hubungan di antara mereka.

167
Danberkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami ! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.

Dan Al-Anfaal
[48]
Dan ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak  masing-masing kelihatan, Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya.

Sedangkan sisyaitanpun takut.................

Pada saya matlamat untuk berpegang kepada 'tali' ALLAH hanya boleh dicapai bila kita percaya sepenuhnya lagi tanpa keraguan tentang lengkapnya Al-Quraan.  Lihatlah beberapa ayat-ayat awal pada surah-surah tertentu yang selalu mengingatkan bahawa tidak perlu ragu langsung tentang datangnya Al-Quraan itu sebagai Kalam ALLAH, sebagai suatu yang lengkap, tiada perlu sokongan makhluk, kerana ALLAH tidak berkehendak kepada makhluk, tidak perlu diubah-ubah ayat-ayatnya

Jadi selagi kita dalam pada masa mengaku hanya berpegang kepada 'tali' ALLAH tetapi masih juga lagi merujuk-rujuk tali rafia, tali nylon, tali sabut kelapa atau tali pinggang dari jenis kulit asli sebagai perantara untuk mengikat kita kepada tali ALLAH, maka selagi itulah jalan penyatuan kita untuk hanya berpegang kepada 'tali' ALLAH hanya retorik.

Lihatlah surah Yunus ayat 61
Apa kata ALLAH pada kita?

[61] Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.

Pada pandangan saya sebagai pertimbangan, untuk merealisasikan penyatuan adalah dengan hanya berpegang kepada tali ALLAH, bagaimana kita hendak mengorak langkah menuju keJalan  yang ada taliNya disitu? Bila kita berani meninggalkan tali-tali lain yang kononnya boleh sebagai intermedium sambungan ke'tali' ALLAH dan tali-tali itu pula disulam begitu rupa sehingga ianya seolah-olah hampir serupa dengan tali ALLAH dan bagi meyakinkan awam bahawa tali itu juga boleh digunakan untuk disambungkan kepada 'tali ' ALLAH maka ditampalkan mohor Nabi Muhammad sebagai penjaminnya(maka berlakulah fitnah yang tidak berkesudahan terhadap baginda), sedangkan pada saya, Nabi juga hanya berpegang kepada 'tali' ALLAH dalam menyampaikan seruannya kerana itulah bai'ah baginda dengan ALLAH, begitu juga sahabat-sahabat baginda, mereka juga berpegang kepada 'tali' ALLAH yang sama.  Lihatlah bagaimana utuhnya perpaduan mereka semasa baginda masih hidup.  Lihat pula peristiwa selepas daripada itu, bila politik nafsu dan politik duniawi menguasai sanubari, perpecahan mula berlaku, bukannya lama, pada generasi pertama lagi ianya sudah berlaku:lihat peristiwa Syaidina Umar dibunuh, lihat juga bagaimana Syaidina Uthman, beliau juga dibunuh,Syaidina Ali dibunuh secara curang sedangkan beliau adalah darah daging  Rasulullah(sepupu baginda), lihat Hasssan dan Hussin, lihat Muawiyyah, lihat, lihat ,lihat!!!!  Tali apa pula yang mereka pakai?  Kenapa semasa baginda masih hidup mereka berpegang bersama-sama Rasulullah 'tali' itu dan sekonyong-konyong merungkai ikatan 'tali' itu dan mula menyulam tali masing-masing dan sehingga kini bilangan yang hendak kembali berpegang kepada 'tali' ALLAH sebagaimana berpegangnya Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat semasa baginda masih hidup menghadapi pandangan sinis dari majoriti masyarakat?

Pada saya kerana selama ini masyarakat telah selesa dengan tali-tali lain.........kilangnya banyak! Jenama bermacam-macam, bahanpun sofiskated............

ALLAHU A'LAAM...........


_____________________________________________________
[size=-2]Ma'af sauber, panjang sikit.  Mohon diperkenan....

[ Last edited by  ayyohpeen at 2-11-2006 11:59 PM ]
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.095661 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list