|
Amalan Sunni dan Syiah di bulan Ramadhan.. berbeza?
[Copy link]
|
|
Jika nak diikut, pengikut Sunni sendiri bukan hanya amalkan 8 dan 20 rakaat, tetapi ada juga 36 rakaat, ada 40 rakaat... tapi kita di Malaysia ni biasanya yg tu je lah... 8 dan 20 tu...
Saya just petik sedikit artikel dari al-ahkam berkenaan perbezaan rakaat ni :
[quote]Solat tarawikh 11 rakaat atau 13 rakaat, melakukan salam pada setiap 2 rakaat dan 1 rakaat witir adalah afdal, meniru cara Nabi saw, dan siapa solatnya 20 atau lebih maka TIDAKLAH MENGAPA, kerana Nabi saw bersabda "Solat malam 2 rakaat 2 rakaat, jika ditakuti akan subuh, bersolatlah satu rakaat, yang menjadi witir baginya dari solat yang dilakukan" Mutafaq 'Alaih, Maka tidak dihadkan rakaat Solat dan salamnya kerana sesungguhnya Umar ra. dan sahabat-sahabat ra. bersolat pada beberapa malam bersolat 20 rakaat melainkan witir, dan mereka adalah orang yang lebih tahu akan sunnah."
Bagi yang ingin mengikut sunnah (hadith A'isyah) bolehlah melakukan 11 rakaat, atau bagi yang ikut pandangan jumhur (termasuk Imam Mazhab) bolehlah melakukan 23 rakaat, ataupun boleh mengikut pandangan beberapa ulama' yang tidak menghadkan bilangan rakaat solatnya.
Elok juga rasanya kita melihat komen Sheikh al-Islam Ibn Taymiyah, katanya:
التراويح إن صلاها كمذهب أبي حنيفة ، والشافعي ، وأحمد : عشرين ركعة أو : كمذهب مالك ستا وثلاثين ، أو ثلاث عشرة ، أو إحدى عشرة فقد أحسن ، كما نص عليه الإمام أحمد لعدم التوقيف فيكون تكثير الركعات وتقليلها بحسب طول القيام وقصره .
"Jika seorang berSolat Tarawih sepertimana mazhab Abu Hanifah, Al-Syafie dan Ahmad : 20 rakaat atau : sebagaimana Mazhab Malik iaitu 36 rakaat, atau 13 rakaat, atau 11 rakaat, maka itu yang terbaik, sebagaimana Imam Ahmad berkata, kerana tidak ada apa yang dinyatakan dengan bilangan, Maka lebih atau kurangnya bilangan rakaat bergantung kepada berapa panjang atau pendeknya qiamnya" - [Al-Ikhtiyaaraat ms 64]
Petikan fatwa : Adakah Rasulullah saw solat tarawikh 20 rakaat?
Fatwa Syiekh Atiyah Saqr (bekas pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar)
Riwayat Bukhari dan yg lainnya dari Ai'syah r.h. sesungguhnya Nabi saw tidak menambah didalam bulan Ramadhan dan tidak mengurangkannya 11 rakaat. Beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 3 rakaat.Dan beliau berkata kepadanya [Ai'syah] :"dia bersolat 4 rakaat", tidak bertentangan dengan membuat salam setiap dua rakaat, dan Nabi saw bersabda : {صلاة الليل مَثْنَى مَثْنَى} "Solat dimalan hari dua rakaat, dua rakaat". Dan dia [Ai'syah]: { يصلِّى ثلاثًا}"dia bersolat 3 rakaat" - ini bermakna berwitir dengan 1 rakaat dan 2 rakaat.Riwayat oleh Muslim dari Urwah, dari Ai'syah r.h. katanya :
يصلِّي من الليل إحدى عشرة ركعة، يُوتر منها بواحدة، وجاء في بعض الطرق لهذا الحديث: يُسلِّم من كل ركعتين.
"Nabi saw solat pada waktu malam 11 rakaat, melakukan witir darinya 1 rakaat, dan datang dari jalan lain hadisnya :"beliau memberi salam pada setiap 2 rakaat".
Riwayat Ibnu Hibban ibnu Huzaimah dari 2 sahih, dari Jabir r.a. bahawa Nabi saw solat 8 rakaat dan 1 witir, mereka menunggunya di Qabilah tetapi beliau keluar kepada mereka. Ini adalah yg sah dari Nabi saw, dan tidak sah apa sahaja perkara yg tidak keluar darinya. Tetapi sah juga bahawa terdapat manusia yg solat menurut Umar, Uthman dan Ali rm - 20 rakaat. Ia merupakan pandangan jumhur fuqaha' Hanafi, Hanbali dan Daud.
Berkata Termizi :"Sangat banyak ulama' yg bersama pandangan Umar dan Ali dan selain dari keduanya para-para sahabat nabi saw - 20 rakaat. Dan ia adalah pandangan terbaru Ibnu Mubarak dan Syafi'ie. Dan berkata : {هكذا أدْركتُ الناس بمكة يُصلُّون عشرين ركعة، وذَهَب مالك إلى أنها ست وثلاثون ركعة غير الوِتر}"Saya mendapati orang di Mekah bersolat 20 rakaat, dan Malik telah bersolat 36 rakaat tidak termasuk witir". Al-Zulkani didalam syarah Al-Muwahib Al-Laddiniyah berkata :"Mengingatkan bahawa Ibnu Hibban mendahulukan solat tarawikh 11 rakaat, dan memanjangkan bacaannya, kemudian ia menjadi berat keatas mereka, mereka memendikkan bacaan dan menambah jumlah rakaat. Mereka bersolat 20 rakaat baik genap atau ganjil mereka melakukan bacaan yg sederhana. Mereka mengurangkan bacaan dan menjadikan jumlah rakaat 36 dan bukannya genap dan ganjil. Dan perkara pun terus berlalu. Ini, telah disebut oleh Al-Hafiz didalam riwayatnya : perbezaan adalah dari segi panjang pendiknya sesuatu bacaan, maka dimana bacaannya dipanjangkan maka rakaat dikurangkan, dan begitulah sebaliknya. Al-Hafiz menyebut bahawa orang Madinah bersolat 36 rakaat menyamai qualiti orang Mekah, sesungguhnya mereka bertawaf 7 kali pusingan diantara setiap solat tarawikh, Maka jadilah ahli Madinah tempatnya ialah setiap 7, 4 kali rakaat.
Kesimpulannya, solat tarawih boleh dilakukan sebanyak 8 rakaat, 20 rakaat atau pun lebih. Apa yang penting ialah kita menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah swt dan dilakukan secara ikhlas. Solat tarawih yang dilakukan itu hendaklah ditunaikan dengan sempurna rukunnya, dan bukan secara tergesa-gesa. Wallahu'alam
-wassalam-
Rujukan :
1. Al-Lajnah al-Daa抜mah li抣-Buhooth al-慖lmiyyah wa抣-Ifta |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat isu ini semasa ditimbulkan dalam satu usrah satu-satu waktu dahulu.
Sheikh Hassan Al-Banna ketika ditanya perselisihan ahli Ikhwanul-Muslimin tentang berapa rakaat yang sebenar sembahyang terawih ini, maka dijawabnya 'Yang manakah lebih utama antara merapatkan hubungan kewajiban antara sesama Islam ataupun perpecahan disebabkan hanya sunat sembahyang terawih?'
Bukankah lebih baik...sesiapa nak ikut Aisyah buat saja 8.
Sesiapa nak ikut Umar buat saja berterusan berjemaah di masjid.
Sesiapa nak ikut Ahlul-Bait as maka buat saja seperti mana sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah saaw kepada ahli keluarganya sendiri iaitu solat sunat malam-malam Ramadhan.
[ Last edited by Gravedigger at 25-9-2006 12:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
OK...we move to the next issue, eating time!
Biasanya orang-orang sunni berbuka puasa secepat mungkin dan dikatakan sunnat berbuat demikian. Selalunya maghrib bagi orang-orang sunni masih lagi belum gelap dan langit masih lagi berwarna kemerah-merahan dik silauan matahari yang masih lagi berada di horizon.
Bagi pengikut-pengikut Ahlul-Bait pula, mereka agak lewat sikit berbuka sehingga matahari benar-benar tenggelam dan sinaran kemerah-merahan telah hilang di hujung langit. Mereka berpendapat pada waktu itulah waktu malam sebenar yang menurut arahan berpuasa.....'berpuasalah dari siang hingga ke malam.' |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 25-9-2006 01:16 PM
OK...we move to the next issue, eating time!
Biasanya orang-orang sunni berbuka puasa secepat mungkin dan dikatakan sunnat berbuat demikian. Selalunya maghrib bagi orang-orang sunni masih lagi b ...
Saya cuma cuba letakkan ayat-ayat dan hadith berkaitan untuk dibincangkan.
Permitted to you, on the night of the fasts, is the approach to your wives. They are your garments and ye are their garments. Allah knoweth what ye used to do secretly among yourselves; but He turned to you and forgave you; so now associate with them, and seek what Allah Hath ordained for you, and eat and drink, until the white thread of dawn appear to you distinct from its black thread; then complete your fast Till the night appears; but do not associate with your wives while ye are in retreat in the mosques. Those are Limits (set by) Allah. Approach not nigh thereto. Thus doth Allah make clear His Signs to men: that they may learn self-restraint. (Al-Baqarah : 187)
Dari hadith pula :
Sahih Muslim
Book 006, Number 2422:
'Abdullah b. Abi Aufa reported: We were with the Messenger of Allah (may peace be upon him) on a journey during the month of Ramadan. When the sun had sunk he said: So and so, get down (from your ride) and prepare the meal of parched barley for us. He said: Messenger of Allah, still (there is light of) day. He (the Holy Prophet) said: Get down and prepare meal of parched barley for us. So he got down and prepared the meal of parched barley and offered him, and the apostle of Allah (may peace be upon him) drank that (liquid meal). He then told with the gesture of his hand that when the sun sank from that side and the night appeared from that side, then the observer of the fast should break it.
Sahih Muslim
Book 006, Number 2425:
This hadith has been narrated on the authority of Ibn Abi Aufa (Allah be pleased with him) through another chain of transmitters (but with a sight alteration of words): In this hadith transmitted by one of the narrators (neither these words are found): During the month of Ramadan." nor his statement:" And the night prevails from that side (the eastern side)." (These words are found in the narration of) Hushaim only. |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu saya Rasulullah s.a.w. buat Terawih 8 rakaat... Khalifah Omar tukar jadikan 20 ( Ustaz2 di radio dan TV Malaysia juga gemar menyuruh buat 20 kerana konon nya 8 rakaat macam 'malas' je.. betul ke patut begitu)... dan sekarang saya dapat ilmu baru bahawa Syiah tidak melakukan solat Terawih. This is something interesting to know.. Walaupun saya pernah dengar bahawa Syiah mempunyai ibadat dan solat-solat sunat lain pada malam hari dan adakala sampai bengkak-bengkak kaki seperti kita dengar Rasulullah s.a.w., Imam Ali dll dulu nya...
Itu yang dulu saya musykil, kerana kalau sekadar Terawih 20 + Witir 3 untuk jadikan total 23 dan khatan sesurah setiap malam pun tak bengkak kaki lagi... tentu ada amalan lain yang boleh menyebabkan bengkak kaki...
p/s Terawih 21 rakaat tu kesilapan saya menaip je.. sepatut nya 20... Saya buat posting tu tak sampai pun 30 saat sebab kelam kabut nak keluar masa tu... Sori ye, tak yah lah buat spekulasi seolah-olah saya tak pernah sembahyang Terawih dsb nya pula... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 25-9-2006 12:51 PM
sesiapa nak ikut Aisyah buat saja 8.
Sesiapa nak ikut Umar buat saja berterusan berjemaah di masjid.
Sesiapa nak ikut Ahlul-Bait as maka buat saja seperti mana sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah saaw kepada ahli keluarganya sendiri iaitu solat sunat malam-malam Ramadhan.
cara nkau tulih ni mcm la aisyah saje buat citer
seolah2 buat 8 tak ikut nabi... ikut aisyah
buat 20 pulak ikut umar... bukan ikut nabi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 27-9-2006 10:59 AM
cara nkau tulih ni mcm la aisyah saje buat citer
seolah2 buat 8 tak ikut nabi... ikut aisyah
buat 20 pulak ikut umar... bukan ikut nabi
Bukan camtu bang.....kalau engko yakin sangat pada si merah jambu aisyah (memetik kata- kata Dr Mashitah) maka eloklah ko ikut saja cakap dia.
Begitu juga kalau engko yakin pada si Umar yang setiap malam dipaksa buat secara jemaaah maka kenapa ko tak ikut saja dia?
Naper bising-bising lak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Saidatina Aisyah adalah isteri nabi yang paling dikasihi antara semua isteri beliau. Tak salah kalau berpandukan hanya dari beliau sebab beliaulah yang selalu berdamping dengan nabi berbanding Umar yang buat 20. |
|
|
|
|
|
|
|
depa tu rapat belaka dgn rasulullah... aisyah sbg isteri... umar sbg sahabat... elok lah berbaik sangka... depa takkan memandai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BatuApi at 28-9-2006 09:12 AM
Saidatina Aisyah adalah isteri nabi yang paling dikasihi antara semua isteri beliau. Tak salah kalau berpandukan hanya dari beliau sebab beliaulah yang selalu berdamping dengan nabi berbanding Umar ...
Rasa nya kurang tepat tu... isteri yang paling dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. adalah Siti Khadijah r.a. ... Rasulullah s.a.w pernah berkata begitu kepada Aishah r.a. dan Aishah dengan nada cemburu bertanyakan sebab nya, dan kalau tak silap saya, jawapan Rasulullah s.a.w. terjemahannya berbunyi hampir begini " Siti Khadijah melebihi kalian semua dan paling ku kasihi kerana dia banyak kelebihan dan antaranya memberikan apa yang kalian tidak dapat berikan iaitu melahirkan zuriat-zuriatku.." |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah maksud Terawih 8 tu dari Saiyidatina Aishah? Adakah bermaksud Aishah sahaja melakukan begitu dan Rasulullah s.a.w. tidak pernah berterawih secara jemaah masjid sebegitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Saje nak tahu...
Adakah golongan Syiah buat tadarus dlm bulan Ramadhan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 25-9-2006 01:16 PM
OK...we move to the next issue, eating time!
Biasanya orang-orang sunni berbuka puasa secepat mungkin dan dikatakan sunnat berbuat demikian. Selalunya maghrib bagi orang-orang sunni masih lagi b ...
Sunnah menyegerakan berbuka setelah diketahui terbenamnya matahari, baik dengan melihatnya secara langsung, ataupun dengan kuatnya dugaan bahwa matahari telah tenggelam, yaitu dengan azan, berita dari orang yang terpercaya, dan sebagainya.
Diriwayatkan dari Sahl bin Sa'ad, bahwa Nabi saw bersabda:
"Manusia itu akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka."
(Muttafaq 'alaih).
Rasulullah saw meriwayatkan bahwa Allah swt berfirman:
/ - .
"Sesungguhnya hamba-Ku yang paling Aku cintai adalah yang paling menyegerakan berbuka."
(HR. Ahmad dan at¬Tirmidzi)
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 28-9-2006 11:38 AM
Sunnah menyegerakan berbuka setelah diketahui terbenamnya matahari, baik dengan melihatnya secara langsung, ataupun dengan kuatnya dugaan bahwa matahari telah tenggelam, yaitu dengan azan, beri ...
Yang dimaksudkan segera ini adalah sesuatu yang subjektif.
1. Ada orang yang segera (terlalu segera) sehingga tak terlewat satu saat pun untuk berbuka. Bila muezzin buka mulut saja nak melaungkan azan dan baru saja menyebut Allah.. maka teruslah boleh berbuka. Nampak macam lahap dan gelojoh sikit kan yang?
2. Ada orang yang berpendapat bahawa maksud segera adalah selepas azan maghrib telah selesai dilaungkan oleh muazzin dan barulah sesuai untuk berbuka. Bukankah lebih baik azan itu dihormati daripada makan semasa azan.
3. Ada juga orang yang berpendapat maksud segera adalah selepas yakinnya masuk waktu malam dah tiba. Lewatnya mereka daripada golongan yang 1 tadi pun cuma berbeza lebihkurang 15 minit saja dan bukanlah sampainya waktu Isya.
Bukankah golongan ke 3 ini nampak sabar dan lebih berhati-hati agar tak terbatal puasa mereka?
[ Last edited by Gravedigger at 29-9-2006 11:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku sebelum muazzin tu azan dia dah berbuka dulu. nampaknya grave kena la tunggu orang yang dah berbuka puasa tu habis azan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 30-9-2006 07:47 AM
setahu aku sebelum muazzin tu azan dia dah berbuka dulu. nampaknya grave kena la tunggu orang yang dah berbuka puasa tu habis azan.
Hehehe...aku ni termasuk golongan orang-orang yang sabar sehingga benar-benar yakin tibanya malam dan bukannya orang-orang yang gelojoh tak sabar-sabar nak mentekah darah. Anyway kat tempat aku ni pun masa berbuka bukannya dengan laungan azan tapi menggunakan siren macam masa perang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 25-9-2006 01:16 PM
OK...we move to the next issue, eating time!
Biasanya orang-orang sunni berbuka puasa secepat mungkin dan dikatakan sunnat berbuat demikian. Selalunya maghrib bagi orang-orang sunni masih lagi b ...
Salam...............
Respon kepada sdr gravedigger, hanya sekadar pertanyaan yang berlegar dalam benak, yang sesiapa sahaja boleh jawab.
Atas authority apakah(siapakah?) waktu berbuka puasa diawalkan/percepatkan(tentunya tidak sama makna dengan disegerakan berbuka bila masuk waktu berbuka) dan atas authority apakah(siapakah?)waktu memulakan berpuasa jauh kebelakang, sebelum terbit fajar saddiq?
Lihat Al-Quran surah Al-Baqoroh, sebahagian ayat 187 yang menyentuh perintah mula dan akhir puasa pada tiap-yiap hari dalam bulan Ramadhon
......dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 30-9-2006 03:46 PM
Salam...............
Respon kepada sdr gravedigger, hanya sekadar pertanyaan yang berlegar dalam benak, yang sesiapa sahaja boleh jawab.
Atas authority apakah(siapakah?) waktu berbuka puasa d ...
Salam kembali....
Mungkin golongan-golongan ini bersandarkan daripada hadis yang disesuaikan dengan selera mereka sendiri walaupun tak seiring dengan keterangan-keterangan yang jelas daripada al-quran.
Dari hadith pula :
Sahih Muslim
Book 006, Number 2422:
'Abdullah b. Abi Aufa reported: We were with the Messenger of Allah (may peace be upon him) on a journey during the month of Ramadan. When the sun had sunk he said: So and so, get down (from your ride) and prepare the meal of parched barley for us. He said: Messenger of Allah, still (there is light of) day. He (the Holy Prophet) said: Get down and prepare meal of parched barley for us. So he got down and prepared the meal of parched barley and offered him, and the apostle of Allah (may peace be upon him) drank that (liquid meal). He then told with the gesture of his hand that when the sun sank from that side and the night appeared from that side, then the observer of the fast should break it.
Sahih Muslim
Book 006, Number 2425:
This hadith has been narrated on the authority of Ibn Abi Aufa (Allah be pleased with him) through another chain of transmitters (but with a sight alteration of words): In this hadith transmitted by one of the narrators (neither these words are found): During the month of Ramadan." nor his statement:" And the night prevails from that side (the eastern side)." (These words are found in the narration of) Hushaim only. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 30-9-2006 11:58 AM
Hehehe...aku ni termasuk golongan orang-orang yang sabar sehingga benar-benar yakin tibanya malam dan bukannya orang-orang yang gelojoh tak sabar-sabar nak mentekah darah. Anyway kat tempat aku ...
kalau solat maghrib macam mana pulak... (masa bukan bulan ramadhan) |
|
|
|
|
|
|
| |
|