CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayyohpeen

BERPUASA MENURUT APA YANG ALLAH PERINTAHKAN DALAM AL-QURAN

[Copy link]
Post time 4-10-2006 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 4-10-2006 10:01 PM
Salam Bateesta,



Im just conveing the message, you judge yourself in the light of the Quran whether our your deeds is right or wrong. ...


W'salam bro , i need a confirmation here , now. Just answer YES or NO

According 2 the ayat , adakah umat islam di mesia ni , SALAH , iaitu brbuka awal or another word , puasa x ckp tempohnya. Just answer yes or no , tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 4-10-2006 10:01 PM
ilallili = sampai malam

I believe the verse is crystal clear. don't you think so?

salam

.

Ok bro , psl kau tahu , plz define mlm. Pukul brp , 8 , 9 or 12 , plz provide the answer according 2 yr understanding , tq again
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 06:40 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 4-10-2006 01:46 PM
Pernahkah kita mencuba untuk mengikatkan benang hitam
dan benang putih pada dua batang kayu ais kerim atau ranting kecil dan
halakan kepada ufuk timur ketika cuaca baik dan
matahari hampir terbit?(Fajar Sadiq)dan menghalakan
kearah ufuk barat ketika matahari hampir hilang
terbenam sepenuhnya? Agak-agaknya pukul berapa ek
sepatutnya kita boleh mula dan boleh berbuka?


Pada zaman Nabi lagi, orang telah cuba mengikat benang putih dgn benang hitam di kaki mereka untuk melihat bila waktu bermula puasa, yg kemudiannya ditegur oleh Rasul untuk menerangkan apa dia maksud benang hitam dan benang putih tersebut.

Pemahaman saya sendiri melalui ayat tersebut, perkataan "khait-ul abyad" dan "khait-il aswad" itu tidak merujuk secara literal kepada "benang", tetapi adalah merujuk kepada the whiteness of the dawn and the blackness of the night.

Dalam hal waktu berbuka, al-lail pula mengundang perbezaan definisi. Adakah ianya hanya cukup sekadar terbenam matahari untuk menandakan malam, atau adakah ianya memerlukan the blackness of the night untuk ianya menandakan malam.

[ Last edited by  antiQue at 5-10-2006 07:29 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 4-10-2006 07:31 PM


Salam always typo. Puasa sepatutnya disempurnakan sampai malam, Cuba lihat diluar sewaktu saudara/i berbuka puasa..adakah siang telah ditanggalkan darinya?

salam


Permulaan malam adalah  apabila seluruh cakera matahari  di bawah ufuk ketara tempatan. Matahari adalah makhluk yang dijadikan Allah bercahaya, dan apabila ia terbenam PASTI akan ada cahaya residual darinya. Itulah yang menyebabkan kecerahan. Kadar kecerahan itu bergantung kepada banyak faktor termasuk keadaan persekitaran kawasan, kadar pembiasan langit (yang berbeza2 bagi setiap negeri / negara) dsbgnya lagi.

Ketika cakera matahari terbenam keseluruhan di ufuk barat, kalau anda lihat di ufuk timur, kegelapan malam sudah pun bermula. Itu sudah cukup. Kegelapan malam itu akan bergerak perlahan-lahan dari ufuk timur melalui tempat observasi anda  dan akhirnya sampai ke ufuk barat. Rasullullah mengajar para sahabatnya bahawa kegelapan di ufuk timur itu sudah cukup sebagai menandakan permulaan malam. Tidak perlu ditunggu sampai gelap keseluruhan.

Kalau Allah mahukan kita berpuasa sehingga gelap tentulah akan disebutkan pasal kegelapan malam dalam ayat 187 tersebut ie "zhulumat", tetapi ianya telah tidak disebut langsung. Cuma "ilallail". Lail perlu ada permulaannya, dan bermula lail atau malam itu adalah bila seluruh cakera matahari berada di bawah ufuk barat, bukan seluruh tempat (ufuk timur, tempat observasi dan ufuk barat) gelap.

Itu keyakinan saya. Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, semoga kita semua dibawa dari kegelapan zhulumat dan dilimpahkan dalam cahaya nuur Islam dan Iman seperti yang diajarkan Allah kpd RasulNya dan kpd umat islam keseluruhan..

[ Last edited by  always_typo at 5-10-2006 09:39 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 5-10-2006 09:35 AM


Permulaan malam adalah  apabila seluruh cakera matahari  di bawah ufuk ketara tempatan. Matahari adalah makhluk yang dijadikan Allah bercahaya, dan apabila ia terbenam PASTI akan ada cahaya residual darinya. Itulah yang menyebabkan kecerahan. Kadar kecerahan itu bergantung kepada banyak faktor termasuk keadaan persekitaran kawasan, kadar pembiasan langit (yang berbeza2 bagi setiap negeri / negara) dsbgnya lagi.

Ketika cakera matahari terbenam keseluruhan di ufuk barat, kalau anda lihat di ufuk timur, kegelapan malam sudah pun bermula. Itu sudah cukup. Kegelapan malam itu akan bergerak perlahan-lahan dari ufuk timur melalui tempat observasi anda  dan akhirnya sampai ke ufuk barat. Rasullullah mengajar para sahabatnya bahawa kegelapan di ufuk timur itu sudah cukup sebagai menandakan permulaan malam. Tidak perlu ditunggu sampai gelap keseluruhan.


setujus.
Dulu kecik2 pasal waktu nak berbuka dan bersahur ni jugak selalu bermain dlm fikiran aku.Macam mana org zaman nabi dulu mencari waktu.Rupa2nya diaorg pun dah ada teknologi masa.Sedangkan zaman nabi nuh pun dah ada benda2 ni semua.Tapi skrg aku terima.Lebih2 lagi dlm zaman penuh teknologi ni.apa nak hairan utk mencari ketepatan waktu.

Cuma sekarang aku nak dengar org yg tak pecaya dgn hadis dan sunah rasullullah pulak camna diaorg sembahyang, semayang jumaat ka, sembahyang raya ke.huhu!

-rabbi-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 4-10-2006 02:20 PM


Saya agak musykil.

Ayat al quran tu tak ada sebut pun pasal TIDAK DAPAT membezakan
benang putih dengan benang hitam sebagai tanda berbuka.

Yang disebutkan adalah DAPAT membezakan benang ...


Salam utk kyas..........
Tidakkah Allah mencipta sesuatu itu berpasang-pasang? positive and negative?
Hatta pendapatpun ada pro and cont.
Dan untuk melunakkan suasana biar saya cadangkan bahawa malam itu bila matahari tenggelam sepenuhnya dan iaitu tiada lagi cahaya diufuk barat, boleh gitu kyas? atau anda ada lagi cadangan mengenai datangnya permulaan malam yang membolehkan kita berbuka?

Apapun janganlah itu menjadikan kita jauh dari ayat-ayatnya, sebab tujuan saya hendak mengajak semua keluarga saya disini untuk cuba mempraktikkan perintah sebegini, yang 'clear and direct'.  Itu sahaja.  Selebihnya saya serah kembali kepada ALLAH, kerana ALLAH Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2006 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 4-10-2006 08:38 PM

Ok , tq , aku dah faham.

Jd adakah brmaksud puasa org islam di mesia ni , psl aku duduk kat mesia , selama ini salah :stp:

Is that what r u trying 2 say:hmm:

Ok , according 2 ayat tu , s ...


Salam sejahtera Bateeste, bab tu kita serah kat ALLAH,itu hak prerogative ALLAH, tujuan saya ialah nak kita bertanya balik kat diri kita, bagaimana kita menunaikan sesuatu amalan itu yang kalau macam ni(direct and clear)pun masih memerlukan rujukan luar dari Al-Quraan.  Dan balik kepada tahap pemahaman, saya akur bahawa level of thinking yang tuhan bagi pada tiap-tiap manusia tak sama, mmg tak sama, sampai bila-bilapun tak sama.  Itu hak Allah.  Tugas saya ialah terus berusaha mencari JalanNya yang Lurus sambil memohon pertolongan dariNya kerana hanya Dia yang saya sembah.  Dan saya memohon banyak kema'afan sempena Ramadhon yang Mubarak ini kepada semua forumers disini.

Apa-apaun saudara dan lain-lain disini tetap keluarga saya:hatdown:

Allahu a'lam...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 4-10-2006 10:01 PM
Salam Bateesta,



Im just conveing the message, you judge yourself in the light of the Quran whether our your deeds is right or wrong.


ilallili = sampai malam

I believe the verse is c ...


Salam Loli,

Though I bilieved it too...... totally bilieved. and for extend I bieleved the whole without doubt.
Apa yang penting, baca berulang-ulang..............
Read the verses repeatedly.

ALLAHU A'laam:hatdown:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 03:07 AM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 1-10-2006 01:50 PM


Salamun Aalaikum M5,

Apabila saudara bernazar(vow/pledge) secara muktamat ataupun bersyarat, saudara boleh  merujuk kepada future action.
Contohnya didalam ayat tersebut Mariam didapati diperintahkan untuk berkata walaupun "pada hari ini" beliau tidak akan berkata kepada manusia lain.


Salam Sejahtera lolipop9, semua.

Bila Mariam berjanji didlm Q19:26 untuk tidak bercakap, ianya adalah saranan dari bayi yg berada dipangkuan beliau, i,e Nabi Isa.  Ini dapat dilihat dari ayat Q19:22-25.  Apa yg tidak dipercakapkan oleh Mariam adalah perihal kelahiran Nabi Isa yg belum dikhabarkan kepada umum.

Apabila kita lihat ayat Q19:26 yg menyebut "so say: 'That I made a duty/vow (on myself) to the merciful, a fast , so I will not converse/speak the day/today (to) a human " ini adalah kata2 dari Nabi Isa.  Kenapa Mariam "tidak bercakap" diterangkan didlm ayat2 yg berikut.

Sekembalinya Mariam ke pangkuan masyarakat, walaupun didalam pangkuan ibunya, Nabi Isa diberi kelebihan untuk bercakap untuk menerangkan tugas dan fungsi beliau didunia ini.  Lihat Q19:29-33.  Ini adalah apa yg dikatakan sebagai Mariam "tidak bercakap", kerana peranan dan sebab kelahiran tersebut, dijelaskan sendiri oleh Nabi Isa.

Originally posted by lolipop9
Pada hemat saya, "mereka memakan makanan" adalah bukti/tanda/ayat yang menunjukkan Al-Masih dan ibunya adalah manusia biasa, bukan seperti dakwaan segolongan manusia yang mengatakan Al-Masih Isa putera Mariam dan ibunya adalah Tuhan. Jika mereka adalah Tuhan, sudah tentu mereka tidak perlu makan.

Kebanyakkan Cristian hari ini masih mengangap Isa putera Mariam adalah anak Tuhan dan sebahagian dari Cristian Catholics dan Eastern Orthodox of Mariolatry masih menyembah Mariam sebagai Tuhan.


Premis yg mengatakan Tuhan menunjukkan Nabi Isa dan Mariam makan dan minum sebagai bukti mereka bukan Tuhan agak longgar sandarannya.  Bahan bukti dgn fakta kes mismatch.  Lolipop9 mungkin boleh melihat rasional sandaran sedemikian.  Ayat2 yg menjelaskan Nabi Isa adalah manusia biasa banyak diterangkan didlm ayat2 lain didlm al Qur'an.  These ayat2 are clear cut evidence yg mengatakan Nabi Isa itu Pesuruh Tuhan.

Kembali kepada persoalan "puasa/sawman" didlm Q19:26, diceritakan selepas kelahiran Nabi Isa, Mariam disaran untuk berjanji yg beliau "berpuasa/abstinence" dari keperluan untuk menceritakan ttg kelahiran Nabi Isa.

Persoalannya, bila Tuhan memilih untuk memilih ayat "sayman" didlm Q19:26, kenapa disini bila menyebut Mariam "berpuasa/abstinence", beliau mengambil makanan dan minuman?

Percanggahan maksud sesuatu ayat yg khusus tidak boleh terhasil didlm al Qur'an.  Ini dijelaskan didlm Q4:82

Q4:82
Yusuf Ali
Do they not consider the Qur'an (with care)? Had it been from other Than God, they would surely have found therein Much discrepancy.


Ayat yg sama saya andaikan ada digunakan oleh lolipop9 untuk menolak sandaran2 dari Koleksi2 Hadith.  Am I right? So, this part rasanya mudah untuk lolipop9 fahami.

Mengenai konsep "benang putih vs benang hitam", seperti juga "tangan kanan", "jgn masuk dari pintu belakang", etc, ini adalah ciri2 bahasa Classical Arabic yg diadaptasi kedalam Modern Standard Arabic.  Perbidalan begini bagi saya adalah ciri2 yg seangkatan dgn bahasa dahulu kala yg berkemungkinan terhasil dari pengaruh masyarakat setempat. Aramaic? Akkadian??.  Didlm konteks Q2:187 "benang putih vs benang hitam" adalah perbidalan ttg "yg benar dan yg tidak", yg dijelaskan oleh Tuhan didlm Kitab.  Lihat kaitan benang dan ayat sebelumnya, i.e "and desire (seek) what God has written/dictated for you,"

Saya bawakan kembali ayat2 tersebut untuk memudahkan rujukan:
..Q2:187

and desire (seek) what God has written/dictated for you, and eat and drink until the thread the white appears from the thread the black from the dawn ,
  Lihat bagaiamana diphtong "wa" yg menunjukkan kesinambungan digunakan didlm ayat diatas.

Tentang makan dan minum, sila rujuk kepada sandaran yg saya bawakan di post saya sebelum ini.

Ini adalah pemerhatian saya setakat ini.  Dialu2 kan sebarang komen.

Salam sejahtera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 01:29 PM | Show all posts
Salam to M5,
Terima kasih kerana meneruskan kupasan anda.........
Semuga ibadah puasa ini akan lebih difahami dengan lebih meluas lagi melalui perspektif yang berbeza dari yang konvensional, namun masih berada pada jalanNya yang Lurus, InsyaALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 6-10-2006 01:29 PM
Salam to M5,
Terima kasih kerana meneruskan kupasan anda.........
Semuga ibadah puasa ini akan lebih difahami dengan lebih meluas lagi melalui perspektif yang berbeza dari yang konvensional, namu ...


Salam to ayyohpeen.

Saya ringkaskan sedikit kupasan dari "berpuasa/abstinence/alssiyami " yg dirujuk dari Q19:26 dan Q2:187.

Q19:26 menyebut saranan kepada Mariam untuk tidak bercakap bagi menerangkan perihal kelahiran Nabi Isa.  Tindakan tidak bercakap ini dinamakan "berpuasa/abstinence"

Maka puasa as per Q19:26 adalah merujuk kepada "menyekat diri/abstinence" Mariam dari bercakap.

Q2:187 pula, menyebut saranan kepada mereka2 yg sedang "devoting in the mosques/places of worshipping God/fee almasajidi" untuk tidak mengadakan hubungan sex bersama pasangan mereka.  Selain dari itu, mereka masih dibenarkan untuk mengadakan hubungan sex diwaktu malam walaupun sedang "berpuasa".  Terdapat 3 perkara utama didlm ayat ini.

1. sex
2. mendekatkan diri kpd masjid (takrifan masjid ada saya cuba bincangkan di thread Isra' Mikraj)
3. puasa

Puasa as per Q2:187 merujuk kepada "menyekat diri/abstinence" dari sesuatu yg saya masih mencari sandarannya.  Tetapi amalan "tidak makan dan minum" jika ditafsirkan sebagai "puasa" ianya akan bercanggah dgn Q19:26 yg menyebut Mariam ada makan dan minum ketika beliau "berpuasa."

"Makan dan minum" yg disebut didlm Q2:187 jika dilihat dari konteks keseluruhan ayat, kita akan dapati ayat ini adalah kesinambungan dari ayat yg menyebut ttg proses penerimaan ayat2 al Qur'an.  Penerimaan ayat2 al Qur'an ini akan menukarkan situasi fahaman yg "gelap" kepada yg "jelas dan terang".

Salam sejahtera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 10-10-2006 03:40 PM


Salam to ayyohpeen.

Saya ringkaskan sedikit kupasan dari "berpuasa/abstinence/alssiyami " yg dirujuk dari Q19:26 dan Q2:187.

Q19:26 menyebut saranan kepada Mariam untuk tidak be ...


Salamun Alaikum

Sekadar pandangan peribadi:  Puasa pada 2:187 ialah puasa yang diwajibkan  dibulan tertentu, iaitu bulan Ramadhon.
Puasa(?) yang dimaksudkan perbuatan Mariam  membisu itu adalah NAZARnya.

Surah Maryam
[26] Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar(nazartu) diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.

Pandangan peribadi saya, ianya off-topik, kerana saya sebenarnya ingin membincangkan praktikal kita mengenai puasa dibulan ramadhon yang kita praktikkan, adakah ianya mengikut apa yang ALLAH firmankan secara bahasa yang berterus-terang dan macamana sehingga begitu sekali kita boleh terkeliru.  

Namun saya hargai kupasan anda yang cuba mengaitkan ibadah puasa dibulan Ramadhon dan peristiwa yang berlaku pada zaman Maryam dan Nabi Isa A'laihisalam.......  Namun adakah perlakuan nazar itu anda sudah lihat pada suroh-suroh sebelumnya?  Saya baru terbaca terjemahannya, namun tidak ingat secara spesifik.  InsyaAllah saya akan cari dan bentangkan disini.  Anyway it is interesting.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 10-10-2006 08:20 PM


Salamun Alaikum

Sekadar pandangan peribadi:  Puasa pada 2:187 ialah puasa yang diwajibkan  dibulan tertentu, iaitu bulan Ramadhon.
Puasa(?) yang dimaksudkan perbuatan Mariam  membisu itu ad ...


Salam sejahtera ayyohpeen.

Untuk mengupas dgn lebih lanjut topik "puasa" ini, mungkin ayyohpeen boleh teruskan perbincangan dgn membawa rujukan2 yg mengaitkan amalan puasa dgn bulan Ramadhan.

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 10-10-2006 03:40 PM


Salam to ayyohpeen.

Saya ringkaskan sedikit kupasan dari "berpuasa/abstinence/alssiyami " yg dirujuk dari Q19:26 dan Q2:187.

Q19:26 menyebut saranan kepada Mariam untuk tidak be ...



bangang punye tafsiran.Ko tau tak alquran itu menceritakan juga sesatu peristiwa yang terjadi dan disampaikan oleh Rasullullah.Kisah Maryam, kisah nabi yusof dan macam2 lagik. Sekrg ko berpose ke tak? Heh..pas ni ada satu huraian bahawa pose tu cuma membisu, tak bercakap mcm hint yg ko nak bgtu ni kan.tunggu..

Tak yah la ko nak berborak m5.Rukun islam ko pun tak lengkap lagik.

-Pope-
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 03:49 PM | Show all posts
Ko tinggal kat mana?Apsal tak terus je bgtu rutin masa ko berbuka.Jgn takut2 brader.bgtu je.Knp nak kena 20 minit selepas azan maghrib? Kan yg penting mega merah tu ilang je.
kalau area klang valley ni, lebih kurang pukul 7.30petang la ko berbuka ek.Masa pukul 7.30ptg tu ko intai dari mana mega merah tu hilang? kat tingkap umah ke? atau naik bumbung rumah? atau ko duk rumah pangsa ek?Kalu kul 6.30 dah gelap..dah ilang mega merah tu..untung eh kau.makan cepat.

Kita akan dah ada pakar yg menentukan waktu berbuka yg mengambil kira kwsn setempat sehingga mega merah tu menghilang mengikut satu2 zon yg dlm lingkungannya.apara..

Dlm masa yg sama ada org yg sama jugak macam ko..tapi berada kat tepi pantai area port kelang.7.30 terang lagi beb!masih nampak mega merah lagi.belum hilang wei takat 7.30ptg.
Pose tu jgn sia2.

-PopeJohnPaul-

[ Last edited by  antiQue at 13-10-2006 04:20 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by back_hand at 13-10-2006 03:49 PM
Ko tinggal kat mana?Apsal tak terus je bgtu rutin masa ko berbuka.Jgn takut2 brader.bgtu je.Knp nak kena 20 minit selepas azan maghrib? Kan yg penting mega merah tu ilang je.
kalau area klang vall ...


Masaalahnya spt yg sdr Gravedigger tulis diawal post ini, bukan sahaja benang putih masih kelihatan, malah bermacam-macam warna benang masih boleh dibezakan.  Daripada was-was, baik kita ikut perintah ALLAH, jangan main ikut perintah manusia yang mengaku pakar(bukan semua). Dan bila bermacam-macam warna benang masih boleh dibezakan kita telah berbuka sedangkan waktu yang sebetulnya masih lagi belum tiba mengikut apa yang difirmankan, jadi saya berkeputusan ikut apa yang ALLAH firmankan, bukan apa yang manusia putuskan kerana dihadapan ALLAH nanti saya tentu tidak dapat salahkan orang lainkerana apa yang saya buat ini adalah tanggungjawab sepenuhnya saya dengan RabbulJALIL.  Dan andapun tidak akan saya pertanggungjawabkan atas tindakan saya ini.  Namun begitu saya amat hargai pandangan anda kerana semua pandangan ada asasnya walaupun kekadang tu anda sendiri susah untuk memberi alasan yang kukuh.:hatdown:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2006 07:23 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 11-10-2006 10:13 PM


Salam sejahtera ayyohpeen.

Untuk mengupas dgn lebih lanjut topik "puasa" ini, mungkin ayyohpeen boleh teruskan perbincangan dgn membawa rujukan2 yg mengaitkan amalan puasa dgn bula ...


Salam untuk M5, mungkin saya terburu-buru, tetapi bila melihat kembali persoalan puasa menurut apa yang terdapat didalam Al-Quraan, maka mmglah maksudnya bukan setakat makan dan minum, maka rumusan yang terdapat didalam Al-Quraan itulah yang menjadi rujukan utama untuk kita mengikutnya dengan yakin.  Diharap M5 teruskan memberi pendapat.  Anda adalah dialu-alukan.:lebai:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2006 02:43 AM | Show all posts
Salam...........

Mungkin kita semua boleh memperkembangkan lagi perbincangan kita mengenai skop puasa, iaitu bukan setakat menahan makan dan minum sahaja.  Ia merangkumi menahan diri dari bercakap yang tidak berfaedah spt yg M5 perjelaskan.  Bagaimana pula puasa mata, puasa telinga atau lain-lain perkara yang melengkapi maksud ibadah puasa pada bulan Ramadhon ini? Mungkinkah suruhan puasa secara menyeluruh yang bukan setakat menahan diri dari makan dan minum ini boleh dicari nas-nasnya dari Al-Quraan?  Mari bersama bedbincang mengenainya........
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 03:45 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 17-10-2006 02:43 AM
Salam...........

Mungkin kita semua boleh memperkembangkan lagi perbincangan kita mengenai skop puasa, iaitu bukan setakat menahan makan dan minum sahaja.  Ia merangkumi menahan diri dari bercak ...

Aku setuju dgn kau bro , patutnya kita kaji lbh apa function puasa tu SEBENARNYA
Let me give u a hint
Puasa ramadhan cuma sebln sekali dlm 1 tahun sdgkan dlm 1 tahun ada 12 bln , that means 11 bulan lg bkn bulan puasa, so how abt that:hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2006 10:01 PM | Show all posts
Salam.........
Hmmm
Stat dari petang tadi sampai malam, sya dapati capaian internet sya sangat perlahan...........
Agak susah untuk reply post.......mungkin esok ok kot? AllahulAlimulHakim........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.091486 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list