CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wje605

ape motif orang siram kubur dgn air yassin

[Copy link]
Post time 31-10-2006 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 20-10-2006 10:18 AM



bukan melenting saja.  silap-silap kena cop wahabi.  
lagipun setakat siram tu bukannya ada apa-apa pun (kalau itu nita dia), tapi kalau niat dia ada yg pelik-pelik atau pi letak hukum apa-a ...



psssttt.........dari siram air kat kubur,lebey baik n menafaat menyiram air ke atas POKOK2.
Hatta, Nabi saw wsendiri menyuruh kita jangan MEMBAZIR AIR walaupun mengambil wudhuk di dalam sungai !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 19-10-2006 10:27 PM
ntahlah.. benda ni dah berkurun2 nenek moyang kita buat. kalau kata haram pulak, ramai yg melenting tak gitu.



Salam, sekadar satu renungan dari Kalamullah, Al-Baqoroh:
[170]
Dan apabila dikatakan kepada mereka Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah mereka menjawab: Bahkan kami menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya. Patutkah sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu, dan tidak pula mendapat Petunjuk Hidayat?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 10:41 PM | Show all posts
Apa hukumnya kalau melalui kawasan perkuburan Islam tapi tak bagi salam pada Ahli kubur?:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 02:19 AM | Show all posts
Yang saya dengar reson dia ialah - nak sejukkan orang dlm kubur yang tengah kena siksa.

Reason tanam pokok pulak supaya orang dlm kubur tu tak panas.

Orang suruh tanam tumbuhan atas kubur sebab tumbuhan ni berzikir setiap masa.

Ada juga pelawat tanah perkuburan yang mengatakan kalau kubur sipolan tidak ada tumbuhan yang tumbuh diatas nya -- kuburan si polan itu panas sebab sipolan itu tak sembahyang, puasa etc.


Ni lah yang saya dengar dari orang orang tua. Satu lagi orang tua ckp kalau orang perempuan pergi kubur kena pakai seluar dlm kain mereka sebab nanti ahli kubur nampak seluar dalam orang perempuan.

Saya dengar jer lah ckp ckp mereka ni nak berhujah ilmu pun tak dak ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by katakpuruz at 31-10-2006 10:41 PM
Apa hukumnya kalau melalui kawasan perkuburan Islam tapi tak bagi salam pada Ahli kubur?:lebai:


Awat ler hangpa nie dok tanya pasai HUKUM sana...HUKUM sini??? :hmm:

Kalau dah tau perkara tu sebagai memBAZIR,naper dok buat lagik??
Mana ada NAS....yg air tu bley menyejukkan oghang dalam kubur??
Tak pernah plak teman dengor nyer.

Hangpa nie terlalu tengok drama tv kot??
Kisah di dalam kubur yg di lakonkan olih Arwah Mahmud Jun???

Kalau nak sejuk lagi kalu mcm tu...........tanam jer la kat dalam ayor or masukkan ke dalam peti ais.!!
Sudah pasti...........SEJUK lagi memBEKU mayat/jenazah tu.
Mungkin dier bley idup dgn AMAN DAMAI GILANG GEMILANG lagi terBILANG dari DULU KINI n SELAMA nyaaaaaa............

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 19-10-2006 09:25 PM
Ramai orang melayu buat benda yg diwarisi shj , tnpa mengaitkan dgn ajaran islam sbnarnya


apa lagi amalan tok nenek kita yg kita ikut begitu sj tanpa mengaitkan agama kpdnya. klu peratikan budaya kenduri kendara paling byk amalan2 yg tak dikaitkan dgn agama. contohnya bagi bunga telur masa kenduri. sekarang ada pecah tradisi tu dgn memberi gula2, jelly, jeruk, towel kecil dsbgnya. adat batal air semayang memang takda dlm agama, tapi diwarisi begitu shj , tanpa mengaitkan dgn ajaran islam. begitu juga adat berpantun masa majlis kahwin, sekadar budaya yg diwarisi, buat takpa tak buat pun takpa selagi ianya bukan maksiat. tapi klu dah termasuk dlm kategori maksiat perlulah dipikir2kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2007 04:14 PM | Show all posts
Jirus Kubur

Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 04:23 PM | Show all posts
Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya.

Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i. Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur. Tetapi menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas dari serendah-rendahnya dihukumkan makruh yakni dibenci Allah dan rasulNya dan diberi pahala pada meninggalkannya, seperti juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada faqir dan miskin atas nama si mati, dan ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulama tanpa ada khilaf.

[ Last edited by  zamnie at 7-12-2007 04:24 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2007 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 7-12-2007 04:23 PM
Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan,  


tidakkah larangan ini akan memecahbelahkan umat. bukankah orang kaya mrk itu berkemampuan? itu antara persoalan yg akan timbul.

mungkin perbuatan meletakkan jambangan bunga masih dianggap 'salah' sebab belum ramai orang islam yg melakukannya. tapi bila majoriti dah melakukannya sure akan timbul fatwa mengharuskannya. yelah....islam ikut majoriti adalah amalan kita sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 12:10 PM | Show all posts
Org yang menyiram air atas kubur petanda mereka kerap menziarahi kubur. Bukankah menzirahi kubur sesuatu yg boleh mengingatkan kita pada kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:22 AM | Show all posts
setuju.
kita bersih kubur menandakan adanya saudara mara terdekat yg masih lagi mengingati simati
sebab tu pergi ziarah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 01:34 PM | Show all posts
skrg ni org jijak atas kubur org lain dgn sewenangnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:20 PM | Show all posts
sekadar nk berkongsi ....

kt kg aku klu ada kematian, biasanya akan dibuat kenduri arwah 3 mlm berturut2. setiap kali kenduri depa akan letakkn batu2 sungai kt tengah2, ala2 klu kita wat baca yassin letakkan air kt tengah2, camtulah. lps 3 ari batu2 tu akan diletakkn di atas kubur

dulu aku pon heran gak, sbb x prnh dengar org wat camtu. tp skang aku paham batu2 tu gunanya utk memampatkn tanah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by lyly at 19-10-2006 15:59
so far belum dengar lagik org dok siram kubur ngan air yassin


Budaya kat Malaysia Isle HADHARI ini adalah menyiram ayor kat ataih kuboq.

Mungkin kah mereka meniru ala ala Pelakon Arwah Mahmood June yg berlakon satu drama di suatu masa dahulu.
Yang pabila oghang menyiram ayor kat ataih kuboq dier, dier lam kuboq tu pun dapat ler meminum ayor tersebut utk menghilangkan 'dahaga' nya !!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 7-12-2007 16:33


tidakkah larangan ini akan memecahbelahkan umat. bukankah orang kaya mrk itu berkemampuan? itu antara persoalan yg akan timbul.

mungkin perbuatan meletakkan jambangan bunga masih dianggap ...


Mintak maap, tobby.

Islam yg teman ikuti ...............TIDAK i repeat TIDAK mengikuti sora majoriti.

Tetapi tidak tahu laa pulak bagaimana dgn ajaran Ustaz miker yg Islam mengikuti sora majoriti.
Contohnya kalu majoriti di suatu hari nanti memBENARkan zina, judi, rasuah merasuah..................bagaimana??
Ataupun majoriti solat maghrib....................2 rakaat?? Amacam?
Adakah miker akan ikuti nya??

Mungkin miker akan berkata, "Takkan itu pung tak tau.................bodo sangat laaaa"
Itu jawaban dari oghang yg tahu yg mana betul dan salah.
Dia telah belajar akan HUKUM HAKAM nya.
BUKAN.....i repeat....BUKAN mengikuti tindakkan MAJORITI.

Sora majoriti di dalam Islam hendak lah mengikuti Al Quran n Sunnah.
Bukan mengenai HUKUM HAKAM, AQIDAH, pemBAZIRAN etc.........

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 06:42 PM | Show all posts
bila ziarah kubur atuk aku, juz baca alfatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 12:42 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 7-12-2007 04:33 PM


tidakkah larangan ini akan memecahbelahkan umat. bukankah orang kaya mrk itu berkemampuan? itu antara persoalan yg akan timbul.

mungkin perbuatan meletakkan jambangan bunga masih dianggap ...


Mengikut kajian punca yang layak dipercayai tak ada larangan yang jelas pasal menabur bunga di kuburan (meletak jambangan bungan boleh dianggap perbuatan yang sama kot). Pasal siram air tak pasti mungkin jugak sama.   Sebab zaman Nabi, zaman sahabat tak pernah dibuat orang, jadi itulah mungkin tak ada larangan khusus.  Bila tak ada dalil larangan yang jelas, anggap itu satu budaya sahajalah masa ziarah kubur. Baca Quran di kubur perkara khilaf boleh jadi meleret-leret kalau di bincang - aku berpegang dengan pendapat pahala baca quran tidak sampai kepada si mati.. Riwayat Rasulullah saw cucuk pelepah kayu di kubur tak relevan dengan taburan bunga.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 11:32 AM | Show all posts
salam...
aku ziarah kubur...aku baca surah Yassin then aku hadiakankan seumpama pahala tue pada seluruh arwah...mak ayah aku yg pesan camni...then mak aku ada air yasin..di mana dr yasin yang kami baca tue...1st jirus pada Arwah Abang , Arwah Tok and Wan aku..then kami akan jirus secara rawak pd semua kubur yg berdekatan...tue jaa...
pasai bunga pula...adik aku akan kutip dr pokok2 yg ada bunga putih 5 kelopak tue..aku tatau bunga apa...
kami yg besar nie..membaca Yasin..sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 01:51 PM | Show all posts

Balas #33 junkredish\ catat

agaknya sama macam  pokok, batu tu nanti boleh berzikir sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:51 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 12-2-2009 12:42 AM


Mengikut kajian punca yang layak dipercayai tak ada larangan yang jelas pasal menabur bunga di kuburan (meletak jambangan bungan boleh dianggap perbuatan yang sama kot). Pasal siram air tak  ...


eden raso wp xde larang yg jelas psl menabur bunga dikuburan tapi ado larangan nabi dr menyerupai golongan kufar .

tabur2 bunga ni ado nmpk mcm menyerupai golongan budha .. atau apakah ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053884 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list