|
semoga pak cik jamal bertambah sihat & dipanjangkan umur |
|
|
|
|
|
|
|
tadi anon tanya kat mak.. ingat tak jamal ?
lepas tu mak kata... dgr kata dia sakit
pelik lah
mana dtgnye romours ni eh
akak sheila bawak bersabar..
mungkin ada yg salah faham kot
ada baiknya akak bgtau wartawan.. hal sebenar
[ Last edited by MsAnonymous at 23-10-2006 03:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
alamak..x knal la plak..hehhe..soriler kak sheila..sy baru setahun jagung..kalo stakat agnes monica tu knal la..:nyorok::nyorok:
napelaa press ni wat cite suke hati jek..kesian family kak sheila ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
oooo...akak seila ni anak pakcik jamal ke....kirim salam maaf zahir batin kat pakcik jamal |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Jamal memang sinonim dgn 'MINI PARLIMEN'...dulu memang program ni antara yg aku tunggu kalau time Merdeka...
teringat dulu setiap Hari Kebangsaan mesti ada Pak Jamal dgn anak2 kecil yg turut ikut serta perbarisan...
apa2 semoga Tuhan merahmati Keluarga Pak Jamal...
SALAM AIDILFITRI utk Pak Jamal sekeluarga... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MsAnonymous at 22-10-2006 11:43 AM
tadi anon tanya kat mak.. ingat tak jamal mirdad?
lepas tu mak kata... dgr kata dia sakit
pelik lah
mana dtgnye romours ni eh
akak sheila bawak bersabar..
mungkin ada yg salah faham kot
...
jamal mirdad sakit ker? |
|
|
|
|
|
|
|
masa zaman kecik dulu memang dia lah idola kanak2 time tuh.
semoga pakcik jamal sihat walafiat. |
|
|
|
|
|
|
|
TERIMA KASIH PADA SEMUAA.. :)
ADA WARTAWAN UTUSAN CALLED AKK BARU2 NI, FRIDAY ARITU. DIA KATA MOHON MAAF BAGI PIHAK UTUSAN DAN MESTI FAMILY AKK TERSINGGUNG DGN STATEMENT SEBEGITU. DIA KATA, APA YG TERNYATA DLM ARTIKEL TU, MEMANG MAZLAN HAMZAH YG KATA. MAZLAN TAU DARI MANA? NTAH...W'WAALAM..
BAGI YG MASIH INGAT PAKCIK JAMAL - D ONLY PAKCIK JAMAL..TERIMA KASIH BANYAK2. AKK DAH SAMPAIKAN SALAM ADIK2 SMUA PADA DIA. JAP LAGI SAMPAI LAA DIA SBB ANTA BEG2 AKK YG ARITU TERDAMPAR D RUMAH MAK MASA RAYA. :lol MAKLUMLAH KETA COMEL.
ADA YG TANYA ABAH AKK DAH DPT PANGKAT DATUK KER? DAAAH...DATUK DGN BEBERAPA ORG CUCU. :bgrin: MANA MUNGKIN DIA DPT TU SMUA SBB DIA YG TINGGALKAN 'BN' DAN BERGIAT AKTIF DLM PAS. BIASALAH... TAK KESAH LAH TU SMUA, PANGKAT DUNIA SAJA.
YG MENJADI KEBANGGAAN KAMI SEKELUARGA, ADALAH KERANA TAK ADA PENGGANTINYA SAMPAI SEKARANG. TIADA MINI PARLIMEN, TIADA TAMAN KANAK2, TIADA PERBARISAN KANAK2 MCM DULU..
DIA SEORANG YG KREATIF, INNOVATIF, DAN SEGALA YG TIF2 LAA. RAMAI YG TAK LEH CHALLENGE DIA PUNYA CARA BEKERJA. EVEN SKANG DAH BERUMUR 67 TAHUN, TAPI DAYA FIKIRANNYA TETAP MASIH UTUH. KALAU DIA BERPELUANG JADI AHLI POLITIK, MEMANG BANYAK YG BOLEH DISUMBANGKAN. TAPI..YE LAH, LOW PROFILE, DIA CUMA DPT SUMBANGKAN IDEA DIA UTK MEMBANTU MEREKA YG MEMERLUKAN KHIDMAT DIA UTK MENGHIBURKAN KANAK2 TERUTAMANYA.
DIA TAHU APA YG BERLAKU DALAM DUNIA NI. DIA TAHU HAMPIR KESEMUA PEMIMPIN2 DUNIA, PERGOLAKAN POLITIK, KIRA MCM APA YE..KIRA GENERAL KNOWLEDGE DIA, TAK LEH CHALLENGE GITU. DIA PENAH JATUH SAKIT 3 TAHUN LALU. TERUK BETUL, SAMPAI TAK TAHU MASA DSB. SEDIH BETUL MASA TUU. DIA NAMPAK KAMI MCM MASIH BERSEKOLAH. SEOLAH-OLAH DIA HIDUP DLM ZAMAN 70-80AN. APA YG KITA NAMPAK, TAK SAMA MCM DIA NMPAK. DIA SEOLAH2 BRADA DLM DUNIA YG LAIN. BOLEH LAA AKK KATA DIA TERKENA BUATAN ORG. SAMPAI MASA TU, YASER ARAFAT MENINGGAL PUN DIA TAK TAU. BILA DAH SMBUH, DIA DUK SEBUT YASER ARAFAT, SO, KAMI KENA BAGI TAU YG YASER ARAFAT DAH MENINGGAL. TAPI BILA DAH SEMBUH, MEMORI DIA RECOVER DGN PANTAS. SKIT PUN TAK MENUNJUKKAN YG DIA PENAH 'HILANG' MEMORI SEBENTAR.
DIA SAKIT SEMASA HARI LAHIR DIA YG KE 65 HARI TU, DAN MALAM 1 RAMADHAN. SO, SEPANJANG PUASA KAMI SMUA BERGILIR JAGA DIA. DIA TAK LEH 'JAGA' DIRINYA SENDIRI. KENA PAKAI DIAPER. TAK LEH BANGUN LANGSUNG. MCM DAH STROKE, TAPI BUKAN STROKE. KAKI TANGAN SMUA JADI HITAM, MCM DIBAKAR. SELALU DIA MENGERANG KESAKITAN, SAMPAI AKK USAP TANGAN DIA DGN PERLAHAN, DIA MENJERIT KESAKITAN. :cry: HARI RAYA PUN DIA TAK TAU KITA DAH RAYA..TAK PE LAH, BIARLAH IA MENJADI SEJARAH HITAM KELUARGA KAMI. PASTI KAMI TAK KAN LUPA STIAP KALI DTGNYA RAMADHAN.. |
|
|
|
|
|
|
|
ALHAMDULILLAH.. semoga akak dan keluarga dpt menempuh hidup2 dr hari mendatang.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
urm..
hai kak sheila.
baguslah wartawan dah dpt hidu kebenaran
yg macam kena buatan org tu..dah ok ke belum kak?
tak berapa jelas. harap dah sembuh lah.
rasanya memang takkan mudah org nak lupa abah akak.. org zaman2 saya ni mesti ingat ah.. sebab time saya kecik still ada lagi mini parlimen tu..
kak shiela..
kebetulan akak ada.. apa kata akak saja update kisah pakcik jamal kat thread ni.
mudah2an , kalau ada yang terlupa.. mungkin akan ingat kembali kat pakcik jamal.. dan mini parlimennya tu :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 MsAnonymous's post
asal aku tak pasan a.. uuu adekah aku terlalu mude..ataupon aku byk tgk kartun jek dulu..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 jac_diehard_fan's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 MsAnonymous's post
>_< walau bagaimana pon setelah membaca post2 sblm ni.. sy tahu betape besaunye sumbangan ayah akak kpd industri hiburan kanak2 ketika itu.. :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
mae masih ingat lg dgn pak jamal....dgn mini parlimennya |
|
|
|
|
|
|
|
tadi aku try search kat google pasal pakcik jamal & mini parlimen
terjumpa ni
Oleh : DATIN SERI DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALI
Tempat: DEWAN HANG TUAH, MELAKA
Tarikh: 10/08/1985
Tajuk : PERSIDANGAN KEDUA MINI PARLIMEN KANAK-KANAK MALAYSIA, SEMPENA HARI KEBANGSAAN
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Rahim Tamby
Chik, Ketua Menteri Melaka
dan Datin Seri;
Yang Berhormat Dato' Seri Sanusi Junid,
Menteri Pembangunan Negara dan Luar
Bandar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pusat Perayaan
Hari Kebangsaan
dan Datin Seri;
Yang Berhormat Menteri-Menteri;
Dif-Dif Kehormat;
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Saya berasa bangga dan mengucapkan terima kasih kerana
sekali lagi dijemput untuk menghadiri dan seterusnya
merasmikan Persidangan Kedua Mini Parlimen Kanak-Kanak
Malaysia. Sesungguhnya saya berasa besar hati kerana
melalui Mini Parlimen ini kanak-kanak berbilang kaum dari
seluruh negara dapat berkumpul dan berbincang mengenai
hal-hal yang berfaedah bagi generasi kanak-kanak khasnya,
dan masyarakat amnya. Dengan adanya Mini Parlimen ini,
selain daripada dapat menyemai dan menyuburkan perasaan
kasih sayang di antara kaum di negara ini, ianya juga akan
dapat memberi tunjuk ajar kepada golongan kanak-kanak untuk
menanamkan semangat kebangsaan dan cintakan tanahair, selain
daripada mendisiplin kanak-kanak itu sendiri.
2. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Encik Jamal
Mohamad, selaku Speaker dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Mini Parlimen, dan juga semua pihak yang telah berusaha bagi
menjayakan Persidangan kali ini.
3. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Radio
dan Televisyen Malaysia dan Kementerian Penerangan kerana
usahanya merakamkan Persidangan ini. Terima kasih juga
kepada pihak-pihak yang telah memberikan kerjasama dalam
menjayakan program ini. Adalah diharapkan sokongan seumpama
ini akan memberi dorongan dan galakan kepada lebih banyak
lagi pihak-pihak lain untuk turut serta memeriah dan
menjayakan program ini di masa hadapan.
4. Dengan ini saya dengan sukacitanya membuka Persidangan
Mini Parlimen Kedua ini dengan rasminya. Selamat bersidang.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamu alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.
ko dah wujud ke belum time ni jdf?
ustaz sufi memang belum.. aku tau
|
|
|
|
|
|
|
|
satu ni aje yang aku jumpa..
itupun teks ucapan datin semah |
|
|
|
|
|
|
|
bile eh cite neh..dlm taun bape agaknye.. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 MsAnonymous's post
biarlah rahsia... :lol aku da wujud time tuh.. :ah: tgh menyusu lagik kot. wkakaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #39 jac_diehard_fan's post
bukan cerita lah
rancangan kanak²..
tapi byk gak isu dorang dok belasah
ekekek
siap ada nangis² tau
so cute
|
|
|
|
|
|
|
| |
|