lollipop This user has been deleted
|
banyaknyer sejarah...
yang paling dasat..istana negara umah tauke cina?biar betik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lollipop at 15-2-2005 04:38 PM:
banyaknyer sejarah...
yang paling dasat..istana negara umah tauke cina?biar betik..
jgn tak tau...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
LAPANGAN TERBANG SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR
LAPANGAN TERBANG SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR
Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956 ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000.
Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, A.O.A.C. pada tahun 30an. |
|
|
|
|
|
|
|
OLD NAMES OF ROADS IN KUALA LUMPUR
Ampang Road - Jalan Ampang
Ampang Street - Leboh Ampang
Batu Road - Jalan Tuanku Abdul Rahman
Birch Road - Jalan Maharajalela
Bluff Road - Jalan Bukit Aman
Brickfields Road - Jalan Sambanthan
Campbell Road - Jalan Dang Wangi
Cecil Street - Jalan Hang Lekir
Church Street - Jalan Gereja
Clarke Street - Jalan Mahkamah Tinggi
Club Road - Jalan Parlimen
Cross Street - Jalan Silang
Dickson Street - Jalan Masjid India
Davidson Road - Jalan Hang Jebat
Foch Avenue - Jalan Cheng Lock
High Street - Jalan Bandar - Jalan Tun H S Lee
Holland Road - Jalan Mahkamah Persekutuan
Hospital Road - Jalan Chendersari
Java Street - Mountbatten Road - Jalan Tun Perak
Klyne Street - Jalan Hang Lekiu
Malacca Street - Jalan Melaka
Market Street - Leboh Pasar Besar
Old Market Square (Macao Street + Hokkien Street) - Medan Pasar
Petaling Street - Jalan Petaling
Pudoh Street - Jalan Pudu
Rodger Street - Jalan Hang Kasturi
Shaw Road - Jalan Hang Tuah
Station Street - Jalan Balai Polis
Sultan Street - Jalan Sultan
Swettenham Road - Jalan Mahameru
Theatre Street - Jalan Panggong
Treacher Road - Jalan Sultan Ismail
Venning Road - Jalan Perdana
Victoria Avenue - Jalan Sultan Hishamuddin
Weld Road - Jalan Raja Chulan
source: http://lamjo.tripod.com/road.html |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
brickfield memang rock !! |
|
|
|
|
|
|
|
Yap Ah Loy Bukan Pengasas Kuala Lumpur
Lately, aku ada baca citer tentang kononnya Yap Ah Loy bukanlah pengasas Kuala Lumpur ... even last week di dalam Malay Mail, Prof Khoo Kay Kim juga berpendapat yang Yap bukanlah pengasas Kuala Lumpur.
Kontroversy ini bermula bila satu group buat research tentang sejarah Kuala Lumpur dan mendakwa orang-orang Mandailing sebenarnya yang mengasas dan membangunkan Kuala Lumpur.
Di bawah ni ada petikan dari laman web Mandailing :-
"Orang Mandailing bertempat tinggal di pedalaman pantai barat Sumatra, Indonesia. Sepanjang abad ke 19, orang-orang Mandailing terlibat dalam peperangan melawan penjajah, pertama-tama di Sumatra, kemudian di Semenanjang Malaysia, ke mana mereka merantau beramai-ramai. Masyarakat Mandailing berteraskan marga, mempunyai tradisi pemerintahan pribumi. Lingkungan hidup mereka meliputi gunung-ganang dengan sistem perairan dan dataran rendah persawahan. Mata pencarian mereka termasuk karet / getah, kulit kayu manis, kopi dan menambang / melombong mas. Mereka terkenal dengan persuratan dan Gordang Sambilan, sembilan gendang besar."
http://www.mandailing.org/content.html |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
respek ngan orang mandailing |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bug_vengeance at 2005-3-4 12:42 AM:
respek ngan orang mandailing
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kowang nak tahu, bangunan Dayabumi sekarang ni, dulunya adalah depot keretapi terbesar di Kuala Lumpur dan ada landasan yang menghubungkan di antara stesen KLumpur dan Sultan Street (sekarang Plaza Rakyat) merentasi Sungai Klang dan melalui sepannjang Jalan Tun Tan Cheng Lock (Area Kotaraya).Tahun bila dia dismantle rel tu saya tak pasti pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dan siapa sebenarnya yang membuka Kuala Lumpur masih menjadi soalan yang terbuka.
Pada mulanya dikatakan Yap Ah Loy yang telah mengasaskan Kuala Lumpur. Yang pasti bukan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur kerana dia adalah Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga. Kalau ada orang Cina yang layak dipanggil pengasas Kuala Lumpur tentulah dianya Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama.
Dalam pusingan kedua, Raja 'Abdu'llah diiktiraf secara rasmi sebagai 'pengasas sebenar' Kuala Lumpur. Raja 'Abdu'llah yang dikatakan raja Melayu itu sebenarnay adalah raja Bugis dari Riau.
Sebelum Raja 'Abdu'llah dan Raja Juma'at membuka kelian bijih timah di Ampang pada 1857 dengan pertolongan kuli-kuli Cina upahan mereka, Sutan Puasa sudahpun tinggal dekat dengan Ampang.
Malah menurut Raja Yacob yang bermarga Nasution, pengarang Tarikh Raja Asal dan Keluarganya, orang-orang Mandailinglah yang membuka Ampang diketuakan pada awalnya oleh Raja Bernang dan akhirnya Raja Banding.
Ini masuk akal kerana pada ketika itu, penduduk yang tinggal di pendalaman negeri Selangor adalah orang-orang dari Sumatra. Orang-orang Mandailing dan Batu Bara meneroka kawasan pendalaman Hulu Kelang kerana orang-orang Bugis dan Melayu sudah menetap di pesisiran pantai sebelum kurun ke-19 lagi.
Semasa kawasan pelombongan dibuka di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur, orang-orang Mandailinglah yang berkelian bijih timah di situ, di samping membuat relau, membeli timah dan berniaga. Raja-raja Bugis memungut cukai dari orang-orang Mandailing di pengkalan-pengkalan sungai.
Malah nama "Ampang" itu sendiri mungkin diambil sempena ampangan yang dibina oleh orang Mandailing dalam kerja-kerja berkelian timah. Air dipakai untuk mengeluarkan bijih dari karang.
Ketika Sutan Puasa di Ampang, anak raja Mandailing itu berurusan dengan pedagang Tionghua Hiu Siew dan rakannya Ah Sze Keledek dari Lukut. Kedua-dua pedagang Tionghua suku Haka itu kemudian pindah ke Ampang setelah diberitahu oleh Sutan Puasa bahawa mereka boleh cepat mengaut untung di Ampang.
Setibanya di Ampang, mereka memilih tempat sebatu jauhnya dari pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang sebagai tapak kedai mereka. Ini berlaku kira-kira pada 1859. Muara kedua-dua sungai itulah kemudiannya dipanggil Kuala Lumpur - berlumpur barangkali kerana kerja-kerja berkelian bijih timah di ulu sungai-sungai tersebut.
Jelaslah bahawa Sutan Puasa, Hiu Siew dan Ah Sze Keledek memainkan peranan dalam pembukaan Kuala Lumpur. Hiu Siew kemudiannya menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama dengan sokongan Sutan Puasa.
Sebagai "the leading Sumatran trader of Kuala Lumpur" (pedagang utama anak-anak Sumatra di Kuala Lumpur Sutan Puasalah yang memperkenalkan Hiu Siew dan Ah Sze Keledek kepada pengusaha-pengusaha timah Sumatra di Kuala Lumpur.
Penabalan Yah Ah Loy
Sutan Puasa dan Raja Asal adalah "sahabat baik" dan "sahabat karib" dan rakan perkongsian Yap Ah Loy. Apabila Yap Ah Loy dipilih menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga, Sutan Puasa memberi sokongannya. Istiadat keramaian yang meriah telah diadakan untuk mengiktiraf perlantikan Yap Ah Loy, dan upcara penabalannya disempurnakan oleh Raja Mahdi, seorang raja Bugis. |
|
|
|
|
|
|
|
tanya skit. yap ah loi tuh bkn ke yg dinamakan dgn kumpulan kongsi gelap?? pasal kalau belajar sejarah ting 2 ttg perang Klang, dia termasuk dlm golongan yg menyokong Raja Abdullah (tak dinyatakan dlm buku).. boleh citer skit pasal yap ah loy nih?? |
|
|
|
|
|
|
|
Sewaktu Yap Ah Loy 'ditabalkan', Sutan Puasa dan Raja Asal diberi tempat yang istimewa. Penabalan itu berlaku pada June 1869. To' Guru yang mengajar Raja Asal "ilmu kebal" telah meramalkan bahwa genap seratus tahun dari hari keramaian itu maka satu pergaduhan besar-besaran akan berlaku di Kuala Lumpur. Ini membayangkan trajedi 13 Mei 1969.
Di babak-babak akhir Perang Kelang, persahabatan dan perkongsian mereka terungkai kerana Yap Ah Loy menyokong Tunku Kudin manakala Sutan Puasa dan Raja Asal menyebelahi Raja Mahdi.
Kuala Lumpur, sebuah kampung pada 1860an, hangus dijilat api dalam peperangan itu, dan hanya dibangunkan semula sesudah perang tamat.
Kubu Sutan Puasa di Bukit Nenas
Menurut Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Sa'id, pengarang Pesaka Selangor, di penghujung Perang Kelang, "Orang2 Mandeleng serta ketua2 mereka seperti Raja Asal dan lain2 yang di-Kuala Lumpur itu sudah undor masok ka-negeri Perak, tetapi sa-tengah-nya ada juga lagi dudok di-Kuala Lumpur dalam kubu Bukit Nanas."
Seorang ahli sejarah Inggeris berkata, "the traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade, originally built in the 1860's on Bukit Nenas, and known after the cicil war as 'Sutan Puasa's stockade' from the Malay headman who had once occupied it."
"Tampuk tradisional kekuasaan Melayu (baca Mandailing) di Kuala Lumpur adalah sebuah kubu, mulanya dibina pada 1860an di atas Bukit Nenas, dan dikenali sesudah perang saudara (di Selangor) sebagai 'kubu Sutan Puasa' sempena (nama) kepala Melayu yang pernah mendudukinya."
Seperti kebanyakan ahli-ahli sejarah Barat mahupun tempatan, ahli sejarah Inggeris itu tidak tahu membezakan antara beratus-ratus suku pribumi di kepulauan Nusantara. Sutan Puasa yang bermarga Lubis itu bukan "kepala Melayu" tetapi kepala Mandailing.
Nama asal Bukit Nenas ialah Bukit Gombak. Menurut riwayat lisan orang-orang Mandailing, semasa Perang Kelang, nenas ditanah di atas bukit itu semacam dawai berduri bagi menghadapi kemaraan musuh.
Pedang Timan Yang Disegani
Sutan Puasa turut melarika diri sesudah Raja Mahdi kalah dan cuma kembali ke Kuala Lumpur sesudah Inggeris berkuasa. Dia terus menjadi pedagang timah di Kuala Lumpur.
Menurut Pasqual, seorang pegawai British yang bertemu dengan Sutan Puasa, pedagang-pedagan Mandailing dianggap amanah dan tidak mengurangkan timbangan dacing-dacing mereka, dan kerana itu pelombong-pelombong Tionghua lebih suka timah mereka disukat oleh Sutan Puasa daripada bangsa mereka sendiri.
The Malay tin dealers gave their customers a square deal and were noted for not tempering with their "daching" or weighing scale. As no tow dachings weighed alike, showing a difference of one per cent more or less on the heavy or light side, it was a common practice when a Chinese miner consigned his tin to a Chinese shop-keeper who was financing his mine from Kuala Lumpur, for the miner to stipulate that his tin be weighed in with the daching of Sutan Puasa or Thamby Dollah or any of the other Malay merchants he fancied. |
|
|
|
|
|
|
|
"Peniaga Melayu (baca Mandailing) berurusan dengan pelanggan-pelanggan mereka dengan saksama dan terkenal kerana tidak memalsukan dacing mereka atau timbangan mereka. Lantaran timbangan dua dacing tidak sama, berbeda lebih kurang satu peratus, lebih berat atau lebih ringan, maka sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pelombong Cina yang meletakkan timahnya kepada seorang pekedai Cina di Kuala Lumpr yang membiayai keliannya, untuk mensyaratkan supaya timahnya ditimbang oleh dacing Sutan Puasa atau Thamby Dollah atau sebarang saudagar Melayu (baca Mandailing) yang disenanginya."
Old and infirm when I first made his acquaintance, the old warrior peaceably settled down in Ampang Street as a tin merchant, buying the tin produced by the Chinese miners. "Tua dan tidak berdaya bila saya (Pasqual) mula-mula mengenalinya, pendekar tua itu duduk aman di Jalan Ampang sebagai pedagang timah, membeli timah yang dikeluarkan oleh pelombong-pelombong Cina."
He was somewhat reticent by nature and never talked about his exploits nor the hidden "gharone" of tin ingots which were buried away during the "prang Mahdi", of which he owned several but could not locate their whereabouts...
"Sifatnya semacam berat mulut dan dia tidak pernah bercakap mengenai penglibatnnya (dalam Perang Kelang) atau mengenai harta karun bijih timah yang disembunyikan (ditanamkan) dalam Perang (Raja) Mahdi, ada beberapa kepunyaannya tetapi tidak dapat dikesan di mana..."
Khabar mengenai harta karun itu telah menyebabkan ramai orang mencarinya tetapi tidak berjaya.
Di akhir hayatnya, Sutan Puasa menetap di Kampung Rawa (Jalan Melayu sekarang) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chumpon at 15-3-2005 01:38 PM:
Sewaktu Yap Ah Loy 'ditabalkan', Sutan Puasa dan Raja Asal diberi tempat yang istimewa. Penabalan itu berlaku pada June 1869. To' Guru yang mengajar Raja Asal "ilmu kebal" telah meramalka ...
: ini dah mcm cikgu sejarah adheq jer. ~peace~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sutan Puasa yang dahulunya orang Mandailing yang terkaya sekali di Kuala Lumpur, menjadi miskin sesudah perang. Sementara bekas sahabat karib dan rakan perkongsiannya, Yap Ah Loy menjadi pelombong yang paling kaya dan berkuasa sekali di Kuala Lumpur.
Sutan Puasa menghembus nafasnya yang terakhir pada 1326 Hijrah (c. 1909 Masihi) di rumah sahabatnya, seorang lagi Kapitan Cina, dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang. Al-Fatihah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan Sultan Abdul Samad
meh kita tengok gambar sikit..........
![](http://img.photobucket.com/albums/v605/jofizo/KL/sultanabdsamad1.jpg) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|