|
Perjuangan Menegak Kebenaran Ugama Islam di zaman ini ?
[Copy link]
|
|
Originally posted by eiyoei at 2-11-2006 05:40 PM
anda perlu mendalami ilmu sufi yang diamalkan oleh wali2 allah untuk merasa tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah s.w.t
Boleh ulas lebih lanjut? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 dome's post
itu yang risau tu kalau ia benar...tapi macamana nak tahu benar....? apakah keadaan diri kita untuk menilai sesuatu yang didepan mata itu benar atau tidak? takut...kalau kalau satu masa Imam mahadi lalu depan mata berkata-kata atau mengajak kepada kembali kepada Islam, dan kita takbur sambil berkata "eh! apa yang aku buat ni tak betul ke...?"dan sambil berkata kembali "kau ni biar betul!" Dajal yang datang depan mata cakap sesuatu yang kita nak dgr terus bersetuju dan jadi pengikut...Nauzubillah...
aku takut tergolong antara org yang tak sedar. |
|
|
|
|
|
|
|
BUAT MASA NI...
saya rasa ada baiknya yang mana2 yang sedar tu fokus untuk perbaiki diri sendiri...dan sentiasa lah suruh orang lain perbaiki diri sendiri ....
sebab tengok zaman ni Islam itu memang indah, tetapi terlalu indah jika dibandingkan dengan penganutnya...
saya bukannya apa, ingin perbaiki diri juga....
jadi sy rase baik kita fokus untuk bermuhasabah diri bersama-sama...bila kita semua sudah banyak memperbaiki diri, InsyaAllah akan tertegaklah Islam mungkin dengan cara yang lebih berhikmah... |
|
|
|
|
|
|
|
SALAMUN ALAIKUM...............
Saya lebih risau tentang pemahaman umat Islam sendiri ttg priority dalam meneguhkan Iman masing-masing kepada ALLAH! Dimana kedudukan Al-Quraan bila saranan lebih tertumpu untuk mendalami kitab-kitab lain sehingga isi kandungannya kita harap pada orang lain untuk 'spoon feed' pada kita!!!! Dimana priority yang seadilnya patut diposisikan?
Mari kita pertimbangkan...................... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 ussopp's post
ye bang usop...marilah kita bersama sama memperbetulkan diri kita..... |
|
|
|
|
|
|
|
soalan saya ialah Islam itu sebenarnya diturunkan Allah sebagai suatu tujuan dan matlamat kehidupan ATAU sebagai panduan dan petunjuk bagi kesejahteraan manusia?
jika kita percaya Islam itu agama kesejahteraan dan keselamatan, maka pastinya Islam itu amat menjunjung tinggi manusia dan kemanusiaan. Maksudnya manusia dan kemanusiaan sentiasa menjadi perkiraan utama agama itu.
sirah Nabi jelas menunjukkan begitu..
sudah tentulah orang Islam mengakui kebenaran Islam. Kalau orang kafir sudah mengakui kebenaran Islam maka mereka bukanlah lagi kafir... tak gitu yassin?.. hehe
jadi yg perlu kita tunjukkan kepada orang kafir bukan kebenaran Islam semata2 (yg mereka takkan percaya sebab mereka itu kan kafir... tetapi risalah Islam perlu disampaikan kepada mereka secara dakwah... terima tak terima itu soal lain) tetapi yg lebih penting ialah bagaimana kita orang Islam menterjemah kebenaran Islam itu dalam kehidupan dan tindak tanduk kita.
oleh kerana Islam itu agama keselamatan, maka bukan sekadar orang Islam sahaja yg patut selamat di bawahnya tetapi seluruh isi alam termasuk orang2 kafir pun sepatutnya akan selamat ketika berada di bawah Islam atau ketika berhadapan dengannya.
bagaimana nak jadikannya sedemikian korang semua kena bincanglah... hehe
jadi mengapa kita perlu risau tentang Islam yg selalu disebut sebagai hak Allah sedangkan yg perlu kita risaukan ialah manusia dan kesejahteraan manusia.
bagaimana nak buat manusia (yg Islam dan yg bukan Islam) sejahtera? Dengan Islamlah... Itulah sepatutnya perjuangan pejuang Islam bagi saya. |
|
|
|
|
|
|
|
itulah dia petola masalah kita dgn manusia...masalah manusia yang tak tahu Islam tu benar...ada thread baru keluar "conspiracy missionary.." benar atau tidak tetapi aku percaya aktivit sekian boleh jadi wujud. Org kafir menggunakan pelbagai cara menarik kita umat islam yang lemah. inilah dugaan kita.kita berdoa moga kita terselamat dari kesesatan ini ye..petola...kita akan diuji juga satu hari nanti...apa bentuk kita tak tahu tetapi setahu hari nanti....tanpa kita sedari... |
|
|
|
|
|
|
|
No...no...all wrong..........
:lebai:
Islam itu maknanya tunduk. Tunduk maknanya patuh dan hormat. Patuh itu Islam,melawan/biadap itu ingkar (kafir)
Senang saja,patuh...Islam....melawan/biadab itu kafir. Patuh-Islam....Biadab-Kafir...Patuh-Islam..Biadab-Kafir.......sebutlah begitu...berterusan...........
Kafir itu janganlah diertikan kepada manusia atau lebih tepat kepada jenis manusia. Kafir disebut didalam AlQuran ialah perlakuan ataupun perbuatan. Jadi lebih sesuai kita panggil ingkar bukan kafir.
Buktinya terlalu banyak didalam AlQuran cuma kita tidak memahami hanya sekadar baca AlQuran untuk dapat pahala. Biar Amir ambil satu saja BUAT CONTOH:
AlQuran 98:1 Al Bayyinah.
"Orang-orang yang kafir diantara ahli Kitab(Yahudi,Nasrani) dan orang-orang musyrik,tiada mahu meninggalkan agamanya,sehingga sampai kepada mereka keterangan."
Kalau lihat pada pengertian ayat ini secara kebalikannya,bererti diantara ahli kitab ada orang-orang yang taat.
Sampai sini dulu,nanti boleh sambung kalau ada persoalan kerana tujuan Amir bukan nak bagi ceramah.
:lebai:
[ Last edited by Amir at 3-11-2006 12:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
he he...sungguh menarik penerangan Amir..baru saya tahu...so maksud didalam al-quran perkataan Islam ialah patuh, maksud kafir ialah ingkar. bukannya perkataan Islam ini adalah sebagai satu kata nama?
amir ..tak bagi ceramah tak pe...kurang kurang melanjutkan Ilmu kepadayang tak tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa.... salah rupanya aku...
ingatkan betul...
ceh!!!
:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 2-11-2006 08:33 PM
soalan saya ialah Islam itu sebenarnya diturunkan Allah sebagai suatu tujuan dan matlamat kehidupan ATAU sebagai panduan dan petunjuk bagi kesejahteraan manusia?
jika kita percaya Islam itu agam ...
Salam...............
Kali pertama tuan menyebut Islam itu agama kesejahteraan dan keselamatan,
Kemudian tu tuan sebutr Islam itu agama keselamatan
cuba tuan huraikan untuk penjernihan pada saya yang kelabu ini
[ Last edited by ayyohpeen at 5-11-2006 01:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam petola dan semua..........
yang ni lagi satu, pun saya confuse:
jadi mengapa kita perlu risau tentang Islam yg selalu disebut sebagai hak Allah sedangkan yg perlu kita risaukan ialah manusia dan kesejahteraan manusia.
Islam sebagai hak ALLAH?
Hak kita?
Dan kalau tak perlu risau kenapa perlu berjuang?
Manusia dan kesejahteraan manusia, dari sudut mana perlu kita risaukan?
Dari sudut mana pula perjuangan untuk manusia dan kesejahteraan manusia perlu, memandangkan ianya menjadi kerisauan tuan petola.............saya confuse juga ni.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 3-11-2006 11:23 AM
:lebai:
Islam itu maknanya tunduk. Tunduk maknanya patuh dan hormat. Patuh itu Islam,melawan/biadap itu ingkar (kafir)
Senang saja,patuh...Islam....melawan/biadab itu kafir. Patuh-Islam....Bi ...
SALAM.............
Betul kan saya:
'Aslamtu':Tunduk dan Patuh=Muslim.
Fitrah yang ALLAH sertakan secara package bagi setiap kejadian manusia
Dan seperti kata Tuan Yassin......Islam itu kata nama
Bagaimana pula tu........
[ Last edited by ayyohpeen at 5-11-2006 01:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 5-11-2006 01:23 AM
Salam...............
Kali pertama tuan menyebut Islam itu agama kesejahteraan dan keselamatan,
Kemudian tu tuan sebutr Islam itu agama keselamatan
cuba tuan huraikan untuk penjernihan pad ...
cuba tanyakan diri sendiri apa matlamat agama?
itu saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 5-11-2006 01:29 AM
Salam petola dan semua..........
yang ni lagi satu, pun saya confuse:
Islam sebagai hak ALLAH?
Hak kita?
Dan kalau tak perlu risau kenapa perlu berjuang?
Manusia dan kesejahteraan manusia, dari sudut mana perlu kita risaukan?
Dari sudut mana pula perjuangan untuk manusia dan kesejahteraan manusia perlu, memandangkan ianya menjadi kerisauan tuan petola.............saya confuse juga ni..........
Islam itu kan drp Allah... kan?
bukan kita manusia yg cipta.
yg menjadi persoalan saya sebenarnya ialah orientasi pemikiran kita. Kebanyakan kita dalam beragama sentiasa `mendongak ke langit' lalu kita lupakan `yg di bumi'.... sedangkan agama itu Tuhan turunkan untuk `yg di bumi'.
dalam kajian agama orientasi yg pertama itu dinamakan `teosentrik' sementara yg kedua ialah `antroposentrik'.
mengikut pengkaji agama umat Islam umumnya lebih cenderung atau condong kepada yg pertama drp yg kedua. Kesannya ialah umat Islam bukan saja kurang mendapat kesejahteraan dan keselamatan di dunia, di akhirat kita tidak tahu lagi.
mungkin makna `berlumba2 berbuat kebaikan atau kebajikan' yg disebut2 di dalam Quran itu membantu anda memahami apa yg saya cuba sampaikan.
atau maksud hadis Nabi tentang gunanya anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan amal jariah yg kita tinggalkan selepas mati...
suruhan2 dan larangan2 Allah adalah untuk kebaikan manusia. Kita buat atau tak buat Tuhan tak jejas sikitpun... tetapi kesan langsungnya ialah kepada kita manusia.
sebab itu saya percaya ibadat2 khusus itu semua patut dilakukan bukan kerana pahala yg Tuhan tawarkan semata2, tetapi kerana jika dilakukan dengan betul dan penuh kesedaran serta keikhlasan pasti akan menjadikan kita manusia yg lebih baik...
manusia yg baik pasti memberi guna kepada dunia dan manusia lain.
kebaikan itu pula hendaklah dijadikan tanda atau manisfestasi drp rasa ketundukan kita sebagai hamba kepada Yg Maha Pencipta. Seperti motto Universiti Teknologi Malaysialah ... `Kerana Tuhan Untuk Manusia'. Sayangnya kita sering lupa bahagian `untuk manusia' itu... sedangkan agama itu adalah untuk manusia.
-sekadar pemahaman saya.
[ Last edited by petola at 5-11-2006 11:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 2-11-2006 08:26 PM
SALAMUN ALAIKUM...............
Saya lebih risau tentang pemahaman umat Islam sendiri ttg priority dalam meneguhkan Iman masing-masing kepada ALLAH! Dimana kedudukan Al-Quraan bila saranan lebih ...
:setuju: Bagaimakah hendak ditunjukkan islam itu indah jika umat islam itu berperangai tak senonoh?
Bagaimana hendak berdakwah jika ilmu dan amal dhaif...tiada kefahaman dlm tauhid/feqah dan tasawwuf.
Apakah indahya islam jika masjid cuma penuh pada malam ramadhan..tetapi kosong selepas 1 syawal /
Dimanakh hebatnya islam jika jka pd hari jumaat lebih ramai yg tidur dari kemasjid?
Jika kita perhatikan sejarah...semua ahli perjuangan islam adalah dari org -org yg kukuh ilmu dan kaya amalnya...
DiMsia apa yg perlu kita lakukan rasanya ialah menanamkan kekuatan tauhid pada generasi muda supaya meraka kenal siapakah Allah dan bagaimankah hebatnya Allah itu ...Jika ini dpt dilakukan spt zaman datuk nenek kita dahulu...sehingga generasi muda kita tahu dan berpegang dgn kukuh mana yg halal dan mana yg haram...isnyaallah Allah akan turunkan rahmatnya..dan mempermudahkan kita utk berdakwah pd yg kafir pula..
Harap gererasi penerus kelak tidak lalai dlm heboh atau fantasi tetapi berdiri mantap dibelaknag mentor-mentor daripada ahli Arifin....Amin.......
Wallhua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 5-11-2006 11:23 AM
Islam itu kan drp Allah... kan?
bukan kita manusia yg cipta.
yg menjadi persoalan saya sebenarnya ialah orientasi pemikiran kita. Kebanyakan kita dalam beragama sentiasa `mendongak ke langi ...
Salam untuk petola dan semua............
Yang ini saya selari dengan pendapat anda, Dunia ini jambatan bagi Akhirat...............
Saya semakin nampak............. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by UFWL at 5-11-2006 06:39 PM
:setuju: Bagaimakah hendak ditunjukkan islam itu indah jika umat islam itu berperangai tak senonoh?
Bagaimana hendak berdakwah jika ilmu dan amal dhaif...tiada kefahaman dlm tauhid/feqah dan ...
Salam UFWL dan semua..............
Segala Puji Hanya bagi ALLAH.
Trima Kasih kerana membaca dan menilai post saya secara rasional. Teringat satu topik kenapa kita sehingga kini tidak boleh bersatu, sentiasa ada sahaja bahan untuk menjadikan kita berselisihan. Maka sekadar jawapan dari pandangan peribadi dari saya, ialah kerana 'Tali' ALLAH yang HAQ untuk kita pegang masih kita tercari-cari, dan sebenarnya kita hanya berpegang pada tali yang 'immi'. Akan tiba juga masanya bila manusia benar-benar berpegang pada hanya 'tali' ALLAH, PASTI!
InsyaALLAH. Istajeeb doa ana........ |
|
|
|
|
|
|
|
:pray: amin....
"Bagaimanakah hendak ditunjukkan islam itu indah jika umat islam itu berperangai tak senonoh?"
macamana nak jawap persoalan ini? macamana nak ubah perangai umat islam yang tak senonoh....dari segi taggungjawab kerajaan ...apa sebenarnya kena buat? aku tgk pertama tamanya kerajaan kena menghadkan pengaruh barat yang merosakkkan anak muda dan org tua. pertama-tamanya...tutup semua bar dan disko. kalau nak buat aku tgk kena bekerjsama dgn penganut lain. yelah depa pun tahu semua yang kat dalam bar dan disko bukannya baik baik pun.aku tak kata org tapi pengaruh dalam bar dan disko. macam arak kalu tak masuk ajaran ugama, org kafir tahu minum arak berlebihan membahayakan so kenapa tak kita selitkan sikit "daripada membahayakan diri dan menambahkan faktor kemalangan kenapa tak kita elakkan minum arak"
org kafir semua tahu minum arak ini bukannya membawa kebaikkan, cuma syok syok je....so dalam nak menyelitkan ajaran islam kita masukkan masaalah yang semakin menjadi jadi. kita bawa penyelesaian kepada kehidupan cara Islam. kita tak perlu dahulu cakap bahawa ini ajaran Islam. kita buat dahulu bila dah lama lama org tgk indah nya cara hidup dan agama Islam barulah kita mengajak. sebenarnya tak yah cakap pun mesti secara tanpa disedari manusia itu akan terdetik hatinya.
lagi satu contoh masaalah yang perlu diselesaikan pasal berjudi, org kafir tahu berjudi tu bukkanya membawa kebaikkan. memusnahkan rumah tangga pun ada. Cuba fikirkan kalau kerajaan tutup semua pusat berjudi. apa akan jadi? org kafir akan menentang? memang aku percaya tetapi dalam masa yang sama ada jugak pemimpin islam yang menentang. pasal dia org akan kata membantut kan ekonomilah, menakutkan pelabur pelabur asinglah....ini semua org yang dah terlibat dalam perniagaan, yang mementingkan ekonomi daripada moral. meletakan ekonomi teratas dari pada moral. dan meletakkan material teratas daripada kerohanian. tetapi kalau kita bertanya tanya kan org kafir yang tidak terlibat dgn perniagaan ini dan juga pernah melalui masalaah berjudi dan tahu judi ini bawa keburukkan kemungkinan besar menyokong hasrat murni ini.
ini contoh contoh sebenarnya kita boleh ubahkan sikit sebanyaknya masalah umat islam yang tak senonoh...kelaku kita kebanyakkannya dah macam org kafir. so itu pasal aku amik contoh org kafir...
p/s: ini juga antara elemen yang perlu difikrikan untuk Perjuangan menegakkan kebenaran Islam. - elemen ini adalah secara tidak langsung. tetapi membawa impak yang besar kepada keharmonian sesebuah negara Islam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|