CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rotibakar2006

Apakah garis panduan pergaulan dlm Kristian?

[Copy link]
rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 21-11-2006 10:24 PM | Show all posts
BERSAMBUNG....

Tetapi kalau sr. berada di dalam lingkungan agama Kristian, sr. akan tahu...............apa yang diajarkan oleh agama kami.

Kristian juga percaya kepada dosa pahala...tidak ada agama Kristian yang membenarkan zina dll...

<-- memang dari mula (sila lihat posting saya yg pertama on the most top) perbincangan saya TIDAK PERNAH MENAFIKAN kristian juga melarang zina, pergaulan bebas, dsb. tapi persoalannya, apakah garis panduan nya? Di manakah GARIS PANDUAN YG JELAS? SILA JELASKAN GARIS PANDUAN DALAM ASPEK PERGAULAN DLM KRISTIAN? Apa yg boleh dan apa yg tidak boleh. Jika agama itu sempurna, pasti perkara ini jelas diterangkan. Di dalam Islam, hinggakan soal sekecil hukum persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan juga jelas di terangkan. Dan jika melanggarnya ia akan membawa kepada dosa, tetapi sedihnya lumrah manusia yg sentaisa digoda syaitan, masih boleh dilihat ada ummat yg melanggar peraturan ini dgn perpegangan tgn antara lelaki dan wanita bukan muhrim..itu lumrah...but POINT saya, sila jelaskan peraturan dlm agam kristian, senaraikannya, apa yg boleh dilakukan, apa yg tidak boleh dilakukan


Kemudian bab orang Kristian yang tidak mematuhi ajaran agama mereka...itu memasing sendiri mahu ingat. Lubang kubur memasing....pandai-pandaila mereka bersoal jawap di dalam kubur nanti...Tapi upppppp.......bukankah semua agama mengalami masalah yg sama...

<---bukankah mengingati dan menyembah Allah dengan proper manner sebanyak 5 kali sehari itu lebih baik dari mengingati dan menyembah Allah secara proper hanya sekali seminggu (itupun saya rasa tidak semua yg sentiasa ke tmpt ibadat setiap hari ahad)? Pada pandangan saudara, Allah lebih suka yg mana, makhluk ciptaannya yg menyembahnya 5 kali sehari, atau yg menyembahnya sekali seminggu? Allah mencipta manusia untuk beribadat kepadaNya. itulah tujuan utama dan kewajipan utama. Kemudian diperintahkan, kewajipan yg kedua selepas beribadat kepada Allah, ialah mencari rezeki untuk hidup. Oleh sebab itu, dlm islam, ibadat lebih sebenarnya lebih penting dari pekerjaan seharian. tetapi lumrah manusia yg sentiasa digoda syaitan, ada saja yg lalai dari mengerjakan ibadat.



Betul kata sr. me dan Vodafone, tak payah nak pergi jauh-jauh...lihat sahaja kat Malaysia ini...  [/quote]

[ Last edited by  rotibakar2006 at 21-11-2006 10:49 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


me This user has been deleted
Post time 21-11-2006 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by rotibakar2006 at 21-11-2006 10:24 PM
Pada pandangan saudara, Allah lebih suka yg mana, makhluk ciptaannya yg menyembahnya 5 kali sehari, atau yg menyembahnya sekali seminggu?  


apakah tujuan tuhan mencipta manusia?
Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 21-11-2006 11:40 PM | Show all posts
Saya percaya, sesuatu agama itu perlu sempurna.


Saya berikan beberapa contoh mudah.

Dalam Islam, hinggakan hukum dan cara pemyembelihan binatang utk dimakan juga diterangkan dgn jelas. Adakah peraturan penyembelihan dalam agama lain? Dalam Islam, telah dijelaskan apakah binatang yg boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan kerana manusia hanya layak makan binatang yg elok. Allah tidak membenarkan manusia makan binatang yg bertaring dan memakan haiwan. Allah tidak membenarkan manusia memakan binatang yg memakan bangkai dan benda2 kotor. Adakah agama lain yg menjelaskan binatang yg elok yg boleh dimakan manusia? Kecuali agama Hindu yg percaya Lembu itu sebahagian dari ketuhanan mereka. Dalam kristian ada atau tidak garis panduan binatang yg boleh dimakan?

Dalam Islam jelas peraturan tentang pembersihan dari jenis. Diterangkan jenis2 najis dan bagaimana hendak menyucikan diri dan tempat dari kotoran dan najis. Juga bagaimana hendak mandi wajib selepas bersetubuh dan selepas kering dari darah haid. Dalam agama kristian wujudkah peraturan atau panduan sebegini?

Dalam Islam, Allah mewajibkan manusia mengeluarkan zakat (tax). Pelbagai jenis zakat, zakat harta zakat fitrah, zakat emas, zakat pendapatan, dll. Dalam Islam dijelaskan soal pembahagian harta, dan sebagainya. Dalam agama lain ada atau tidak peraturan seperti ini? Jikalau sesuatu agama itu sempurna, pasti ia menyeluruh dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

Islam melarang ummatnya meminum minumam memabukkan. Kerana is memberi dan menyumbang kepada kesan negatif. begitu juga, Islam melarang berjudi, kerana wang hasil judi itu bukan cara yg halal utk mendapatkan pendapatan. JIka saudar bertanyakan hati, pasti saudara bersetuju yg arak dan judi itu sesuatu yg negatif, bukan?

Dalam Islam juga diterangkan soal apakah aurat lelaki dan apakah aurat wanita. Lelaki tidak boleh memperlihatkan bahagian antara pusat hingga lutut kepada orang bukan muhrim, dan wanita tidak boleh memperlihatkan seluru badan kecuali muka dan tangan. Kerana aurat manusia boleh mengbangkit tarikan nafsu oleh mata yg memandang dan seterusnya utk mengelak dari penzinaan. Di dalam kristian, ada atau peraturan menutup aurat? kenapa hanya sister/nun yg wajib menutup aurat?


Dalam agama kristian, adakah peraturan hidup yg diajar jelas dan merangkumi semua aspek kehidupan?

Sesuatu agama itu mesti sempurna. Kenapa? Kerana agama adalah pegangan dan peraturan hidup yg ditetapkan oleh our creator, i.e. Allah. Jadi agama harus menyeluruh, sempurna dan merangkumi semua aspek kehidupan.

[ Last edited by  rotibakar2006 at 22-11-2006 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 21-11-2006 11:41 PM | Show all posts
Originally posted by me at 21-11-2006 11:09 PM


apakah tujuan tuhan mencipta manusia?


Tujuan utama manusia dicipta utk beribadat dan menyembah kepada Allah
Sama seperti Allah mencipta Malaikat, Syaitan dan Jin, utk beribadat kepada Allah
Tetapi syaitan ingkar dgn perintah itu, dan ada juga manusia yg ingkar dgn perintah itu

[ Last edited by  rotibakar2006 at 22-11-2006 10:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:08 AM | Show all posts
Tetapi agama kristian tidak menggariskan dengan JELAS apakah etika pemakaian yg boleh dan tidak boleh dipakai oleh wanita kristian?


Jadi menurut sr. kesempurnaan agama itu berdasarkan hukum hakam yang seribu satu macam? Kalau tak sembahyang subuh..seolah..olah卥alau tak sembahyang azar卻eolah..olah
Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 22-11-2006 10:23 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by shalom at 22-11-2006 10:08 AM


Jadi menurut sr. kesempurnaan agama itu berdasarkan hukum hakam yang seribu satu macam? Kalau tak sembahyang subuh..seolah..olah卥alau tak sembahyang azar卻eolah..olah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2006 10:38 AM | Show all posts
Kenapa saudara seolah2 mahu mengelak dari dikaitkan dengan Eropah? Saudara malukah dengan rakan seanutan di Eropah sana?



Seingat saya, tidak pernah posting saya yang mengambarkan seolah-olah saya merasa malu dengan saudara seiman saya di barat. Malahan, saya amat berterima kasih dengan umat Kristian kat sana, dengan usaha gigih mereka mencipta internet dan sebagainya, dapatlah saya bukan internet dan baca bahan-bahan untuk mendalami keagamaan sy.

1.)        Apa yang cuba saya sampaikan hanyalah, Barat itu bukan segala-galanya Kristian, dan kebudayaan barat itu bukanlah kebudayaan Kristian.

2.)        Falsafah hidup dan agama dibarat telah bercampur aduk...bukan setakat Kristian sahaja

3.)        Jangan terus membuat tuduhan secara umum, semua yang jahat itu Kristian...bukan saya bermaksud Kristian itu semua baik-baik. Ada seorang forummer dulu dalam ruangan CI membuat tuduhan semua Eropah itu freethinker, tetapi apabila diminta bukti, terus mendiamkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:45 AM | Show all posts
Sesuatu agama itu mesti sempurna. Kenapa? Kerana agama adalah pegangan dan peraturan hidup yg ditetapkan oleh our creator, i.e. Allah. Jadi agama harus menyeluruh, sempurna dan merangkumi semua aspek kehidupan.


Itu agama Tuan, bukannya agama hamba. Saya tidak pernah mempertikaian kesempurnaan agama, yang saya cuba katakan  adalah hukum hakam tidak boleh menjadi kriteria untuk mengatakan  sesuatu agama itu sempurna.

Tanpa agama pun, manusia boleh mencipta hukum hakam yang lebih jelas untuk menentukan peraturan hidup masyarakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 22-11-2006 10:51 AM | Show all posts
Dalam kehidupan dunia ini, hanya terdapat 2 Agama yg diturunkan dari langit, yg percayakan Allah dan bersifat universal (sifat universal disini bermaksud agama yg dianuti oleh pelbagai bangsa di pelbagai benua/tempat). Islam dianuti oleh bangsa Arab, Turki, Eropah, Afrika, India, China, Asia Tenggara, begitu juga dgn agama Kristian. Islam dan Kristian sebenarnya dua agama yg mempunyai asas dan akar umbi yg sama. Sebagai contoh mudah, Islam dan Kristian percayakan Adam dan Hawa (Adam & Eve), dan peristiwa kenapa Adam dan Hawa diturunkan ke muka bumi. Salah satu perbezaan jelas Islam dan Kristian ialah Kristian hanya percayakan setakat kewujudan Prophet Isa (Jesus) dan tidak percayakan the next messeger iaitu Prophet Mohammad. Selain itu terdapat byk lagi perbezaan yg ketara, sebagai contoh Kristian percaya Isa itu Tuhan/Anak Tuhan, tetapi dalam Islam, Isa adalah seorang Nabi, bukan anak Tuhan, Tuhan hanya satu iaitu Allah. The one and only. Memang Isa dilahirkan mariam tanpa bapa, tetapi bukankah Allah mampu berbuat apa sahaja, termasuk melahirkan manusia tanpa bapa? Dan jelas Isa itu adalah manusia dan bersifat manusia. Tetapi nabi mempunyai beberapa sifat mukjizat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 11:14 AM | Show all posts
Salah satu perbezaan jelas Islam dan Kristian ialah Kristian hanya percayakan setakat kewujudan Prophet Isa (Jesus) dan tidak percayakan the next messeger iaitu Prophet Mohammad.


Banyak penyebab kenapa Orang Kristian menolak kenabian Muhamad. Salah satu penyebab adalah konsep ketuhanan yang dibawa oleh nabi anda adalah terlalu berbeza dengan apa yang diwartakan oleh Jesus, Firman allah. Contohnya yang paling bab hokum hakam ini.

Sementara Jesus mementingkan aspek philosophy dan spritual, Islam pula terlalu menekankan aspek ritual.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 11:17 AM | Show all posts
Disebalik kebanggaan anda terhadap hokum hakam di dalam agama anda ketika membandingkan dengan agama orang lain, adakah hokum hakam yang anda banggakan itu mampu melahirkan seorang amish, Mother Theresa dll  di dalam komuniti anda pada zaman sekarang?
Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 22-11-2006 12:17 PM | Show all posts
Seingat saya, tidak pernah posting saya yang mengambarkan seolah-olah saya merasa malu dengan saudara seiman saya di barat. Malahan, saya amat berterima kasih dengan umat Kristian kat sana, dengan usaha gigih mereka mencipta internet dan sebagainya, dapatlah saya bukan internet dan baca bahan-bahan untuk mendalami keagamaan sy.

1.)        Apa yang cuba saya sampaikan hanyalah, Barat itu bukan segala-galanya Kristian, dan kebudayaan barat itu bukanlah kebudayaan Kristian.

<--Walaupun sejarah mengatakan Baratlah menjadi tmpt bercambah dan berkembangnya ajaran Kristian, org Baratlah yg membawa ajaran kristian ke Asia Timur, Afrika, dan lain-lain, Sekarang saudara sendiri sudah tidak mengakui Barat bukan lagi tempat yang terbaik yang mempamirkan ajaran kristian sejati. Apa sudah jadi pada Barat? Jadi, dimanakah tempat yang terbaik yg mempamirkan ajaran Kristian sejati? Di Malaysia? Di Singapore? Di Israel?

2.)        Falsafah hidup dan agama dibarat telah bercampur aduk...bukan setakat Kristian sahaja

<--Jika saudara sendiri mengakui falsafah hidup dan agama di Barat seringkali bercampur aduk dan tidak teguh, macam mana pula saudara yakin ajaran Kristian yg disebarkan oleh Barat samada melalui internet atau sebagainya, tidak bercampur aduk dan tidak diputarbelit dan tidak ditokok tambah?

3.)        Jangan terus membuat tuduhan secara umum, semua yang jahat itu Kristian...bukan saya bermaksud Kristian itu semua baik-baik. Ada seorang forummer dulu dalam ruangan CI membuat tuduhan semua Eropah itu freethinker, tetapi apabila diminta bukti, terus mendiamkan diri

<--Saya bukan membuat tuduhan, tetapi itu adalah realiti yg dipertontonkan oleh Barat skrg ini...Baik dalam media seperti TV, Internet, mahupun jika dilihat secara realiti (saya pernah tinggal di Barat)

Last but not least, satu lagi pertanyaan saya, bolehkah saudara senaraikan apakah kebaikan-kebaikan yang ada didalam Kristian tetapi tiada didalam Islam?

[ Last edited by  rotibakar2006 at 22-11-2006 12:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 01:44 PM | Show all posts
Walaupun sejarah mengatakan Baratlah menjadi tmpt bercambah dan berkembangnya ajaran Kristian, org Baratlah yg membawa ajaran kristian ke Asia Timur, Afrika, dan lain-lain..


Dan saya berbangga dengan usaha mereka terdahulu. Kalau tak kerana mereka, dan nusantara mungkin belum mengenal Jesus. Para missionary ini sanggup meninggalkan keluarga dan pergi ke bumi asing untuk menyebarkan khabar damai.

Saya berbangga dengan nenek moyang bangsa Eropah dan juga Amerika. Penubuhan Amerika pada mulanya adalah berdasarkan prinsip agama kristian.

Tetapi apabila negara-negara  ini telah berjaya, terdapat golongan cuba memisahkan agama Kristian daripada negara. Tetapi sebagai orang Kristian, kami percaya semua ini telah disebut di dalam Bible.

Semakin akhirnya zaman, semakin banyak percobaan dan godaan. Lihat sahaja semasa Amerika mengamalkan ajaran Bible didalam kehidupan sosial dan pentadbiran pada masa dahulu dan bandingkan dengan apa yang berlaku sekarang, setelah Bible dikeluarkan dari perlembagaan.

Mana-mana orang Kristian dibarat yang masih lagi kekal dengan keimanan, saya amat hormat dan kagum. Di sebalik begitu banyak godaan dalam seluruh kehidupan, masih ada orang Kristian yang benar-benar beriman di sana. Mereka tidak memerlukan kerajaan untuk menjaga iman mereka.

Tetapi adakah Kristian benar-benar telah kelam di Eropah? Malahan berdasarkan bacaan saya semakin ramai golongan intelektual di Eropah mula mengakui akan kebenaran agama kristian.


Jadi, dimanakah tempat yang terbaik yg mempamirkan ajaran Kristian sejati? Di Malaysia? Di Singapore? Di Israel?


Kristian tidak terletak kepada negara dan kerajaan. Ia terletak dihati manusia yang benar-benar beriman kepada Jesus. Bagaimana pula dengan Islam? Dimana model terbaik negara Islam yang sr. boleh ketengahkan?


Jika saudara sendiri mengakui falsafah hidup dan agama di Barat seringkali bercampur aduk dan tidak teguh, macam mana pula saudara yakin ajaran Kristian yg disebarkan oleh Barat samada melalui internet atau sebagainya,


Saya tidak berkata tentang dogma Kristian.

Setahu saya tidak ada dogma Kristian yang dibentuk di barat pada zaman moden. Agama Kristian yang disebarkan ke barat yang percaya bahawa Jesus adalah Tuhan juga berasal dari Palestine.

Masyarakat Kristian Palstine dari abad pertama lagi telah percaya bahawa Jesus itu Tuhan



tidak bercampur aduk dan tidak diputarbelit dan tidak ditokok tambah?



Kalau ikut perkiraan sr. itu, sy juga boleh buat kesimpulan, tidakkah kemungkinan Islam telah ditokok tambahkan oleh orang Arab. Berdasarkan yang diceritakan oleh orang Islam sensiri yang pergi naik haji, banyak cerita yang tidak menyeronokkan pasal orang Arab ini卼idak boleh dipercayai.



Saya bukan membuat tuduhan, tetapi itu adalah realiti yg dipertontonkan oleh Barat skrg ini...Baik dalam media seperti TV, Internet, mahupun jika dilihat secara realiti (saya pernah tinggal di Barat


Saya tidak menuduh sr berbohong..itu fakta yang semua orang tahu. Yang sy pertikaiakan,  adakah sr. pasti semua yg buat onar kat barat itu kesemuannya agama Kristian? Tok father kat church sy. pun berbuih mulut menasihatkan supaya mengurangkan terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita tidak baik dari barat.

Di barat sendiri, terdapat pertubuhan Kristian yang cuba membebaskan media daripada unsur-unsur pornografi. Malahan kajian yang dibuat untuk menilai sejauh mana kesan muzik heavy metal terhadap manusia juga dibuat oleh orang Kristian.


Umat katholik di Amerika telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan stesen tv sendiri iaitu EWTN sebagai alternatif kepada media liberal.

Jangan sr. beranggapan program2 negatif itu ditaja oleh Kristian untuk memurtadkan orang Islam.Lagipun TV Arab pun banyak menyiarkan tarian Arab dan cerita yang menghairahkan
Reply

Use magic Report

me This user has been deleted
Post time 22-11-2006 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by rotibakar2006 at 21-11-2006 11:41 PM


Tujuan utama manusia dicipta utk beribadat dan menyembah kepada Allah


bukankah itu menjadikan tuhan seperti pemerintah berkuku besi?? bolehkah anda memberikan sumber anda daripada quran bagi menyokong penyataan anda ini?
Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 23-11-2006 09:45 AM | Show all posts
Jadi menurut sr. kesempurnaan agama itu berdasarkan hukum hakam yang
seribu satu macam? Kalau tak sembahyang subuh..seolah..olah卥alau tak
sembahyang azar卻eolah..olah
Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 23-11-2006 09:46 AM | Show all posts
Dalam kes bab hukum hakam ini, terus terang saya katakan, orang islam
terlalu mementing aspek ritual keagamaan, tanpa memahami falsafah
kerohanian itu sendiri....

<---Bagaimana anda boleh mengatakan yg orang Islam tidak memahami
falsafah kerohanian? Yakinkah anda? Sila jelaskan sebab-sebabnya anda mengatakan begitu


Bagi saya kesempurnaan agama itu bukan terletak kepada hukum hakam
yang seribu atu macam. Bible telah menjelaskan garis panduan yang
asas. Garis panduan yang asas ini difahami oleh semua orang. Buat masa
itu tidak pernah agama kristian berdebat sesama sendiri aurat setakat
mana, perlu bertudung lingkup atau apa sahaja.

<---Jadi, selain kepercayaan ketuhanan, selebihnya bergantung pada
minda dan pemikiran manusia masing2? Semuanya bergantung pada
pemikiran manusia semata-mata? Secara individu? Dimanakah keseragaman? Kerana itulah sesebuah agama yg tiada peraturan menyeluruh, akibatnya seperti yang terjadi pada masyarakat kulit putih Eropah/Amerika skrg ini, sudah tidak dpt kenal pasti siapa kristian siapa bukan.  Ambil konsep mudah, sebagai contoh, sebuah institusi sekolah, mesti ada pencipta, dan mesti ada
peraturan yg seragam bukan? Begitu juga dengan institusi kehidupan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 23-11-2006 09:47 AM | Show all posts
Yesus datang bukan untuk memberi hukum hakam seribu satu macam. Bagi
orang Kristian yang benar-benar mendalami agama mereka, mereka tahu
bahawa manusia dicipta dari gambaran tuhan sendiri...Tubuh manusia
adalah bait bagi tuhan....jadi secara lansung mereka akan faham apa
maksud menghormati tubuh sendiri. Tidak perlu berdebat sampai mengutuk
semasa sendiri setakat mana aurat itu. Sama ada muka, tangan, kaki itu
aurat.

<--Islam tidak pernah berdebat ttg aurat. Anda tahukah apa hikmah
disebalik tuntutan menutup aurat?
<---Tubuh manusia bait dari Tuhan? Mcm mana anda boleh samakan makhluk ciptaan dengan penciptanya. Kalau mcm itu konsepnya, bagaimana pula dgn kejadian makhluk Allah yg lain spt Malaikat, Syaitan, Jin, Haiwan? Adakah tubuh mereka juga bait dari Allah?
<---Dari apa yg saudara tulis, jelas agama Kristian tiada guidance yg jelas, tapi lebih kepada individual judgement匸/color]
Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 23-11-2006 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by me at 22-11-2006 08:14 PM


bukankah itu menjadikan tuhan seperti pemerintah berkuku besi?? bolehkah anda memberikan sumber anda daripada quran bagi menyokong penyataan anda ini?


Kenapa anda mengeluarkan statement "Tuhan itu kuku besi"? Apakah faktor yg membuatkan anda rasa Allah itu kuku besi? Why? Jusy becos God ask us to pray 5 times a day? God ask us to fast in ramadhan? Bagaimana pula dgn paderi dan sister kristian yg mengabdikan diri pada institusi gereja dan tidak berkahwin? Tidakkah institusi gereja pemerintah kuku besi pada paderi dan sister?
Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 23-11-2006 10:32 AM | Show all posts
Saya ingin mengambil salah satu contoh drama TV daripada puluhan drama2 TV Barat yg ditayangkan di sini. Desperate Housewives, drama yg begitu diminati ramai. Didalam drama itu dipaparkan bagaimana rentak dan corak kehidupan orang kulit putih di Amerika. Melakukan zina menjadi seperti amalan biasa; berzina dgn tukang kebun, berzina dgn ahli farmasi, berzina dgn tukang paip, berzina dgn jiran sendiri, anak yg kurang ajar dgn ibubapa, ibubapa yg membenci anak sendiri, etc. Saya yakin drama ini menggambarkan situasi sebenar di sana. Kerana penulis skrip membuat cerita melalui pemerhatian kehidupan sekelilingnya. Jika anda kata Kristian melarang zina, kenapa perkara ini seolah2 tiada halangan. Goyahkah institusi gereja di Barat? Bagaimana institusi gereja boleh goyah di negara2 yg majoriti kristian? Atau mereka2 yg bebas berzina ini bukan beragama kristian? But when it comes to marriage, they go to church to get marry! So, obviously there are christian..


Lihat pula filem2 dari Timur Tengah spt Iran, pelakon2 mereka tidak bersentuahn kulit dan tidak membuka aurat. Tetapi mereka masih mampu berkarya dengan bagus.

Dua perbandingan ini sudah jelas utk kita lihat setakat mana kekuatan sesebuah agama itu....

[ Last edited by  rotibakar2006 at 23-11-2006 10:33 AM ]
Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
 Author| Post time 23-11-2006 11:38 AM | Show all posts
Berhubung tuntutan menutup aurat dlm kristian, semua sudah tahu cara pemakaian sister kristian yang menutup aurat (rambut dan seluruh badan, kecuali muka dan tapak tgn). Tetapi yg saya tidak paham kenapa perlu perbezaan kewajipan menutup aurat antara sister/nan dan ummat kristian yang lain. Pernahkah saudara bertanya kepada diri sendri, apakah tujuan sister menutup aurat? Dan saya juga ingin saudara jelaskan apakah tujuan sister menutup aurat...

Pertama, mana dalil dan ayat bible yang menuntut sister menutup aurat? Dan kedua mana dalil dan ayat bible yang mengatakan menutup aurat itu hanya wajib bagi sister, tidak wajib bagi penganutnya yang lain? Atau tiada langsung dalil atau ayat bible yg menjelaskan ttg perkara itu semua?

[ Last edited by  rotibakar2006 at 23-11-2006 11:56 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.060453 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list