CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katakpuruz

Adat Perpatih

[Copy link]
Post time 29-11-2006 05:21 PM | Show all posts

Reply #17 tuah_r's post

Ado maso den terkonang juo kampung nan jauh...menitis air mato.
Memang cantek negeri Minang ni Jang, Aku tergemam bila sampai kelurah Solok diwaktu itu sawah tengah menguning. Panorama macam post kad ajo.
Hidup merantau kalau rindukan kampung  nan jauh den dendang kan lagu 'Ayam den lapeh'


...Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai
Ayam den lapeh


:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 06:11 PM | Show all posts

Reply #18 pee3's post

Tapi sayang aku tak sempat baca buku tu coz buku tu sekarang Uncle aku dah bawa balik UK

Pernah aku terbaca buku karangan Nordin Selat tapi sayang buku sudah lesap. Puas ku cari gantinya namun tak jua jumpa. Tanya publisher Utusan Melayu pun tak ada. La ni rujukan yang ada ialah Sumatra- Its History and People by edwin M. Loeb




BTW publisher Oxford University Press
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by pee3 at 29-11-2006 05:05 PM

Agaknya sebab tu di panggil 'Ketulahan' kot
Betul tu dalam segi saintifik pun tak di galakkan coz takut dapat zuriat yang mempunyai daya ingatan yang lemah @ lebih tepat di panggil lembab.


Masa memuda dulu ada terdengar orang tua2 bercerita.....kalau kahwin sesama suku tak di iktiraf oleh adat...jadi tak leh balik/masuk kampung bersama. Tapi sekarang Hami rasa orang tak berapa ikut sangat kerana lebih mengikut Ugama.

Hami Anak Melaka Limau Perut. Pernah masa kecil dulu pergi ke Solok Limau Perut di Alor Gajah. Yanh menarik di sana ialah sawah padi diorang .......

Masa Kahwin dulu, sungguhpun di Selangor, bapa masih membawa Buapak ...kira ketua adat dalam famili  dari kampung untuk tengok2kan kerja (?) (mungkin others boleh beri keterangan lanjut?)
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 29-11-2006 06:37 PM


Masa memuda dulu ada terdengar orang tua2 bercerita.....kalau kahwin sesama suku tak di iktiraf oleh adat...jadi tak leh balik/masuk kampung bersama. Tapi sekarang Hami rasa orang tak berapa ik ...



Bila aku baca posting Hami ni aku teringat pasal cerita orang kampung Ayah aku yang kahwin satu suku.
Semalam call Ayah nak confirmkan balik cerita tu.
Menurut cerita pasangan yang kahwin satu suku iaitu orang kampung Ayah aku ni telah di halau keluar dari kampung & dengar cerita pasangan ni telah kematian anak lepas seorang demi seorang iaitu seramai 5 orang.
Kejadian ni berlaku dalam tahun 70an & lebih kurang sama macam cerita forumner tuah_r.
Tak pasti lah samada kejadian ni secara kebetulan @ ketulahan yang di panggil oleh orang2 tua. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 08:41 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 29-11-2006 06:11 PM

Pernah aku terbaca buku karangan Nordin Selat tapi sayang buku sudah lesap. Puas ku cari gantinya namun tak jua jumpa. Tanya publisher Utusan Melayu pun tak ada. La ni rujukan yang ada ialah Suma ...



Semalam aku dah minta hubby call Uncle aku di UK utk bawa balik buku2 tu yang sebanyak 4 buah yang hubby beli tu.
Uncle aku akan balik bercuti ke Malaysia bulan Januari 07 so dia janji akan bawa balik buku.
Bolehlah aku baca & simpan baik2 sebagai khazanah mengenai asal-usul keturunan ku yang tak ternilai.
Aku rasa kat Malaysia susah nak cari buku2 macam tu @ memang tak ada langsung di M'sia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:47 AM | Show all posts
aku pun org N9.org jelebu.....suku biduanda.....
anak ikut suku mak....so kalau emak kita bukan orang N9 walaupun kita duduk N9 kira dah tak ader suku lag i dah....!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2006 10:56 AM | Show all posts
Yang Hami ada terbaca, orang2 lelaki ramai yang  merantau. Itulah sebabnya harta pusaka , selalunya tanah & rumah di turunkan ke anak2 perempuan. Kalau rumah kepada yang bongsu. Sekaligus juga memberi pengiktirafan kpd kaum perempuan. Itulah sebabnya orang perempuan diorang aktif dan reti menjaga kampung halaman....

Buku rujukan Hamipun dipinjam oleh abang. Bila entah dia nak pulangkan..?:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 01:46 PM | Show all posts
ada info tak... yang dipertuan besar suku apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by fairy_hobbit at 30-11-2006 01:46 PM
ada info tak... yang dipertuan besar suku apa?



Tak tahu Yang Dipertuan Besar dari suku mana.
Tapi masa aku pi ke Batu Sangkar ada sebuah istana yang dinamakan Istana Silinduang Bulan sering jadi tempat persinggahan Yang Dipertuan Besar apabila baginda pergi ke sana.
Itu menurut cerita kawan aku iaitu orang Padang & dia lah yang membawa aku & family melawat istana tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 03:30 PM | Show all posts
suku2 nie ada kasta tak??
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 07:13 PM | Show all posts
Originally posted by tuah_r at 30-11-2006 03:30 PM
suku2 nie ada kasta tak??


Satu soalan yang baik. Dalam kajian ttg kerajaan Minangkabau yang sebenarnya berbentuk "tribal" bukan "territorial", pemerintah negeri dibahagi kepada 4 ketua suku (sib)...datuk nan berampe. Mereka menerima "perintah" dari majlis2 famili dan oleh itu mereka hanyalah sebagai representatif, bukan gobenor atau pemerintah seperti  yang kita selalu faham.

Semasa era Hindu, diadakan seorang raja (Jang diPertuan) buat  kumpulan  negeri2  yang sebenarnya adalah hanya "village states ". Keluarga Raja  selalunya berkahwin sesama ahli famili  sendiri dan anak lelaki tua mewarisi takhta bapa.Setiap negeri mempunya 4 representatif. Orang2 Minangkabau sekarang percaya "sistem suku/sib" berasal dari Hindu untuk tujuan kerajaan. Dari 4 suku yang asal diorang membuat pecahan dua lagi yang dipanggil "laras". Ada dua pandangan mengenainya:

1. Untuk menghindar dari  sumbang mahram,
2. Sebagai pembahagian territory. Apabila sampainya Islam , lara lebih mengambil makna ini.

Sekarang ini 4 suku asal itu sudah mempunyai banyak pecahan mengikut perkampungan - besar dan kecil. Setiap pecahan mengandungi satu keluarga genealogikal. Perkataan "parui" diguna untuk kumpulan  5 generasi. Setiap parui  ditempatkan di kawasan  tertentu dalam perkampungan itu......punya bendang dan tanah wakaf tertentu  dan diketuai oleh penghulu yang dipilih dari saudara  lelaki  bagi  perempuan tertua dalam keturunan itu . Itulah  sebabnya ada  "hulu" (yang dahulu) dalam perkataan penghulu.

Cabang dalam keturunan dipanggil "djurai" ....hidup dalam rumah berasingan dan dijaga oleh saudara lelaki tertua bagi perempuan tertua dalam keluarga itu. Orang Batak Karopun panggilnya "mamaq" dan perkataan ini berasal dari perkataan Tamil. "Mamak" di Malaysia pula lain maknanya..heheheh!

Hami tak fikir sistem ini ada persamaan dengan sistem kasta......habis2 hanya ada  tambahan  raja selepas  kedatangan Hindu. Sungguhpun mereka juga ada berusaha membawa konsep hamba, abdi, konsep ini hanya bertapak  pada era yang kemudiannya oleh kerana   peperangan dan hutang-piutang.

Itu sahaja buat sekarang...............got to go. Kalau ada silap harap beri tau...

[ Last edited by  hamizao at 1-12-2006 10:10 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2006 08:31 PM | Show all posts
  1. PERKAHWINAN
  2. Adat Perpatih mencegah perkahwinan antara anggotanya dan mengamalkan eksogami atau kahwin di luar suku kerana dapat mengeratkan perhubungan antara suku.Suami juga menjadi anggota suku isterinya dan dikenali sebagai orang Semenda.

  3. Menurut hukum syarak,seseorang itu boleh berkahwin dengan anak perempuan kakak atau adik ibunya,tetapi dalam Adat Perpatih,perkahwinan ini dianggap sumbang pada sisi adat.Perkahwinan antara suku merupakan kesalahan yang besar dan sekiranya berlaku, mereka yang terlibat akan dibuang daerah.
Copy the Code

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by katakpuruz at 30-11-2006 08:31 PM
PERKAHWINAN
Adat Perpatih mencegah perkahwinan antara anggotanya dan mengamalkan eksogami atau kahwin di luar suku kerana dapat mengeratkan perhubungan antara suku.Suami juga menjadi anggota suku  ...


nenek aku slalu cakap aku tak boleh kawen dgn sepupu perempuan aku yg anak makcik aku.dier org cakap mcm adik beradik dah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 30-11-2006 07:13 PM


Satu soalan yang baik. Dalam kajian ttg kerajaan Minangkabau yang sebenarnya berbentuk "tribal" dukan "territorial", pemerintah negeri dibahagi kepada 4 ketua suku (sib)...d ...


aku baca slow2 pon susah nak paham...

tq anyway!!!:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 10:13 PM | Show all posts
Sowi ye, Hami nak cepat masa tu.:pray: Ada pembetulan dan harap2 ok sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 08:52 AM | Show all posts
Semalam aku mengemas almari buku & aku ada terjumpa 1 buku berkenaan dgn Minangkabau yang telah di beli oleh hubby di Istana Pagarruyung semasa kami sekeluarga melawat ke sana. Sebelum ni aku ada beritahu buku2 yang di beli telah dibawa oleh Uncle balik ke UK tapi rupa2nya ada tinggal sebuah buku yang tak di bawa oleh Uncle aku.
Nama buku yang ada pada aku sekarang ialah 'TAMBO ALAM MINANGKABAU' di tulis oleh H. DATOK TOEAH dan telah di olah & di terbit semula oleh anak Allahyarham pada tahun 1969. Aku baru nak mula membaca buku & Insyallah dari masa ke semasa akan aku update kat sini pasal Minangkabau & Adat Perpatih ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 10:08 AM | Show all posts

Reply #36 pee3's post

Please do read! Let's  share some information..Semoga  dapat  semua menumpang sinaran terang  pelita ...kerana sudah lama hidup kegelapan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 4-12-2006 10:08 AM
Please do read! Let's  share some information..Semoga  dapat  semua menumpang sinaran terang  pelita ...kerana sudah lama hidup kegelapan.



Insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by fairy_hobbit at 30-11-2006 01:46 PM
ada info tak... yang dipertuan besar suku apa?



Menurut buku 'TAMBO ALAM MINANGKABAU' Yang Dipertuan Besar berasal dari keturunan Raja Melenggang Alam dari Pagarruyung & tak di sebut pula dari suku apa.
Kemungkinan dalam buku tulisan Dato' Samad Idris dari Malaysia ada menyatakan dari suku apa.
Aku akan cuba cari buku tulisan  Dato' Samad Idris di kedai2 buku utk dapatkan maklumat yang lebih lanjut itu pun kalau ada dalam buku tu.Insyallah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 12:21 PM | Show all posts
adat perpatih harata pusaka tak bagi ikut faraid yerk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.063010 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list