CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mok_nik

[MERGED] pinggan mangkuk dari emas/ perak & Bone China Dinnerware

[Copy link]
Post time 8-2-2006 03:49 AM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 5-2-2006 08:33 PM


kalau cukup haul memang lah kena zakat bel
tapi bejana kita yangdisimpan itu ada ker sampai atau melebihi 85 gram utk keluarkan zakat?

Sebab sepengentahuan mok nik jika emas yang disimpan i ...


Nak mujur, mok nik punya cukup haul...eh, kalau dah bertahun2 hobi kumpul mas perak ni.!....hamba lain la....cikit je...bukan hobi pun....:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2006 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 8-2-2006 03:49 AM


Nak mujur, mok nik punya cukup haul...eh, kalau dah bertahun2 hobi kumpul mas perak ni.!....hamba lain la....cikit je...bukan hobi pun....:bgrin:


rasanya tak cukup haul bel, sebab sikit sangat emas yang dilekatkan tuh
tapi tak tahu lah bel :stp:
nak kena sukat kot :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 08:54 PM | Show all posts
cuba ko kikis emas2 tu dan timbang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2006 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 18-2-2006 08:54 PM
cuba ko kikis emas2 tu dan timbang..


1- Haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api keluar zat emas/ perak tersebut.
2- Tidak haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api tidak keluar zat emas/ perak tersebut.



Ini yang mod Fluerzsa tulis
mok nik yakin  yang no 2 itulah yang kebanyakan yang mok nik dan kawan2 miliki, sebab itu tidak boleh tanggal/terkeluar emas bila dikikis.
Jadi camner mok nik nak kikis?????
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2006 11:04 AM | Show all posts
ada keluarga di raja ni seme set pinggan mangkuk dan sudu garfu diperbuat dari emas dan perak.kalau pinggan mangkuk tu selalunya border je n bukan keseluruhan,tapi ada juga pure silver or gold tapi setau sayala emas dan perak ni hanya utk perhiasan wanita.Kalau lebih dari sepatutnya barula dizakat,ada sestgh negeri perhiasan emas pd seorg wanita tak lebih dari 5ribu kalau lebih zakat je la.For me mmg tak suka beli pinggan mangkuk berjenama  dan bersadur emas sgt fiona suka yg simple kalau pecah atau apa2 pun tak sayang sgt. Takkan la moknik nak kikis mana boleh pecahla set mok nik tu...nak tunggu yg lebih arif menjwp.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2006 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by Nek_Fiona at 19-2-2006 11:04 AM
ada keluarga di raja ni seme set pinggan mangkuk dan sudu garfu diperbuat dari emas dan perak.kalau pinggan mangkuk tu selalunya border je n bukan keseluruhan,tapi ada juga pure silver or gold tapi setau sayala emas dan perak ni hanya utk perhiasan wanita.Kalau lebih dari sepatutnya barula dizakat,ada sestgh negeri perhiasan emas pd seorg wanita tak lebih dari 5ribu kalau lebih zakat je la.For me mmg tak suka beli pinggan mangkuk berjenama  dan bersadur emas sgt fiona suka yg simple kalau pecah atau apa2 pun tak sayang sgt. Takkan la moknik nak kikis mana boleh pecahla set mok nik tu..


Fiona.. penggunaan emas/perak untuk bejana sudah lama ada ,sejak zaman awal Islam lagi, cumanya bila kita semakin celik kita mencari-cari hukum penggunaannya.
mok nik mula2 beli lagi dah try kikis dan bakar emas yang ada kat bejana tuh
tapi tak kuarnya

.nak tunggu yg lebih arif menjwp.


sama-samalah kita tunggu Fiona ...sebab ramai yang hendak tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2006 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 5-2-2006 16:04
dan kalau yang mampu lak tak pandang dah car made in malaysia tuh
terus terkam MERC  :cak:


Iskhhhh kalu dah terkam tuh
tahap kebuluq dah kot dak? ekekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2006 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by Pe4RL at 19-2-2006 05:29 PM


Iskhhhh kalu dah terkam tuh
tahap kebuluq dah kot dak? ekekekeke


tak tahu pulak ada orang kebuluq nak makan MERC:gila::gila:

istilah kebuluq hanya diguna utk makanan/minuman
pelik dengar ada orang kebuluq terhadap kenderaan :gila:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2006 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 18-2-2006 22:42
1- Haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api keluar zat emas/ perak tersebut.
2- Tidak haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibak ...




MEmang kalu ikut penjelasan fleurzsa , yg 2nd tuh paling seswai...
tapi camna plak nak kira haul etc, kalu nak kluarkan zakat ek?


explain further fleurzsa plsss...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2006 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 19-2-2006 17:38


tak tahu pulak ada orang kebuluq nak makan MERC:gila::gila:

istilah kebuluq hanya diguna utk makanan/minuman
pelik dengar ada orang kebuluq terhadap kenderaan :gila:


Ekekekeke.... pandai.. pandaiiii... :clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2006 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by Pe4RL at 19-2-2006 05:40 PM


Ekekekeke.... pandai.. pandaiiii... :clap:



Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2006 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 5-2-2006 04:00 PM


Allah hendak menguji manusia nie pelbagai cara..ada dianugerahkan kekayaan yang melimpah ruah, ada yang kekurangan serba serbi. Yang kaya itu Allah sudah tetapkan bahagiannya utk yang miskin ia ...


yeah.. mgkin ader sesetengah org tu rasa bahagia kalau dapat beli benda yg bermacam macam tu. it's just my personal taste lar. kalau kaya sangat pun, saya tak beli nyer barang2 yg gitu. ada baiknya, disedekahkan. sbb bagi saya, lebih bahagia tengok org lain bahagia daripada kita bahagia dan tambah bahagia, tapi org lain menderita gituh lar. tapi aper pon, kalau kita ada hobi kumpul barang camtu, takperlah.. saya tak menghalang dan membantah pun. itu kan hak masing2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2006 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 19-2-2006 08:36 PM

yeah.. mgkin ader sesetengah org tu rasa bahagia kalau dapat beli benda yg bermacam macam tu. it's just my personal taste lar. kalau kaya sangat pun, saya tak beli nyer barang2 yg gitu. ada baiknya, disedekahkan. sbb bagi saya, lebih bahagia tengok org lain bahagia daripada kita bahagia dan tambah bahagia, tapi org lain menderita gituh lar. tapi aper pon, kalau kita ada hobi kumpul barang camtu, takperlah.. saya tak menghalang dan membantah pun. itu kan hak masing2.


Jangan cakap gitu Munt...bila dah Allah berikan kekayaan, maka Allah akan uji hambaNYA
Ramai dah yang mok nik jumpa kata2 semacam yang Munt cakap, tapi bila Allah campakkan kekayaan, semua yang dikatakan itulah yang akan diuji Allah. Sebabnya Allah hendak tahu sejauh mana kebenaran kata dan hati sebelum dan selepas mendapat rezeki Allah itu.

Ramai dah yang tersasar jauh dari matlamatnya bila harta bertimbun di depan mata. Saat inilah bukan hanya setakat boleh beli bejana emas dan perak malah lebih dari itu yang tidak pernah terfikir oleh akal semasa miskin dahulu.

Jadi cakap jangan terlalu takbur, sebab nanti Allah akan uji kita dengan kata-kata kita sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 09:46 PM | Show all posts
kita hanya mampu berusaha jer mok nik... kalau masa akan datang kita diuji, waktu tu lah kita tengok sendiri camner kita menghadapi ujian tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 10:19 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 20-2-2006 11:18 AM
Ramai dah yang tersasar jauh dari matlamatnya bila harta bertimbun di depan mata...


:setuju:

Yg ini Mala amatlah setuju Mok Nik kerana sedang mengalami sendiri ujian ni... hu hu hu... :cry:

tapi malas lah nak mengadu di sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2006 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 20-2-2006 09:46 PM
kita hanya mampu berusaha jer mok nik... kalau masa akan datang kita diuji, waktu tu lah kita tengok sendiri camner kita menghadapi ujian tu.


itulah yang sebaiknya Munt ....
sebab sudahhhhh ramai yang didepam mata mok nik semasa tidak ada /pangkat/kuasa dan harta cakap itu ini tetapi bila dah dapat pangkat/kuasa dan harta lain pula jadinya .

Bukankah Al Quran sendiri menyatakan, anak, harta dan pangkat adalah UJIAN  kepada hambanya!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2006 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by Normala17 at 20-2-2006 10:19 PM


:setuju:

Yg ini Mala amatlah setuju Mok Nik kerana sedang mengalami sendiri ujian ni... hu hu hu... :cry:

tapi malas lah nak mengadu di sini


Yakin dan percayalah bahawasanya Allah uji hambaNYA sesuai dengan kemampuan hambaNYA


Moga Mala tabah hadapi ujian itu..pasti akan jumpa 'penawarnya'
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 5/2/06 12:42 PM


Salam,

Haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api keluar zat emas/ perak tersebut.

Tidak haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika di ...


assalamualaikum... boleh tak kemukakan dalil dan hadis yang sah sekiranya tuan moderator sudi? sekadar ingin tahu pendapat yang dikeluarkan para ulama sehingga jatuhnya hukum haram
Reply

Use magic Report

syu This user has been deleted
Post time 23-2-2006 02:16 AM | Show all posts
Bejana Emas dan Perak
Untuk itulah, maka Islam mengharamkan membuat bejana dari emas atau perak dan seperei-seperei sutera murni dalam rumah seorang muslim. Nabi sendiri memberikan ancaman keras terhadap orang yang cenderung kepada cara-cara ini.

Kata Ummu Salamah ummul mu'minin:

"Sesungguhnya orang yang makan dan minum dengan bejana emas dan perak, maka akan gemercik suara api neraka dalam perutnya." (Riwayat Muslim)
Dan Huzaifah juga pernah mengatakan:

"Rasulullah melarang kami minum dengan bejana emas dan perak atau kita makan dengannya, dan melarang memakai pakaian sutera tipis dan sutera tebal serta dilarang kita duduk di atasnya. Kemudian Nabi bersabda pula: Kain ini untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia, dan untuk kamu nanti di akhirat." (Riwayat Bukhari)
Jadi kalau kita dilarang memakainya, berarti haram juga membuatnya untuk hiasan.

Diharamkan bejana emas/perak dan seperei-seperei sutera itu, berlaku untuk laki-laki dan perempuan. Sedang hikmahnya agama mengharamkan hal-hal tersebut dengan suatu tujuan untuk membersihkan rumah dari unsur-unsur kemewahan/berlebih-lebihan.

Tepat sekali apa yang dikatakan Ibnu Qudamah: hal tersebut di atas berlaku sama antara laki-laki dan perempuan karena umumnya hadis, dan karena alasan diharamkannya justru karena berlebih-lebihan dan kesombongan serta dapat memecahkan perasaan hati orang-orang fakir. Pengertian seperti ini meliputi kedua belah pihak. Adapun dibolehkannya perempuan berhias dengan emas dan sutera adalah demi kepentingan suami, bukan untuk orang lain.

Kalau ditanyakan: Andaikata alasan diharamkannya itu seperti yang tersebut di atas, niscaya mutiara dan sebagainya adalah juga diharamkan karena harganya lebih tinggi? Untuk masalah ini akan kami jawab sebagai berikut: Mutiara (yakut) itu tidak begitu dikenal di kalangan orang miskin, oleh karena itu tidak dapat memecahkan perasaan hati mereka jika orang-orang kaya itu menjadikan benda ini sebagai hiasan, walaupun sesudah itu mereka menjadi kenal dengan yakut. Dan justru jarangnya yakut itu sendiri menyebabkan tidak ada orang kaya yang memakainya sebagai hiasan, sehingga dengan demikian tidak perlu lagi diharamkan walaupun ada perbedaan harga yang sangat menyolok.26

Ditinjau dari segi ekonomi, seperti yang telah kami sebutkan juga dalam hikmah diharamkannya emas untuk orang laki-laki, maka di bab ini hikmah tersebut akan lebih nampak dan lebih jelas. Sebab emas dan perak merupakan standard uang internasional yang oleh Allah dijadikan sebagai ukuran harga uang dan sebagai standard yang akan menentukan harga itu dengan adil serta memudahkan peredaran uang di kalangan orang banyak. Maka atas bimbingan Allah kepada umat manusia untuk menggunakan uang sebagai nikmat yang diberikan kepada mereka, uang tersebut harus diedarkan di kalangan orang banyak, jangan ditahan di rumah dalam bentuk uang yang tersimpan, atau dihilangkan dalam bentuk bejana dan alat-alat perhiasan lainnya.

Betapa indahnya pula apa yang dikatakan Imam Ghazali dalam Syukur Nikmat didalam bukunya Ihya'. Ia mengatakan sebagai berikut: "Siapapun yang menjadikan dirham dan dinar sebagai bejana dari emas dan perak, berarti dia telah kufur nikmah (tidak tahu berterimakasih), dan dia lebih jahat daripada menyimpannya. Karena hal seperti ini sama halnya dengan orang yang memaksa kepala negara untuk bekerja sebagai tukang tenun dan tukang sapu tanpa upah, atau untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang biasa dikerjakan oleh manusia-manusia rendahan. Jadi menahan harta, lebih rendah dari itu semua. Sebab perkakas dari tanah, besi, timah dan tembaga menduduki fungsi emas dan perak sebagai alat untuk menjaga makanan supaya tidak rusak. Karena fungsi bejana pada hakikatnya adalah guna menjaga makanan. Maka tanpa uang alat-alat dari tanah dan besi itu tidak dapat memenuhi apa yang dimaksud.

Jelasnya, barangsiapa yang kurang faham persoalan ini, kiranya cukup memahami terjemahan Tuhan dalam hal tersebut yang dilukiskan dalam bentuk ungkapannya: "barangsiapa minum dengan bejana emas atau perak, maka seolah-olah suara api neraka itu gemercik dalam perutnya."

Bentuk larangan ini jangan diartikan mempersempit gerak umat Islam dalam rumahtangga, sebab dalam masalah halal yang baik, mempunyai lapangan yang sangat luas. Berapa banyak bejana dari perunggu, dari kaca, dari tanah, dari tembaga dan dari tambang-tambang lain yang lebih bagus. Berapa banyak pula seperai dan bantal dari katun dan kapuk yang lebih indah daripada bahan lain!
Reply

Use magic Report

syu This user has been deleted
Post time 23-2-2006 02:24 AM | Show all posts
Bejana Emas Dan Perak.



          Para ulama fiqh telah sepakat menetapkan bahawa haram hukumnya bagi lelaki dan perempuan memakai atau menggunakan bejana yang diperbuat daripada emas dan perak seperti pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan cawan. Termasuk maksud bejana itu juga pencelak mata, tempat pencelak mata, pencungkil gigi dan seumpamanya. Penggunaan yang dilarang itu tidak kira sama ada bagi tujuan sebagai alat untuk makan dan minum, tempat menyimpan ataupun semata-mata hanya untuk perhiasan tanpa digunakan.



          Dasar ketetapan hukum haram memakai atau menggunakan barang-barang ini disandarkan kepada berbagai-bagai sumber hadis, antaranya sepertimana yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah Radhiallahu 慳nha, beliau berkata bahawa Nabi Shallallahu 慳laihi wasallam bersabda:



Maksudnya: 揝esiapa yang minum (menggunakan) pada bejana daripada emas atau perak, maka dia hanya akan menggelegakkan di dalam perutnya api daripada neraka Jahannam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053077 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list