|
Reply #19 tundahgulana's post
dah called PH...
harga ticket - RM40 inclusive one drink
ticket dah start jual if u wanna buy in advance
pada 18th August -- counter buka 7.30pm
show starts at 10.30pm
so - apa lagi boleh beli la!!
mesti kena tengok ni!!
lepas tu boleh makan booger kat PH
booger dia best!
*booger burger same thing |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah ko dexa...
ok gak tu regenya...
kalau takde aral yg melintang di tgh jalan...
aku akan pergi....
nak dgr lagu berantu : HUJAN |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 tundahgulana's post
jangan ada hantu dah --
lagu berantu tak apa --
saya malam2 - takut sikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 tundahgulana's post
dan jangan lupa
dua dua ada --
saleem and amy search....
nak dengar lagu bukan aku tak cinta dengan
fantasia bulan madu...... mesti world ni!.... |
|
|
|
|
|
|
|
Single terbaru dia tajuknya Antara Hujan dan Air Mata kan? Best lagu ni. :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 Rhyno's post
rhyno pergi tak PH nanti next friday? |
|
|
|
|
|
|
|
Saleem mahu kikis noda hitam
Oleh Farihad Shalla Mahmud
EPIGONI membawa makna yang cukup besar buat diri Saleem. Ia bukan sekadar sebuah album nyanyian semata-mata sebaliknya buah tangan terbaru penyanyi dari Pantai Timur ini yang cukup untuk menterjemahkan perjalanan karier seninya yang boleh diumpamakan sebagai lautan, sentiasa ada pasang dan ada surutnya.
Bersama Epigoni, Saleem cuba bangkit dari kejatuhan lalu dan berbekalkan secebis semangat yang masih bersisa, dia menjadikan karya terbaik insan seni sebelumnya sebagai sumber inspirasi untuk dia terus berjuang dalam bidang seni.
Ini bersesuaian dengan istilah Epigoni yang bermaksud orang yang meneruskan dan memperkembangkan karya seniman terdahulu seperti yang dicatatkan di kulit albumnya itu.
Berkongsi cerita mengapa konsep album kompilasi lagu lama yang diberi nafas baru masih menjadi pilihannya, Saleem menjelaskan setiap lagu yang dipilih cukup peribadi buatnya.
Album ini sebenarnya adalah salah satu cara saya untuk memberi penghargaan buat insan seni yang terlalu banyak berjasa kepada industri hiburan tanah air. Malah ada di antara lagu yang saya nyanyikan kembali itu menyimpan seribu kenangan buat saya,? cerita Saleem ketika ditemui di majlis pelancaran album terbarunya itu, di Planet Hollywood, di ibu kota baru-baru ini.
Baginya, Epigoni menjadi satu titik permulaan untuk dirinya kembali menyemarakkan industri hiburan tanah air.
Saya pernah rasa susah mengharungi keperitan hidup. Namun saya mahu cuba bangkit daripada keperitan itu. Dan matlamat saya kini adalah untuk mengembalikan kegemilangan saya setelah lama menyepikan diri,? jelas penyanyi bersuara unik itu.
Epigoni juga membawa satu perubahan positif dalam kehidupan Saleem apabila album itu menerima sambutan yang cukup memberangsangkan dengan penjualan album sebanyak 15,000 unit sejak dipasarkan pertengahan Mei lalu.
Sekarang saya cukup ceria dan bahagia dengan kehidupan saya kini. Paling ketara mood untuk bekerja juga semakin meluap-luap. Dulu saya asyik terbayangkan sesuatu. Sekarang saya berpijak di bumi nyata.
Ini adalah fasa baru kehidupan saya. Saya lebih tenang dengan kehidupan sekarang. Dengan album Epigoni ini, saya belajar menepati waktu dan menjadi lebih berdisiplin. Saya mahu hindari kehidupan saya yang suatu masa lalu pernah menjadi noda hitam. Saya mahu menjadi manusia yang beriman,? janji bekas vokalis kumpulan Iklim ini.
Pada majlis itu, Saleem turut menerima anugerah platinum emas bagi Epigoni serta anugerah platinum berkembar bagi album Raja Balada yang telah terjual sebanyak 50,000 unit sejak dipasarkan Disember lalu.
Malah dalam usaha memantapkan kehadirannya dalam industri muzik, kata Saleem, dia berhasrat untuk melebarkan sayapnya dalam bidang penciptaan lagu. Dia yang sedang mengumpul bahan bagi album baru mengakui bahawa dirinya sedang berusaha melahirkan lebih banyak karya.
Lagu Kau Anugerahku yang dimuatkan dalam album ini adalah percubaan pertama Saleem bergelar komposer.
Sebelum ini bukannya saya tidak boleh mencipta lagu tapi saya malas... tak minat. Mungkin selepas ini saya mahu mengorak langkah lebih jauh. Jadi selepas ini akan menyusul lebih banyak karya-karya lain selepas ini? kata Saleem yang belajar mencipta lagu melalui Umarul, penerbit Epigoni yang juga rakannya dalam kumpulan Iklim.
Album Epigoni memuatkan lagu-lagu seperti Sesat Di Kuala Lumpur (berduet dengan Amy Search), Antara Hujan dan Air Mata, Setelah Aku Kau Miliki, Segalanya Ku Terima, Awas... Ranjau Dusta, Biarkan Berlalu, Aku Hanya Serangga, Sebatang Tongkat Untuk Berdiri, Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi dan Dendangan Kalbu.
Ditanya apakah keistimewaan lagu tersebut sehingga dipilih untuk dirakamkan semula, Saleem berkata lagu itu banyak menyimpan kenangan bagi dirinya termasuk pernah dinyanyikannya sewaktu menyertai beberapa pertandingan nyanyian di kampungnya di Terengganu.
Saya menterjemahkannya sebagai penghargaan buat penyanyi asalnya dan tidak bermaksud untuk diperbandingkan. Sebagai seorang hamba seni, saya cuba memberikan yang terbaik untuk menghiburkan orang,? ujar Saleem yang membuat persembahan sempena slot Sunday Nite Live di Planet Hollywood di Kuala Lumpur itu pada 13 Ogos lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Saleem makin mudah bekerjasama
Oleh WANDA IDRIS
TONGGAK utama klip video Antara Hujan dan Air Mata.
Dari kanan Saleem, Que Haidar dan Kartina.
RINTIHAN perasaan seorang isteri yang kecewa dengan kecurangan suaminya menjadi plot utama klip video Antara Hujan dan Air Mata dendangan Saleem yang dipetik daripada album terbarunya, Epigoni.
Dilakonkan oleh Que Haidar dan Kartina atau Tina, Saleem hanya muncul sebagai perantara atau pencerita pada klip video lagu dendangan asal Allahyarham Sudirman Haji Arshad itu.
Konflik
Menurut pengarahnya, Rahila Ali, klip video Antara Hujan dan Air Mata mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang mengalami konflik setelah isterinya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima suaminya daripada seorang wanita lain.
Menyerapkan unsur drama dalam klip video tersebut, Rahila memberitahu, dia mendapat ilham itu daripada pembacaannya dalam akhbar dan majalah.
揕agi pula kisah kecurangan dan perceraian melalui SMS pernah kecoh satu masa dahulu, |
|
|
|
|
|
|
|
Saleem tak boleh balik negeri?
Seorang teman dari Pantai Timur memaklumkan kepada Joyah. Dia geram, marah dan kecewa. Sebabnya dia dapat tahu penyanyi kesayangannya, Saleem tidak lagi mendapat peluang untuk muncul dalam persembahan di negeri kelahirannya sendiri, Terengganu.
Kononnya baru-baru ini Saleem akan terlibat dalam satu persembahan. Penyanyi itupun khabarnya sudah menerima setengah bayaran pendahuluan untuk acara itu.
Bagaimanapun beberapa minggu sebelum acara berlangsung, Saleem dimaklumkan yang penyanyi itu tidak boleh dibawa menyanyi ke negeri berkenaan.
Kata kawan Joyah tu, dia sendiri kecewa kalaulah benar sampai begitu sekali tindakan dikenakan kepada Saleem.
揂pa salah dan dosa Saleem sampaikan persembahannya dibatalkan, Joyah kenalah selidik, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 dexa's post
Hahaha... memang patut pun
Berkali-kali Saleem ni memalukan negeri Terengganu
Bukan tak patut bagi peluang langsung
Tapi biar dia rasa susah sikit nak diberi peluang
Biar dia ingat kesusahan dia nak diterima semula
Kalau tak senang2 je dia lupa diri, pastu buat balik perangai lama
Tengok la masa orang bagi peluang kat dia masa dulu
Senang je dia lupa diri balik... sebab dia rasa orang mudah terima dia balik
Saleem terima hukuman ?
Hukuman ke pemulihan ?
:lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 2-8-2006 12:15 PM
'Hidup saya lebih baik sekarang'
Oleh Suzan Ahmad
(NSTP e-media)
BIAR sehitam manapun laluan yang ditempuh Saleem, namun sebagai penyanyi dan penghibur, dia perlu terus kuat menyusun langkah ...
prrrtuuuihh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 houdini's post
Sampai bila? Lagipun hanya nyanyian yang menjadi sumber pendapatan dia selama ini. Tak baiklah kalau kita terus menghukum dia tanpa belas kasihan sebegitu.
persoalannya sampai bila..??
dia telah menerima banyak hukuman..
memalukan negeri terengganu tak
sebesar memalukan maruah diri dia sendiri
dan keluarga...
malu apa sangat negeri terengganu akan
seorang Saleem ---
kalau saya orang terengganu - pada saya BUKAN
NEGERI yang saleem malukan masa dia terlibat dalam
dadah dulu -- tapi maruah diri dia dan keluarganya
yang lebih dia aibkan ---
siapalah saleem ni nak malukan sebuah NEGERI..
kalaupun negeri terengganu mengatakan NEGERI TERENGGANU
telah malu dengan sikap saleem -- kenapakah tidak tengok dan
lihat betapa sukarnya dia nak kembali kepangkal jalan ---
manakan partner recovering--- manakah masyarakat yang
boleh menyokong dan support dan beri jalan dan chances untuk dia
kembali -- ke jalan yang betul bukan ke najis dadah ---
kalau dia ni abang kita -- adakah selama lamanya kita akan menghukumnya
tidak mahu bertegur dan menjemput dia ke rumah kita?
mulia sangatkah kita??? mulia sangat kah negeri terengganu tu
sampai begitu terasa GAHNYA tidak boleh accept orang yang
dah jatuh berkali kali tetapi mahu mengubah cara hidup dan
masih memerlukan lagi support dan penerimaan masyarakat...
tidakkah NEGERI TERENGGANU merasa bangga yang saleem
dalam berpuluh puluh artis dan orang terkenal yang mengambil
dadah sanggup menunjukkan muka dan ikhlas dan berani tampil
ke media penyiaran menceritakan kepedihan dan betapa aibnya
dia ketika mengambil dadah dan kenapa beliau akhirnya mengambil
keputusan yang positif ingin kembali kepangkal jalan....
saya bukan orang terengganu -- hanya sebagai seorang peminat
seni -- tapi saya merasa terharu dan bangga dengan keputusan
saleem tu....
sampai bila???? sampai bila kita mesti menerimanya kalau
tidak mulai sekarang??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 dexa's post
The point here, bukan tak bagi peluang langsung
Tapi biar dia earn peluang tu
Biar dia rasa susah nak diterima balik
Supaya dia bersyukur dan tak sia-siakan dah peluang bila diterima semula
Tengokla jelah peluang yang diberi oleh masyarakat masa kali kedua, kali ketiga
Dia sendiri yang persia-siakan
Bukan nak kata kita yang lain ni semua GAH, semua mulia
Cuma taknak dengan penerimaan yang begitu mudah pada Saleem
dia akan pikir bahawa salah dia tak besar sangat
Dia akan pikir bahawa takpe buat salah yang sama berkali-kali, orang akan tetap memaafkan DENGAN MUDAH
Yang pasti masyarakat dah memaafkan dia
Masyarakat akan menerima Saleem, akan bagi peluang kembali pada Saleem
But this time, let him earn it the hard way
p/s : Masih teringat lagi Saleem kembali masa dulu dengan imej berjambang, dan kononnya dah insaf giler....
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 houdini's post
Tengokla jelah peluang yang diberi oleh masyarakat masa kali kedua, kali ketiga
Dia sendiri yang persia-siakan
bila pula ?? bila pulak negeri terengganu bagi??
masyarakat tak pernah beri peluang houdini..
tengok aje la cemuhan yang masih dia terima bila
dia even keluar kat TV...
persoalan saya -- sampai bila???
apa kita ni terlalu baikkah sampai bila dia
buat cam tu kita nak menghukum dahsyat sekali...
diri yang dia malukan adalah diri dia sendiri..
maaf saya tak setuju opinion awak yang mengatakan
kita tengok dulu sejauh mana ---
apakah maknanya itu melainkan itu bermakna
kita tidak mahu memberi peluang langsung..
sejauh mana u nak mengukur lagi???
tunggu sampai bila -- tunggu sampai you ingat dia
akan tak ambil lagi dadah tu????
kalau itulah tahap untuk accept saleem nampaknya
sampai bila2 pun tak diterima la....
tepuklah dada kita tanya diri you sebagai
orang yang tengok saleem ni --
siapakah yang TELAH RUGI selama ni selama
saleem mengambil dadah -----
you - houdini ka, atau saleem iklim?
dan bila dia telah kembali ke pangkal jalan..
kalau masyarakat masih TIDAK mahu dan memperlekehkan
dia --- bagaimana dia hendak dapat support dan pulih
dan confident dalam diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 houdini's post
p/s : Masih teringat lagi Saleem kembali masa dulu dengan imej berjambang, dan kononnya dah insaf giler....
maaf saya mungkin silap dalam hal ni..
saya tak pernah tengok dia --berjambang
even was here in malaysia masa dia popular dulu..
dan mengenai dia insaf giler seperti yang houdini tulis...
tapi saya baca sejarah cerita dia -- dari dia mula
menyanyi sampai la ni -- dan bila dia mula mengambil dadah
dan keluar pusat pemulihan -- dan even then saya juga
baca yang masyarakat pun masih tak percaya --
dan saleem sendiri walau berjanji MASIH JATUH lagi...
dan dia tak menipu mengatakan dia ambil semula..
dia cuba memulihkan -- jatuh dan bangun...
tapi bagilah dia peluang -- bagi dia support sekarang
perkara yang lepas saya PERCAYA saleem jadikan
sempadan ---
jika dia benar2 insaf -- kenapa kita tak terima dia --
tak mati pun kita jika kita terima dia semula
malah mungkin memberi banyak perangsang lagi
pada saleem...
DAN JIKA saleem tiba2 kembali kepada najis dadah ni
nauzubillah --- siapa kah yang rugi kalau bukan diri dia??
the only part yang kita mainkan peranan ialah supportive
dan banyak memberi perangsang dan bimbingan --
masyarakat seperti kita juga adalah recovering partner
bagi orang2 seperti saleem...
wallahua'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 dexa's post
kita tengok dulu sejauh mana ---
apakah maknanya itu melainkan itu bermakna
kita tidak mahu memberi peluang langsung..
didn't say this
sejauh mana u nak mengukur lagi???
tunggu sampai bila -- tunggu sampai you ingat dia
akan tak ambil lagi dadah tu????
didn't say this
kalau itulah tahap untuk accept saleem nampaknya
sampai bila2 pun tak diterima la....
didn't say this
I think you misunderstood my posting.... please read it carefully
Dah tulis kat situ, bukan nak kata kita semua ni gah, atau mulia
Anyway, masing2 ada pendapat..that's my opinion
Kalau orang lain rasa nak terima Saleem dengan mudah, up to them
Tapi jangan pulak, maafkan Saleem, terima Saleem dengan mudah hanya kerana dia seorang penyanyi/selebriti
Bila tengok bekas penagih lain, pandang dengan jijik
Ada sesetengah orang macam tu
:lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 houdini's post
u dun have to say it...
tulisan yang mengatakan
ha!! kita tengok sejauh mana....
biar dia rasa....
all those sendiri is negative though... in my opinion..
BUT...
if you know in your heart -- u accept dia as he is now..
then i applaud you... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 dexa's post
So you never really knew Saleem ?
And you learn bout him through reading ?
Do you know, masa kena tangkap dia boleh tersenyum2 kat kamera ?
Tanpa rasa bersalah langsung pada muka dia
FYI, masa dia kembali dulu masyarakat memang terima dia
Album keluar boleh jual lagi
Lagu siap masuk carta-carta lagu
In fact masuk final Juara Lagu
Adakah itu bukti masyarakat tak terima dia ? :lol
Then, dia kembali juga pada dadah
Mana boleh dia salahkan masyarakat
Kalau memang salah dia sendiri
:lol
p/s : dah la...dah bosan cakap pasal Saleem ni :lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 houdini's post
siapa agaknya yang pandang jijik pada bekas penagih yang lain???
saya tahu saya tak pernah buat demikian --
and fact we talk about saleem cuz he came forward tampil
ke hadapan dan nak berubah...
bukan mudah untuk orang mengakuinya...
dan saya tak mengatakan TERIMALAH dia sekarang...
tapi memberi support tidak bererti kita tak beri nasihat..
dan pandangan...
point yang saya tekankan -- sampai bila ?
just as the article asked.....
kalau tak semudah tu you nak menerima bekas penagih
yang ingin kembali kepangkal jalan.. then thats your perogative..
pada saya -- it is not about mudah atau senang nak menerima dia..
it is about --- support dan bimbing dan perangsang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|