|
ASM.
sama-sama... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang ada ilmu macam ni cuma terdiri dari orang orang pilihan (the chosen ones). sebab tu di antara kalangan diorang ni adalah "dipilih" dari golongan orang -orang yang jenis low profile, tak mudah riak, sikap ikhlas, sikap ingin menolong dan beberapa sikap kerendahan diri dan bersyukur..
Wallahuaklam.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya setiap manusia ada kelebihan & keistimewaan masing2. tak kira laa dari segi fizikal ataupun rohaniah... kelebihan ni kalo tuan punya badan tau, dan dia menggunakan keistimewaan dia ni dgn cara betul, dia mampu mencapai tahap super human ... macam mat salleh ni pulak sbb diorang suka mengkaji benda2 yang tak nampak ... so tu yang kononnya diorang yang discover dulu ... padahal bagi orang timur, benda2 camni dah biasa bagi kita... dah tak heran laa kiranya ...betul tak? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sikomeng at 20-12-2006 02:58 AM
ASM.
Setau akulah, manusia ni punya banyak deria. Bukan takat 6 aje. YAng "6" jenih tu harus yang biasa. Deria tak boleh dimanafaatkan tanpa Ilmu tertentu. Contohnya Ilmu kebatinan pulak ...
wah hebat ko komeng.... teringin gak nak ada deria ke enam ni...hehehe
mcm saikik ni bleh ker dipelajari tanpa bacaan ker atau teknik teknik sahaja.... kalau baca buku orang putih besa dia akan bagi teknik teknik tanpa bacaan tertentu... tapi kalau dengar di malaysia terutamanya kena baca la plak.... bagi la pendapat komeng... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi,setau aku...yang jadik saiko banyak....cuba cek kat hospital bahagia ngan tanjung rambutan... |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
YAng dah ada kat hospital mental tu orang sakit beb! ka ka ka... hang punya lawak dasat la Grindsakhtanic.
aku ni tak tau apa-apa sangat ninja9, cuma takat cerita ja bolehlah gagah sikit-sikit. Setau aku lah, "saikik" ni boleh dibuat oleh kebanyakan orang. Benda ni terpulang pada kekuatan mental manusia yang mengamallah. Cuma ada orang yang memang telah ada kebolehan semulajadi, tanpa melalui riadah atau latihan yang tertentu. Itu rezeki masing-masinglah. Apa yang barat cadangkan untuk hal-hal yang berhubung dengan saikik dll. ni memang boleh diamal. Selalunya macam yang kita semua pun maklum, tak ada guna sebarang jampi serapah pun, cuma latihan yang dibuat berterusan selama bertahun-tahun. Kadang 10, 15 tahun barulah nampak hasil. Tu sebab benda ni ramai orang malas nak buat. Dan kalau ada yang rajin, insyaAllah dia dapatlah hasilnya. Moga apa yang aku akan tulis ni boleh dipakailah...
Macam yang aku kata dulu, Ilmu tu terbahagi kepada sekurang-kurangnya tiga teras utama; Ilmu zahir, Kebatinan dan kerohanian. Sebenarnya bacaan, jampi, serapah, mentera atau apa-apa yang kita baca untuk apa-apa Ilmu sekali pun ada peranannya masing-masing. Antara peranannya harus begini 1. menjadi kunci kepada keberhasilan amalan 2. Menjadi "jalan" atau "jambatan" kepada keberhasilan amalan 3. Sebagai mengambil berkat atas orang yang menyampaikan amalan 4. Sebagai kombinasi tepat untuk satu-satu hasil yang khusus 5. Menjadi buah keyakinan kepada pengamal 6. Ayat-ayat yang dibaca punyai hikmat tertentu yang diberi oleh Allah swt dan 7. Untuk mendapat keberkatan dan redha Allah atas satu-satu hajat tadi. Teras yang tujuh ni pulak boleh dipecahkan lagi kepada banyak bahagian.
Bagi kebanyakan Ilmu yang zahir, secara umumnya diamal secara mudah dan bersahaja. Tetapi kalau kita perhatikan baik-baik, dalam Agama Islam contohnya, dianjurkan untuk kita membaca Basmalah sebelum buat apa-apa urusan pun. Bacaan itu kalau kita perhati, menjurus kepada 7 perkara yang aku cerita awal tadi.
Bagi Ilmu yang bathin pula, selalunya yang lebih penting adalah niat pengamal. Sebarang bacaan akan datang kemudian. Kerana itu, ada hadith kalau aku tak silap, sebahagian maksudnya lebih kurang, "Bermula setiap amal itu dengan niat..." Jadi yang penting disini niat dan focus dalam bathin yang mengamal. Secara mudahnya hal-hal berhubung kebatinan ni amat berkait rapat dengan kebersihan fikiran, cara kita menghadapi masalah, "think positive" selalu, dan jauhkan dari makanan yang subhah dan haram. Kebolehan bathin yang berhubung dengan mental ni boleh dilatih. Hasilnya seperti saikik dll. tu ialah manifestasi keagungan Allah, yang ditunjukkan kepada manusia yang berusaha...
Ilmu kerohanian pula satu hal yang amat halus. Kalau aku cuba tuliskan ia adalah umpama mencari ibu gelombang dalam satu lautan yang amat luas. Bagaimana harus kita cari, diantara berjuta entah berbilion gelombang ombak yang ada dilautan tu, gitulah lebih kurang. Tapi mustahil buka jawabnya kerana seperti yang aku tulis dulu, teras kepada Ilmu kerohanian ini adalah Roh...Hal ini tak boleh nak difikir-fikir sambil lewa.
Untuk meningkatkan kekuatan mental yang membawa kepada kebolehan saikik dll ni, memang ada latihannya. Harus tiada jampi serapah yang diperlukan sangat. Apa yang selalunya mesti ada ialah diri yang bersih zahir dan batinnya serta kemahuan yang tinggi. InsyaAllah kalau ALlah izin, tak ada yang mustahil...
moga ada manafaatnya, WaAllahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
WSM
terima kasih sbb bagi penerangan tentang peranan bacaan dan beberapa panduan lagi dalam melatih kebatinan ni komeng....
bagaimana pula hasil di antara keduanya.... adakah yang di sertai bacaan lebih mantap dan konsisten atau yang hanya menggunakan teknik ....
adakah yang disertai bacaan itu akan menuju kepada taraf ilmu yang lebih tinggi (kerohanian sekiranya bacaan itu dari ayat al quran) .....
bagaimana pula kalau bacaan itu bukan dari ayat quran...sbb kadang dalam buku bacaan tu mcm mcm..dari bahasa india kuno sehingga la ker ayat ayat sendiri dan biasa ...ada pulak semacam pemberi semangat sahaja....adakah fungsinya masih semacam di atas..
satu lagi yang aku muskil ialah kemungkinan ada keterlibatan jin dalam saikik (latihan kekuatan mental) ni.... ikut yang saya faham dari tulisan di atas memang manusia ini di kurniakan Allah semacam kekuatan (mental) yang kalau dilatih boleh kita dapat hasilnya.....adakah kemampuan ini betul betul dari sifat manusia atau ada jin yang terlibat..contohnya mcm tenaga dalam yang banyak di iklankan dalam surat khabar.... mcm mana untuk membezakan kesan dari kekuatan mental ngan kekuatan jin....
bagaimana pulak kalau melatih mental berpandukan dari buku sahaja.... boleh ker berhasil....
saya minta maaf la komeng sbb banyak tanya..... ada masa terluang tu tulis tulis la kat sini.....thanks
[ Last edited by ninja9 at 3-1-2007 03:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
WSM.
Aku ni bukan lah orang yang layak sebenarnya nak bagi penjelasan, takat kita semua nak cerita-cerita bolehlah.
Teras pada "jadi" atau "tak jadi" satu-satu amalan kita tu bergantung pada kita. Takat mana kita sanggup berusaha untuk mendapat hasil dan setakat mana kita sabar untuk sampai ke matlamat yang kita tuju. Bacaan atau apa pun yang kita sertakan dalam amalan tu punya fungsi seperti yang aku dah jelaskan dulu. Tapi yang paling penting, untuk dapat keberkatan dari apa yang kita buat. Macam kita minum air tawarlah, kalau kita minum tanpa baca apa-apa, tetap haus akan hilang, kita akan rasa segar, sama seperti orang yang minum air tadi kalau baca Bismillah. Yang menjadi beza adalah dari segi yang kita tak nampak ni. Berkatnya ada, harus pulak air tu menjadi penawar yang kita tak sedar pun.
Diri kita ni boleh kita andaikan seperti cermin. Yang penting bukan saiz cermin atau mahalnya cermin untuk jadikan cermin tu baik dan berguna, tapi sama ada cermin tu bersih, tak lekuk lekak, dan paling penting, digunakan orang... Biar usia cermin tu dah mencecah berabad lamanya, kalau digilap, dicuci dan digunakan, tetap balikan cahayanya kalau kena matahari, tak dapat ditahan oleh mata dan pantulan bayangnya tak akan menipu, sama seperti apa yang berdiri di depannya...gitulah kalau nak bayangkan jawapan pada soalan hang sama ada bacaan yang diamal boleh membawa ke tahap Ilmu yang lebih tinggi (kerohanian)
Apa-apa peradaban dalam dunia ni pun ada bab mistik & spriritual ni. Jampi serapah dan amalan-amalan kebatinan ni sama saja fungsinya di mana pun. Yang menjadi beza, ialah Barokah / berkat dari Allah SWT. Tu aje. Kalau kita tengok tamadun MAYA di Amerika Latin misalnya, mereka punyai kepercayaan tentang Roh, hari kemudian, dan dunia disebalik dunia nyata. La ni depa panggil 揑nframundo |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni salah sorg psaikik kt mesia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by audioslavefan at 3-1-2007 12:12 PM
aku ni salah sorg psaikik kt mesia
biar betul.... |
|
|
|
|
|
|
|
yup mmg betik
aku leh teka ko pakai baju aper skang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peret at 14-12-2006 04:58 PM
A psychic is a person who has abilities of extra-sensory perception, such as clairvoyance, psychometry, and precognition, or other paranormal abilities such as psychokinesis. The study of such para ...
perhaps sbb org mesia kurang kajian saintifik mengenainya. as cmpare to mat salleh, sebelum dia org buat tu semua, ada bukti dari sudut sains. sbb tu tak ramai pertikai. see what happens to so called 'uncle seekers' tu. sbb tak ckup bukti mengenai sains dan background dia pun yg banyak gune logik, org tentang lah dan tak dapat nak terima.. walau pun memula terima.. tapi explanation dia tak ilmiah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sikomeng at 3-1-2007 06:26 AM
WSM.
Aku ni bukan lah orang yang layak sebenarnya nak bagi penjelasan, takat kita semua nak cerita-cerita bolehlah.
Teras pada "jadi" atau "tak jadi" satu-satu amalan kita ...
ASM
Terima kasih la sebab kongsi ilmu dengan kami semua.... susah payah menaip tu harap mod boleh bagi tacang...
faham la serba sedikit tentang saikik dan amalan lain tu...
err... nak tanya lagi....bagaimana dengan kaedah dan teknik latihan.... adakah mempengaruhi cepat atau lambat keberhasilannya..... adakah teknik yang berlainan akan memberi kelebihan kepada salah satunya.... cepat dan kelebihan amalan ini juga bergantung kepada usaha dan kesabaran sahaja...
..best betul baca tulisan hang... ada buat kajian ker.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama-sama
Setau aku yang tak banyak tau ni, pengetahuan tentang hal-hal begini banyak yang dilindung dari pengetahuan awam. Bukan kerana kedekut, tamak, atau apa, tetapi kerana takut kalau Ilmu begini disebar macam jual barang biasa, nilainya susah nak dijaga. Fitnah pun mudah merebak, terutama bagi orang-orang yang tak berapa nak faham atau ada niat yang tak begitu baik.
Kaedah dan amalan tentu sahaja berbeza, ikut kemampuan dan 搄enis |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by plastic_flower at 18-12-2006 12:17 PM
how to learn?
meditate........ from meditation you can learn how to levitate..... |
|
|
|
|
|
|
|
hm..
nak belajar ilmu macm tuh kena ada guru..
baru btol..
jangan belajar guna buku..
bahaya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|