CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fawabi

Sejarah Jementah

[Copy link]
 Author| Post time 18-12-2006 03:42 PM | Show all posts
Pada pertengahan bulan Disember 1879 pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar berjaya menawan sebuah kubu musuh di Padang Juling. Mengikut catatan Encik Daud bin Sulaiman, seorang ahli sejarah di Batu Pahat, Johor bahawa semasa bertahan di kubu Padang Juling Dato' Bentara Luar telah menyusun satu rancangan yang rapi dan lengkap bertujuan untuk menamatkan Perang Jementah dengan segera. Beliau telah memerintahkan seratus orang menebang pokok buluh dan setiap orang dikehendaki mengikat buluh-buluh itu menjadi seberkas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2006 03:43 PM | Show all posts
Pada keesokan harinya, tiga ratus orang Dato' Bentara Luar 'berpura-pura' menyerang kubu Tengku Nong dan Panglima Sancu. Dan semasa serangan olok-olok itu dibuat, Dato' Bentara Luar menyuruh enam puluh orang pengikutnya membuat satu jalan pintas menuju ke arah kubu musuh.
Empat buah meriam dipasang dengan arah muncungnya dihalakan ke arah kubu musuh. Panglima Besar Yusuf dan Panglima Kiri Awang merangkak perlahan-perlahan mengambil tempat berhampiran pagar kubu musuh. Panglima Lamit bersama orang-orangnya mengangkut berkas-berkas buluh itu sementara Dato' Bentara Luar dan Panglima Esa disertai oleh lima orang pengikutnya membuat benteng.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:43 PM | Show all posts
Kebetulan pada malam itu hujan turun dengan lebatnya. Ini memudahkan lagi kerja Dato' Bentara Luar. Menjelang pagi Dato' Bentara Luar mengarahkan semua meriam dan senapang ditembak secara serentak. Serangan mengejut waktu subuh itu menyebabkan orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu dalam kubu menjadi kelam kabut. Kebanyakan mereka sedang tidur nyenyak ketika itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:44 PM | Show all posts
Pihak musuh yang mulai panik lantas memukul gendang dengan tujuan menaikan semangat mereka. Mereka sempat juga membalas tembakan dengan secara membuta-tuli. Ekoran daripada serangan pada waktu subuh itulah akhirnya membawa kepada tamatnya Perang Jementah pada 30 Disember l879.
Perang saudara itu berlaku dengan kemenangan di pihak Dato' Bentara Luar. Tengku Nong dapat ditawan dekat Gunung Ledang kira-kira sehari perjalanan dari Cohong. Wan Daud pula diberkas setengah jam selepas Tengku Nong ditangkap. Turut diberkas pada hari itu ialah ketua-ketua pemberontakan iaitu Tengku Mat, Panglima Besar Sancu, Panglima Besar Layot dan Raja Berambut Panjang.

Panglima Sarip, seorang lagi panglima yang handal ditugaskan untuk mengawal keselamatan Tengku Mat semasa diberkas cuba melawan tetapi telah ditembak oleh Panglima Perang Awang. Manakala saki baki musuh terus diburu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:45 PM | Show all posts
Pak Yusuf bin Kamit atau dikenali dengan panggilan Pak Osop berasal dari Muar dan sudah menetap lebih 40 tahun di Segamat mendakwa bahawa pembukaan beberapa penempatan dan kampung di Segamat ada kaitan dengan tamatnya Perang Jementah.

Menurut Pak Osop menjelang tamatnya Perang Jementah, ramai pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu telah melarikan diri. Mereka seolah-olah sudah terasa kemenangan akan berada di pihak Dato' bentara Luar dan Ungku Ahmad. Malah ramai daripada pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu mulai insaf. Mereka sedar perjuangan mereka adalah sia-sia belaka. Menentang Dato' Bentara Luar dan Ungku Ahmad samalah seperti menentang Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar.

Justeru itu ramai daripada mereka tanpa mematuhi arahan ketua-ketua mereka lantas melarikan diri ke Segamat menaiki perahu menghilir Sungai Legeh dan Sungai Muar dan terus ke Segamat. Dipercayai mereka merupakan pendatang-pendatang awal yang membuka beberapa buah kampung di daerah Segamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:46 PM | Show all posts
Di Segamat tempat yang didatangi oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu itu dipercayai kebanyakannya berhampiran dengan sungai. Mengikut kajian sekurang-kurangnya sepuluh buah kampung atau kawasan telah dibuka oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu. Kampung-kampung tersebut ialah:

Kampung Pogoh.
Kampung Alai.
Kampung Lubuk Batu.
Kampung Paya Dalam.
Kampung Ulu Gemereh.
Kampung Batu Badak.
Kawasan berhampiran Danau Lanjut.
Kawasan berhampiran Danau Kongkong.
Kawasan berhampiran Tebing Tinggi.
Kampung Tenang.


Mengikut Pak Osop lagi, di Kampung Paya Dalam, empat kilometer dari Bandar Segamat, dua buah kubur yang masih dapat dilihat hingga sekarang dipercayai adalah kubur-kubur pengikut-pengikut Panglima Besar Sancu yang melarikan diri itu dan kemungkinan mati di Kampung Paya Dalam. Di Kampung Paya Dalam juga terdapat kesan peninggalan Perang Jementah seperti kubu-kubu dan benteng-benteng.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Saudara_Jementah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2006 03:46 PM | Show all posts
Nama Jementah
Terdapat dua versi bagaimana Jementah mendapat namanya. Versi pertama, dikatakan sewaktu tempat ini mula-mula dibuka, sesetengah penduduk kampung pada ketika itu mengadu "Jemu, jemu, jemu! Asyik-asyik menebas lalang saja!" yang lain pula menyahut "Entah, entah, entah!" . Penduduk setempat percaya dalam perkataan Melayu, iaitu Jemu dan Entah digabungkan menjadi Jementah.

Versi kedua pula, penduduk pada ketika itu jemu mencabut lintah yang menghisap darah sewaktu mereka sedang bekerja. Akibat daripada itu, perkataan Jemu dan Lintah dicantumkan menjadi Jementah.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jementah
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 11:44 PM | Show all posts

Reply #27 fawabi's post

Perang Jementah adalah hasil sikap imperialist Abu Bakar yang hendah mengembangkan empayernya yang waktu itu terhad kepada persekitaran Johor Bahru sahaja. Jemantah sudah lama merdeka dan penduduknya tidak dijajah semenjak Portugis menawan Melaka. Di zaman dahulu kala hasil-hasil hutan (rotan, damar, dll) dari perdalaman Segamat diniaga kaMelaka pasti melalui Jemantah. Peniaga-peniaga terpaksa singgah di situ sebelum mendaki gunung Ledang.
Dalam undang-undang tubuh negeri termaktub 'Negeri Johor dan Jajahan-Jajahannya' hingga hari ini. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah hingga hari ini Jementah, Muar dan Kesang adalah jajahan imperialist Abu Bakar Johor.:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2006 10:21 AM | Show all posts
Edited by fawabi at 26-1-2019 11:08 AM

thamrong ni ahli kaji sejarah ke? bestlah.. banyak ilmu!!! :bodek:
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 10:30 AM | Show all posts
jementah nih bandar ker....pekan ker....skampungk er...tak pun mega mall ker??
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 19-12-2006 10:30 AM
jementah nih bandar ker....pekan ker....skampungk er...tak pun mega mall ker??


jementah nih pekan jer..

ade kedai-kedai.. ade kedai bundle.. huhuhuh

dulu area sini ramai komunis...

thamrong adelah salah seorang pengkaji sejarah johor yg amat terkenal dan masyhor... huuh di seamat dan negeri johor dan jajahan-jajahannya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:03 PM | Show all posts

Reply #31 muor76's post

Oi! Ini macam perli je..Hehehehe.
Memang banyak kominis termasuk Tangkak, Bukit Kangkar, Bukit Gambir dan jajahan-jajahanny. Mengapa? Kerana sistem Kanchu si Bakar bedebah tu le. Bagi konsisi pada Cina-cina chempiang buka  ladang gambir,lada hitam dan kopi. Chempiang2 bayar cukai pada keluarga raja penyamun untuk main kuda diluar negri. Keturunan aku tak pon di beri tanah maka itu sebab aku lari ke Naratiwat berniaga budu.
Cina chempiang ni dapat tanah dan buat kongsi dan ujudlah kongsi-kongsi gelap cina di daerah tersebut. Kalau duduk diam-diam ok lah tu tetapi meula mengancam orang-orang kampong ......tu lah timbul isu orang Melayu dan parang panjang..

Pokoknya dasar dan polisi si Bakar bedebah ni lah yang memyebabkan ' racial problems  in Johor'.:pmuka::pmuka:

Sori banyak spelling mistakes, tulis dalam bahasa Siam.

[ Last edited by  thamrong at 19-12-2006 04:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:12 PM | Show all posts

Reply #30 GRINDSAKHTANIC's post

Jementah ni macam Denver di Colorado lah kiranya. Latarbelakang dengan Rocky Mountains. Itu sebab banyak pekan koboi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2006 04:22 PM | Show all posts
Edited by fawabi at 26-1-2019 11:04 AM

huik.. more info plisss.. instead of kutuk ketuk.. heheh ampun tuanku. hahahh

on the other note i hope takkan ada org ganggu thread ni dgn posting merapu.. tenkiu..
(momod, mintak jasa baik tapis posting eh..;) )
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:31 PM | Show all posts

Reply #34 fawabi's post

Ini bukan kutuk bang! Spices dengan humor aje. Cammon man history kalau cerita tentang agung-agungkan raja ni very dull. Biar kita bentang kebenaran. Ingat para sejarah yang menulis sejarah Johor ni cik Gu with no balls. Cuma tunggu dapat bintang aje.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:37 PM | Show all posts

Reply #34 fawabi's post

Sori! Bro no offence ya. Kadang kala kena sulam dengan lawak juga. Kalau mereka kata ada ke Mega Mall maka saya uja kan Denver kerana disitu ada Mega-Mega Mall.
Saya memang sanjung keberanian orang Jementah kerana tidak mahu tunduk kapada kuasa si Bakar. They really have balls.:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2006 04:44 PM | Show all posts
okay okay.. what i meant was for the out of topic posting.. the rest kalau nak melawak ke nak kutuk sultan zaman dulu i still can accept lah.. cuma yang tak sedap bila lawak mengarut yang tak de kena mengena dgn tajuk banjir thread nih.. sayang lah, kalau info yang kita nak tapi sampah yang kita dapat...

i dont feel offended...

[ Last edited by  fawabi at 19-12-2006 04:48 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2006 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 19-12-2006 04:31 PM
Ini bukan kutuk bang! Spices dengan humor aje. Cammon man history kalau cerita tentang agung-agungkan raja ni very dull. Biar kita bentang kebenaran. Ingat para sejarah yang menulis sejarah Johor ni cik Gu with no balls. Cuma tunggu dapat bintang aje.


heheh cikgu aku tu ungku zaman.. ada tulis sejarah segamat kalau tak silap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2006 04:52 PM | Show all posts
Thamrong,

one question..

Sotan bakar tu zalim ke?  sangat-sangat ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2006 05:07 PM | Show all posts
Thamrong

Malang sekali ramai yang tak tahu tentang cerita ni. Good thesis for the root of Malay Nationalism. Kerabat di raja Johor hingga hari ini amat kurang senang dengan wilayah Jementah kerana ornag Jementah bukan calang-calang orang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.401205 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list