CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Sharifah Aini Biduanita Negara

[Copy link]
Post time 3-5-2007 12:54 PM | Show all posts
40 lagu yang basi2 ke dalam satu album   bajet nak cipta sejarah ke wahai biduanita??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2007 12:57 PM | Show all posts
album bukan cinta biasa tok pah ni berapa jualan unitnya? x kecoh2 pun   lagu2 pun x pernah dengar   very der biduanita negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 01:10 PM | Show all posts
serasanya album nih lebih menjurus kepada pencapaian. bukan tuk dipertandingkan ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 3-5-2007 01:10 PM
serasanya album nih lebih menjurus kepada pencapaian. bukan tuk dipertandingkan ke apa


pencapaian??? abis tu kalo masuk pertandingan itu bukan di panggil pencapaian ke wahai syd yang hensem giler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 01:15 PM | Show all posts
lebih kepada arkib.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 01:16 PM | Show all posts

Reply #24 JAY-Z's post

adakah yang dimaksudkan pencapaian membuat album banyak2 tanpa mengira laris ke tak album nya itewww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2007 02:42 PM | Show all posts
sajala nak buat koleksi....saja nak gelemor pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 3-5-2007 02:42 PM
sajala nak buat koleksi....saja nak gelemor pun ada



tapi glamor sangat ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2007 09:21 PM | Show all posts
Rasanya sampai skang...takder artis yg boleh celen tok pah dari segi pencapaian.
Tok Pah antara artis paling versatile dari segi lagu dan konsep album
Aku suka album kompilasi dia yg latest..Bukan Cinta Biasa. Dari situ saja kita boleh tengok, Tok Pah buat album bukan setakat nak jual jer..tapi juga untuk sampaikan banyak mesej yg baik-baik

Tak macam artis skang..cinta---cinta--cinta.
Lagu cinta polok-polok ngan laki tu lah yg dibanggakan sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:42 PM | Show all posts
untuk peminat seripah aini .http://carmahlms.com/sharifah%20aini
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:42 PM | Show all posts
Sampai skrg suka dgr lagu2 Tok Pah.. versatile dan tersendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:47 PM | Show all posts
buat peminat lagu seripah aini termasuk aku http://sg.geocities.com/sharifah_aini1/

aku ambik dari website hamlau .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 12:35 PM | Show all posts
Jawab Jangan Tak Jawab: Sharifah Aini kecewa nasib artis tanah air
Oleh Farihad Shalla Mahmud


Artis, syarikat rakaman patut berbincang cari kata sepakat mampu puaskan hati semua pihak

JARANG sekali dia bersuara apatah lagi menegur kepincangan yang berlaku di dalam industri hiburan yang hanya sekecil zarah ini. Namun atau dasar keprihatinannya serta dengan niat untuk memperbaiki keadaan terpaksa juga biduanita tersohor, Datuk Sharifah Aini membuka mulut menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya.

Hip: Industri hiburan tanah air kini dikatakan semakin nazak. Malah, sewaktu Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM 14) yang berlangsung dua minggu lalu turut menyaksikan penurunan jumlah album yang dicalonkan berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan masalah jualan album juga dikatakan semakin tidak menentu. Justeru, apakah ini bermakna industri hiburan kita bakal lenyap tidak lama lagi?

Sharifah Aini: Diakui, industri hiburan kita semakin lesu sejak kebelakangan ini. Dengan masalah cetak rompak yang semakin bermaharajalela ditambah kebanjiran artis dari program realiti menjadikan industri hiburan kita semakin kehilangan fokus.

Cuba kita tanya dalam diri kita, artis yang bagaimanakah yang ingin kita lahirkan? Mana mungkin kita dapat mengesan penyanyi yang berbakat sekiranya undian SMS menjadi ukuran. Bukan tujuan saya untuk menidakkan bakat yang lahir dari program sebegini namun cukuplah dengan apa yang ada.

Kalau kita lihat, kebanyakan program realiti tidak ikhlas dalam melahirkan bakat baru sebaliknya bermotifkan kewangan. Ke mana perginya pelajar ini yang kononnya berbakat selepas program terbabit tamat. Kita ambil contoh program realiti Akademi Fantasia. Ada bekas pelajar yang bagaikan terbiar saja dan tidak diketahui mengenai perkembangan kerjaya seni mereka.

Yang disanjung dan dipuja hanyalah mereka yang berada di tempat teratas manakala selebihnya ibarat melukut di tepi gantang. Menjadi juara pun tidak menjanjikan apa-apa. Lihat saja Faizal, yang menjadi juara musim keempat. Saya tak nampak di manakah kedudukan Faizal, kecuali muncul sesekali dalam sesebuah program dan majlis. Saya kasihan melihat mereka kerana tidak diberi peluang menonjolkan bakat mereka dan terus digantung tidak bertali. Macam Farhan, yang bagi saya memang berbakat besar. Tetapi di manakah dia?

Hip: Apabila ini berlaku apakah ini bermakna pihak Maestro iaitu syarikat pengurusan mereka tidak mengambil berat mengenai artis di bawah jagaan mereka ataupun mereka sebenarnya terlepas pandang? Atau mungkin artis itu sendiri perlu bekerja keras, mempromosikan bakat sendiri tanpa perlu bergantung kepada Maestro kerana mereka sendiri tahu ada ramai lagi artis yang bernaung di bawah syarikat itu?

Sharifah Aini: Memang benar, ada kalanya mereka tidak boleh nak selama-lamanya bergantung harap namun kalau betul Maestro tidak mampu untuk menjaga anak-anak buah mereka, apa kata lepaskan saja mereka seperti yang mereka lakukan baru-baru ini. Berikan mereka peluang untuk bergerak sendiri.

Ini tidak, mereka bukan saja tidak dilihat diberi peluang tetapi juga diperam gara-gara ingin menonjolkan bintang lain yang lebih memberi keuntungan. Lagi satu, apa yang saya difahamkan, mereka juga meminta 25 atau 30 persen untuk setiap bayaran show yang mereka peroleh dan 40 atau 50 peratus jika mereka dikehendaki menjadi duta sesebuah produk atau syarikat yang saya sifatkan keterlaluan. Apabila saya berkata demikian, bukan bermakna saya sengaja mereka-reka cerita tetapi ada di antara bintang AF itu sendiri mengadu pada saya. Mungkin mereka menganggap saya seperti ibu membuatkan mereka selesa untuk berkongsi cerita.

Hip: Andai benar, mungkin ada cara yang boleh dilakukan pihak Maestro menangani masalah ini?

Sharifah Aini: Bukan niat saya untuk menjaga tepi kain mereka atau tunjuk pandai. Jauh sekali mencampuri urusan mereka. Cuma saya harap pihak Maestro lebih profesional dalam mengendalikan anak buah mereka. Biarlah mereka mencari jalan sendiri. Mereka berbakat dan sayang andai bakat mereka lenyap begitu saja. Pada pandangan saya, lebih baik Maestro ikat juara dan naib juara saja dan benar-benar melabur untuk mereka. Kita sudah penat juga dengar cakap-cakap belakang bahawa yang kaya Maestro bukan artisnya Sayalah orang yang paling gembira apabila tahu yang artis kita kaya, boleh benar-benar cari makan dengan bakat mereka.

Buat artis yang berada di bawah naungan mereka, andai ada yang tidak puas hati, luahkan. Jangan disimpan dalam hati. Kita kena berani buat keputusan dan andai kita rasa di bawah naungan Maestro kita tidak akan ke mana-mana, bawa berbincang dan capai kata sepakat yang mampu memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Saya bercakap atas dasar pengalaman. Sebelum saya berada di tempat sekarang, saya juga seperti mereka iaitu melalui pendakian hidup yang amat sukar. Jadi saya amat memahami perasaan mereka.

Hip: Apabila kita bercakap mengenai program realiti, apa yang dapat kita lihat kecenderungan pengundi yang lebih melihat kepada paras rupa berbanding bakat. Apa komen Datuk?

Sharifah Aini: Fenomena ini bukan saja berlaku kepada program realiti tetapi juga menjadi masalah utama dalam industri hiburan tanah air. Kalau kita lihat, sejak dulu hingga kini masyarakat kita lebih mementingkan rupa fizikal berbanding bakat.

Malah, perkara serupa juga pernah diluahkan penyanyi Adibah Noor apabila ada pihak yang memandang sinis hanya kerana dia berbadan gempal. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap peserta AF5, Aizat minggu lalu. Budak itu memang berbakat namun sayangnya tersingkir kerana pengundi melihatnya hanya dari sudut fizikal semata-mata.

Sampai bila industri kita ini terus mewujudkan budaya diskriminasi sesama artis? Kita perlukan bakat untuk terus maju. Kalau kita lihat negara Barat, mereka begitu menyanjungi penyanyi yang berbakat besar. Biar bibir setebal lima inci pun andai dia menyanyi sedap dan berbakat pastinya diberi peluang sama rata. Sebagai contoh, Mariah Carey yang tubuhnya sering turun naik namun disebabkan vokalnya, dia masih diminati sehingga kini. Jadi, saya berharap sangat agar mentaliti masyarakat kita hari ini dapat diubah dan pihak syarikat rakaman juga tidak seharusnya menjadikan aspek rupa paras dan fizikal sebagai perkara utama dalam memilih artis mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 12:35 PM | Show all posts

sambungan...

Hip: Apa pandangan Datuk mengenai Mawi dan siapa lagi yang Datuk rasa berpotensi untuk pergi jauh dalam bidang seni suara?

Sharifah Aini: Mawi memang satu fenomena. Bertuah budak tu... Memang betul, pada awal kemunculannya dulu, ramai juga yang mempertikaikan suaranya. Tetapi kita tak boleh mengharapkan keajaiban dalam tempoh tiga bulan di akademi itu. Tetapi kini saya boleh lihat Mawi sudah banyak berubah dari segi vokal. Malah dia juga semakin yakin ketika membuat persembahan. Baguslah... Yang penting perlu ada sikap mahu belajar. Namun, saya harap masyarakat dan peminat hiburan tak terlepas pandang beberapa lagi artis seperti Farhan, Sean Ghazi dan Norynn Aziz. Macam Sean, saya lihat dia memang berbakat besar. Frank Sinatra Malaysia. Michael Buble pun ya... Dia satu-satunya penyanyi yang saya terpaksa beli albumnya. Memang hebat suara Sean. Begitu juga dengan Norynn. Dia bukan saja cantik dan seksi tetapi vokalnya memang ada sesuatu. Seperkara lagi, saya begitu mengagumi Syafinaz Selamat. Kalaulah ada lagi AF musim keenam, barangkali Syafinaz sepatutnya menjadi pengetua. Dia tahu apa yang dia buat dan dia tahu apa yang dia kritik. Memang profesional.

Hip: Terlanjur bercakap mengenai syarikat rakaman, sejauh manakah peranan mereka dalam membantu mengembalikan semula zaman kegemilangan industri hiburan seperti yang pernah dikecapi suatu waktu dulu?

Sharifah Aini: Kalau kita lihat sekarang ini terlalu ramai artis yang terpaksa mengeluarkan duit sendiri semata-mata kerana ingin muncul dengan album baru. Mengapa ini berlaku? Puncanya pihak syarikat rakaman mendakwa jualan album kurang memberangsangkan dan sebagai artis, album adalah perlu untuk meneruskan kelangsungan dalam bidang ini.

Kalau adapun, mereka akan hanya mengeluarkan album kompilasi kerana itulah saja cara untuk mendapatkan keuntungan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Kita tidak salahkan mereka kerana matlamat mereka memang mencari keuntungan namun apa salahnya mereka ketepikan seketika soal wang dan sama-sama memberi sokongan kepada industri seni.

Sebagai contoh, irama Melayu tradisional ketika ini bagaikan dianaktirikan apabila tidak banyak syarikat rakaman berminat untuk menghasilkan lagu bergenre sedemikian. Justeru, apa salahnya mereka melabur sedikit dengan mengeluarkan album bercorak seperti itu. Usah difikir untung rugi kerana paling penting, sumbangan mereka dalam memelihara khazanah negara.

Lagi satu sikap yang perlu dikikis mereka adalah terus-terusan mempromosi artis dari luar. Bukan kerana dengki namun mengapa kita perlu membuka pintu kepada mereka yang secara terangan menutup pintu mereka buat kita.

Begitu juga dengan fenomena membawa konsert artis luar di negara ini. Bukan tidak boleh tapi biarlah keutamaan itu diberi kepada artis tempatan. Ini tidak, artis luar dengan mudah mendapat penajaan sedangkan artis tempatan terpaksa mengemis semata-mata untuk menganjurkan konsert sendiri.

Hip: Tetapi mereka ada saluran lain kalau tak puas hati. Berapa banyak persatuan hiburan yang kita ada? Bukankah isu sebegini yang sewajarnya ditangani persatuan hiburan?

Sharifah Aini: Mengenai persatuan hiburan pun satu hal juga. Maaf cakaplah, sejauh mana ketulusan orang yang menerajui persatuan? Kebanyakannya cenderung untuk memenuhi agenda sendiri. Orang melihat, orang bercakap, di kalangan ahli saling bercakaran dan tikam menikam. Ada kalanya juga orang yang tak berkenaan, yang tak sepatutnya berada dalam persatuan mereka benarkan masuk jadi ahli dan lepas itu masuk campur jadi tukang lagakan orang. Tak usahlah politikkan dunia seni tanah air kita yang sudahlah terlalu kecil ini.

Hip: Apa pula pandangan Datuk mengenai sesetengah persatuan hiburan yang semakin kerap mencari dana untuk membantu artis veteran?

Sharifah Aini: Memang bagus nak cari dana untuk bantu artis veteran. Yang penting adalah niat kita. Nak kutip dana memang dialu-alukan dan ia satu niat yang murni. Tetapi adakah itu saja matlamat sesetengah persatuan? Kecoh sekejap dengan publisiti tetapi lepas tu, macam-macam juga yang kita dengar. Ada yang dapat duit ada yang tak dapat. Jangan mudah menabur janji dan mengharapkan hati atau putihkan mata artis veteran. Kalau benar nak tolong artis veteran yang daif, biarlah dibuat dalam jangka waktu yang panjang. Siasat juga latar belakang mereka dan berikan kepada mereka yang memang memerlukan.

Saya juga kasihan dengan keadaan segelintir artis yang malang dan dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. Orang sebegini yang patut kita bantu.

Seperkara lagi yang saya amati, macam sudah jadi satu permainan sesetengah persatuan. Asal show, panggil artis nyanyi free, gunakan mereka tetapi habis show, tanya khabar pun tak mahu. Public relation very poor.... yang makin kaya orang yang menerajui persatuan. Ini semua mesti diambil kira. Benarkah persatuan itu bagaikan pohon yang rimbun, bagaikan payung?

Hip: Anda akan muncul dalam sebuah persembahan sempena sambutan hari Ibu pada 18 Mei ini. Boleh ceritakan sedikit persediaan yang mungkin sudah dilakukan?

Sharifah Aini: Persediaan saya setakat ini seperti biasa membuat latihan kerana saya akan menyampaikan berbelas lagu pada petang itu. Banyak lagu malar segar yang akan saya dendangkan termasuklah lagu yang bersesuaian dengan konsep majlis itu seperti, Ibu, Kasihnya Ibu, Mama, Mawar Putih Untuk Mama dan banyak lagi.

Apa yang saya harapkan dalam persembahan ini adalah peminat semua terhibur dengan nyanyian saya. Mereka bayar mahal untuk menyaksikan pertunjukan ini dan saya perlu memberikan yang terbaik untuk mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 12:41 PM | Show all posts

Reply #34 Syd's post

banyaknya bias dalam wawancara ini....tak kesah laa....no wonder.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 01:07 PM | Show all posts
pape jer ler

nenek ni lagu lame2 dlu sedap

skrg wat lagu mleweh je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2007 01:59 PM | Show all posts

Reply #36 ischae's post

x sedap mana punnnn.....wat nyemak jer kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2007 10:58 AM | Show all posts
Tiada klon
Oleh Farihad Shalla Mahmud



DERMA: Kak Pah menerima sumbangan untuk tabung Persatuan
Kanser kebangsaan Malaysia.

Kak Pah bertahan penyanyi hebat sepanjang 39 tahun jadi anak seni

JANJINYA terhadap penonton untuk memberikan yang terbaik nyata tertunai sudah. Malah, dari riak wajah mereka yang hadir pada majlis sambutan Hari Ibu yang menampilkan Datuk Sharifah Aini sebagai tarikan utama malam Jumaat lalu sudah cukup membayangkan betapa mereka terhibur dengan persembahan penyanyi ini.

Bagi mereka yang berpeluang menyaksikan persembahan penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Seri Dewi Malam ini pastinya bersetuju bahawa sehingga kini, taring penyanyi dari selatan tanah air ini masih belum hilang bisanya.

Diakui, biarpun sudah 39 tahun mengabdikan diri sebagai anak seni, karisma Sharifah Aini kala di atas pentas serta vokalnya ketika menyanyi masih belum tergugat biarpun ramai artis baru datang silih berganti. Malah, boleh dikatakan tidak adil untuk membandingkannya dengan mana-mana penyanyi kerana dia memang sudah berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Nyata, hampir empat dekad namanya melata dalam industri muzik tanah air, tidak ada ada penyanyi lain yang boleh meniru atau menjadi klon kepada kehebatan suara Sharifah Aini, berbeza penyanyi lain yang mudah ditiru lenggok dan gaya mereka oleh bakat baru.

Masih terngiang-ngiang di telinga alunan suara lemak merdunya kala mendendangkan irama Kasihnya Ibu. Gemersik suara ditambah penghayatannya ketika menyebut satu demi satu bait lirik membuatkan seluruh isi Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, terpesona dan asyik menyaksikan persembahannya,

Biarpun kemunculannya hanya ketika jam menunjukkan angka 10 malam, namun itu bukanlah penyebab untuk lebih 700 peminat angkat kaki. Kerana setia dan minat, mereka sanggup menunggu.

Barangkali perasaan rindu yang meluap-luap untuk menyaksikan biduanita ini beraksi membuatkan mereka terus melekat di kerusi. Sementara menantikan kemunculan penyanyi malar segar ini, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian serta nyanyian dari penyanyi dan pelakon filem Adik Manja, Dharma Harun Al Rashid.


MINAT: Sarimah antara artis veteran yang hadir pada
makan malam Hari Ibu menyaksikan persembahan Kak Pah.

Sebaik saja pengacara malam itu, Ogy Datuk Ahmad Daud mengumumkan kemunculan Kak Pah, tepukan gemuruh bergema di setiap sudut. Tampil dengan rekaan Datuk Tom Abang Saufi, Kak Pah kelihatan cukup anggun dan berseri-seri.

Lagu Ibu yang pernah dipopularkan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dipilih sebagai lagu pembuka tirai sebelum menghiburkan tetamu dengan lagu berhantunya, Seri Dewi Malam dan Hapuslah Air Matamu. Barangkali ia juga sebagai hadiah untuk ibunya, Sharifah Noor Syed Ahmad, 72, yang didatangkan khas dari Singapura.


KASIH IBU: Sharifah Aini
mencium ibunya, Sharifah
Noor Syed Ahmad. 72,
tanda sayang tak terhingga.

Seperkara mengenai biduanita tersohor ini yang membuatkan peminat menyukainya adalah dia cukup bijak berkomunikasi. Ada saja cerita lucu yang ingin dikongsi bersama penonton terpacul dari mulutnya.

Malam itu, sempat juga Kak Pah berlawak jenaka dengan penonton mengenai perihal wanita yang semakin meningkat usianya, kisah peminat malah pentas itu juga menjadi tempat untuknya mengimbas nostalgia lalu.

Masih basah dalam ingatan betapa pilunya Kak Pah kala menceritakan kontroversi yang menimpa dirinya dua tahun lalu. Satu sejarah hitam yang tidak mungkin akan terpadam dari ingatannya.

揂pabila musibah itu berlaku, perkara pertama yang terlintas di ingatan ialah bagaimana penerimaan anak saya, Aliff Omar yang ketika itu sedang belajar di Kota Madinah.

揕alu, saya menghubunginya dan memintanya supaya tidak membuka internet atau mendengar sebarang cerita mengenai saya kerana bimbang perasaannya terguris.

揘amun, reaksinya yang redha dan tenang serta kata-kata perangsang yang diberikan kepada saya membuatkan saya bersyukur kerana dikurniakan anak sepertinya.

揚aling membuat saya terharu apabila Aliff mengirimkan saya buku yang bertajuk Don抰 Be Sad. Dia meminta saya membaca buku itu kerana dia mahu saya tahu bahawa setiap dugaan yang Allah turunkan itu ada rahmat di sebaliknya,
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:49 AM | Show all posts

Reply #38 Syd's post

nih i nk tny sket...

awat muka tok pah tuh lain macam??

BOTOX 3 KAMPIT ke...??cekang giler muke die...

adakah krn disengat lebah2 kt pokok dpn umah die ittewwww...??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2007 11:56 AM | Show all posts
bibir dia dah mcm ahkak nita gitiew

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045370 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list