CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alin_raaz

KRIM KARAMEL KUKUS & BAKAR

[Copy link]
Post time 22-8-2005 04:41 PM | Show all posts
Saya selalu buat caramel ni guna susu segar, kalau yg hok kotak tinggi tu guna setengah aje campur ngan kuning telur 7 biji, kacau perlahan hingga sebati(jgn pukul)tuang dlm loyang yg ada gula hangus then kukus hingga masak...bila masak dia akan lembut bergoyang2 dan rasanyapun sedap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2005 05:01 PM | Show all posts
kak tarbiah, banyaknya 7 biji kuning telur.

shida buat biasanya agak2 je. tak de resepi khusus. telur 2 biji je sebab mulut yang makan 2 je. shida pun pakai fresh milk kotak tu. sedap sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2005 07:46 AM | Show all posts
Originally posted by pink at 19-8-2005 04:36 PM
alin
alin punya caramel mcm mana rupernya?
dulu pink buat pon tak jadi..tapi lama2 prektis jadi jugak akhirnya..
pink pebret cream caremel ni..so selalu buat..hehe


Hehe..malu arr nak cakap, tak cantik rupa nya. Dia jadik macam bercampur (gula ngan kastard tu) air gula dia langsung takdak, sampai anak I cakap 'mama ni klu buat kek,pandai tapi klu buat menda lain hancusss..' malu nye
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2005 08:41 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 22-8-2005 05:01 PM
kak tarbiah, banyaknya 7 biji kuning telur.

shida buat biasanya agak2 je. tak de resepi khusus. telur 2 biji je sebab mulut yang makan 2 je. shida pun pakai fresh milk kotak tu. sedap sangat.


Dulu biasa buat guna 4@5 biji telur, ni baru dapat korek resepi dr sorang kenalan yg supply puding caramel kat hotel2 dan restaurant, dia kata jgn guna putih telur langsung barulah puding tu sedap, lembut, kuning(takyah buh tpg kastard).

Mengenai gula hangus tu plak dia kata boleh hanguskan dlm microwave selama 1 minit pastu bubuh air dan panaskan semula. Gula hangus ni sepatutnya jadi likat dan sedikit keras bila disejukkan. Nanti bila kita bubuh adunan telur dan susu tu tadi dia taklah bercampur dan hanya akan cair bila dah siap dikukus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2005 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by alin_raaz at 23-8-2005 07:46 AM


Hehe..malu arr nak cakap, tak cantik rupa nya. Dia jadik macam bercampur (gula ngan kastard tu) air gula dia langsung takdak, sampai anak I cakap 'mama ni klu buat kek,pandai tapi klu buat mend ...


Mungkin gula hangus u cair kot so bila masuk adunan kastard tu dia bercampurlah..atau u masukkan kastard tu masa gula hangus tu masih panas lagi? Biasanya saya akan sejukkan gula hangus tu dlm freezer dulu hingga ia beku dan likat. Pastu tuangkan bhgn atasnya perlahan2 dan kukus. Nanti bila bhgn atasnya dah masak gula itu juga akan cair balik, bila dah sejuk dan diterbalikkan elok je dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2005 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by tarbiah at 23-8-2005 08:41 AM


Dulu biasa buat guna 4@5 biji telur, ni baru dapat korek resepi dr sorang kenalan yg supply puding caramel kat hotel2 dan restaurant, dia kata jgn guna putih telur langsung barulah puding tu se ...


Tarbiah, thanks for the tips. Mesti kena cuba ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2005 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by tarbiah at 23-8-2005 08:46 AM


Mungkin gula hangus u cair kot so bila masuk adunan kastard tu dia bercampurlah..atau u masukkan kastard tu masa gula hangus tu masih panas lagi? Biasanya saya akan sejukkan gula hangus tu dlm  ...


Ooo..jadi mungkin silapnya kat situ lah. Memang pun I tuang kastard masa gula hangus tu masih panas (cair) lagi. Ingatkan dah betul le teknik tu, rupanya salah cara tu. Mekasih ye Tarbiah, next time I try kasi gula tu sejuk dulu, then baru tuangkan kastard tu.:love:
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2005 09:03 AM | Show all posts
Satu lagi dia pesan putih telur tu jgn dibazirkan..klu dah buat puding caramel tu mesti buat agar2 pelangi pasal agar2 tu guna banyak putih telur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2005 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by tarbiah at 22-8-2005 04:41 PM
Saya selalu buat caramel ni guna susu segar, kalau yg hok kotak tinggi tu guna setengah aje campur ngan kuning telur 7 biji, kacau perlahan hingga sebati(jgn pukul)tuang dlm loyang yg ada gula hang ...

kak...gula yang dihanguskan tu agaknya berapa sukatannya?...
nak try la...wat bukak puasa....hhehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2005 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by tarbiah at 23-8-2005 09:03 AM
Satu lagi dia pesan putih telur tu jgn dibazirkan..klu dah buat puding caramel tu mesti buat agar2 pelangi pasal agar2 tu guna banyak putih telur...


Bagi le resepi agar-agar pelangi tu Tarbiah. Nanti nak cuba buat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2005 09:28 AM | Show all posts
haah alin, kut gula hangus yang alin buat tu cair sangat kut. pun boleh bercampur juga dengan puding dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2005 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by nsutra at 23-8-2005 09:05 AM

kak...gula yang dihanguskan tu agaknya berapa sukatannya?...
nak try la...wat bukak puasa....hhehehhe


Mmm...tak pernahlah pulak saya sukat berapa gula dan airnya...biasanya saya buat main agak2 aje..ikut saiz loyang..yg penting air gula tu boleh rata nipis dlm seluruh bulatan loyang tu..camner nak xplain yer? :stp: tu pasal lebih senang hanguskan gula dlm loyang, takyah nak pindah2kan lagi...

Tp kalau u nak buat dlm bekas yg kecik2 tu kenale masak banyak sikit dlm periuk asing then pastu baru tuang dlm bekas tu..

Lupa plak saya dia ada cakap klu nak lagi sedap blehle buh kacang pistachio dlmnya, so jadi satu layer lg kat dlm tu..atau klu nak buh perasa coklat u just buat macam marble coklat kat dlm adunan telur tu guna chocolate paste..bukan choc emulco tau..nanti pahit...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2005 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by alin_raaz at 23-8-2005 09:06 AM


Bagi le resepi agar-agar pelangi tu Tarbiah. Nanti nak cuba buat.


Yg ni blum nuntut lagi..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 06:26 AM | Show all posts
selalunya kak liza buat  begini...caramelnya kak liza buat  tidak begitu brown..so tak berapa nampak dalam gambar ni..

  

PUDING KASTAD CARAMEL

Bahan
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal
5 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

1 tin fruits cocktail...untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail.
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert.


[ Last edited by hanieliza at 24-8-2005 06:28 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 06:38 AM | Show all posts
lagi satu version yang kak liza pernah cuba tapi masa tu kak liza belum gila-gila lagi nak amik gambo...:cak:
kalau kak liza ada masa..insyaAllah kak liza buat dan amik gambar pulak...

PUDING CARAMEL

Bahan
1/2  cawan gula [jadikan gula hangus]
1 tin susu pekat [yang rendah tu]
1 tin air
7 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 s/b tepung jagung
1 s/b oren sunquick

Hiasan
1 tin fruit koktel [sejukkan dalam petisejuk]

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Kacau semua bahan dan tapiskan dalam loyang yg berisi gula hangus.
3. Kukuskan dengan api sederhana selama 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru masukkan loyang dalam petisejuk.
5. Bila nak menghidangkan baru terbalikkan dan susunkan fruit koktel perlahan diatas puding.


[ Last edited by hanieliza at 24-8-2005 05:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by tarbiah at 23-8-2005 03:09 PM


Mmm...tak pernahlah pulak saya sukat berapa gula dan airnya...biasanya saya buat main agak2 aje..ikut saiz loyang..yg penting air gula tu boleh rata nipis dlm seluruh bulatan loyang tu..camner  ...

ye ke kak...so kalau sut nak buat...just masukkan kuning telor + susu aje?...air tak payah ke?...
sorry la kak..banyak bertanya pulak....:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2005 08:47 AM | Show all posts

Resepi Cream Caramel.....sekadar berkongsi

akum...
i sajer nak kongsi resepi wat puding caramel...

BAHAN-BAHAN

1. 5 biji telur
2. Setin susu pekat manis
3. Setin air
4. 1 sudu esen vanilla
(kalau x nak manis,bleh kurangkan susu)

Bahan-bahan ni dicampurkan sekali dan ketepikan.
Sementara itu,pastikan air kukusan mendidih.

Then amik loyang dan masukkan beberapa sudu gula dan panaskan di atas api.
Bila gula dah agak kekuningan, masukkan adunan tadi.and then kukus.
Then bleh makanlah.Letak dalam fridge sure best.
ok,selamat mencuba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 24-8-2005 06:26 AM
selalunya kak liza buat  begini...caramelnya kak liza buat  tidak begitu brown..so tak berapa nampak dalam gambar ni..

  [img]http://img.photobucket.com/albums/ ...

kak liza..yg nie sut dah buat dah....sedappppp..cuma ada manis sket ma...hehehhehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 24-8-2005 06:38 AM
lagi satu version yang kak liza pernah cuba tapi masa tu kak liza belum gila-gila lagi nak amik gambo...:cak:
kalau kak liza ada masa..insyaAllah kak liza buat dan ...

yg nie tunggu giliran...akak ku kerjakan..hehheehhehee..kak liza....
susu pekat manis tu setin kecil tu ke?....
adik ipar sut buat dia pakai tin sedang tu...+ telor 10 bijik....
pun ok.....:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by rizayati at 24-8-2005 08:47 AM
akum...
i sajer nak kongsi resepi wat puding caramel...

BAHAN-BAHAN

1. 5 biji telur
2. Setin susu pekat manis
3. Setin air
4. 1 sudu esen vanilla
(kalau x nak manis,bleh kurangkan susu) ...

w'salam rizayati...
resepi ni tak banyak pakai telor kan...
thanks for sharing the recipe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.058964 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list