|
Reply #21 daisy71's post
Alhamdulillah....
Ada forumner yang rajin mencari dan mengkaji, sebenarnya saya dah lama tunggu sesuatu muncul disini...
baiklah saya bagi sikit maklumat tentang pendaftaran anak luar nikah melalui JPN.
http://www.jpn.gov.my/FAQ-lahir.htm
okeh... |
|
|
|
|
|
|
|
haniman..
maksudnye, setiap anak perempuan yg berstatus anak luar nikah tak kirelah die telah di binti kan dgn sesape pon,tapi bile tibe hari die (anak luar nikah) nak nikah, wajib berwali kan hakim.
sbb tuh lah byk kes kite dgr hari nikah baru lah bocor rahsie rupenye pengantin perempuan tuh status anak luar nikah..
walau mcmana pon cara nak tutup status tuh,akhirnye bile nak nikah tu lah rahsie terbongkar..
sbb tuh,bagi anak sulung perempuan yg nak nikah,die kene lampirkan sekali sijil nikah org tuenye skali..diorg nak check status anak tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haniman at 19-1-2007 12:49 PM
Daisy saya kurang jelas tentang ni.
Walaubagaimanapun jika anak itu perempuan, yang menjadi pokok persoalannya ialah bila ia dewasa kelak, ibunya hendaklah berterus terang bahawa ia anak ...
haniman, bapa yang dimaksudkan itu ialah bapa yg dibinkan pada anak itu. |
|
|
|
|
|
|
|
sumber dari Jakim.
Soalan :
1. adakah batal air sembahyang jika seorang bapa tersentuh anak luar nikahnya (perempuan) dan sahkah sembahyangnya antara kedua mereka.
2. adakah makbul doa anak luar nikah untuk roh bapanya.
3. bolehkah anak luar nikah terima harta peninggalan bapanya mengikut hukum paraidh tetapi kemudiannya akan di beri kepada siibu
4. walaupun tahu seseorang itu anak luar nikah tetapi untuk menjaga nama baik ibunya adakah wajar ia berdiam diri sedangkan adik adik yang lain tetap hendak memberikan harta peninggalan bapanya (tanpa mengetahuikeadaan sebenar).
Jawapan :
1. Batal wudhuk dan tidak sah sembahyang sekiranya mereka tidak memperbaharui wudhuk lelaki (bapa) tersebut boleh menjadi imam kepada anak perempuannya itu.
2. Persoalan makbul atau tidak adalah hak mutlak Allah SWT dan setiap manusia dituntut supaya berdoa dengan penuh keikhlasan, firman Allah SWT dalam surah al-Mukmin 60 yang bermaksud :
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. ..............."
3. Anak tidak sah taraf tidak berhak menerima harta peninggalan lelaki yang menyebabkan kelahirannya mengikut hukum faraidh. Sekiranya harta tersebut dihadiahkan semasa hidupnya (lelaki di atas) hanya adalah harus.
4. Dalam hal ini Islam membenarkan tindakan sedemikian demi menutup keaiban ibunya. namun begitu harta tersebut hendaklah diserahkan kepada ibunya.
Walau bagaimanapun, sekiranya anak luar nikah itu dilahirkan selepas 6 bulan daripada tarikh perkahwinan ibu bapanya, maka ia adalah anak sah taraf, boleh menerima pesaka, menjadi mahram dan ayahnya boleh menjadi walinya. Oleh yang demikian hukum-hukum di atas tertakluk kepada status anak tersebut sama ada ia anak sah taraf atau tidak.
SUB KATEGORI
Hadanah
Hadanah
Soalan :
Apakah kedudukan anak luar nikah dalam agama islam itu sendiri? kerana kita telah mengetahui bahawa anak luar nikah adalah anak yang lahir sebelum bernikah. oleh itu bagimanakah hak mereka terhadap harta pusaka ibu bpa mereka kelak ?
Jawapan :
Anak luar nikah sekiranya dia lahir enam bulan satu lahzah (ketika) selepas tarikh pernikahan ibu dan bapanya, maka dia boleh dinasabkan kepada suami kepada ibu dan boleh mewarisi harta pusaka sebaliknya jika dia lahir kurang dari tempoh tersebut, maka dia hendaklah dibin/bintikan kepada Abdullah atau Asmaul Husna dan tidak boleh mewarisi harta pesaka suami tetapi dia boleh mewarisi harta ibunya.
Dari sudut Islam, kedudukan anak yang dilahirkan adalah sama seperti kanak-kanak lain, tidak menanggung dosa kedua ibubapanya.
Nikah
Nikah
Soalan :
Saya mempunyai seorang anak hasil hubungan dengan suami saya sekarang,anak saya telah dilahirkan pada 21.7.2003 manakala kami menikah pada 12.09.2003 tanpa memberitahu pada imam dan saksi bahawa kami sudah memiliki seorang cahayamata.adakah nikah kami itu sah dan bagaimana dengan anak kami itu?
Jawapan :
Nikah itu sah jika cukup syarat-syaratnya.
Adapun anak tersebut, tidak boleh dibin / bintikan kepada suami puan kerana tempoh lahirnya tidak termasuk tempoh yang diharuskan oleh Islam, iaitu anak tak sah taraf boleh dibin / bintikan kepada suami itu jika dia lahir dalam tempoh 6 bulan 1 lahzoh (ketika) selepas dari tarikh perkahwinan puan.
[ Last edited by daisy71 at 21-1-2007 07:42 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by vato at 18-1-2007 11:48 PM
Cadangannya tak payah di "bin atau binti" kan...biar kosong..
nanti menimbulkan lebih prasangka dan kasihan pada kehidupan anak yang tidak berdosa itu牋di masa爇ehidupannya yang akan datang pula.
Dan爅ika seseorang itu menjadi mangsa rogol, mengandung dan tidak pula mengahwini sesiapa maka dibin/bintikan燼nak爄tu Abdullah.
[ Last edited by daisy71 at 19-1-2007 05:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GasTrick at 19-1-2007 03:05 PM
Alhamdulillah....
Ada forumner yang rajin mencari dan mengkaji, sebenarnya saya dah lama tunggu sesuatu muncul disini...
baiklah saya bagi sikit maklumat tentang pendaftaran anak luar nikah m ...
Inilah dikatakan perkongsian masa dan ilmu. |
|
|
|
|
|
|
rinaaz This user has been deleted
|
emm.. saya ada pekara musykil gak nak kongsi..pasal anak diluar nikah ..
Aunty saya adalah bini pertama.. uncle saya ni berkawan no 2 tanpa pengetahun aunty saya. Dan ntah macam mana... 16 tahun yg dulu.. aunty saya memberitahu mak saya yg dia telah mendapat anak angkat...dimana anak angkat itu ada lah anak diluar nikah uncle saya nih yg berumur dlm 2 bulan macam tu la..tak berapa ingat sebab masa tu pun saya ni sekolah rendah lagi.. heheh..
So..anak lelaki tu dibin kan kepada nama uncle saya..
Yang menjadi persoalan la kan..
1. Apa hukumnyer mahram antara aunty saya dgn budak tu yg kini berumu 16 tahun ? boleh membatalkan air semayang kan ?
2. Apa kah hukumnyer seorang bapa iaitu uncle saya yg membin kan anak tersebut kepada nama dia sendiri ?
sekarang ni, aunty saya sudah pun mengetahui yg anak lelaki yg dia jaga selama ini adalah anak diluarnikah uncle saya... dan kini uncle saya sudah berbini 3 ke 4... hehe.. disebabkan aunty saya ni tak boleh mengandung kerana sebab2 kesihatan iaitu asma yg teruk...
So...camne ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rinaaz at 19-1-2007 07:31 PM
emm.. saya ada pekara musykil gak nak kongsi..pasal anak diluar nikah ..
Aunty saya adalah bini pertama.. uncle saya ni berkawan no 2 tanpa pengetahun aunty saya. Dan ntah macam mana... 16 tah ...
aku rasa masalah kau ni berat sikit. jawapan2 yg keluar kat sini tak reliable sangat.
aku cadangkan pegi jumpa kadhi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 rinaaz's post
Saudari rinaaz,牋
Untuk memudahkan kemusykilan sila牋rujuk maklumat yang牋berikut:
Persoalan saudari #1
"Andaikan anda seorang lelaki....
Mahram dalam Islam ini ada yg bersifat mu'abbad (kekal) dan ada mahram yg bersifat sementara (mu'aqqat)
A. Mahram kekal ada tiga kelompok:
1. Mahram kerana nasab (keturunan)
i) ibu kandung
ii) anak perempuan
iii) anak perempuan dari saudara lelaki
iv) anak perempuan dari saudara perempuan
v) ibu saudara dari sebelah ibu
vi) ibu saudara dari sebelah bapa
Dalil: anNisaa': 23
2. Mahram kerana rada' (susuan)
i) Ibu susuan
ii) saudara perempuan susuan
iii) anak perempuan dari saudara lelaki susuan
iv) anak perempuan dari saudara perempuan susuan
v) ibu saudara perempuan sebelah ibu
vi) ibu saudara perempuan sebelah bapa
v) anak perempuan susuan
Dalil: AQ 4: 23
Hadis Muttafaq alayh (Haram dgn sebab susuan sesuatu yg haram dgn sebab keturunan)
3. Mahram kerana musaharah (ikatan perkahwinan)
i) ibu mertua
ii) anak tirinya
iii) ibu tirinya
iv) menantunya
(Sumber: Mustafa alBugho, Fiqh alManhaji, Damsyiq, Dar alQalam (1987), ms 25)
Ke tiga-tiga kategori mahram Mu'abbad (kekal) ini aurat ialah minima sahaja dan tidak batal bersentuh (syafi'iyah)
B. Mahram Mu'aqqat (sementara)
1. saudara perempuan isteri
AQ 4: 23
2. saudara perempuan bapa mertua dan saudara perempuan ibu mertua
Dalil: Muttafaq alayh ( Tidak boleh dikumpulkan seorang perempuan dgn 'ammah (ibu saudara sebelah bapanya) dan perempuan khallatnya (ibu saudara sebelah ibu)
Perempuan yg mahram sementara ini auratnya sama spt wanita asing dan batal jika bersentuh mengikut madzhab syafi'iy.
Persoalan #2
Syeikh Yusuf Al-Qardhawi telah menerima pakai fatwa Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Qayyim yang mana mereka berdua mentarjihkan pendapat Urwah bin zubair,Hasan Al-Basri dan Ishaq bin Rahuwaih bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada lelaki yang berzina dengan ibunya jika dia mengakui akan anak itu atau terbukti anak itu berlaku hasil perzinaannya.
Dalil mereka:
1)Qias kepada bolehnya nasab anak kepada ibu sedangkan ibu juga berzina.
2)Syar'u man qablana iaitu hadis riwayat syaikhan daripada Abu Hurairah akn kisah Juraij yang difitnah berzina hingga melahirkan anak.Apabila Juraij bertanya kepada bayi itu "siapakah bapamu?"bayi itu menjawab sebagai tanda karamah Juraij:"si fulan tukang gembala".petanyaan Juraij siapakah bapamu menjadi dalil nasab ank itu tsabit pada bapanya dan begitu juga jawapan bayi itu bapanya si tukang gembala kalau nasabnya pada ibu tentu dia akan jawab ibunya.Kata-kata anak itu datang langsung dari Allah,jadi mustahil dia dusta.
3)Perbuatan Umar menasabkan anak-anak jahiliah kepada sesiapa yang mendakwa anak itu miliknya setelah mereka masuk Islam.Tentang hadis Al-waladu lil firash,Ibn qayyim menjawab,itu hukum jika berlaku pertelingkahan antara suami dengan penzina berdasarkan asbabul wurud hadis tersebut.Nasab waladuzzina sah kepada penzina jika ibu anak itu tidak bersuami sama ada janda atau bercerai atau memang tak berkahwin.
*Persoalan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Ringkasan bab nasab ni;
1.Nasab Syarie: suatu perhubungan darah diantara anak dan ibu bapanya uyang mana keduanya terikat dengan perhubungan yang sah dari sudut syarak.maknanya anak yang dilahirkan dari perhubungan tersebut dianggap anak sah taraf.
Umumnya,mengikut fuqahak,kesan dari nasab syarie ini,hak anak tersebut meliputi harta pusaka,nafkah,penjagaan,manfaat harta,perwalian dll yang berlaitan.
2. Nasab tidak syaire: suatu hubungan darah yang wujud antara anak dan ibu bapanya yang menyalahi kehendak syarak,samada diluar ikatan nikah atau didalam ikatan nikah.Kesanya. hak diatas tersebut tidak didapati melainkan dari ibu nya. sahaja.
Tiga kriteria kes begitu:
a) anak zina.(luar ikatan nikah)
b) Anak yang dilahirkan dari ikatan nikah yang sah,tetapi telah memenehi kriteria yang meragukan menyebabkan jadi anak tak sah taraf.kriteria tersebut ialah;
i) lian
ii) tempoh kandungan yang ditetapkan fuqahak selepas isteri diceraikan atau kematian.(kurang 6 bulan selepas akad/setubuh)
iii)Suami yang telah disahkan tidak dapat menghasilkan anak.
ivTuan yang tak mahu menuntut nasab anaknya yang dilahirkan oleh hamba wanitanya.
3. Nasab tidak dapat dipastikan antara sah taraf atau tak sah taraf.(tidak diketahui asal usulnya(majhul al-nasab).Boleh jadi anak tersebut dari dua keadaan dibawah:
Anak buangan dari nikah yang sah.Anak buangan dari hasil zina " |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seronok...
Originally posted by daisy71 at 19-1-2007 06:00 PM
Inilah dikatakan perkongsian masa dan ilmu.
hmm... kalau begitu saya mahu berkongsi lagi.. saya mat suke orang yang mahukan ilmu
Maaf kerana saya telah cut paste daripada PDF koleksi dari Jabatan Mufti Negeri selangor. Harap ia dapat memberi gambaran sedikit kepada Bulat. Semoga ia juga dapat memberi manafaat kepada mereka yang masih tercari-cari garis panduan yang digunakan di Malaysia.
JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
Isu dan permasalahan semasa
Oleh: Ustazah Norliza Bt Mohd Nor (bahagian Istinbat)
1. GARIS PANDUAN MENGENAI ANAK TAK SAH TARAF MENURUT HUKUM SYARA抂/color]
Seringkali kita dipaparkan melalui media massa mengenai gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini seperti kes-kes perzinaan dan sumbang mahram juga tidak kurang pula bagi mereka yang menjadi mangsa keadaan seperti kes-kes rogol dan sebagainya. Maka tidak hairanlah jika dilihat jumlah anak tak sah taraf semakin meningkat dari tahun ke tahun akibat dari perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Umumnya masyarakat pada hari ini mengetahui apa yang diistilahkan sebagai anak tak sah taraf tetapi mereka kurang memahami aspek-aspek yang melibatkan penamaan, pergaulan, nafkah, kedudukan dari segi nasab, amal kebajikan dan hak sama rata mengenai anak tersebut.
Kedudukkan Anak Tak Sah Taraf Menurut Hukum Syara抂/color]
Tafsiran anak tak sah taraf ialah seorang anak yang dilahirkan diluar pernikahan iaitu sama ada akibat perbuatan zina atau dirogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara抂/color]. Berikut adalah aspek-aspek serta implikasi social anak tak sah taraf di dalam keluarga dan masyarakat yang perlu diberi perhatian iaitu:-
1. Dari sudut hubungan nasab keturunan, anak tak sah taraf tidak harus di 慴in |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saudara GasTrick,
terimakasih di atas perkongsian maklumat dari post爏audara #37
Nampaknya di sini terlihat perbezaan bagi keputusan牋persoalan anak tidak sah taraf /anak sah taraf牋yang secara langsung membawa terus kepada hal perwalian yang menjadi tanda tanya pula bagi saya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 daisy71's post
Insyallah esok atau lusa,saya akan kemukakan pandangan saya secara penuh
namun terlebih dahulu saya kena buka buku "keramat" saya tentang hal ini
di universiti ada pernah saya catatkan tentang asal hukum 6 bulan tersebut.... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap maaf....
Maafkan saya Daisy71 kerana perkara yang saya janjikan ini telah terlewat, kawan saya baru mendapat surat untuk berpindah segera ke Kuching dan dia mengadakan jamuan perpisahan di bandar pada hari jumaat lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Rumusan GasTrick berdasar kedua-dua artikel : ini pendapat saya je
Perbezaan hukum 6 bulan tersebut adalah disebabkan kerana terdapatnya dua pandangan berbeza mengenai hal yang sama, adalah bergantung kepada ahli-ahli ulama dan cerdik pandai menimbangkan hukum dari pandangan manakah yang sesuai di aplikasikan sama ada dari segi perundangan atau pun dari segi situasi(ini tanggungjawap ulama2 kerajaan). Di harap Dasy71 dapatlah memahami sedikit sebanyak daripada penerangan saya yang tak seberapa ini.
Demikianlah kisahnya tentang anak luar nikah ini jika dirujuk dengan apa yang telah diterangkan dalam artikel yang saya postkan tersebut, |
|
|
|
|
|
|
|
Tempoh mengandung terpendek dlmlingkungan 6 bulan akan melahirkan anak yg bersaiz kecil dari normal. Anak tersebut juga selalunya mempunyai masaalah pertumbuhan organ yg belum matang. Dan selalunya dimasukkan ke dalam incubator.
Manakala bayi yg dilahirkan dlm tempoh 9++ bulan lebih sihat dan bersaiz normal.
Bagaimana pula bayi yg dilahirkan 6 bulan selepas nikah, berat 2.5++kg, tak payah masuk incubator? Adakah kita nak kata anak ini 'dibuat' sebelum 6 bulan atau mak dia bunting pelamin? Layak ke dibinkan dgn suami ibunya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 ibnur's post
sila rujuk post saya yang ke #40 bahagian paling bawah bertajuk
Namun !! Kesimpulan Kedua : seperti yang dinyatakan dalam artikel GasTrick
disitu saya ada highlightkan warna merah "belumcukup"
saya harap itu memadai.....
[ Last edited by GasTrick at 29-1-2007 11:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GasTrick at 29-1-2007 11:28 AM
sila rujuk post saya yang ke #40 bahagian paling bawah bertajuk
Namun !! Kesimpulan Kedua : seperti yang dinyatakan dalam artikel GasTrick
disitu saya ada highlightkan warna merah "bel ...
Minta maaf... (kdg yg panjang tu terlepas baca).
Perbuatan berkahwin kerana mengandungkan anak luar nikah untuk menutup malu atau maruah keluarga, adalah tidak termaktub dalam hukum 6 bulan tersebut, kerana sudah jelas si ibu mengandung luar nikah dan sudah dijatuhkan tentang status anak dalam kandungan sebagai anak tak sah taraf. Walaubagaimanapun anak tersebut jika merupakan anak dari hasil benih atau darah daging beliau maka dibolehkan si bapa (biologi) menamakan anaknya dengan membinkan nama beliau dengan syarat atas hukum perkahwinan atas sebab hubungan darah dengan si bapa namun status anak tetap tidak tidak berubah.
Pendapat berikut dari pendapat gastrick atau pendapat yg ada rujukan? Harap dapat beri rujukan kalau ia datang dari sumber yg ada rujukan.
[ Last edited by ibnur at 29-1-2007 11:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 GasTrick's post
Terimakasih atas panjang lebar penerangan GasTrick ni maaf saya akan kembali semula ke sini kerana belum dpt fokus post Gastrick tu. ada tugas yang perlu diselesaikan sekarang ni...hmm..
Oh ya saya sendiri masih belajar dan belajar dan belajar tentang hukum hakam ni dan tidak, saya bukan terpelajar dalam ilmu ugama apatah lagi lepasan al-azhar.
Yang baik2 sungguh segala sangkaan Gastrick ni terhadap saya, sesungguhnya saya hanyalah hamba Allah yang kerdil, semuga hidupmu dirahmati Allah s.w.t |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 29-1-2007 11:45 AM
Pendapat berikut dari pendapat gastrick atau pendapat yg ada rujukan? Harap dapat beri rujukan kalau ia datang dari sumber yg ada rujukan.
Sebenarnya ada rujukkan untuk hukum 6 bulan tersebut, namun sayangnya rujukkan yang saya rujuki sekarang merupakan buku catatan saya ketika saya aktif mencari perbezaan agama islam dari segi mazhab(sekarang perbandingan islam dan kristian), malahan pendapat ini saya rasa tidak disebut dalam 4 mazhab aliran utama itu. buku catatan saya pula saya rujuk kepada beberapa orang pakar agama... atau dari bahasa lain tok2 guru saya sendiri, mereka ada sebut tentang asal usul pendapat ini.. tapi biasalah saya masa tu budak lagi jadi agak malas nak menulis panjang2 cuma tulis apa yang penting sebab tujuan utama ialah untuk cepat faham.(bukan nak periksa asal usul... cuma sekarang je saya memastikan asal usul sesuatu perkara)..sekarang langsung lupe....... buku catatan saya tu penuh singkatan...adik saya sendiri pun tak faham apa yang ditulis/kadang2 saya sendiri pun boleh tersilap tafsir simbol sendiri sebab tak pernah buat senarai. hal ini merupakan perkara yang sudah terlalu lama dan tok2 guru saya pun kebanyakkan sudah meninggal(hmm..ramai tahun lepas sorang) dan hilang tanpa khabar berita(dua orang). yang saya rujuk perkara ini dulupun sudah meninggal......
mengenai rujukkan saya pun sendiri mencari semula sumber rujukan tersebut secara rasmi, maaflah kerana tidak dapat sertai rujukan lengkap yang di pinta dan agak susah untuk cari rujukkan mengenai pendapat ini, sebab sepertimana saya nyatakan pendapat ini agak terpencil dan amatlah menghairankan saya apabila jabatan agama islam selangor dapat@ memiliki tafsiran mengenai pendapat tersebut. oleh itu pada pandangan saya, Ustazah berkenaan mungkin juga turut sama mengetahui seperti saya tentang pendapat dari kesimpulan kedua dan mungkin memiliki sumber rujukkan lengkap mengenai hukum 6 bulan tersebut..harap maaf jua.
Oh ya.. saya sebenarnya masih lagi menyimpan dua lagi pandangan berbeza tapi mengenai hal yang sama, salah satunya terpencil juga dan salah satu lagi agak popular. tapi biar saya tunggu diagest dari Daisy71 dulu tentang penerangan saya itu... saya tak mahu bebankan mindanya dengan input yang berlebihan.
[ Last edited by GasTrick at 29-1-2007 03:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|